Friday, September 28, 2007

away to Kelantan

Hari nih 16 Ramadhan 1428 Hijrah

Perasan tak ada apa kat sidebar sebelah kanan blog nih? Hik. Yes people.. countdown for my 'big' day. Masa aku bubuh countdown nih semlm baru aku perasan yg tempoh untuk majlis besar tu ..*omaigod*.. dah semakin dekatttt dik nonnn! Another 4 months? Ya Allah cepatnya! Matilah tak buat apa-apa preparation lagi.

Aku called Mamoru & inform tentang countdown reminder kat blog aku nih. Sibuk suruh dia bukak blog aku dan-dan tu jugak. Dia tergelak. Dia tanya mana aku dapat feature nih sumer. Biasalah aku.. surfing la kan, mana lagik. Mamoru was impressed dgn cara aku guna html code untuk manage blogspot nih. Kata dia, aku dah boleh 'beat' programmer cam dia. Hik. Ala sebenarnya dia tataw blogspot nih dah ada template sendiri. Main klik-klik je.. hehe. Anyways, macam yg aku cakap kat dia semlm, countdown nih bukan setakat penghias blog aku, tapi sebagai reminder untuk dia jugak. Biar memasing alert & cecepat prepare apa-apa yg patut.

Ops sibuk bercerita tentang countdown, lupa pulak nak gitau yang lagu raya untuk hari nih dinyanyikan oleh Mamat dgn tajuknya Ku Pohon Restu Ayah & Bonda. Enjoy nahh.

Semlm berbuka just makan tomyam sotong dgn air limau suam. Simple je kan? Round jugak pasar Ramadhan kat HUKM tu tapi takde yg berkenan. Kagum aku dgn diri sendiri. Kalau dulu, asal nampak kuih je semua nak dibeli, semua nak ditelan. Tp, tahun nih rilek je. Jenuh la kengkadang Mamoru bawak aku round sampai pat lima pasar ramadhan dalam sehari, tapi balik dgn tangan kosong adanya.

Sahur tadi aku makan nasik dgn sambal 'sodang' (sotong + udang). Ntahapehaper resepi adik lelaki aku buat. Pedas yg amatt. Almaklum akak dia nih tak larat turun kedapur sbb masih demam kus-kus (alhamdulilah pagi nih dah sihat 90% - tinggal selsema sesikit je). Tu yg dia pakai taram je masak. Aper pun, sedap gak.

Hmm, malam nih gerak ke Kelantan. Ada mission impossible yg nak diselesaikan kat sana. Harap perbincangan kali nih membuahkan hasil. Ini ikhtiar aku yg terakhir, selebihnya aku hanya mampu bertawakkal dan berserah pada-Nya. Semoga Tuhan bukakan jalan, kurniakan aku kekuatan, kesabaran dan lembutkan hati mereka.. *amin ya rabbal alamin*

Thursday, September 27, 2007

demam kus kus

Hari nih 15 Ramadhan 1428 Hijrah

Kengkawan, sedar tak kita dah masuk minggu ketiga berpuasa? Sedihnya bila nak sampai ke penghujung Ramadhan nih.. ntah bila lah dapat jumpa lagi.. *sob*

Hari nih kita dengar lagu yg sedih sikit ek. Khas buat anak-anak yatim Islam seluruh dunia nih. Harap mereka membesar sebagai seorang yg tabah, berahklak mulia & berjaya (hmm sure Mamoru sedih dengar lagu nih.. insyaAllah, lepas nih dia tak keseorangan lagi. aku akan temankan dia selagi hayat aku masih ada).. terimalah, Black Dog Bone (eiyyy tak suka lah nama kumpulan nih ntahapehaper) dgn lagunya Cahaya di Aidilfitri..

Ops ter-emo pulak.

Semlm aku tak berapa sihat. Selsema & terbersin sepanjang masa. Dah lah demam, kena pegi bank pulak tu - tutup akaun kompeni kat Public Bank & pindahkan ke RHB. Ingatkan sekejap je duduk dalam bank tu.. rupanya hampir dua jam gak lah - serrrjukkk. Terhangguk-hangguk kepala aku tahan mengantuk. Bila dah siap, hujan pulak kat luar bank tu.. terpaksa masuk balik bank dan tunggu lagi setengah jam kat situ. Lebat sungguh hujan kat KL semlm, angin macam ribut.

Tunggu punya tunggu.. hujan tak berenti jugak. Aku aci redah je. Lantak lah, kalau tungu situ lelama, alamatnya sampai berbuka aku tak balik-balik lagi. Sampai opis balik dalam kul 2.30 ptg, kepala dah ting-tong. Kak Bunga requested nak balik awal. Tak sihat katanya. Dia pun cam aku gak - selsema. Lepas Kak Bunga balik, aku pegi lounge room - baring. Sempat smsed Mamoru, cakap aku tak sihat & tak larat nak balik sebelum aku terbongkang tak sedar diri kat atas couch.

Kul 6.40 ptg Mamoru sampai. Kata Mamoru dia dah cuba datang kat aku lebih awal tapi jalan jammed teruk. Risau sangat dia tengok aku terlentok atas couch tu sengsorang. Mamoru suruh makan ubat tapi aku refused. Lagi beberapa minit dah nak berbuka, rugi lah kalau makan ubat taim camtu. Masa nak turun opis, dia siap nak dukung nih. Tp, isk tanak lah.. aku boleh jalan lagi nih. Lagi pun, mcm malu lah pulak kalau org tengok hehe.

Memandangkan kami dah lewat sangat, berbuka dalam kereta je lah jadinya. Baca doa & minum coke seteguk. Pastu cari kedai makan & order kuey teow. Tu je yg tekak aku lalu. Lepas makan terus balik umah - berselubung dlm comforter.

Subuh tadi alhamdullilah demam dah semakin kebah. Sempat nih ajak Mamoru gi Kg Baru, sahur nasik lemak namposen kat sana. First taim nih sahur dgn dia. Ingat nak ajak adik aku sekali tapi derang tido tak hingat dunia. Tapau kan untuk derang je lah.

Lepas sahur kat luar, balik umah sahur lagi dgn adik-bradik aku. Tak padan ngan demam aku nih.. makan je kejenya.

Esok malam, aku gerak ke Kelantan. Pergi berempat dgn Mamoru, adik lelaki no.2 & adik ipar aku. Hari ahad baru balik KL.

Wednesday, September 26, 2007

jom pasang pelita

Hari nih 14 Ramadhan 1428 Hijrah

Untuk hari nih, meh kita dengar lagu ceria sikit. Originally dari Maz (betul ke? aku taram je nih) - Selamat Hari Raya.

Alhamdullilah.. syukur. Setakat hari nih, belum penah lagi aku terlepas sahur. Yang paling best bila takde sorang pun adik-bradik aku yg ngelat tanak bangun. Liat-liat derang sekejap je. Taim kejut tu mmg nampak macam payah nak suruh bangun. Tapi aku ada cara tersendiri.. hehe. Tataw lah kalau mender nih boleh diguna pakai untuk orang lain, anyways, cara dia; make sure korang dah bangun dan siap panaskan lauk setengah jam sebelum Imsak, pastu on-kan tibi & kuatkan volume. Pasang je channel memana yg anda rasa sesuai seolah-olah kita tengah tengok tibi diwaktu malam - tader lah rasa cam sunyi sangap je subuh korang. Sure korang boleh makan gegamai dgn hepi & enjoy.

Tapi, kalau tak jalan gak teknik nih, korang kena tukar strategi 'emergency' pulak. Tukar channel tibi kepada siaran yg ada orang mengaji al-Quran - pasang volume yg agak kuat. Korang kena pura-pura panik dan jerit-jerit cakap 'dah nak masuk imsak' pastu suruh derang sahur cecepat sambil korang pun makan dgn aksi yg tergopoh-gapah depan derang (i've done diz a couple of times already. hik)

Semlm berbuka kat McD Subang Jaya dgn Mamoru~kun. Ekceli petang tu Mamoru ajak balik Kuala Selangor amik kuih raya. Mak saudara Mamoru memang tetiap tahun amik tempahan untuk buat kuih raya, jadi Mamoru tolong promote kat opis dia. Lepas berbuka, singgah Giant kat Stadium Shah Alam - beli barang untuk nenek. Sempat gak grab selai baju raya untuk sorang adik pompuan aku yg duduk kat Kelantan. Nak beli lagi selai untuk adik yg kat Unisel tapi nanti lah - aku nak dia pilih sendiri.

