Friday, October 31, 2008

Resepi pizza sodap

Masakan first yg aku buat kat umah nih. Nak masak lauk, gas tak beli lagi (boleh je nak beli semalam, tapi Mamoru balik lambat. Aku lak malas nak gi kedai. Kang kalau order gas, dah tentulah Abg kedai tu akan hantar sampai dalam rumah kan? Takmo.. takmo.. dah lah Mamoru takde)

Disebabkan takde apa yang boleh dimasak taim-taim darurat camni, kita kena lah guna apa je yg ada dalam rumah tu, ye tak? Tu yang timbul idea nak masak pizza (since masak pizza tayah guna gas - cucuk je kat plug)

Buat pizza nih senang je. Bebahan pun simple. Cuma yang lecehnya kalau tekak kita nih demand melampau (semua mender nak letak dalam pizza tu - kalau boleh nak sama macam pizza hut kononya - over laa kan)

Ok, bebahan yg aku guna untuk buat doh: tepung gandum (setengah kilo), yis segera (satu sudu kecik), susu UHT sekotak kecik (ala, kotak yg selalu kita minum cucuk straw tu), gula sesudu, marjerin sesudu & garam secukup rasa.

Maaf lah, tak ada gambar cecara nak buat doh nih. Mana sempat snap. Tangan bertepung laa. Tapi takpe, korang pepandai lah guna imaginasi..


Memula, larutkan yis dalam sedikit air suam bersama gula (letak tepi dulu). Pastu sediakan mangkuk besar, masukkan tepung, garam, marjerin dan gaulkan sesikit dengan susu tadi. Agak-agak lah.. janji boleh diuli dan tak melekat-lekat. Bila dah jadi doh, perap kan selama sejam.



Sementara tunggu doh mengembang, korang sediakan lah bebahan untuk bubuh dalam pizza, e.g., capsicum (cili hijau cameron), nenas, bawang besar, daging cincang, sosej, button mushroom etc.. etc.. banyakkkk mender boleh bubuh dalam pizza nih. Ikut kesesuaian anak tekak juga. Kalau nak simple, bubuh dua tiga jenis bahan pun dah memadai. Tapi dalam kes ni, disebabkan aku 'hantu' pedas, makanya aku telah membubuh cili merah & cili padi di dalam pizza nih (memang pedas gila lah)



Ok, bila doh dah kembang semangkuk, uli sampai jadi bulat. Aku guna uli tangan je - penyek-penyek pakai jari pun boleh. Disebabkan adik no.6 suka suka makan cheese, aku buat style stuffed crust. Senang je pun - sumbat belah tepi je.



Pastu, bubuh paste tomato kat bahagian tengan. Again, disebabkan tekak aku nih melayu sikit. Aku campurkan sos cili sekali kat situ.. hehehehe.



Pastu bubuh la segala bebahan yg korang suka. Campak-campak je.



Pastu bubuh cheese bebanyak (sebanyakkk mungkin). Aku guna cheese mozarella je. Korang nak guna jenis lain pun boleh.. nak campur-campur pun laaagiii bolehh. Pastu bakar lah dalam oven. Make sure suhu oven
180°C - bakar dalam 20 minit.


Dan taddaaaa... rupa pizza yg dah siap dimasak.. Ohh.. untuk resepi nih, aku boleh dapat 3 biji pizza saiz pinggan besar! Satu pass kat blok sebelah, dua lagi kami ngapppp!


p/s: Kredit untuk blog kak nani rostam atas resepi besttt nih!

Thursday, October 30, 2008

Tidur rumah baru

Sejuk betul mandi pagi nih. Tak sanggup aku nak duduk bawah shower lebih lelama. Lantak lah koboi ke aper. Janji cecah air ke badan.

Malam tadi reramai tidur kat ruang tamu. Takde lah ramai.. bertiga je dengan Mamoru & adik no.6. Adik no.7 tidur dalam bilik dia.. wah, suka betul dia tidur dalam bilik (walaupun masih tak ada katil) - siap tutup pintu lagi!

Rumah masih dalam keadaan tunggang langgang. Banyakkk barang belum keluar kotak. Fridge pun kosong - aku tak on pun power dia. Tv & pc je yang dah dipasang (buruk je terletak atas lantai - keje adik-adik aku la nih). Berselirat wayar dia.

Malam tadi juga, sempat pegi shopping. Berdua je dengan Mamoru beli barang dapur. Nak ajak bebudak tu, semua tengah leka mandi swimming pool (melayan sepupu kami, Siddiq yg datang bertandang)

Selamba je aku masuk Tesco pakai pyjama. Lantak lah. Dah tengah malam, bukan ada yg nak tengok. Lagi pulak, bukan jauh pun Tesco dgn rumah aku. Dua tiga kangkang kera je.

Yang tak bestnya, tengah syiok beli barang, pinggang aku start sakit - spoil betul. Sampai kedek-kedek aku jalan pegang pinggang. Macam orang pregnant sembilan bulan je gayanya. Dalam sakit-sakit tu gigih jugak memborong barang. Tak sanggup aku nak tangguh-tangguh beli barang dapur. Dah la masa agak terbatas sekarang nih. Mamoru pun dah start bz. Taim-taim free nih, selagi boleh aku nak settle apa-apa yang patut dulu.

Habis shopping, Mamoru ajak bebudak tu semua makan kat luar. Berselera pulak aku makan kat luar malam tadi. Siap order memacam: tom yam putih (tak sedap, kurang pedas), kailan ikan masin & ikan kembung goreng pedas (wah, aku pun dah terikut-ikut selera Mamoru - suka makan ikan kembung)

Habis makan, balik rumah - terusss zZzZZzzz.. Tak sanggup nak tunggu Mamoru. Dia buat apa ntah lambat sangat peluk aku. Mengemas kut.

Hari nih sambung mengemas lagi - lesu nyaaa.

Wednesday, October 29, 2008

Jaga gerai Makde

Malam tadi aku & Mamoru ke Kuala Selangor lagi.

Sebenarnya dari hari Isnin aritu aku berulang alik ke sana - tolong Makde kat kedai. Seharian jugak lah kami duk kupas bawang & mesin cili. Mamoru lah yang paling banyak buat keje. Aku tolong kupas je. Dia tak sampai hati tengok aku penat kut.

