Sunday, August 31, 2008
Selamat berpuasa!
Friday, August 29, 2008
Jom gi Tarawih
Terjemahan: Sahaja aku Solat Sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Lafaz solat bagi sembahyang secara berjemaah:
Terjemahan: Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat(Imam atau makmum) kerana Allah Ta'ala
Note: Solat tarawikh nih hukum mengerjakannya adalah sunat Muakkad, iaitu sangat dituntut dalam Islam. Lebih afdal kalau kita dapat buat secara berjemaah. Kalau takde masa sangat, nak buat sengsorang pun boleh juga. Masa untuk mengerjakan solat nih sangat panjang.. daripada lepas Isyak sampai ke subuh - so, alasan takde masa tu, tak relevan laa nahh..
Rezeki ramadhan
Nak tau apa berita gumbira tu? Hehehe.. akak dapat bonus dik nonn! Tak sangka tau, dendiam je kompeni aku nih kasi. Tau-tau dah ada je bila check akaun online malam tadi. Mamoru yg tolong check kan sebenarnya. Sebelum tu aku ada cakap dgn Mamoru berapa balance dalam akaun aku. Sekalikk, bila Mamoru tengok balance yg ada dalam tu, terus dia pandang aku dgn muka terkejutnya. Ohh, aku lagi lah terkejut ok. Duit saper pulak yg termasuk dalam akaun aku nih??
Bila masuk opis pagi nih, baru tau tu bonus kompeni bagi. Syukur alhamdullilah, murah rezeki kami sekeluarga . lelebih lagi dedekat nak bulan puasa nih.
Minggu nih, balik Kuala Selangor. Lama dah tak spend masa dgn family sebelah Mamoru.
Memacam mender aku dah plan nak buat kat sana nanti. Nak tolong nenek mengemas, nak susun atur semula bebarang yg tak perlu, nak tukar apa-apa yang patut dalam rumah tu (ikut bajet & kemampuan lah kan).. pastu nak mengecat lagi.. fuhh.. ntah larat ke tak nanti.
Takpe, buat pelan-pelan. InsyaAllah boleh.
Thursday, August 28, 2008
Tgh prepare costing
Draf dah siap!! Penat aku telipon 3 buah tempat kat KK berkenaan dgn kos untuk accomodation, transport, permit, insuran, guide.. segala.
Alhamdullilah, tak banyak beza dalam kos compare masa aku pegi 2 tahun dulu. Well of course lah rate kat Kinabalu semakin meningkat, tapi masih boleh manage lagi. Memula aritu, takut jugak nak buat bajet nih. Sebab ada orang kata kos mendaki gunung Kinabalu naik berganda-ganda sampai membunuh mahalnya. Tapi bila aku check sendiri baru-baru nih, dan selepas amik kira semua kos (KL - Kinabalu - KL), takde lah banyak pun naiknya.. huhuhu.. auta je lebih semuanya tu. Suka bikin gempak je tau bebudak nih.
Untuk trip nih, aku ada buat 2 plan untuk bajet. Beza antara 2 plan nih agak impressive.. *wink! Tapi tak boleh laa nak reveal kat sini lagi. Booking pun belum confirm maa. SSL belum buka booking untuk next year. Minggu depan baru boleh start book accomodation.
Bila fikirkan balik, rasa seram pulak nak open invitation untuk trip Kinabalu kat sini, sebab yang konpem je dah 7 orang, campur yg reserve seat pulak, dah lebih 10 orang jadinya! Aduss.. pengsan aku nak handle gegamai nanti. Personally, aku prefer 10 orang je untuk trip nih. So, pat pat siku lipat, saper cepat bayor tiket flights & 50% booking fee (as per requested by SSL a week after booking has been made) dia dapat lah kan. Lagipun, aku baru je belajar nak jadi organizer. Kaluu aku dah certified jadi Gorgon-izer lain citer lah kan.
