Friday, November 21, 2008

BBQ kat Sungai Chilling

Haa.. nih la antara penyumbang kedemaman aku aritu.. hehe.

Seronok sangat wiken lepas tau. Permintaan aku untuk camping kat tepi sungai diperkenan oleh incik Mamoru! Itu pun lepas berjela syarat yg dia bagi: Tak boleh pegi merayap dalam hutan sengsorang. Tak boleh buat keje berat. Tak boleh itu.. Tak boleh ini. Setiap gerak langkah aku kat sana dia mesti sentiasa tahu. Penat telinga aku nak dengar.. tapi takpe, janji aku dapat pegi taim tu.. hehe.

Tenkiu buat kengkawan gunung yg bersusah-payah buat preparation & sediakan bebahan untuk BBQ. Zaha siap ponteng keje semata nak beli ration ok. Terharu aku dibuatnya. Petang tu Zaha hantar ayam kat rumah aku - suruh marinate.

Kami bertolak dari rumah dalam pukul 10.00 malam. Line up malam tu: Mamoru, Aku, Adik no.6, Adik no.7, Chua, Zaha & 2 orang adik lelaki dia, Wan & sepupu dia.


Mamoru tengah tolong nyalakan api untuk BBQ



Sementara kengkawan lain bergotong-royong naikkan fly, kami bertungkus-lumus memasak. Oh, dalam gambar nih, adik no.7 tengah memanggang ayam.



Posing dengan udang. Brilliant betul idea Zaha beli lidi untuk cucuk udang nih tau - senang nak panggang!



Tu diaaa.. panas-panas lagi.. cedap!



Proses makan pulak.. Zaha yg baju biru tu (kawan gunung merangkap jiran kami jugak lah).



Zaha, Mamoru & Chua tengah leka mengunyah..



Tido taim.. adik no.6 & aku - siap bawak comforter ok. Aku tak guna sleeping bag taim nih - panasss. Kami tidur dekat pukul 3.00 pagi! Penatt tp puasss. Cuaca malam tu terang sangat - bulan penuh.



Lupa lak nak introduce dgn makanan kami malam tu.. banyak kan. Nih makanan untuk 10 orang.



Ayam panggang dgn resepi rahsiaaaaa.. hehehe



Udang yg dipanggang guna rempah yg sama :)



Ikan pari masak stim.. fuhhhh..



Keledek madu bakar.. manissss!! Tapi overcooked la pulak.

11 comments:

Aishah Hashim said...

hoho.. bestnyer wat bbq..
memory indah ni.. time pregnant pun sempat lagi wat aktiviti camni.. papepun jaga diri okeh..

Anonymous said...

Ecah: bestt tapi hasilnya.. demam tskkk. Pasnih kalau tergerak nak camping lagi, aD jak hubby gi pantai je.. hehehehe

Istana Puteh by Geecantik said...

adlyana... aku faizal ni... eee seronoknya.. rasa macam nak join jer panjat gunung.. tapi aku takot pacat dan lintah...... :(

Anonymous said...

faizal: jom lah! join je. bab pacat, aku ada cara nak elak.. lintah pulak, ko jgn risau, dalam hutan mana ada lintah.. heheh. seronok tau dapat masuk hutan nih!

Signorina Syima said...

kak ad...
mesti baby tu nanti hyperactive macam mama dia. besanye bila pmpn peknen, suka tido je. best la tgk aktiviti bbq. sy buat event macam ni 6 thn lepas... owh dh lama sangat!

Biqque said...

aaaaaaaaaaaaaaa sedapnyeeeeeeeeeee!

i blh setakat enjoy tgk u camping2 je la, sbb i penakut pacat and lintah! eeewwww! thats why i like pantai lebih dari gunung n sungai :D

Anonymous said...

signorina syima: wahh 6 tahun lepas? dah boleh letak dlm buku teks sejarah tu.. kalau ada masa jom lah buat sejarah baru *wink*

biqque: takpe.. dulu aD pun takut pacat.. sekarang pun masih geli lagi tapi masih boleh lah kalau nak cabut buang dari kaki sendiri hehehehehehe. Nak try????

Signorina Syima said...

kak ad ada grupping ke untuk aktiviti sebegini?? kalau ada berminat jgk nak join.. kat kuala selangor ni tak de geng la... boleh mati akal duduk hujung minggu kat sini

Anonymous said...

signorina syima: ehhh.. kuala selangor. adaaaaa.. incik mamoru & geng outdoor dia orang kuala selangor tau. ramai kaki outdoor merangkap kengkawan rapat kami kat sana.. ada dari jeram, tg. karang, assam jawa.. dekat je kita rupanya ek.. nanti kalau ada xtvt kami buat kat sana join laa.. seronok tau!

Signorina Syima said...

kak ad... camana nak kontek-kontek?? orang gemok boleh join ke aktiviti ni?? sy zero knowledge pasai outdoor ni...

Anonymous said...

ehhh.. bolehhh.. kurus tinggi pendek semua boleh.. takde saiz limit hehehe.. email akak kat adlyana79@gmail.com.. :)