Malam tadi pulak, kami tolong Makde kat tapak Ekspo. Ada majlis rumah terbuka (sempena Deepavali & Aidilfitri - MB Selangor yg rasmikan) Makde tak cukup tenaga kerja. Sampai tiga gerai nak kena jaga (gerai burger, gerai kuey teow, gerai mee kari). Ramai betul tetamu yg serbu gerai Makde (esp gerai burger). Maklum lah.. semua makanan yang kami served adalah percuma! Mauu derang tak berebut..

Memula sampai kat tapak ekspo, aku dah cuak. Takut tengok ramai orang serbu gerai kami. Kelam kabut betul. Nyaris tak runtuh meja. Sampai bertolak-tolak ok! Pekerja Makde pulak, hanya sempat set-up gerai kuey teow & burger je. Derang tak sempat nak prepare untuk gerai mee kari sebab order untuk dua jenis makanan tu je dah terlalu banyak - tak menang tangan. Nak tanak, terpaksalah aku & Mamoru jadi bidan chef terjun jaga gerai mee kari.

Kelakar ok. Aku dah lah takde pengalaman jaga kedai makan nih. Memang pakai hentam je bubuh mee & segala isi dalam mangkuk. Mamoru pulak tukang bubuh kuah kari. Gerai mee kami awalnya tak berapa dapat sambutan. Sebab terlindung dek orang yg berpusu-pusu kat gerai burger. Terpaksa lah Mamoru jerit-jerit promote mee kari - sampai aku pun terjerit-jerit sama. Dah macam gerai lelong dah gayanya. Taim nih dah tak fikir malu dah. Sampai naik takut pulak tetamu yang lalu depan gerai kami - semua kena paksa makan mee kari.. hahahaha. Tapi alhamdullilah.. licinnnn semuanya.

Dari awal kami datang sampailahhhh majlis tamat, aku tak berpeluang pun nak round tapak ekspo untuk merasa semua makanan yg dihidangkan.. tsskkkk. Sibuk sangatt jaga gerai sampai takde masa nak makan.. laparr ok.

Kami bertolak balik dalam pukul 11.30. Sampai KL dah 12.30 malam - terusss tido. Seriyes tak laratt. Pagi tadi nasib baik tak terlajak subuh. Sepanjang jalan balik, Mamoru asyik cakap sory sebab 'terbawak' aku balik kampung malam tadi. Kata Mamoru, dia tak sepatutnya biarkan aku tolong buat keje-keje camtu - takut aku kepenatan sebab berdiri lama sangat.. *comel kan dia nih? hehe.. Tapi aku geremm jugak. Kengkadang dia terlalu takutttt sangat bila aku buat keje lebih sikit. Aku nak naik tangga sampai umah kami kat tingkat 3 (masa lift umah kami rosak aritu) pun dia tak kasi tau.. ish ish ish.

Ohh.. malam nih baru nak merasa tido kat rumah baru (sebelum nih pindah barang je). Ikutkan, aku tak ready lagi nak pindah sebab kat rumah baru belum pasang water heater lagi (aku kan penakut mandi sejukk). Astro pun belum transfer lagi. Aku tak sabau nak tengok sehati berdansa nih (dah lah minggu lepas punya first round aku terlepas.. tskkk)

p/s: Maaf, gambar ekspo semalam tak ada. Cari kamera tak jumpa :(


Nak tau tak, kat Kuala Selangor sekarang adalah musim rambutan!! *hepi hepi..
(nih gambar masa hari Isnin aritu - berat aku sekarang adalah 37.5kg - naik 0.5 kilo je rupanya.. uuuuuu sure kena tegur dgn doktor masa 2nd check-up nanti - pada hal punyaalahhhh banyakkk aku makan)

Tuesday, October 28, 2008

Pindah rumah

Cepat penat lah sekarang nih. Baru buat keje sikit je dah penat.. :(

Wiken aritu bz pindah rumah. Selagi belum beli rumah nih.. berpindah randah lah kejenya. Tak jauh pun aku pindah. Blok sebelah je (huhuhu).

Rumah sekarang nih masih duduk lagi. Tapi tinggal adik no.3, SIL Sue & adik lelaki no.5 je lah. Rumah baru pula, aku & Mamoru bawa adik pompuan no.6 dan adik lelaki no.7 duduk sekali. Alhamdullilah, suka sangat tengok adik-adik aku hepi dapat bilik sendiri. Semua dah berangan nak hias bilik sendiri. Pasnih nak kena beli perabut untuk bilik derang pulak - lengkap dengan meja study! (semoga Tuhan murahkan lagi rezeki kami.. aminn)

Ikutkan aku tak sampai hati nak duduk berpisah-pisah dengan adik-beradik nih. Sedih. Tapi nak buat macam mana. Memasing makin besar, takkan nak biarkan derang tidur berlonggok-longgok kat ruang tamu. Nak tanak, terpaksalah sewa sebuah rumah lagi. Nasib baik rumah baru nih dekat dgn rumah lama. Kut kalau risau sangat, aku masak lah hehari pastu hantar ke blok sebelah.

Terima kasih kat Mamoru sebab sangat memahami tanggungjawab aku sebagai anak sulung & sanggup duduk serumah dengan adik-beradik aku yg memacam karenah nih. Memang aku bersyukur sangat dapat suami macam Mamoru. Prihatin sangat. Sanggup Mamoru tolak tepi kepentingan sendiri demi untuk tengok aku hepi dannn demi masa depan adik-adik aku terjamin. Baik kan dia? *sayanggggg sangat.