Aritu ada plan dgn Mamoru nak jemput dia datang ke rumah untuk berbuka. No lah, bukan umah kat kampung tapi umah sewa aku kat KL nih. Aku sejak pindah duduk menyewa sensorang dari awal 2006 dulu sampailah sekarang tak penah aku bawak memember datang ke rumah - tak kira lah lelaki atau perempuan. Seingat aku cuma Aida & Ej je yg penah datang bermalam kat umah aku dulu. Tu je lah sekali. Tu pun sebab bekalan air kat condo derang terputus. Even adik-bradik aku pun aku tak galakkan derang bawak memember balik umah. Pengalaman banyak mengajar aku untuk berhati-hati dgn siapa kita berkawan.

Penah sekali tu aku marah adik pompuan aku bawak balik room mate dia ke rumah. Adik aku nih pulak jenis tak bercakap nak bawak member datang. Tau-tau je dah ada dalam umah - baran lah aku. Kesian adik aku kena marah. Tapi tak lama aku marahkan dia sebab sekejap tu aku terfikir jugak, better aku get to know dgn lebih dekat siapa kekawan dia. Senang nak tau buruk baiknya. Lagipun bukannya dia bawak balik lelaki, ye tak? Aku cakap bebaik kat adik aku pastu - suruh dia inform awal-awal kalau nak bawak kawan. Tader lah aku terkejut beruk tgk muka lain dalam umah tu. Ekceli my point of not letting her brings her friend tu bukan aper. Kat dalam umah aku nih ada adik-adik lelaki. Confirm adik lelaki aku rasa tak selesa nanti, so adik aku kena faham memender camnih.

Berbalik pada citer nak invite Mamoru datang berbuka nih, fyi, sepanjang aku kenal Mamoru, dari kami berkawan sampai lah kami bertunang, dia tak penah menjejakkan kaki ke dalam umah aku. Kalau ada pun setakat berdiri di luar pintu grill tunggu aku keluar. Even taim tu adik-bradik lelaki aku ada kat dalam pun aku takkan jemput dia masuk - seriously.

InsyaAllah kalau jadi, mungkin minggu terakhir puasa nanti aku jemput dia ke rumah. Lepas berbuka nanti boleh lah ajak dia pegi tarawikh sesama pastu tolong adik-adik aku buat kuih raya. Hmm kena make sure adik-adik aku ada sama mlm tu. Kalau tak kang, lagi cepat lah aku kawen hehe - tak pepasal je turun naik mahkamah nanti. Hik. Mamoru plan nak buat BBQ untuk hari tu tapi aku pulak nak buat steamboat. Tengok lah camner. Kalau boleh tanak membazir sangat. Kami bukannya ramai pun. Aku tak invite kengkawan lain. Biarlah among family je. Lagi pun aku dah serik handle gathering dulu. I learnt from my lessons. Malas nak ingat. Syuhh!

Tuesday, September 25, 2007

dugaan

Hari nih 13 Ramadhan 1428 Hijrah

Alhamdullilah, dah hampir setengah bulan kita berpuasa. Kejap je rasa.

Semlm aku lupa tukar lagu kat blog nih.. hehe. Jadi hari nih kita dengar lagu yg aku janji nk bubuh semlm ok.

Wiken nih baru je planning nak balik Melaka. Tapi hmm.. ada mender lain yg lebih penting untuk diselesaikan. Even jemputan berbuka kat Tanjung Karang dan gathering warga gunung pun terpaksa di tolak (maaf kengkawan semua)

Tahun nih agak tough untuk seorang kakak mcm aku. Terkilan sebenarnya dgn sikap dua orang adik aku. No, kami tak bergaduh pun, cuma.. camne ek nak cakap.. just terasa je. Derang tataw betapa sayangnya aku pada mereka. Memacam mender aku dah buat demi masa depan derang sampai kenkadang tu aku abaikan keperluan sendiri. Tapi..

Ntah lah. Aku sendiri dah habis ikhtiar. Terpulang pada derang. Sebagai kakak, aku sentiasa ada kat sini. Sentiasa bersedia membimbing derang bila-bila masa diperlukan.

... my life is like a burning candle. bringing joy to people even tho how much its hurting me. if dats the way its gotta be then let it be. by the time the pain too deep too hard..



p/s: will always love u dik - always.

Monday, September 24, 2007

tips for wedding photographer

Hari nih 12 Ramadhan 1428 Hijrah

Lagu ceria untuk hari nih originally dari Datin Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema (dah mula terasa nak pasang pelita nih)

Wiken kali nih agak meletihkan. Spent hampir semua masa yg ada untuk mengemas umah. Rumah kecik je tapi biasalah bila dah duduk gegamai camtu, tak boleh nak expect rumah sentiasa kemas. Lelebih lagi bila ada 3 adik lelaki tay sesama. Towel tu kalau boleh semua tempat derang nak expose kan. Dari pintu bilik, wall divider (partition), tepi tingkap sampailah kat kerusi meja makan - asalkan boleh je. Tu belum kira part koleksi komik derang. Puas lah aku dgn adik-adik pompuan aku kemas & letak satu tempat - tak sampai sejam bersepah balik. Geremmm akak. Aritu je aku dah suruh derang buang hampir 2 kotak komik yg ada kat dalam umah tu (half of it H punya dulu). Lega sikit ruang dalam umah tu. Bukan apa, paper yg diguna untuk buat komik nih takde kualiti & mendatangkan habuk lah.

Aku tengah pening nih. Semua gara-gara photographer untuk wedding la nih. No, aku belum jumpa pun 3 org photographer tu -lanning nk jumpa minggu nih. Tapi semlm, jumpa Puex & Ayang. Derang baru je dapat gambar perkahwinan derang dari salah sorang photographer nih.. sadly, the result was TERUK! Teruk yg aku maksudkan kat sini, pilihan gambar yg photographer tu printed tersangat lah tidak memenuhi kehendak pelanggan. Paling teruk sekali, bila photographer yg derang amik langsung tak bagi derang pilih gambar untuk diprint sebaliknya ikut suka mak nenek photographer tu je nak print yg mana.. mmg lah gambar tu cantik tapi kan lebih cantik kalau tuan punya badan yg memilihnya.. atau dengan bahasa lain, nih saper yg kahwin sebenarnya.. pengantin or photographer?

Biasanya, bagi full wedding pakej (RM 2000 ++), seseorg photographer mesti sediakan sekurang-kurangnya 2 orang photographer semasa majlis perkahwinan diadakan (untuk dptkan 'angel' yg berbeza). For that package, mereka akan bagi 1 custom album (susunan gambar yg dah diedit) + 1 sticky album (gambar saiz 4R yg di printed) dan 1 cd softcopy semua gambar yg diambil. Ada jugak photographer yg bagi additional 1 8R potret beserta frame sekali (but dats depend on their package la kan).

Kebanyakan photographer yg aku kenal, just buat keje amik gambar nih hampir semuanya part timer. Aku sokong cakap sorang kawan nih, kata dia photographer yg suka amik gambar nih biasanya lebih pentingkan 'artwork' dari keperluan sebenar gambar tu diambil. Derang lebih suka bermain dgn 'editing' tanpa mengikut apa yg pelanggan mahukan.