Wednesday, August 27, 2008
Tahniah, Anwar menang
Ramai yang tak kosentret masa dengar lecturer malam tadi. Dr R mengajar kat depan, student kat belakang semuanya duk berkali-kali refresh website Malaysiakini tunggu keputusan pilihanraya Permatang Pauh.. huhuhu (termasuk lah aku).
Aku eksaited gila bila tengok undi untuk Anwar semakin naik (walau hakikatnya aku bukanlah penyokong PKR). Biar terbuka bijik mata pemimpin negara kita yg ____________ (sila isi tempat kosong dgn ayat korang sendiri).
Tahniah untuk Anwar. Harap dia tak meroyan macam pemimpin negara kita yg hehari kejenya adalah ____________________ (isi tempat kosong lagi. Ikut suka nak isi yg baik / ta'baek. Aku tak sanggup nak tulis. Bulan puasa dah dekat, tak baik mengumpat).
Oh, korang ingat tak masa kekecik, dulu asal gaduh je musti kita guna dialog kat bawah nih kan? kan?
Budak A: "Oit.. kau curi barang aku kan?"
Budah B: "Takde lah.. manader!"
Budak A: "Sumpah??"
Budak B: "Sumpah.. wallah.. manader aku amik barang ko"
Budak A: "Alif lam lam ha.. saper tipu, dia dosa"
Masa kekecik dulu, memasing bodoh piang.. salah sikit, sumpah'.. silap sikit, 'alif lam lam ha'.. Tapi, bila dah besau gajah dan masih mengekalkan imej budak-budak yg bodo-piang kan, haa camno tu?
Harap Anwar kekalkan prinsip dia untuk TIDAK bersumpah. Jangan jadi budak-budak. Kalau betul dia salah, kumpul bukti. Dakwa kat mahkamah. Jangan lah buat orang jadi pelik (esp non-muslim).
Yelah, golongan marhein macam kita nih kalau disyaki bersalah, terus kena turun naik mahkamah - kena lokap - kena pecat. Tapi golongan 'atasan' nih, kalau disyaki (syak OK belum bebetul salah lagi) bersalah, ada trend lain pulak ye? Asal masuk masjid, amik Quran, buat lah segala sumpah tak bersalah --- setttttlllleeeeee semua ek??
Kalau camnih, jangan terkejut lah pasnih kalau ada ramai lah perogol, pembunuh, penyamun yang 'demand' nak buat sumpah tak bersalah dalam masjid pulak nahh?
Keje aku semalam
Kedatangan kami semalam disambut oleh Executive Director Astro, sempoi je orangnya.
Ekceli banyak jugak lah gambar yg aku amik semalam. Tapi, tak boleh nak upload kat sini. Kebanyakannya P&C. Kang membabitkan masalah sekuriti pulak.. Ohh, selera Kudsia nih sama dgn aku. Kami suka makan cilipadi mentah dgn nasi begitu sahajor. Pedassss tapi sedapp ok.
Taim nak balik.. terima kasih utk goodies tu ek.
Tuesday, August 26, 2008
Free gift dari Astro
Beg Biru.. motif tulis Mix.fm kat situ kan?
Ada mouse pad ngan kalkulator (nih sure terperuk kat umah je nanti, aku bukan guna pun)
Baju Lite.fm saiz L.. hmm naperlah orang suka kasi baju saiz L manjang.. Aku pakai kang konpem sampai lutut. Tapi takper, Mamoru muat. Kasi kat dia je.
Buku nota metal cover. Haa, yang nih baru betul ada nama kompeni yg aku pegi semalam
Last skalikk.. pendrive 2G Kingston.. bertambah koleksi pendrive aku.. hehe
Monday, August 25, 2008
Salam Ramadhan :)
Disebabkan aku eksaited terlebih, aku nak wish korang semua..
&
Selamat berpuasa buat semua umat Islam di seluruh dunia!
Sempena kedatangan bulan Mulia nih, jom kita perbanyakkan sedekah & amal ibadah. Tak mampu nak sedekah bebanyak, sedekahkan buah tamar pun boleh juga.. kalau tak mampu jugak, sedekah senyum pun jadi lah.. besar pahalanya orang bersedekah nih..