Sebut tentang adik-adik, alhamdullilah banyak berita baik yang aku terima sekarang nih. Adik no.5 dah tamat belajar. InsyaAllah bulan Januari nih dia grad (alhamdullilah). Murah rezeki adik-adik aku. Adik no.6 pulak dapat offer masuk UniKL - amik degree IT aperntah.. security system? Camtu lah kut. Mamoru cakap, course yg dia dapat tu mencabar tapi peluang keje bagus. InsyaAllah, kalau dia masuk situ, ringan sikit bab financial aku sebab kat situ ada loan MARA. Kemungkinan adik aku akan dapat elaun RM 600 tetiap bulan dari MARA. Wah.. banyak tuuu. Camtu, tak payah lah aku bagi duit poket lagi kan? Boleh kosentret untuk adik-adik yg lain pula. Mamoru dah berura-ura nak belikan laptop untuk adik no.6 bila dia dah masuk first semester nanti (Adik no.6, sila bersemangat & belajar rerajin ok)

Adik no.7 pulak, ada lagi setahun untuk habiskan SKM Tahap 3. Habis je Tahap 3 nanti, aku nak dia sambung sampai Tahap 4 (diploma) . Adik no.8, tengah amik STPM. Dia nih bercita-cita nak jadi doktor (aminnnnnn). Dia exam pertengahan bulan November nih. InsyaAllah, habis je exam dia akan duduk dengan aku. Nak keje part time kat KL sementara tunggu result keluar katanya. Baru-baru nih dia dapat surat temuduga dari SPA untuk jadi Pembantu Perubatan Pelatih. Syukur alhamdullilah. Aku yang daftarkan aritu. Back-up plan untuk STPM dia. Mana lah tau kut-kut lulus, at least dia ada banyak choice yg menjurus ke arah bidang perubatan kan?

Ok, stop dulu cerita tentang adik-adik - sambung cerita pindah rumah..

Tak banyak yang dapat aku tolong masa proses mengangkat barang aritu. Mamoru suruh duduk dendiam je (tapi aku curi-curi juga angkat barang sampai kena marah ok.. tsskk). Terima kasih kat Wan (bf adik aku) & semua adik-adik aku. Rajin derang angkut barang. Sampai kena clamped keta Wan sebab tak registar as visitor masa masuk kawasan umah kami. Guard kat sini adalah sangat strict - silap sikit clamped je jawabnya (tapi bagus jugak, takde lah orang berani curi parking).

Untuk pertama kalinya kat rumah baru nih aku buka kotak-kotak hadiah yang aku dapat masa wedding dulu. Esp, kotak yg berisi set pinggan mangkuk, mug /cawan, set periuk belanga, peralatan elektrik.. Wahh.. tak sangka ok, cantik-cantik design semuanya. Senang lah keje aku - tak payah sesusah nak berangkut segala keperluan memasak dari rumah lama. Hadiah wedding tu dah lebih dari lengkap untuk keperluan rumah baru kami! Cuma satu je lah yang kena beli - gas memasak. Naper lahhh takde orang nak hadiahkan gas memasak kat aku kan? Hehehehehe.. *over lak.

Tu je lah cerita tentang rumah baru kami. Gambar tiada sebab aku lupa bawak kamera hari nih. Nenanti lah ek (kalau rajin).

Friday, October 24, 2008

Selipar jepun

Semalam teringin nak makan rambutan. Tiba-tiba je kan? Hik. Macam tu ke orang panggil mengidam ek?

Terdiam Mamoru bila dengar aku nak makan rambutan. Mesti dia pening nak cari kat mana. Sekarang nih orang tak jual rambutan dah - musim dah habis.


Tapi memang rezeki aku (dan baby dalam perut nih) petang semalam. Masuk je kawasan pasar malam Bandar Tun Razak, aku dah nampak sorang makcik jual rambutan! Tak banyak.. ada dua tiga ikat je - tapi masih fresh! Lajuuu je Mamoru belikan seikat untuk aku. Tak sempat tunggu balik rumah, kat situ jugak aku kupas sebiji masuk mulut - manisnyaa! *hahaha.. buruk laku.

Masa on the way nak balik rumah, Mamoru ajak aku pegi shopping. Aku macam blur-blur sebab setahu aku semalam kami tak ada plan nak beli barang dapur (biasanya hujung bulan).

Mamoru: Kita pegi beli baju mengandung.. nak tak?

Aku blur lagi. Baju mengandung? Untuk apa? *sekejap tu*.. Ohh, maternity dress untuk aku rupanya *wahahahha*.. Lupa pulak yang aku akan memerlukan baju tu untuk sebulan dua akan datang.. huhuhu

Tapi bila dah sampai rumah, rasa malasssss pulak nak keluar semula (yerr, aku memang macam nih). Lain kali, kalau plan nak keluar tu, tak boleh singgah rumah - kena pegi teruss. Tangguh malam esoknya (malam nih).

Mungkin beli selai dua dulu. Tak boleh beli bebanyak sebab aku pun tak tau berapa besar aku akan 'mengembang'. Yang penting, aku nak cari sandal yg sesuai. Kebanyakan kasut aku semua bertumit. Masa shopping untuk raya aritu aku ada tergerak nak beli sandal tapak rata. Tapi taim nak bayar aku gi tukar dgn dua pasang kasut tumit tinggi pulak. Sudahnya, sampai sekarang tak pakai lagi kasut-kasut baru tu. Tak berani aku.

Aritu aku try pakai high heel masa organize event kat Putrajaya - balik rumah je terus sakit-sakit kaki & pinggang. Ngeri. Sejak tu tak berani dah. Aku pakat pakai selipar jepun je pegi opis - Lantakkk situ.

p/s: Selamat berhujung minggu.. cuti sampai Isnin kan.. *wink

Thursday, October 23, 2008

Dua bulan

Sebetulnya, kandungan aku sekarang dah masuk minggu ke-6 atau senang kira dah masuk bulan kedua lah (wahhh bulan kedua sudahhh?!!! *dup dap *dup dap)

Dah banyak site yang aku surf tentang pregnancy. hampir setiap hari ada je mender baru yg aku belajar. Seronok.

Tentang badan aku, setakat nih biasa-biasa je. Perut? Buncit sikit. Ala, buncit macam dedekat nak period tu - tapi tak perasan pun. Berat? Ntah tak timbang - rasa macam naik jugak lah sekilo-dua. Cuma aku still dalam proses nak membiasakan diri dengan perubahan breasts yg agak mendadak sekarang nih - makin besar ok! Sebelum raya aritu, aku ada beli tiga pasang bra baru. Tak sampai berapa hari je ketat rasanya. Tak boleh tidak lepas nih mestiii beli baru (sory kalau content hari ni agak berterus terang - pembaca lelaki sila buat-buat tak baca perenggan ni ok)

Ohh.. aku dah tau kenapa aku kerap buang air kecil.. rupanya pundi port simpan 'air kecik' tu jadi sempit sebab ditekan oleh rahim aku yg makin membesar. Patut lah sepuluh kali sekejap aku duk ulang-alik masuk toilet. Panjang aku punya 'oOOoooooo' bila dah tau pasal nih.. hehe.