Kat sini, maybe silap pelanggan sendiri yg tak bagitau photographer apa yg mereka mahukan. Tapi, tak boleh lah salahkan derang seratus peratus. Photographer pun salah juga. Sebagai professional yg dah biasa amik gambar wedding, derang sepatutnya lebih maklum apa yg customer nak. Personally aku rasa, untuk mendapatkan hasil gambar yg memuaskan, ada tiga perkara atau tips yg photographer wedding mesti tahu:
  1. Pasangan pengantin: 'Shot' yg paling penting. Of coz lah kan. Kat sini photographer kena pandai approach pengantin sbb taim nih pengantin konpem malu / kaku.
  2. Sedara mara kedua belah pihak: Penting nih. Photographer mesti buat kaji selidik sikit. Kena lah tau yg mana mak-bapak & sedara-mara pengantin, senang nak amik gambar derang. Apa guna custom album tiga pat bijik yg derang buat kalau penuh gambar pengantin je? Kita nak jugak tengok gambar keluarga yg tersayang.
  3. Suasana majlis: Sebagai photographer, derang kena aware. Kita sebagai pelanggan of coz lah nak tengok gambar suasana kemeriahan majlis. Pengantin dah tentulah duduk kat dalam je. So, derang tataw apa yg jadi kat luar. Siapa yg datang? Ramai tetamu ke? Meriah ke? Jadi, gambar suasana kenduri tu penting e.g, gambar orang masak, macik-macik potong sayur, kekawan pengantin, tetamu kat meja makan or bebudak bermain-main kat luar.
Dan seterusnya, bila dah habis kenduri-kendara sumer, photographer tu mesti tunjukkan softcopy gambar yg diambil sebelum gambar di-print. Mungkin bagi photographer mender nih leceh. Ye lah, nak kena habiskan masa dua tiga jam dgn customer pastu nak pilih-pilih bagai. Tapi, logiknya kat sini, photographer tu kenal ke yg mana satu gambar saudara-mara / jemputan client depa? Jadi jangan lah pepandai print sendiri.

Anyways, aku still nak proceed amik photographer utk wedding nanti. Tapi sebelum tu, aku akan buat listing bertulis apa yg aku nak & serahkan pada photographer. Thanks to Puex & Ayang sbb sudi share experience nih, kalau tak konpem tak puas hati habis duit ribu-raban sedangkan hasil tak memuaskan.

Wiken rituh mcm biasa. Spent masa berbuka dgn kekawan Mamoru. Sampai ke Rawang jauhnya. Seronok. Bertambah lagi kekawan baru :)

Minggu nih, insyaAllah aku akan bawak Mamoru balik ke Melaka - berbuka dgn family aku pulak.

Friday, September 21, 2007

love u sis

Hari nih 9 Ramadhan 1428 Hijrah

Lagu pilihan untuk hari nih, dari Sanisah Huri - Bersabarlah sayang. Sedih lagu nih. Khas buat adik pompuan aku yg no.4 dgn ucapan.. 'I love u so much pumpkin'

Banyak mender-mender sedih yg jadi sekarang nih. Tak terkecuali orang yg paling dekat dgn aku. Aku harap sangat Tuhan tunjukkan jalan dan bagi aku kekuatan untuk tolong mereka yg memerlukan. Harap sangat penghujung Ramadhan nih berakhir dgn kesyukuran & kebahagian untuk orang-orang yg aku sayang.. *amin*

Semlm sekali lagi berbuka dgn Mamoru & Chua kat Bandar Tasik Permaisuri. Tataw kenapa aku cepat sangat kenyang. Walhal baru makan sebiji kurma. Pelik pulak puasa kali nih. Aku macam tak pentingkan sangat juadah berbuka, janji boleh dimakan. Paksa juga diri makan nasi ayam yg dah dibeli. Tu pun tak sampai separuh luaknya.

Malam tadi dah janji dgn sorang akak nih nak gi umah dia - tengok koleksi baju pengantin & gambar pelamin. Not bad. Quotation yg dia bagi pun sangat menarik. Dia offer untuk buatkan baju baru untuk kami without any aditional charge. Cuma bab transportation bebarang untuk pelamin dia request another RM 100 yang mana pada aku tersangat lah murah. Sewa lori dari KL ke Melaka seratus hinggit je. Murah tu beb! Tapi aku tak bagi kata putus lagi. Nak survey tempat lain dulu.

Ada good news dari Mamoru~kun. Tp, tak boleh nak hepi terlebih. Kena tunggu sumer black & white on paper dulu. Jelas tergambar kegembiraan dia semlm. Kata Mamoru.. 'Its all because of u.. its all because we're getting marry.. rezeki orang nk kahwin. Im so hepi having u by my side'

I smiled. Well I agreed on part 'rezeki orang nak kahwin' maybe there is such thing. Tapi kalau 'because of me'? Im not totally agree with that. I just give him a suggestion, he did the rest.. so it was all his effort. Its all because of him.. himself.. alhamdullilah (and Im so proud of u baby).

Sahur tadi makan nasi dgn sambal udang. Pedas tahap dewata raya. Adik lelaki aku yg masak.. hehe. Mula tu ingat tanak makan nasi. Tapi macam tak kenyang la pulak bila makan seketul roti coklat. So, makan jugak lah nasi tu. Kesian adik aku bersusah payah dia buat sambal terpedas di dunia.. hahaha.

Esok cuti.. hmm nak buat apa ek?

Thursday, September 20, 2007

di hari mulia ini

Hari nih 8 Ramadhan 1428 Hijrah

Kita tukar lagi lagu raya kat blog nih yer jang? Terima lahhh.. Norkumalasari dengan lagunya.. Pulang di hari raya..!! Best kan? Meriahnyaaa..

Semlm, sebelum balik opis aku dah call sumer adik-bradik aku. Suh balik berbuka kat umah kalau sempat. Alhamdullilah, minit-minit terakhir sebelum maghrib semuanya sempat sampai ke rumah. Menu berbuka simple je, just kari ayam, ikan masak gulai cili api dgn kuih muih sikit. Jadi lah.. yg penting kemeriahan berbuka dgn adik-bradik sendiri.

Sahur pulak makan lauk yg sama. Tapi aku tak makan nasik lah - ngantuk kat opis nanti. Aku buat cempedak goreng.. fuhh layannn btul taim sesejuk subuh tu. Sekarang, lepas sahur ada rutin baru. Terpengaruh dari adik lelaki aku no.3 nih. Suka sangat dia tengok bacaan ayat-ayat al-Quran kat tibi. Hm, ada gak kebaikannya. Boleh betulkan bacaan tajwid dia.

Hari nih mungkin balik lebih awal dari biasa. Aku teringin sangat tengok kemeriahan kedai-kedai kat area jalan TAR sempena bulan puasa nih. Sure ramai orang kan? Bukan pi sana nak bershopping ke haper. Just nak amik feel je. Dari dulu mmg nih la tebiat aku. Kalau kat kampung tu, aku suka tengok umah-umah orang yg pasang panjut (pelita / damaran) kat tengah laman. Feeling syahdu je rasa. Pastu tengok gerai-gerai yg penuh kat pasar ramadhan.. seronok sgt. Rasa hepi tengok orang keliling aku hepi. Best kan?

Ok arr.. cakap banyak, dosa pun banyak nanti. Aku nak 'menyelam' cari resipi kuih raya lagi. Arituh dah dapat separuh. Pasnih nak kena tunggu bendera Jepun naik lah - taim tu baru boleh buat kuih.. hik.

Info

Nak share satu mender yg sangat menarik-narik jari aku untuk jot down kat sini. Pagi tadi baca utusan online pasal sorang muaalaf nih. Asalnya beragama Roman Katholik dari Indonesia. Ceritanya camnih, satu hari tu rumah dia diterjah pengganas, orang-orang jahat tu siap bawak pedang geledah umah mamat nih. Gerunnn sangattt. Masa nih dia belum peluk Islam lagi arr cuma minat untuk dalami Islam tu dah ada.

Dalam situasi yg sungguh menakutkan tu, dia tak sempat nak menyorok atau melarikan diri. Dia just duduk kat penjuru sudut rumah dia sambil membaca ayat Qursi yg terakhir. Dalam keadaan yg runcing tu dia bernjanji pada diri sendiri untuk memeluk agama Islam sekiranya terselamat dari pengganas tersebut.

Apa yg mengejutkan, penyerang tersebut langsung tidak perasankan saudara kita nih yg duduk kat sudut rumah tanpa berselindung dgn apa-apa objek. Pelik kan? Maha suci Allah. Alhamdullilah dia selamat. Akhirnya dia ambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia dan memeluk agama Islam pada tahun 2005 di depan Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong.

Ada 2 perkara menarik kat sini.