Pastu zakat jangan lupa bayar nah. Dah check berapa korang kena bayar tahun nih lum? Haa.. check jangan tak check. Bayaran berbeza setiap negeri ok. Bagi aku pulak, bermula tahun nih, zakat fitrah aku bukan lagi ayah yang bayarkan. Mamoru yg akan amik alih. Tu yg rasa eksaitednya over sikit tahun nih.
Konpem korang semua ada banyakkkkkk sangat plan untuk bulan Ramadhan nih kan? Aku pun camtu jugak.. hehehe. Napsu meluap-luap.. tuu yang terpaksa sentiasa ingatkan diri sendiri supaya bersabar & bersederhana selalu (InsyaAllah)
Apa pun perancangan korang untuk bulan mulia nih, sekali lagi aku ucapkan selamat berpuasa untuk korang semua..
Penat sepenatnya
Jauh kami berjalan tau.
Dari KL (jumaat malam) -- Melaka (amik ayah, Aunt Shi & nenek) -- naik balik KL -- gerak ke Bentong -- Raub -- Kuala Lipis -- Gua Musang -- Kota Bharu (subuh baru sampai) -- tengok sepupu aku konvo jap pastu gi Tumpat (lawat adik no.4 & anak buat aku, Jasmin) -- Pengkalan Kubur (soping) -- gerak ke Pasir Puteh -- Besut -- Kuala Terengganu -- Kuala Berang (bermalam - giler penat) -- Esoknya bertolak balik lalu Kuantan -- Bandar Muadzam -- Bahau -- Kuala Pilah -- Tampin -- Alor Gajah -- Masjid Tanah (hantar ayah, Aunt Shi & nenek) -- then balik Kuala Lumpur (pukul 1.30 pagi malam tadi baru sampei)
Haa.. amikkkk. Gila jauh punya journey untuk wiken trip. Kesian Mamoru & Wan (kami gi dgn dua keta) - konpem patah badan drive pegi-balik.
Masa nak balik dari Ganu nenek siap berkias-kias lagi.. katanya, "nanti lepas raya kalau takgi memana, kita pegi Terengganu lagi ye?".. adussss nenek.. tengok la dulu nek, insyaAllah..
Ohh, last week Mamoru suruh aku book accomodation & survey tiket flight untuk xpdc mendaki Kinabalu tahun depan Hmm, nak book untuk bulan berapa ek? (for sure aku takkan book masa Chinese New Year - konpem ramai gila orang taim nih).
XPDC kali nih lebih kepada nak membawak kengkawan yg tak penah lagi mendaki gunung tertinggi kat Malaysia nih. Kalau ikut aku, aku suka buat xpdc 2 in 1. Naik dua gunung sekaligus (Kinabalu & Trusmadi ke?). Tengok lah nanti. Banyak mender nak kena survey. Dah konpem segala-galanya nanti, aku open trip kat sini.
Friday, August 22, 2008
Gambar aku masuk final?
Terkejut aku bila tengok GO pagi tadi. Tak sangka gambar aku boleh lepas masuk final! Ohh.. terharunya! Nih yg buat aku bersemangat nak beli DSLR pasnih (huhuhuh takde maknanya).
Ekceli awal bulan ritu, aku sesajer buka Galery gambar gunung kat GO. Saja nak tengok gambar yg bebudak gunung amik & upload kat situ. Esp, gambar-gambar yg derang pertandingkan mengikut tema yg diberi tetiap bulan. Menarik sangat tau. Banyak view ciptaan Tuhan yg cantik yg tak pernah kita lihat ada kat situ.