Tentang makan.. hm, sekarang aku kurang memasak. Bukan tanak memasak, tapi aku tak suka bau hasil tumis bebahan yang aku masak. Bau belacan pun aku tak suka sekarang nih. Tapi makannnn suka lah *haha. Memandangkan aku kureng sikit makan makanan luar, aku terpaksa lah jugak masak kat rumah. Tapi bukan aku yang masak. Sekarang nih, adik pompuan no.6 atau Mamoru yang jadi mangsa menumis. Aku just sediakan rencah-rencah je. Pastu guide dari belakang dinding (sambil tutup hidung - *kelakar!).

Jangan tak caya sekarang aku dah siapkan check-list yang lengkap untuk sambut future-baby nih. Ikutkan hati, hari nih jugak aku nak beli semuanya.. tapi sabarrrr.. Kang ada yang kata aku kemaruk pulak. Tunggu lah dulu.. tunggu sampai aku tau baby nih boy / girl dulu baru aku ajak mamoru pegi shopping. Ok tak?

Tadi aku baca tentang perkembangan baby dalam bulan kedua:

  • Semua organ dan sistem badan utama telah terbentuk tetapi belum sempurna.
  • Tulang belakang, otak dan tali pusat turut terbentuk.
  • Jantung sudah mula berfungsi dan sistem saraf bayi berkembang dengan pesat.
  • Jari tangan dan kaki membentuk, begitu juga dengan telinga dan kelopak mata.
  • Uri yang berfungsi membawa makanan kepada bayi dan membawa bahan buangan dari bayi mula terbentuk, tetapi belum boleh berfungsi.
  • Panjang janin lebih kurang 1 inci dan beratnya masih kurang dari 1 auns. (sumber: ratuhati.com)

Senyummmm je aku baca *hik. Tak sabarnya nak tunggu perkembangan 'dia' seterusnya :)

Wednesday, October 22, 2008

Pengasuh berebutkan Ayuni

Aku ada dua orang anak buah. Dedua perempuan: Ayuni & Jasmin. Ayuni serumah dengan aku (sampai hujung bulan ni). Asal balik keje je, dia lah yg aku ulit. Jasmin pulak nunnn jauh kat Kelantan. Tu pasal jarang aku bercerita tentang Jasmin. Payah nak jumpa. Gambar pun sekeping dua je aku ada. Nanti lah, kalau aku pegi Kelantan lagi (atau Jasmin datang KL), aku amik gambar dia bebanyak.

Hari nih nak bercerita tentang Ayuni.

Malam tadi sampai je rumah aku tengok Ayuni & mama dia takde. Tanya babah dia (adik aku), mana Ayuni? Ada mesyuarat kat rumah pengasuh Ayuni katanya.

Pelik pulak ada mesyuarat taim memalam camtu. Sebenarnya dari semalam lagi aku dah pelik esp bila sorang kakak nih berulang-alik datang cari SIL Sue kat rumah (aku namakan Kak B je lah) Tapi aku takde lah sangka apa-apa. Maybe akak tu saja nak cari kawan borak kut.

Bila SIL Sue balik dari meeting malam tadi, baru lah aku tau cerita sebenar. Ada orang berebutkan nak jaga Ayuni rupanya.. ish ish ish..

Awal tahun aritu, aku ada jumpa Kak B, minta tolong dia jaga Ayuni. Lagipun dia memang full time mengasuh budak-budak kat kawasan rumah kami. Tapi Kak B tamau katanya. Alasannya, dah maksimum dah jumlah bebudak yang dia jaga taim tu.

So, adik aku cari lah pengasuh lain. Alhamdullilah, ada sorang kakak nih (Kak A), sudi jaga Ayuni. Rumah dia pun dekat dengan kami.

Babru-baru nih, Kak B datang jumpa SIL Sue (lepas Ayuni genap setahun), nak minta jaga Ayuni. Terkejut lah SIL Sue. Yelah, tetiba je kan? SIL Sue tak berani nak cakap apa-apa (mungkin nak jaga hati akak tu). cuma suruh Kak B discuss dengan Kak A (pengasuh Ayuni sekarang). Tuu yang derang duk meeting-kan malam tadi.

Pada aku lah kan, cara Kak B nih memang tak patut. Tak tau lah apa reason dia nak jaga Ayuni. Mungkin sebab bilangan bebudak yang dia jaga dah berkurang, atau mungkin sebab Ayuni dah besar (compare dgn Ayuni yang masih telentang lagi masa kami minta dia tolong jaga dulu).. ntah lah. Tapi yang pasti cara dia tu boleh orang rasa pelik & tak puas hati - bahaya nih. Silap haribulan, boleh bercakaran pula. Dah la kami semua berjiran.

Masa meeting tu Kak B sanggup datang rumah Kak A minta Ayuni - berani betul dia nih. Tapi syukurlah, SIL Sue tolak permintaan Kak B secara baik. Alasan SIL Sue, Ayuni dah pandai kenal orang. Takut Ayuni tak biasa & menangis kalau tukar pengasuh. Lagipun, selama Kak A jaga Ayuni memang tak ada masalah pun. Kalau tetiba Sue tukar pengasuh nanti, apa pula kata kak A nanti kan.. kecik hati dia.

Haii.. Kak B.. Kak B.. kalau nak sangat jaga baby, tunggu lah baby aku lahir bulan June nanti.. hehehe.


Hai pembaca blog Mak Long.. cantik tak dua pokok kelapa kecik atas kepala saya nih :)



Nih gambar Ayuni masa kami pegi piknik kat Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah.



Senyummmm sikitttt



Comelllnyaaaa :)

Tuesday, October 21, 2008

Aku yang kena stop mendaki

Kalau ikut perancangan asal, minggu nih sepatutnya aku & Mamoru bawak kengkawan pergi mendaki gunung Liang East-West kat Perak. Tapi sayang terpaksa kansel bila dapat tau aku pregnant. Mamoru pulak, tak sanggup nak teruskan trip tu kalau aku takde disisi. Hee sayang sungguh dia kat aku kan?