Pertama, tentang ayat ke 255 dari surah al-Baqarah iaitu ayat Kursi - ayat yg paling agung dalam al-Quran. Tuhan Maha Penyayang.. masih mahu lagi Dia menunjukkan pada kita tentang kebesaran-Nya

Kedua, tentang muaalaf yg mengislamkan muaalaf. Perkara nih mmg perkara yg sangat baik. Terlalu baik. Tapi dalam pada tu, tataw kenapa aku rasa malu. Kesungguhan golongan muaalaf nih buat aku rasa malu dgn diri sendiri. Aku yg dilahirkan sebagai Islam, saudara-saudara se-Islam, kawan-kawan se-Islam yg lain, semuanya hanya Islam pada nama. Mulut menyebut shahadah, kaki-tangan menjalankan ibadah, tapi hati? perbuatan? nafsu? Astafirullah.. astafirullah.. kerdilnya diri aku ya Allah.

p/s: Mamoru~kun, bimbinglah saya..

*kengkawan, meh la dengar bacaan ayat Al-Qursi nih. kejap je, tak sampai 2 minit pun. alaa.. kalau lagu best-best tu boleh tunggu lelama, yg nih sekejap pun tak leh ke?*

IMPORTANT

Kepada semua umat Islam seluruh dunia, sila klik & sain petition nih. MP di negara Belanda mahu kitab suci al-Quran di banned di negara mereka. Kengkawan, selamatkan Islam, beritahu mereka Islam bukan agama pengganas. Islam itu indah & penuh kedamaian. So, please to all muslim out there, klik on this link and just put your name, email & a simple comment:

klik sini untuk baca cerita tentang cadangan MP Belanda untuk banned al-Quran:

Wednesday, September 19, 2007

pekena lagu raya sat

Hari nih 7 Ramadhan 1428 Hijrah

Aku dah tukar lagu kat blog nih. Arituh bubuh lagu Aishah - Pulanglah. Arinih, aku letak lagu P. Ramlee - Suara Takbir. Feeling gituu. Koleksi lagu raya dlm simpanan aku ada lebih dari 50 lagu. Means, tetiap hari aku kena tukar lagu kat blog nih sampai lah hari raya nanti. Wahh kena rajin nih. Bukan senang nak dengar lagu raya dik nonn. Setahun sekali je boleh pasang. Kalau pasang hari lain orang kata gila kemaruk pulak, ye tak? So, bila lagik kan.. nih la masanya nak pasang lagu raya kekuat. Hik.

Semlm gi pasar ramadhan kat Bandar Tun Razak. Boleh tahan lah kalau nak compare kat beberapa tempat lain. Perasan tak kebanyakan pasar ramadhan sekarang nih dah tak ramai orang berniaga. Kenapa ey? Nak kata still awal ramadhan rasanya tak mungkin. Dulu taim aku kekecik, hari first puasa lah pasar ramadhan paling meriah. Penuh kiri kanan jalan orang jual juadah berbuka. Sekarang nih kurang lah. Nak kata takde tempat yg spesifik untuk berniaga pun mustahil. Punyerlah banyak tapak-tapak untuk peniaga bazar ramadhan yg dibuka, siap disediakan khemah kanopy lagi. Hmm, mungkin sewa tapak mahal sangat kot??

Balik dari pasar ramadhan, aku gi umah Mamoru~kun. Jenguk Chua yg MC - cuti sakit. Alhamdullilah, demam dia nampak cam dah kebah. Berbuka sekali dgn dia. Menu berbuka sama mcm semlm: laksa & kuih. Tak syiok la makan kat luar. Kalau balik masak, konpem cemacam lauk aku boleh buat ikut selera anak tekak. Juadah kat pasar ramadhan nih nampak je sedap.. bila dah makan baru tau kurengnya.

Malam nih, insyaAllah aku berbuka kat umah. First taim nih nak berbuka kat umah. Takde lah excited mana pun. Bukannya adik-adik aku ada kat umah. Kalau ada pun sorang je. Yang lelain berbuka kat luar. Kami adik-bradik taim sahur je dapat bersahur sesama. Taim berbuka memasing attached dgn keje / kelas. Hujung minggu nih aku harap sangat dapat spend masa berbuka gegamai dgn derang. Harap derang tader plan lain arr.

Ada mender penting yg aku nak buat sekarang nih. Mender yg memerlukan aku bertolak ke Kelantan. Jauhnya. Kena pegi dalam bulan puasa pulak tu. Tataw lagi bila nak bertolak, sama ada minggu nih atau minggu depan. Tengok lah nanti, nak kena bincang dgn adik aku dulu.

Hari nih mata aku tak mengantuk langsung. Cargas & bertenaga. Maybe penangan keledek goreng yg aku buat sahur tadi kut? Best woo layan makanan bergoreng yg panas-panas taim sahur - cerah bijik mata.

Tak leh lelama nih. Nak sambung buat artikel untuk Mamoru punya outdoor club. Senget kepala aku nih nak mengarang ayat skema.. huhuhu

note: Aku still tak dapat buat creme caramel. Tak jumpa lagi pengukusnya. Lagipun tang bilanya aku berbuka kat umah. Tak kisahlah, skrg nih aku nak tambah mender lain pulak - nak masak pengat keledek + pisang + cha-cha.. hahaha biar kelioq korang dengaq..

Tuesday, September 18, 2007

paging for periuk pengukus

Hari nih 6 Ramadhan 1428 Hijrah

Semlm lepas berbuka, hantar adik aku gi klinik. Terserempak dgn Chua. Dia tengah tunggu turn nak jumpa doktor - demam katanya. Kesian. Baru je dua hari lepas berseronok bergumbira dgn dia kat Kuala Selangor, dah demam?. Aku suruh Mamoru hantar aku balik rumah lepas balik dari klinik. Tanak amik masa Mamoru lelama. Biar dia balik umah - teman Chua.

Masa on the way balik, kami beborak pasal Chua. Kengkonon nak carikan awek untuk dia (matilah kena hempuk dgn Chua kalau dia baca entry aku nih). Fyi, Chua nih hensem, smart, friendly, good listerner & baik orangnya (kemain lagi pujian untuk mamat nih - tapi betul nih, ikhlas). Kalau ada masalah, tipun je lah dia, tiga pat jam pun dia boleh tadah telinga dengar problem kita. Dia nih kaki panjat gunung jugak, tapi taderlah seaktif aku & Mamoru. Keje pun bagus. Cuma tu lah, sampai skrg tader awek. Aku bukan apa, kesian tengok dia hehari berbuka sengsorang. Bukan dia tanak berbuka dgn kekawan tapi dah sumer kengkawan dia ada komitment dgn family / gf / bf, so tak boleh nak buat apa lah kan. Kalau dulu, boleh lah Mamoru temankan dia berbuka or pi memana sesama. Tapi sekarang nih, bila aku dah 'interfere' dlm friendship derang, tinggal lah dia sensorang. Yelah, takkan setiapkali nak dating dgn aku kena bawak dia. Manader orang dating bertiga, ye tak?

Ok, tanak cakap pasal orang lain bebanyak, kang ter-mengumpat pulak.

Hari ni aku teringin sangat nak masak creme karamel atau nama melayunya, puding gula hangus untuk dibuat desert taim berbuka nanti. Taaapiiii apakan daya.. umah akak takder pengukus dik nonn. Sedih nih. Mana nak aku carikan tempat pengukus?? Ada jual kat Carefour / Jaya Jusco? Kalau kat kampung tu senang arr. Sebut je nak guna apa. Kalau takder kat umah bapak, cari lah kat umah nenek - konpem ada. Nak harap umah bujang aku kat KL nih.. apalah sangat.. lahaii tertangguhlah hasrat suci murni aku nak buat mender alah nih.

Berat badan aku semakin turun lately nih. Bukan sebab puasa, dari bulan lepas lagi dah start kurang. Tak selesa pulak bila seluar start rasa longgar. Buruk. Even baju saiz XS pun rasa cam besar. Hmm.. bukan ke orang senang hati badan jadi semakin gemuk? Nih aku terbalik pulak. Tak boleh jadi nih, kena gain few kgs lagi.

Untuk itu, aku mesti teruskan hasrat masak creme karamel.. (err.. Mamoru~kun, boleh belikan saya periuk pengukus? Saya nak guna untuk memasak petang nih. Diulang ayat, untuk memasak tau, bukan untuk dibuat hantaran.. hehe)


*wishlist for today - murah je hehe*

Monday, September 17, 2007

bz cari resipi

Hari nih 5 Ramadhan 1428 Hijrah

Aku dah pasang lagu raya kat blog nih. Lantak la orang nak cakap apa. Aku punya suka la.