Ntah camner bila tengok tema pertandingan bulan nih, aku rasa teruja pulak nak upload gambar yg ada dalam koleksi aku. Saja lah nak share dgn kengkawan sepergunungan yg lain. Tapi tak sangka pulak boleh masuk final sebab aku bukan lah pengamik gambar yg professional.. tambahan pulak (fuhh ayatttt), kamera yg aku guna hanyalah jenis kompak sahajor.. huhuhuhu
Nih antara gambar-gambar kengkawan lain yg turut berentap (cewahh) dalam final dgn aku. Aku amik kat Gunung Online Ohh, lupa nak inform, tema bulan nih adalah "Mossy Forest"
Calon pertama : Bekambing (Adik)
Calon kedua: Pendaki Bebas
Calon ketiga: CW Yap
Calon keempat: Bekambing lagi
Last but not least: Yours truly.. (Aku laa siapa lagi).. ngeh ngeh ngeh
Thursday, August 21, 2008
Family trip
Next week jugak ada exam untuk subjek Econs & Account. Masakkk lah aku jadinya. Ntah sempat ke tak aku khatam buku-buku yg tersangatlah tebal tu. Bab Econs aku boleh lah rilek sikit - memang subjek peberet aku dari dulu. Cuma Account tuu.. kena banyak buat latihan. Maklum lah, aku langsung takde idea bila derang cakap pasal debit kredit nih. Setakat nak kira untung rugi, aku takde hal.. tapi bila timbul term-term yg pelik-pelik, hah, tak ke pengsan??
Next semester, konpem aku amik dua subjek je - tak sanggup aku terkejar-kejar camnih. Kalau setakat belajar & amik exam je, tak kisah lagi.. nih punyerlah banyak group assigments. Mana nak peruntukkan masa untuk attend kelas.. plusss meeting dgn groupmates lagi.. Sudahnya, aku hampir takde masa untuk diri sendiri, apatah lagi untuk Mamoru. Adoiyaiii, kes serius nih!
Oh, esok aku akan ke Kelantan dgn Mamoru & family belah aku. Tataw lah naper nenek aku beria nak ke sana. Masa nenek duk kias-kias nak ajak kami ikut pi Kelantan bulan lepas, aku dengan tak fikir panjang laju je buat janji. Nak kansel, tak sampai hati pulak. Yelah, permintaan orang tetua kan.. selagi dia ada, kita ikut jelah mana termampu.
Plan asal, kami pegi dgn dua kereta. Nenek naik satu keta dgn family pakcik Wan,; ayah & Aunt Shi pulak nak satu keta dgn kami. Sekalikkkk... malam tadi nenek call cakap pakcik Wan tak jadi pegi & nenek nak tumpang keta kami. Aduss.. pening aku.
Ikutkan, memang takde masalah kalau nenek naik sekereta dgn kami, lagipun kat seat belakang nanti, just ada ayah & Aunt Shi je. Tapi yg menjadi kerisauan aku, perjalanan ke Kelantan tu bukannya sekejap. Mau makan satu malam jugak. Selesa ke nanti derang berasak kat seat belakang?
Ayah cakap, nenek dah teruja sangat bila aku & Mamoru setuju nak pegi Kelantan. Nenek siap suruh ayah tangkap & sembelih ayam kampung dalam reban - nak masak rendang buat bekal makanan kami nanti (uishh terliur aku tau).
Tak kisah lah camne. Yang penting, perjalanan kami pegi & balik selamat & dilindungi-Nya. Doakan untuk kami sama ye kengkawan :)
Wednesday, August 20, 2008
Teka aku kat mana?
Mid semester break
Tuesday, August 19, 2008
Masih batuk huk huk
Semalam, seperti yg dah dijangka kan, aku MC. Demam dah ok, cuma batuk & atshma je yg tinggal. Start pagi Ahad lagi aku dah stop makan ubat. Seriyes geli tekak aku nak telan ubat lagi. Memula aritu boleh la aku ikut cakap doctor, tapi bila dah 2 hari takde beza demam aku, teruss aku simpan ubat tu buat perhiasan dalam fridge.
Tapi alhamdullilah la jugak.. pagi nih dah ok.. dah boleh pegi keje. Tinggal batuk je sikit-sikit.