Yang malangnya.. kengkawan kami lah. Kesian kat derang yg dah bersemangat nak mendaki gunung Liang minggu nih. Sorry ye geng. Aku terpaksa amik cuti dari mendaki gunung untuk satu jangkamasa yg aku sendiri tak pasti. Tapi kalau nak ajak aku organize trip yg dedekat (e.g, air terjun), takde masalah. Tapi korang kena convince kan Mamoru dulu lah.. hehehe.

Untuk trip ke gunung Kinabalu bulan April tahun depan punnnn nyarissss Mamoru tanak pegi tau. Tapi aku paksa dia teruskan jugak. Lebih separuh dari payment dah dibuat. Flight pun dah booked. Lagipun, team xpdc yg lain semuanya belum penah sampai sana. Kang kalau Mamoru kansel, tak ke terkial-kial kengkawan kami nak mencari jalan ke sana nanti. Kinabalu nih trip bercosting tinggi. Nak tanak, Mamoru kena teruskan jugak tanpa aku. InsyaAllah, aku akan make sure semua preparation lengkap sebelum dia bertolak nanti. Huhuhuhu.. melepas aku nak tawan Kinabalu untuk kali kedua.. rugi tiket flight!

Tapi takpeeee.. demi baby dalam perut nih.. aku relaaaaa ok. Nak naik gunung bila-bila pun boleh. Nak dapat baby.. dapat kebahagiaan macam nih.. susah ok. Panjat seratus gunung seluruh dunia pun takkkk dapatttt!

Oh.. wiken kali nih cuti tiga hari kan? Dengar cerita, ada ura-ura nak pegi camping. Sanggup ok kengkawan aku pegi camping kat tempat-tempat yang 'selamat' untuk wanita pregnant macam aku nih.. hehehe (tenkiu geng!). Tapi yg tak best tu, tempat tak decide lagi.. (oit.. decide laa cepat.. senang nak buat menu)

Monday, October 20, 2008

Lemauuu

Aku adalah sangat malass sekarang.

Ohh sekejap.. sebelum tu, nak minta ampun & maaf dari dua orang kawan baik nih:

1. Faizah (geng kamceng zaman kekecik dulu)
2. Zin (presiden kelab outdoor kami)

Minta maaf sebab tak pegi open house mereka semalam. Aku balik kampung la geng, tolong my daddy berkebun. Kang kalau tak tolong, hati aku duk risau pula nak biarkan dia berkebun sengsorang.

Ok, sambung balik.. cerita pasal kemalasan yg melanda diri aku nih.

Aku heran lah, sejak dapat tau aku pregnant, dengan otomatik badan aku jadi lemau, letih, lesu, tak bermaya. Kenapa ntah..

Kalau dulu style jalan aku bersemangat ala-ala pahlawan - langkah besar-besar, jalan lelaju. Sekarang dah jadi macam wanita melayu terakhir - jalan kemut-kemut - PANTANG nampak lopak air / makcik kleaner mop lantai, terus gigil-gigil aku jalan berpaut ke dinding. Takuttt jatuh ok! Ngeri!

Kalau dulu bab mengangkat barang yg berat-berat selamba badakkk je aku angkut (esp beg haversack yg 50 liter yang selalu aku bawak pegi mendaki gunung tu) sekarang toksah lah.. beg keje aku yg tak sampai sekilo tu pun Mamoru tolong bawakkan.

Ditambah pulak dengan Mamoru yang sangat memanja kan aku nih hah. Habis semua keje rumah dia tak bagi aku buat. Basuh baju pun Mamoru tak bagi ok! Sanggup tu dia curi-curi basuh baju taim tetengah malam (masa aku tengah syiok tido) semata tanak aku basuh baju esok harinya..

Best tu memang lah best.. tapi iskk.. risau aku - takut badan aku semakin lembik dan lemau bila duduk rilek tak buat keje.

Dah la badan asyik lemau je.. selera makan punnn merapik-rapik. Makanan yg aku suka makan sebelum nih, semua aku tolak tepi. Pesal ntah tekak nih. Jangankan nak merasa, memikirkan tentang makanan yg penah aku suka punnn boleh buat aku jadi loya.

Ada sekali tu nak ubah selera makan, aku try lah singgah kat satu restoran nasi campur nih. Nak tau apa aku amik? Nasi kosong, sambal belacan, ikan kering & 4 biji jering.. huhuhu. Kelakau.. kelakau.. konpem orang kedai tu ingat aku tak cukup duit nak makan banyakk.. hehe.

Pastu, setiap kali habis makan, perut rasa tak sedapp manjanggg. Kejap je lah, pastu lapar balik. Proses yg sama berulang-ulang. Sampai satu tahap tu, aku rasa kesian kat Mamoru. Contohnya, malam tadi punya cerita: Pukul satu pagi aku duk merengek lapar. Diulang, pukul satu pagi ok! Sanggup tuu Mamoru keluar tapaukan aku mee goreng. Tapi bila dah terhidang depan mata, aku just makan sesuap je. Tekak tetiba tak leh telan arr. Membazir betul. Sabarrrr je Mamoru layan aku.

Tapi dalam sabar-sabar tu, marah jugak lah Mamoru kat aku. Sebabnya? Aku skip makan pil 'asid folik' dua hari.. tsskkkk sedih. Aku kan penakut makan ubat - walaupun pil tu kecik cinonet je, nak menelan nya aku rasa macam nak menelan beruang je. Mamoru tu, bab lain boleh lah kompromi. Bab ubat-ubat nih.. nehi ok! Suka ke, tak suka ke sila telannnnn sahaja, katanya! Tsskkkk.

Baik lah b, dengan ini aD berjanji akan makan ubat ikut arahan b doktor tanpa skip lagi.

Nota kecik:

Aku tak dapat bayangkan macam mana kalau aku kena hospitalize dedekat nak bersalin nanti. Dah lah aku phobia dengan segala macam ubat & jarum.. *tettttttttt tetttttttt*... Seseorang, sila stop kan imaginasi aku nih sekarang. Sila halang aku dari berfikir tentang perkara yg belum berlaku lagi!

Balik Melaka lagi

Wiken aritu tak jadi balik Kuala Selangor.

Pagi Sabtu tu, adik no.2 call ajak pegi tolong ayah kat ladang jagung. Baja dari jabatan pertanian dah sampai rupanya. Jadi, disebabkan taknak ayah berpenat lelah mengangkat baja sengsorang, kami pakat dgn adik-beradik semua balik kampung hari tu jugak.