Called Gee rituh (ex-plu), was so excited with her news. She's going to get marry diz coming December (after being engaged for almost a year). Tahniah in advance utk dia. Bukan dia je, ada 2, 3 orang lagi ex-plu yg akan berkahwin awal tahun depan. Derang siap ajak keluar berbuka sesama. Ala-ala pre-bachelor-party gitu. InsyaAllah, kalau kena dgn tempat & masa, datang lah aku. Bukan apa, byk sangat invitation dlm bulan puasa nih. Sampai hari nih aku belum ada masa berbuka kat umah tau.

Sabtu rituh, pegi Kuala Selangor lagi. Kali nih pegi berempat pulak. Chua & adik lelaki aku yg no.6 pun join sama. Ekceli nih plan B. Plan A-nya supposed aku balik Melaka dgn Mamoru~kun. Last minit tukar.

Kami sampai dah nak berbuka. Sempat gak lah masak sup ayam & goreng ikan. Jadi lah. Campur dgn lauk ayam sweet sour Kak Juli & lauk sardin kari dari Kak Nor, meriah jugak lah jadinya. Lepas berbuka pulun buah mangga pulak. Aku dgn Chua je bedal. Mamoru dgn adik lelaki aku kureng sikit bab asam-asam nih. Tak pegi tarawikh pun malam tu.. *hehe*.. lepakking tengok tibi dgn nenek.

Ahad, almost imsak baru aku terjaga. Iskkk.. apa lah aku nih. Dah lah kat umah orang - bikin malu je. Nasib baik tak terbabas (alhamdulillah, setakat hari nih aku belum penah miss sahur lagik). Ikutkan aku, kalau dah lambat camtu, makan kurma sebiji dgn air pun dah memadai. Tapi dah nenek sendukkan nasi, suap je lah. Lepas subuh, ngadap tibi dgn Mamoru sampai pagi (aku sorang je yg tengok, dia zZzzzz)

Kul 11 lebih, kami dah bersiap-siap ke Tangjung Karang. Xtvt untuk hari tu ialah, memancing. Plan awal nak memancing kat sebelah umah nenek je. Tapi since adik aku nih tak penah tengok sawah padi kat Tg Karang, kami bawak lah dia kesana. View tetaim camnih mmg lawaaa. Padi tengah menhijau. Dalam seminggu-dua lagi konpem padi start berbuah (or was it 'berisi'?). Sure syahdu berjalan ke masjid di pagi raya dgn view sawah yg menguning nanti. Best nyalahh kalau dapat berumah di tepi sawah.

Memancing kat parit tepi sawah memang seronok. Kena pulak angin yg sepoi-sepoi bahasa. Aku siap bentang tikar lagik. Nih kalau letak kepala, confirm nyenyak sampai berbuka. Orang-orang kampung yg lalu kat tepi sawah tu sumer pelik tengok kami. Yelah, manader orang buat berpiknik dalam bulan puasa. Tepi sawah lak tu. Sampai ada yg tertoleh-toleh dua tiga kali. Agaknya nak konpemkan sama ada kami bawak makanan atau tak.. hik.

Tak banyak hasil tangkapan hari tu. Ada lah 5, 6 ekor - mostly, ikan baung & anak ikan tapah. Kecik je semuanya. Takperlah. tujuan utama datang situ nak rileks, enjoy.. dapat ikan atau tak, tu lain cerita. Lagi pun dalam kami berlima (Tiha, budak yatim piatu yg aku penah cerita dulu pun ada), just Mamoru dgn Adik aku je yg memancing. Aku kena jaga Tiha. Chua? Dia driver. Kena rehat - tak boleh kaco. Eh, takde lah. Dia tak minat memancing kut. Tak pun, dia takut cacing.. hehehe (sori Chua)

Dekat kul 4.30 petang baru nak balik dari memancing. Tu pun lepas disuruh. Kalau ikutkan derang, mau duduk situ sampai berbuka. Asyik sangat dgn jorannya.

Balik dari Tg. Karang, kami singgah pasar kejap. Beli 2 ekor ikan pari besar pinggan. Buat Ikan bakarrr! Adik lelaki aku nih terer bakar ikan & buat air asam. Sekali rasa, kompem tak leh lupa. Aku yg tak minat ikan nih pun boleh jadi minat disebabkan air tangan dia. Hik.

Kat umah nenek, memasing sibuk prepare bebahan nak panggang ikan. Aku arahkan Mamoru cari segala-mala bahan untuk rempah kat keliling umah dia - serai, daun kunyit, daun pisang. Chua pulak kena nyalakan api kat dapur kayu. Adik lelaki aku, tukang siang ikan. Lepas serahkan rencah untuk ikan bakar kat Mamoru, aku start masak lauk berbuka. Nenek request ayam masak tomato petang tu. Tader masalah.. mmg major aku tu.

Hasilnya.. memang charor. Ikan panggang dapat sambutan terhangatt. Siap ada request suruh buat lagi tuuu. Hik.

Malamnya lepas kemas rumah nenek, kami mintak diri balik KL (kesian Chua berjaga sengsorang all the way balik mlm tadi).

Ok. dats it for my wiken. Tak leh kosentret kat blog sesangat. Aku busy sekarang nih. Busy duk cari resepi biskut raya kat internet.. hahaha.

p/s: Aku dah dapat quotation untuk photographer. Ada 7 org semuanya. Bayaran minimum je RM 1,200 (yang paling rendah setakat nih). Dalam bebanyak tu, ada 3 photographer yg aku rasa superb (Dasheela, Kukubesi & Ghazali) Taaapiiii bayaran diaorang nih.. minimum RM 2,000 beb! Botak kepala aku camnih. Pasnih nak kena atur perjumpaan dgn derang bertiga (separately). Ikutkan Mamoru dah decide nak pilih Kukubesi (member gunung). Tapi nanti arrr. Kena tengok artwork derang dulu. Nego price lagi.

Friday, September 14, 2007

citer kelakar

Hari nih 2 Ramadhan 1428 Hijrah

Sepanjang bulan puasa nih, opis hour kat kompeni nih start dari 9.00 am - 4.00 am. Awal sejam dari biasa. Macam gomen pulak kan? Merasa..

Semlm, berbuka kat umah nenek Mamoru~kun. Pukul 4.45 ptg baru gerak dari KL. On the way tu gi singgah pasar jap. Beli ikan, ketam & sayur. Berlagak nih, konon nak prepare 3 jenis lauk. Tak sedar lagi masa dah tak cukup (we arrived Kuala Selangor at 6.00 pm).

Memang kelam kabut petang tu. Mamoru pun ikut sama sinsing lengan baju - mesin kelapa & siang ikan. Tak menang tangan aku dibuatnya. Mana nak potong sayur, tumbuk cili api, goreng ikan, etc, etc. Bayangkan lah jam dah pukul 7.00 pm, satu lauk pun belum ready lagi.. Lebih haru bila nenek dah siap jemput lagi 2 family join berbuka dgn kami. Berpeluh akak dik nonn!!

Tapi alhamdullilah, siap jugak lauk-pauk aku. Ada ketam masak lemak cili api, ikan kembung goreng pedas dgn sayur tumis. Thanks to kak Nor sbb tolong gorengkan sayur. Hik. Lauk aku tader lah sesedap mana. Tapi puas hati jugak lah bila semuanya habis licin. Tinggal semangkuk masak lemak ketam je. Tu pun, Kak Juli dah cop nak bawak balik umah dia untuk sahur.

Part yg kelakar tu masa aku suruh Mamoru amik kunyit hidup dari pokok kunyit kat belakang umah nenek. Aku tak tau lah sama ada dia kenal rupa kunyit tu cemana. Dia pegi cabut serumpun pokok kunyit dan tunjuk kat aku dari luar tingkap dapur.

Aku (dgn muka blur): mana kunyitnya?
Mamoru (dgn konpiden): nih kan kunyit nih (sambil tunjuk akar-akar pokok kunyit yg beselirat)

Tergelak besar aku dibuatnya. Taper lah. Aku bukan kisah pun kalau dia tak kenal rupa kunyit. Even adik lelaki aku pun kenkadang confused nak bezakan yg mana lengkuas, halia, kunyit.. apatah lagi my Mamoru kan? Yang penting, dia rajin menolong kat dapur :)

Subuh tadi aku bangun lebih awal dari bebudak kat umah tu. Pelik jugak bila lampu dapur still gelap gelita. Semalam memasing bukan main hebat bersemangat bangun sahur. Takkan baru hari kedua dah tak larat? Hmm nampak gayanya camtu lah. Harap jam je lah memekak-mekak kat tepi telinga. Aku mmg dah masak sangat perangai adik-adik aku. Tapi tader lah expect seawal nih semangat derang hilang.