Ahh.. hari nih aku dapat balik kamera aku, boleh lah upload gambar bebanyak pasnih. Aritu SIL Sue pinjam bawak pi Cambodia, tu yg entry aku dua-tiga hari nih hanya ada cerita berhuruf je.. takde gambarnya..
Tapi tak kisahlah, sebab aku dapat selendang comel dari sana.. (tak sempat nak amik gambar - aku tak sihat lah, mana larat nak shoot-shoot nih.. kang gambar gegar).
Ok lah.. aku nak gi tido keje.
Sunday, August 17, 2008
Tak kebah lagi :(
Saturday, August 16, 2008
Aku yg terlantar - demam
Aku tengah demam nih (hehehe.. dedemam pun galak meng-update blog kan? eh.. mustii tau) Tapi seriyes ok, aku memang tengah demam. Nih pun sedang bersiaran dari atas tilam - dalam bilik.
Khamis malam rituh lagi aku dah start sakit tekak. Aku nih, kalau tetiba je start sakit tekak, konpem aku akan mengalami demam yg berpanjangan - at least seminggu. Kalau demam aku start dengan selsema, haa yg tu takde lah aku risau sangat sebab kengkadang tak sampai sehari dah baik.
Pepagi semalam, dalam tak sihat tu aku nekad bangun pi keje. Singgah EPF Building kat PJ sekejap. Kat dalam bangunan tu punya la sejuk, sampai badan aku menggeletar jadinya. Mula lah nafas aku jadi pendek-pendek macam nak kena asthma.
Bila inform kat Mamoru, laju je dia nak hantar aku ke hospital. Lawak pulak tengok Mamoru kelam-kabut camtu. Makin sakit dada aku jadinya bila tahan gelak. Sure Mamoru phobia dgn kes aku kena angkut dgn ambulan gara-gara asthma masa bulan 12 tahun lepas!
So, semalam aku MC. Seharian terlantar kat umah (syedih). Mamoru lah orang yg paling risau. Dia balik je dari keje petang semalam, terus belikan nasi - Makan bersuap tau. Mandi pun dia yg duk mandikan (hik).
Tiga kali aku terjaga malam tadi - tiga kali jugak Mamoru duk bangun buatkan air, bagi aku makan ubat (terharu sangat!). Sampai aku yg paling benci makan ubat nih pun laju je telan ubat sebab nak cecepat baik. Tak sampai hati nak buat Mamoru resah-gelisah camtu.
Subuh tadi, alhamdullilah, rasa macam dah kurang sikit demamnya, cuma selsema & batuk je ada lagi. Aku baru je makan ubat untuk kali ke berapa ntah nih. Mata lak tak boleh nak lelap lagi. Tu yang Mamoru on-kan laptop letak depan aku. Syian tengok Mamoru kat sebelah nih. Sure tak cukup tidur.
Oh, hari nih ada 2 kenduri kahwin kahwin kawan baik Mamoru. Harap tengahari nih kesihatan aku bertambah ok. Rasa macam tak sedap hati pulak kalau aku tak attend kenduri kahwin derang. Aritu aku kahwin, derang sanggup datang ke Melaka. Takkan derang kahwin aku tak pegi kan?
Doakan aku cepat sembuh ya kengkawan..
Kad nikah
Thursday, August 14, 2008
Citer pasal rambut
Aku dah tataw nak buat style camne dah. Balik-balik, aku duk sanggul je bila pegi opis. Nak ikat pesen lain dah tak boleh.. terlalu panjang. Nak buat tocang, kangorang cakap aku budak sekolah. Nak biar lepas pulak, takut orang tak boleh beza antara aku dgn kuntilanak. Kang ada yg histeria nampak aku terpacak pepagi buta dalam opis (maklum, pukul 7.00 pagi aku dah ada dalam opis walaupun opis hour sebenarnya start kul 9.00 - sangat berdedikasi aku nih tau).