Sampai je Melaka petang tu terusss direct ke ladang. Tak sempat nak balik umah salam-salam.

Kat ladang.. huii.. 300 ++ guni baja dah siap menunggu. Berat betul guni-guni baja kali nih. Mungkin sebab dah dua hari basah kena hujan. Mencangut jugak lah tengok Mamoru & adik-adik aku mengangkat. Aku tak tolong kali nih. Duduk kat tepi pondok je. Mamoru marah sangat kalau aku usik-usik guni baja tu. Nak berjalan dalam kawasan ladang pun tak boleh. Risau, katanya.

Hari Ahad pun sama - sehari suntuk spent masa kat ladang jagung. Siap bawak tikar & bekal. Kesian Mamoru & adik-adik aku. Asyik terbersin sampai naik ruam kat badam derang disebabkan debu-debu baja tu. Tapi nasib baik kesan ruam tu hilang bila derang mandi.

Alhamdullilah, semua baja dah siap ditabur sebelum maghrib semalam (terima kasih kat Mamoru & adik-adik). Senang sikit keje ayah lepas nih. Cuma tinggal nak bajak batas sekali lagi (untuk mix-kan baja dgn kapur) & siapkan sprinkler je lah.

Iklan
Kalau korang kenal pemborong hasil pertanian (tak kira dari M'sia / S'pore) yang berminat nak beli hasil pertanian (jagung) dari ayah aku, sila email atau tinggalkan mesej di sini ek, tq.
Adik no.2 tengah tolak guni-guni baja ke batas.
Nun kat sana, adik no.3, adik no.7, no.8 & adik-adik tiri tengah bertungkus-lumus tengah panas terik

Mamoru dgn kostum 'petani berjaya'

Friday, October 17, 2008

Wak saberrrr

Tak sabar nak tunggu pukul 11.00

Kenapa? Sebab pukul 11.00 baru McD amik order untuk set lunch. Kalau call sekarang, harus aku dapat set breakfast je.

Pagi nih mood aku agak moody - sebab terpaksa angkat satu kotak yg berisi +/- 30 payung (lebihan free gift untuk golfers semalam. Berat ok. Sepatutnya, kak Bunga yg angkat. Tapi disebabkan dia mengada (malasssss nak cerita *bengang ni), aku lah yg jadi mangsa. Tapi aku takde lah beria mengangkat punn. Gila apa, nak bahayakan keselamatan 'baby' dalam perut nih. Aku suruh pak guard kat bawah tolong bawak ke lift. Sampai depan pintu opis, aku tolak pepelan (tolak sambil duduk)

Lebih menggeramkan, takde ucapan terima kasih pun yg aku terima. Grrr.. ikutkan dah terbakar dah baju kebaya aku nih.. tapi takper, sabar tu separuh dari iman.. *istighfar bebanyak.

Esok cuti.

Esok kami (aku & Mamoru) akan balik Kuala Selangor. Tak sabar nak beri tahu nenek berita gembira nih. Paling penting, tak sabar nak 'belasah' buah pelam depan rumah SIL Juli!!

Wednesday, October 15, 2008

Panik

Aku agak panik sebenarnya sekarang nih.

Sebab, first, aku masih lagi dalam keadaan terkejut; second, aku bertambah-tambah terkejut sebab kandungan aku dah lebih 1 bulan usianya.. Maknanya, aku hanya tinggal 8 bulan lebih je lagi untuk study tentang perubahan yg akan jadi pada diri aku & preparation untuk sambut 'orang baru'.. wahh sekejapnya! (dalam hati *ya Allah, nervousnyaa)

Serious aku tak sangka aku pregnant. Masa aku perasan period aku lewat, aku tak ada lah amik port sangat sebab sebelum nih pun, bukannya period aku tak pernah lewat. Lagipun, tanda-tanda nak period tu memang ada (e.g, tumbuh jerawat sebijik kat tepi hidung aku nih plus swollen breasts). Tapi bila aku dah rasa lain macam sangat (Yelah, kalau tanda-tanda period, sebelah breast je yg swollen. Nih sampai dedua pulak. Pulak tu, aku semakin kerap buang air kecik).

Wahh curious lah aku jadinya. Terusss ajak Mamoru pegi farmasi. Nak beli pregnancy test nih pun satu hal juga. Mamoru boleh pulak terdiam tak terkata bila jurujual tu tanya nak beli apa. Tsskkk.. aku pun malu juga sebenarnya. Ntahapehape kan? Aku cakap antara jelas dgn tak je kat jurujual tu. Nasib baik dia dengar (hehe). Ingatkan mahal lah harganya.. rupanya lapan inggit je.. huhuhu.

Balik je rumah petang tu aku tak terus buat test. Sebab kata orang kalau nak result yg lebih accurate, kena buat test sebelah pagi - So, aku pun tunggu lah dgn sabarnya (walau dalam hati duk dak duk dak sepanjang masa!)

Pepagi Ahadnya aku terbangun pukul 2.30 pagi. Uikk.. nih betulll punya awal. Terbangun pun sebab tak tahan nak terkucil. Takkan nak buat test taim tetengah malam camtu pulak? Terpaksa sambung tidur balik.

6.30 pagi aku terbangun lagi. Berdebar sangat masa buat test nih. Rasa macam doktor pulak (melampau laa tuu). Memula aku tengok satu line muncul.. pastu satu lagi! Wahh.. betul ke nih? Lama aku duk tunggu kekalau line tu terpadam ke.. apa ke.. tapi still ada jugak. Ohh.. taim tu aku dah start menggigil. Aku kejut Mamoru pakai sebelah tangan. Badan aku langsung tak bergerak tengok mender alah tu (macam kan mender tu nak lari je kekdahnya). Pisat-pisat Mamoru bangun tengok aku.. pastu tengok arah aku tuding. Dan-dan tuu jugak dia peluk aku! Hepi sangat dia. Siap usik-usik perut aku pastu cakap apa ntah kat perut aku nih (macam cakap dgn baby je gayanya). Kelakar pun ada.