Pukul 4.30 pagi, aku kejutkan adik pompuan no.6. Suruh dia tanak nasik & buat air sementara aku buat cendawan goreng & panaskan lauk semlm. Pastu baru lah sorang-sorang datang dapur buat muka pekat. Bila tengok jam dah pukul 5.00 pagi, mula lah buat buka terkejut terlompat-lompat.. siap memarah cakap aku tak kejut lah.. hamboiii kemain lagi, walhal lampu aku dah pasang terang-benderang, jam loceng, alarm henpon bunyik tak berenti. Even periuk belanga pun aku dah kompang kan, still tak bebangun. Tunggu nak siram air je lagi tau.

Alhamdullilah, setengah jam sebelum imsak, sumer dah duduk bersila depan makanan. Adik lelaki no.2 lead baca niat puasa. Overall, untuk hari kedua nih aku masih berpuas hati. Liat-liat derang pun bangun gak menghadap nasik.

Masa makan, sumer still buat muka pekat nih.. suap nasi pun mcm orang tader jari. Aku ajak adik pompuan no.6 berborak. Coz dia sorang yg nampak aktif sikit. Tanya dia semlm berbuka kat mana. Supposed dia join aku berbuka kat umah nenek Mamoru~kun. Tapi last minit kansel sbb dia stuck dlm jam (dia bertiga dgn bf & room-mate dia). So, dia gi berbuka kat umah family bf dia kat wangsa maju.

Adik pompuan aku nih jenis selamba & kelakar. Kalau dalam family, dia lah penglipur lara kami sekeluarga. Mulut becok tak hingat nih. Nak dijadikan cerita, semalam emak bf dia nih ajak family derang gi tarawikh. Sorang pun adik-bradik bf dia tanak ikut. Tapi adik aku lak offer diri. Taim nih aku dah gelak-gelak dah. Nak amik hati bakal mentua lah tu. Part yg paling kelakar masa rakaat terakhir tarawikh, dia pun bangun lah dgn konpiden nih (takbiratul ihram yang ke-8). Taim tu semua jemaah pun turut bangun. Tapi tetiba derang duduk balik & teruskan tahiyat akhir. Yang adik aku nih berdiri lah sengsorang. Lepas perasan sumer orang still duduk, dia cecepat duduk balik. Taim nih aku dah gelak besar. Aku dapat bayangkan cemana merah muka adik aku tahan malu.. of coz lah kan.. malu dgn jemaah lain & paling teruk, malu dgn bakal mertua.

Lepas habis tarawikh, emak bf dia tanya, naper dia berdiri lagi masa sembahyang tadi? Adik aku nih dah malu tahap dewata raya. Tapi mungkin sebab dia tahu dia tak silap, dia pertahan kan lah jugak pendapat dia. Adik aku cakap kat emak bf dia yg sebenarnya sepatutnya keseluruhan tarawikh tu ada 8 rakaat. Tapi derang sumer tahiyat masa rakaat ke-7. Emak bf dia pun bagitau lah perkara sebetulnya. Memang pun rakaat malam tu ada 7. Sebenarnya imam tu yg terlupa. Mungkin dia ingat dah rakaat ke-8. Patut lah jemaah lain pun serba salah nak bangun atau tak.

Adik pompuan aku tak puas hati. Kata dia, kalau mak bf dia tu dah tau sembahyang tu short satu rakaat, naper dia still steady je sembahyang ikut imam dan tak tersilap berdiri mcm adik aku. Masa nih gelak aku dah semakin besar. Nak tau apa kata mak bf dia?? Kata macik tu, dia pun almost terberdiri jugak tapi mata dia sempat tengok imam kat depan. Dia tengok imam tu duduk, tak jadi lah dia berrdiri. Taim nih sumer adik beradik aku tergelak! Tersembur nasik dibuatnya. Kata adik aku lagi, sempat mak bf dia bergurau suruh buat rakaat ke-8 kat umah nanti. Kelakar gila conversation antara dia dgn mak bf dia nih.

***************************

Hah nih nk inform pada sumer warga gunung. Invitation bersama dari KHK & GO. Mcm taun lepas jugak, satu gathering berbuka untuk penggiat outdoor akan diadakan di Dewan Orang Ramai, Kampung Paya, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Tarikh: Sabtu, 29 September 2007
Masa: 6.00 ptg (kemudahan surau disediakan)
Fee: RM 25 (bebudak bawak 12 tahun FOC)
Berminat sila call no nih:

Mat Saiko - 012-3875897
Sany - 0133406501
Lily - 017 3461740
Naza - 012 5631567
Bett - 012 2900494

Thursday, September 13, 2007

silap cuti

Hari nih 1 Ramadhan 1428 Hijrah.

Subuh tadi meriah umah aku dgn bunyik periuk kuali berlaga. Dari pukul 4.00 pagi lagi adik pompuan aku yg study kat Unisel tu dah bangun. Dia sampai umah aku malam tadi dgn sorang room-mate dia. Ramai jugak lah, 7 orang termasuk aku adik-bradik. Terpaksa makan bersila kat atas lantai. Maklum dining table aku juz ada 4 kerusi - bujang katakannn.

Tak masak apa pun untuk sahur. Panaskan lauk yg adik lelaki no.3 masak malam tadi je. Ada lauk gulai ikan dgn kari daging (jgn memain adik lelaki aku pandai masak tau). Pastu goreng telur sikit. Jadi lah kan. Makan gegamai sambil pekena teh O. Seronok sgt. Tp, aku makan sikit je, minum air & makan kurma sebiji - cukup syarat.

Sesambil makan tu aku duk bz call orang sini sana - Beborak dgn bapak sekejap, pastu beborak dgn adik lelaki no.2. Siap hantar sms kat memember wish for sahur. Kemain lagi eksaitednya aku nak berpuasa nih. Hik.

Semlm aku dah start buat buku khas utk aku nyer wedding planner. Tentatively (as per what they discussed during the engagement ceremony rituh), Chinese New Year nih aku akan menamatkan zaman bujang. Disebabkan aku tader sesiapa nak mintak tolong arrange memender nih sumer, terpaksalah aku buat sendiri. Orang lain boleh lah, kalau nak kahwin just sebut je depan mak bapak, konpem derang tayah sesusah buat apa-pe. Paling best, tayah nak keluar duit bebanyak. Mak bapak yg akan arrange sumernya. Mcm aku nih, semua kena prepare sendiri. Family aku bukan kaya mcm korang, korang dan korang.

Masa memula nak list down kan semua perkara dlm buku tu, rasa mcm susah yg amattt. Macam perancangan untuk wedding nih sesuatu yg menakutkan, susah nak dibuat. Taaapiiii bila dah siap list semua, rasa biasa je. Macam buat event jugak. Takde lah sesusah mana. Perasaan aku je kut. Apa lah aku nih, buat event kompeni yg bebesor boleh. Nak rancang wedding sendiri pulak ketaq.. hik.

Buat masa nih aku tengah cari quotation untuk mak andam (termasuk pelamin + nikah + mlm berinai + resepsi) & photographer (untuk 2 hari termasuk outdoor shooting - keutamaan kepada photographer yg creatif dan pandai guna photoshop). Kut-kut kalau korang ada contact nombor, atau korang sendiri pakar dlm hal-hal camnih, email aku kat adlyana1979@yahoo.com. For info majlis dibuat kat Melaka.

Mungkin ada yg pelik naper awal sangat aku nak book derang nih. Jangan tak tau dik nonnn.. biznes orang kahwin nih laku mcm cekodok goreng. Kalau tak book awal-awal alamat ko kahwin pakai kain langsir & tangkap gambar sendiri pakai kamera cap ayam je lah. Lagipun, aku nk state semua proses step by step yg aku rancang & buat dlm blog nih. Sok, dah tua-tua, boleh lah aku selak balik citer zaman memuda nih. Kenangan, kata orang.

Ops.. kita stop cakap pasal wedding nih dulu.