Sesekali teringin juga nak potong pendek (bob-style paras bahu), tapi.. tu planning bila aku dah pregnant nanti (berpandangan jauh sungguh
Tengok lah dulu. Nak perm pun kena fikir pat
Minggu depan cuti mid semester seminggu. Tapi ampehhh, tak terasherrrrr macam cuti pun sebab aku ada kelas ganti untuk subjek Account (selasa) dannnn... paling tak best, bila group assingment untuk subjek Econs ajak buat discussion malam rabunya pulak. Aduss.. tak dapat laa aku merasa nikmat cuti yg sebenar. Apa beza kelas ada ngan takde kelas
Yang lebih buat aku stress, bila fikirkan mid term exam yg bakal menjelma naik dari cuti nanti (dua minggu je lagi beb - minggu first puasa lak tu). Adoiyaii.. mau aku amik cuti keje semata nak fokus kat exam nih.. tskkk.
p/s: Aku ada berura-ura nak ajak Mamoru masuk hutan - buat weekend trip mendaki gunung / bukit / trekking santai wong sambil mandi sungai / air terjun. Tapi.. mengenangkan jemputan kahwin yg tak putus-putus dalam bulan nih.. terpaksalah postpone sampai.. err lepas raya kut? (Minta maaf yer cik J & cik I, kita tunggu trip lepas raya pulak nahh?
Promot sikit
Kagum aku.. makin kencang bisness derang. Rezeki orang berniaga.
Selain dua buah kedai nih, Makde ada buka kedai buat kuih raya (kat depan umah dia). Tetiap tahun memang banyakkkk gila tempahan kuih raya yg kedai Makde dapat. Sampai terpaksa gaji staff part time untuk tolong buat / packing kuih.Nantilah.. ada masa nanti aku upload gambar kuih yg Makde buat. Sangat sedap & rare. Susah nak dapat kat tempat lain tau. Kekalau ada yg berminat nak tempah kek / katering / kuih raya, boleh lah pegi ke kedai Puan Rabitah di Kuala Selangor @ di Ijok. Kalau tataw cemana nak ke sana, inform je aku kat sini. Ok?
Nih kedai baru Makde
Sebahagian dari tetamu yg datang kenduri
Tuesday, August 12, 2008
Pc aku mengong
Semuanya berpunca dari aku yg 'gatei' duk install antivirus Kaspersky sendiri. Habis semua setting lari & ada certain program dalam komputer nih ter-delete.. tskkk.
Geremm ok.
Ekceli, aku memang tak penah instal apa-apa program / sofware dalam komputer (aku mana la gheti memender teknikal nih). Tapi semalam, ntah naper aku boleh over konpiden pulak nak install antivirus tu sendiri. Tu pun lepas berkali-kali tanya Mamoru camne nak buat. Bila Mamoru cakap senang sesangat just tekan "next.. next.. next".. je.. aku pun haper lagi, installll je lah.. Sekalikkk, lain lak jadinya.. aduss.
Panik aku sekejap.
Bila jadi camtu, suppose aku consult dgn bebudak IT dari HQ. Tapi bila mengenangkan service yg konpem makan masa tiga pat hari terus aku mengadu kat Mamoru je.. Senang citer.
(Opss, nih kalau boss Mamoru baca nih sure dia cakap aku ngengada. Yelah, aku duk kacau Mamoru buat keje - merengek dari pagi sampai tengahari semalam semata pasal pc aku buat hal)
So lewat petang semalam, Mamoru datang opis aku tolong pikul cpu bawak balik rumah. Bertungkus lumus dia membetulkan semuanya (demi isteri terchenta).. dan taddaaaaa.... sebelum pukul 10 malam tadi, cpu aku dah pulih seperti sedia kala (tenkiu b.. kiss kiss*)
Subuh gaban tadi, Mamoru datang opis aku tolong pasangkan balik semuanya. Sekejap je kan. Nih la kelebihan kawen dgn orang IT.. hehe.
Sekarang, pc aku adalah sangatttt laju dan tak ada pop-up window (virus) yg mengganggu-gugat ketenteraman bekerja aku lagi.. hik.
Monday, August 11, 2008
Posing kat sawah