Semalam, pukul 6.00 ptg aku dah start rasa lapar gila. Rasa macam nak bukak puasa taim-taim tu jugak. Pelik ok. Minggu lepas aku puasa gak, tapi takde lah lapar sampai macam tu sekali. Mengenangkan waktu berbuka tinggal sejam je lagi, aku ajak Mamoru pegi pasar - beli lauk. Ikutkan, memang tak sempat nak masak, tapi aku tak suka makan kat luar - tak sedap. Balik je rumah, terus prepare bebahan untuk memasak. Tugas aku just sediakan rencah-rencah. Bab membersihkan ketam & perah kelapa, Mamoru yang buat. Masak nasi & tumbuk sambal belacan pula, adik no.6 & no.7 yg buat. Rajinnn betul derang kan? :)

Lagi beberapa minit sebelum berbuka, badan aku dah start menggigil. Sangattt pelik tau. Tak penah jadi camnih kat aku sebelum nih. Masa tengah makan, boleh la pulakk tangan aku gigil-gigil menyuap nasi?! Ish Ish Ish.. Nih betul punya lapar nihh..

Mamoru pula, siap tunggu aku habis makan baru dia nak makan. Geremmm aku. Pulak tuu, asal aku leka je, dia duk curi-curi tambah nasi dalam pinggan aku. Kekejap kang duk tanya aku nak tambah ketam ke? nak tambah sambal ke? nak tambah telur? memacam lah. Sampai senak perut aku dibuatnya sebab makan terlalu banyak.

Pagi nih bagun je perut aku start rasa lapar lagi. Bukan rasa lapar yg biasa-biasa tu ok. Nih lapar sampai buat aku menggigil sampai opis. Pelik.. pelik..

Ohh.. hari nih tak puasa. Esok pun mungkin tak - sebab ada event yg nak diorganize. Sambung hari Jumaat lah pulak.

p/s: Keje aku dalam sehari dua nih.. duk surf tentang pregnancy je.. hik (kalau kengkawan semua ada info tentang pregnancy nih share-share lah kat sini - maklum, first time - semua nak kena belajar :)

Tuesday, October 14, 2008

5 weeks

Lepas berbuka malam tadi terus aku & Mamoru pegi jumpa doktor. Sanggup tuu redah hujan (gerimis jer) semata nak tau kesahihan test yg aku buat kat kampung aritu.

Alhamdullilah.. syukur! Kata doktor, kalau kira dari LMP, aku dah pregnant 5 minggu! Hepi ok! Aku dah prepare secara mental kekalau doktor nak cucuk tangan aku amik darah (maklum lah, aku kan takut jarum) Tapi tak ada pula. Tak perlu katanya. Kandungan aku masih di peringkat awal. Mungkin bulan depan baru start amik darah. Nak scan pun, confirm tak nampak sebab baby masih terlalu kecil lagi.

Tak apa lah. Bukannya lama pun nak tunggu bulan depan, kan?

Lepas cek tekanan darah, doktor timbang berat badan aku pula - 37 kg! Ya Allah.. bukan ke lepas raya aritu aku berat aku dah naik jadi 39 kg ke? Kenapa turun pulak nih? *Ohh.. mungkin sebab aku masih berpuasa enam (dan puasa ganti) - belum habis lagi ok sebab masa balik Melaka aritu aku skip.

Sambil cek-cek tu, doktor ada juga cakap, mungkin aku akan start morning sickness dalam seminggu dua lagi.. *Ohh tidakkk. Aku paling tak suka kalau muntah-muntah - boleh lembik dibuatnya nanti. Tapi kata doktor lagi, ada sesetengah orang tak kena simptom macam ni (harap aku antara orang-orang itu).

Lepas selesai semua, doc bagi aku kad antenatal. Aku hanya boleh refer pada klinik doctor tu sampai usia kandungan aku mencecah 20 minggu (5 bulan) sahaja. Lepas pada tu, aku dinasihatkan untuk buat regular checkup dekat hospital bersalin.


Doktor yg baik hati :)



Aku dapat sample Anmum Materna percuma dari klinik ni. Nak suruh rajin minum susu la tu. Yelah.. orang pregnant kan kena minum susu bebanyak (tapi aku tak suka susu.. macam mana?). Doktor hanya bagi satu paket ubat bertulis 'asid folik' untuk aku makan setiap hari. Ubat untuk tambah darah buat masa nih tak perlu lagi (tambah darah? untuk apa ek - wah kena banyak buat research kat internet lepas ni)

Pregnancy test

Erkk.. betul ke nih?


Result yg aku dapat pagi Ahad aritu.. (opss, sila jangan interprete dulu - aku pun tengah tahan-tahan je ni - selagi tak jumpa doktor, selagi tu aku tak berani expect lelebih)



Ni pula aku yg duk bekerja keras mengangkat & mengheret guni-guni baja di kebun ayah sehari sebelumnya.. *aduss


Sampai hari nih aku dilanda sakit pinggang yg berterusan.. Pastu kerap pula pegi buang air kecik. Even tetengah malam pun boleh terjaga pegi toilet. Risaunyaa..

Monday, October 13, 2008

Mandi laut

Hari Ahad kami spent dengan berpiknik di Pengkalan Balak - port pilihan aku haruslah dekat dengan tempat penetasan penyu. Kat sini redup. Kalau lepak tepi laut taim matahari terpacak pun syiokk je rasa.


See.. redup je kan area sini.



Adik no.6 tengah kontrol ayu atas 'itik' lil Nina. Ini kali ketiga Mamoru belikan pelampung untuk Nina. Ntah mana laaa peginya pelampung 'ketam' & 'ikan paus' yg dibeli dulu.. manjanggg hilang je.



Buaian emergency untuk baby Ayuni - guna kain pelikat Mamoru. Adik no.3 & SIL Sue lupa nak bawak buai dari rumah. Nasib baik derang nih kreatif.



Santai tepi pantai.. me & Mamoru, SIL Ida dgn adik no.2



Aksi dalam laut - adik no.2 dalam percubaan untuk berdiri di tengah laut



Nih aksi terjunan melampau oleh adik no.3



Nih pulak aksi balik kuang dari adik no.8



Ayuni dgn babah & pelampungnya..



Lil Nina & Ayuni dalam pelampung sambil dijaga oleh adik-adik aku



Balik dari mandi laut.. derang layan bbq lagiiii.. kali nih main bakar-bakar ikan & udang pulak.