Hari nih opis aku tutup. Sambut Awal Ramadhan. Sebenarnya aku silap tengok kalender. KL & Selangor manader entitle untuk Awal Ramadhan. Baru semlm aku noticed mender nih. Tapi nak buat mcm mana, aku dah janji kat staff kat opis nih nak bagi cuti. Terpaksa biarkan derang bercuti gak lah kan. Nak tarik balik, kesian. Derang dah plan memacam untuk hari nih. Taper lah sehari je. Pasnih nak prepare alasan bagi kat DO in case kalau dia tanya naper opis tutup.. hehehe.. *masakkk*

Camnih lah kalau orang dah kemaruk nak berpuasa.. ngalahkan orang nak sambut raya.. *ish ish ish*

p/s: Takziah buat rakan muslim di Sumatera akibat gempa bumi semlm. Dalam kita bergembira, ada yg sengsara..

Wednesday, September 12, 2007

selamat berpuasa!


Geng, esok puasa lah!

Malam nih pulak dah start tarawikh. Teringat dulu masa kekecik aku dgn memember sekampung tukar nama solat tarawikh nih kepada 'tala-kueh' (means, pegi bedal juadah yg orang sediakan selepas solat tarawikh). Nakal btul akak taim tu. Hik. Tapi laaa nih tak buat lagi. Dah besar katakan, dah jadi gadis yg ayu gitu (sesekali perasan). Term rembat kuih nih dah ditukar kepada term sedekah kuih pulak.

Lafaz niat sembahyang Tarawikh:


Maksudnya: Sahaja aku sembahyang tarawikh dua rakat ma'mum kerana Allah Taala.

Ok lah, kita toksah citer pepanjang hari nih. Just nak susun jari minta maaf pada sumer kengkawan yg kenal diri aku nih. Sesama lah kita sambut bulan Ramadhan dgn hati yg ceria & gumbira.

Buat semua umat Islam di seluruh dunia & buat pembaca yg duk keluar masuk blog aku nih (sama ada yg berniat baik @ tak baik @ tader apa-pe niat langsung) aku nak ucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kat korang (ikhlas nih)

p/s: Jangan lupa kunci jam bangun sahur nahh.


Tuesday, September 11, 2007

marhaban ya Ramadhan

Berdebar tak?

Sama ada esok atau lusa, kita akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yg dinantikan setiap tahun. Bulan yg mana kita akan berpuasa beramai-ramai.

Dulu aku takut nak berdepan dgn bulan Ramadhan. Sebab dalam bulan nih emosi aku mudah sangat tersentuh. Asyik teringatkan arwah mak & fikirkan mcm mana nak belikan baju raya utk adik-adik. Maklum, adik-bradik aku ramai, dulu zaman aku study baju raya adik-adik selalu tak berganti. Nak harap bapak, berapa sangatlah gaji dia. Nak tampung kami sepuluh beradik lak tu. Tapi alhamdullilah, bila dah bekerja nih, sedikit sebanyak hidup kami bertambah baik.

Bila difikirkan balik, takde reason untuk aku takut berdepan dgn bulan mulia nih. Malah sepatutnya aku bersyukur dgn apa yg aku ada hari nih. Kalau nak dibandingkan dengan mereka yg lebih tidak bernasib baik, apa lah sangat dugaan yg Tuhan bagi kat aku, ye tak?

Sempena hari dan bulan yg penuh dengan kemuliaan ini, marilah kengkawan, kita sama-sama mengerjakan ibadah puasa dgn hati yg lapang, bersih, khusyuk & tawadduk. Semoga ibadah yg kita bakal jalankan ini memperoleh keberkatan & diterima-Nya

Mungkin ramai dah tahu tentang doa / niat berpuasa. Tapi aku just paste je lah untuk kita tatapan kita bersama. Mana yg terlupa tu kita ingatkan. Yang ingat tu kita pasakkan. Mender baik, memang patut disebarkan, tak gitu. (copy dari http://www.muftiselangor.gov.my)

Lafaz niat puasa bulan Ramadhan (lafaz harian):

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala

Lafaz niat untuk sebulan berpuasa di bulan Ramadhan (takut terlupa berniat)

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa untuk sebulan bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala

Doa berbuka puasa

Maksudnya: Ya Tuhanku, kerana-Mu aku berpuasa, dengan-Mu aku beriman, di atas rezeki-Mu aku berbuka dan dengan rahmat-Mu Ya Allah yang Maha Mengasihi”.

Surah al-Qadr (ayat 1-5)


Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu diturunkan Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah (malam) hingga terbit fajar.

Perkara yg membatalkan puasa

Muntah dengan sengaja
Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja (pada siang hari)
Datang haid atau nifas
Melahirkan anak
Gila
Mabuk atau pengsan
Murtad
Memasukkkan sesuatu ke dalam rongga terbuka (mulut, hidung, telinga, dubur, alat sulit)


Monday, September 10, 2007

xpdc kayak sungai selangor

urusetia & jurulatih kayak (sesi taklimat di Unisel few days before xpdc)

peserta xpdc (cari lah pic me, mamoru & my sis dlm ni)


**********************


Korang penah dengar lagu nih tak? Tajuk dia Dengan Bismillah nyanyian Uji Rashid. Fyi, lagu yg berkumandang kat end page blog aku nih lagu dia lah. Meh aku paste lirik dia kat sini. Sempena Ramadhan yang bakal tiba dua tiga hari nih.. kita enjoyyyyy!!

Dengan Bismillah by Uji Rashid

Mulakan dengan Bismillah
Seterusnya niat bertaqwa
Ramadan yang mulia
Akan sempurna

Di malam kemuliaan
Sesungguh telah di turunkan
Malam yang utama
Lailatul Qadar

Turunlah malaikat dan roh
Diizin Tuhan
Mereka membawa segala-gala
Dari setiap peringkat

Sejahteralah malam
Sehingga menjelang fajar suci
Tenteram ku rasa
Di Aidilfitri

Alhamdullilah, program berkayak menyusuri Sungai Selangor berlangsung dengan jayanya. Siap dapat liputan dari TV3 - Masuk tv tau.. buletin 1.30 tengahari Ahad rituh. Glamer dik nonn!

Meh share stori behind the scene.

Jumaat rituh, kul 9.00 mlm kami (aku, Mamoru~kun & Chua) gerak ke Kuala Selangor. Ingatkan sempat lah jumpa peserta kayak & join xtvt untuk malam tu tapi last minit mak saudara Mamoru minta tolong hantar dia ke Hentian Bas Jalan Duta. Dia ada hal nak ke Kedah. Terpaksa patah balik ke KL. Merasa lah jugak tunggu bas dia tak datang sampai ke subuh. Sangappp kauuu. Sudahnya patah balik ke Kuala Selangor. Kami sampai ke Kampung Hang Tuah kul 5.30 pagi. Ngantuk tahap dewata raya dah taim tu.

Sabtu, lepas perasmian xpdc oleh ADUN Daerah Kuala Selangor & Ketua Pengarah JPS, sumer peserta dilepaskan ke Sungai Selangor. Aku & Mamoru~kun tak turun join urusetia yg lain berkayak sebab kayak tak cukup & most important kami tak cukup rehat. Jadi, kami terus bertolak ke chechpoint seterusnya di Kampung Asahan merangkap port kemsait untuk hari kedua untuk tunggu peserta kayak sampai.

Ahad, lepas sesi senaman cum tarian 'poco-poco' oleh barisan urusetia, sekali lagi peserta dilepaskan ke sungai untuk menamatkan xpdc kayak sehingga ke Kampung Kuantan. Kali nih, Mamoru kena turun berkayak sebab bilangan urusetia tak cukup. Dia turun kayak single. Mulanya aku tak dapat berkayak sama. Terpaksa mengalah dan bagi laluan kepada peserta lain yg tak dapat turun berkayak hari sebelumnya. Aku tak kisah sangat. Lagipun aku dah cukup puas hati adik pompuan aku (salah seorg peserta dari Unisel) join xpdc nih. Beberapa minit sebelum xpdc dimulakan, Zin (pengerusi kelab) panggil aku. Taim tu aku dalam boat rescue dgn urusetia yg lain. Dia suruh aku turun berkayak dgn Adik Effa. Tak pikir panjang, capai ration, terus turun dalam sungai.

Panas terik semalam. Got my skin tanned. Okey la jugak. Hitam tu kan manis menawan. Hik. Arus sungai agak tenang cuma sesekali berombak dilanda bot-bot rescue. Mcm yang dah dijangka, xpdc tamat lebih cepat. Just tiga jam je menyusur dari Kg Asahan, kami dah tiba di jeti penamat Kampung Kuantan. Syukur jugak lah kami dapat tamatkan xpdc lebih awal, sebab kalau lambat sejam, air di muara sungai start pasang. Arus sungai yg mulanya menghala kelaut akan bertukar menghala kehilir. Maknanya kalau kami masih berkayak, kami terpaksa berkayuh melawan arus. Dan ini akan menambahkan kesukaran peserta.

Lepas makan tengahari & majlis penutup, kami bersurai. Sebelum balik, sempat jugak lah singgah ke rumah nenek Mamoru~kun. Minum petang & makan malam kat sana sebelum gerak balik KL.

Skema btul ayat aku hari nih kan? Penat arr wey. Bahu sengal + pinggang sakit = wut do u expect? Penat la kan.

Think dats abt it. Xpdc penamat sebelum kita mula Berpuasa. Aku puas hati - sangat. In the mean time, enjoy gambar kat atas nunn.

my engagement photos

Kek pertunangan dari Mamoru~kun (gambar kek dari aku takde dlm simpanan *sob)
Nampak tak cincin tu? Tak nampak? Ok, kita close up - tgk bawah nih
Cincin bertunang & cincin merisik

Cincin merisik disarungkan oleh Mak Uda (mak saudara Mamoru~kun)

Cincin pertunangan disarungkan oleh nenek kesayangan Mamoru~kun
Bersama nenek & hantaran dari kedua belah pihak

7 hantaran berbalas 9 (gold from them, green + white from me)
Sebahagian dari rombongan meminang pihak lelaki
Proses berbalas pantun.. *hik*.. No lah, proses pertunangan
Sebahagian tetamu yg hadir

p/s: Ramai sangat duk bertanya tentang gambar. Sampai ada yg speku bebukan. Korang nih tak baik arr. Nahh amik nihh.. tgk arr pepuas.

Friday, September 07, 2007

aku yg sakan ke sana sini

Semalam (Khamis) aku cuti.. hahaha.. mari gelak jahat.

Sebenarnya tak plan pun nak bercuti. Pagi tu bangun je adik aku ajak ke HKL - buat medical checkup. Dia nak aku temankan. Ikut je lah. Smsed opis, cakap aku half day. Balik dari HKL, gi Mid Valley pulak - shopping. Tengahari, Mamoru ajak gi Unisel - training bebudak berkayak. Sudahnya, sehari suntuk aku tak ke opis.. hahaha (note: Mamoru dah start bercuti untuk program kayak nih since Khamis lagi)

Seronok tengok bebudak berkayak. Aku yg mulanya refuse nak turun pun boleh teruja. Nasib baik ada baju spare. Berkayak lah kitaaa.. Adik pompuan aku yg belajar kat sana pun join sama. Saja aku suruh dia turun. Kenal-kenal dgn senior dia yg lain (most of her senior nih wakil MPP). Takdelah mandom je belajar kat sana. So, far not bad jugak lah performance dia. Water confident pun takde masalah. I'm proud of her. Hik.

Yang tak best tu, kepala aku terkena pedal masa buat rafting. Sakit dia Tuhan je tau. Hampir nak nangis nih, tapi kontrrrolll, malu lah kalau bebudak Unisel tgk. Benjol jugak lah kepala aku yg comel nih. Tapi adat lah. Nama pun outdoor, tak thrill la kan kalau takde sakit-sakit or luka-luka. Apa barang join outdoor kalau tak boleh sakit sikit.

Hari sebelumnya (Rabu), aku keluar opis awal (seriyes awal). Lepas lunch terus tak masuk opis lagi dah.. hehe. Nih lah jadinya bila diberi kebebasan untuk keluar masuk opis sesuka hati. Tapi aku tader lah salah guna (ada sikit kut hehe). Bukan keluar kemana pun, pegi melepak kat opis Mamoru~kun. Eh taderlah, bukan exactly lepak kat opis dia. Walaupun Mamoru tak kisah aku duduk dalam bilik dia, aku tetappp kisah. Nanti kalau orang masuk ketuk bilik dia tengok aku ada kat dalam, macam segan lah pulak kan. Dia orang goverment. Faham-faham lah dalam goverment nih banyak melayu. Kang kalau org start mengata, siapa yg malu? Aku kena jaga status dia dalam jabatan sama mcm aku jaga maruah diri sendiri.

Untuk mengelak perkara yg tak diingini, aku suruh Mamoru drop kan aku kat Subang Parade (bebetul dekat dgn opis dia). Best jugak shopping kat situ. Sampai tak sedar opis hour dah abis. Sampai Mamoru terpaksa call suruh jumpa kat McD ground floor. Sakan memborong baju utk adik-adik aku. Hik.

Malamnya pulak, ada meeting antara kelab outdoor Mamoru dgn wakil dari JPS & Unisel kat Kuala Selangor. Aku pegi dgn Chua dan Mamoru~kun. Derang nak bincang tentang program wiken nih. Malam tu jugak, untuk pertama kalinya sepanjang aku kenal Zin, aku tgk dia (pengerusi kelab) bercakap dgn suara yg sangat tegas. Maybe dia pressure dgn few AJK kelab. Aku notis jugak ada certain AJK yg tak begitu cooperative masa meeting. Aku yg mulanya mengantuk terus terang biji mata duk mendengar perbahasan hangat nih. Camnerpun alhamdullilah, semua dapat diselesaikan dgn cara baik.

Masa dlm keta on the way ke sana, Chua ada tanya, "Mcm mana kau dgn Mamoru boleh bercinta".. aku saling pandang-memandang dgn Mamoru. Ntah lah, aku pun tataw. Sebetulnya kami tak penah bercinta dlm erti kata yg sebenar. Aku start jumpa Mamoru masa trip ke Gunung Kinabalu, Sabah (Mac 2006). Rapat pun as a friend. Sama macam aku rapat dgn Chua & kekawan lain jugak lah.

Semuanya start masa Mamoru suarakan yg dia serious nak jaga aku (Mac 2007) - setahun lepas kenal. Mula tu aku tak amik port sangat. Ingat dia bergurau. Lagipun aku tak ready lagi nak settle down dgn sesiapa pun. Not until Mamoru cakap, "kalau nak kahwin, kahwinlah dgn orang yg bebtul sayang & suka kan kita. Bukan orang yg kita sayang & suka tapi kita tataw perasaan dia terhadap kita"..

Ayat dia buat aku terfikir.. btul jugak kan. Kalau aku duk letak harapan & sayang melangit kat seseorang tapi aku tataw kesudahannya, better aku pilih orang yg bebtul sayang aku dengan ikhlas walaupun perasaan sayang aku kat dia still belum bermula. Kata orang bercinta lepas kahwin nih sangat menarik.

Tapi aku bukan lah jenis org yg bercinta lepas kahwin. Sekarang nih pun dalam proses kenal hati budi jugak lah. And to be honest, my love towards Mamoru grew stronger each and every day. Lebih-lebih lagi lepas bertunang nih. Hik.

Ops melalut pulak.

Malam nih, aku, Mamoru~kun & Chua gerak ke Kampung Hang Tuah kat Batang Berjuntai, Selangor (pelik ey, Hang Tuah nih orang mana sebenarnya.. hehe). XPDC Menyusuri Sungai Selangor Sempena 50 Tahun Kemerdekaan akan bermula dari situ & berakhir Ahad nih di jeti Kampung Kuantan, Kuala Selangor (area kelip-kelip). Mamoru dah contact orang dari Utusan. Harap dapat liputan dan aku pun nak karang artikel yg terbaik utk trip nih & hantar kat Abang Rocmal. Mana lah tahu boleh keluar Kosmo nanti ke.. Hik.

Oh yer, malam nih jugak, lepas maghrib ada gathering outdoor kat Restoran Yusof sebelah Central Market (sempena Awal Ramadhan). Semua pendaki gunung dijemput hadir. Nak discuss pasal apa aku tataw lah pulak. Aku tak dapat join :(

Hope this program would be a succes! Hepi wiken folks.