Mamoru suruh bergambar dgn bulan.. nih gambar sebelum aku layan zzZzzz dalam kereta depan rumah (seriyes aku tataw macam mana boleh tidur 2 jam dalam kereta tu! Pelik aku.. asyik tido je)



Gambar panggang-memanggang yg Mamoru snap



Nih gambau selepas derang siap memanggang.. Mamai-mamai aku bergambar dgn Mamoru (nih taim baru bangun tido setelah dikejut oleh adik aku - nasib baik derang perasan.. kalau tak sampai ke sudahhhh aku layan tido dalam kereta!)

Tolong ayah angkat baja

Nih xtvt di hari Sabtu (detail dari pagi sampai petang hehe). Malas nak buat entry asing-asing.. layankan je lah nahh.

Pagi Sabtu, ayah ajak kami pegi umah pakcik Usop Belanda kat Pengkalan Balak - ada kenduri kahwin anak dia. Punya lah awal kami sampai umah pengantin - lauk pun belum siap lagi.. hehe.


Lil Nina yang sangatttttt suka makan telur rebus.



Bergambar dengan nenek Nyachik (nenek sebelah ayah) & nenek Mani (nenek sedara)



Lepas habis makan kat umah pengantin, ayah bawak kami jenguk kawasan ladang jagung baru dia - nenek yg beria nak tengok.. tu yang kami bawakkan.



Bergambar dengan nenek kat pondok yg ayah buat. Comel pondok nih - ada bilir stor, ada bilik tidur (rehat) & ada toilet



Sebelah petang pulak (dalam pukul 1 tengahari), sekali lagi kami pegi ke ladang jagung ayah. Kali nih untuk tolong ayah tabur baja atas batas jagung pula. Nih baja tahi ayam kering tau.. yerr, bau memang tak boleh tahan. Tapi nasib baik lah dah dikeringkan.



Tu diaa.. punya ramai askar-askar kerahan yang aku bawak.. hehe. Saja ajak gegamai datang tolong angkat guni baja. Kesian tengok ayah buat sengsorang. Berat ok baja tuu..



Ayah & adik no 5 sedang memasukkan guni-guni baja dalam kereta sorong.



Ayah in action. Tak dapat aku bayangkan macam mana ayah boleh buat keje camnih hehari. Aku yang baru sehari datang menolong pun rasa nak patah pinggang.



Adik no. 5 & sepupu aku (Asri) tengah tolak troli baja. Berat tau.. kat belakang tu, bakal adik ipar aku dgn SIL Ida tengah angkat seguni baja sesama.



Adik no. dua duk heret baja ke batas jagung..



Dalam syiok angkat guni, hujan turun tiba-tiba.. Ayah panggil semua berteduh kat pondok. Aku dah sedih dah taim nih. Takut tak sempat habiskan tabur baja kat batas jagung. Kalau boleh biarlah semua siap hari nih. Tak sanggup biarkan ayah buat keje sengsorang..



Tapi bagus jugak hujan turun, dapat lah rehat sekejap sambil makan bekal yg kami tapau dari umah. Memasing pun dah penat.



Alhamdullilah, hujan setengah jam je. Pastu dapat sambung angkat baja.. Tapi, aduhaiii.. bertambah berat lak guni baja tu. Maklum, dah basah kena air hujan. Bau pulakkkkk semerbakkkk.. tsskkkk.. demi ayahanda tercinta, aku hangkut jugak guni-guni tu semua. Yang besttttttt nya, kami dapat habiskan 226 guni baja dalam masa 4 jam! Banyakkk ok! Tapi baja-baja tu hanya dapat cover 1/4 daripada ladang jagung ayah. Pasnih kena order baja lagi lah nampaknya. Aku dah pesan dgn ayah suruh inform bila lory baja yg seterusnya sampai - nak balik tolong lagi.



Lepas berpenat-lelah di ladang jagung, kami balik umah - panggang kepah pulak. Sedap makan kepah taim pepenat camnih.. Memasing macam singa lapar je.. berebut-rebut ok.. hehe



Nak lebih seronok lagi.. bila makan dalam family besar cam aku nih



Nih taim dinner.. dah macam kenduri pulak aku rasa..

Ayah - Medical check up

Nih gambar Jumaat lepas. Aku & Mamoru amik cuti semata nak balik Melaka, bawak ayah gi medical check up. Kami bawak ayah gi Hospital Alor Gajah.

Mulanya tu risau jugak. Ayah bukan jenis suka pegi klinik / hospital. Kalau terseliuh ke, demam ke, luka ke.. dia laaaaggiiii rela duduk dendiam kat rumah je - pelik aku tau. Takut sangat kena injet agaknya (aku pun camtu gak - takut jarum.. hehe


Nih masa tengah menunggu. Kami sampai spital awal pagi, menunggu pun tak lama. Mamoru siap belikan sarapan - rasa macam berpiknik je kat spital tu



Ohh.. nih lil Nina amik sendiri - cantik pulak gambarnya (walau pun dia focus bebtul tang idung)



Doktor yg attend ayah. Baik doktor nih. Muda lagi orangnya. Biasa kalau nak buat medical check up kat hospital kerajaan, kena buat appoinment, tunggu gilliran. Tapi, pagi tu aku minta doktor tu buat semua sekali dalam satu hari. Mulanya jururawat kat depan dia tu macam tak bagi - suruh datang lain kali amik darah, tapi lepas aku berkeras suruh buat hari yg sama, doktor tu 'ok' kan je. Bukan senang ok nak bawak ayah ke sini. Kalau boleh tu biarlah semua settle sekali harung je. So, pagi tu, ayah buat pemeriksaan jantung, tekanan darah, amik darah & x-tray sekaligus. Alhamdullilah, semuanya normal.. cuma result darah je kena tunggu dua minggu baru keluar. Harapnya semua normal.



Nih pulak malamnya.. adik no. 2 & SIL Ida beli 150 cucuk satay (tapi panggang sendiri la). Dia tak dapat amik cuti untuk teman ayah pegi hospital dgn kami belah siangnya.. tu yang duk belanja satay tuu.. hehe.



Nenek pun join sekali.. Aku bantai tido masa derang semua bakar satay. Lately nih kan, aku senang sangat tertido. Pantang terduduk atas tilam / kerusi - konpemmmm lena!



Nih jagung yg aku sempat bakar last minit (sebab baru terjaga tido.. hehe)