Life never play fair to some people.
Dah berapa hari satu soalan je yang duk terngiang-ngiang dalam kepala ni: "what if.. what if?"
How would I react towards bad news
Semalam jumpa Datuk Dr Devanand kat Pantai Bangsar. Last minit. I have to beg his assistant the day before to include me in the appointment list. Almost cry masa aku cakap "I really need to see him".
Nervous ok masa tunggu turn nak jumpa doktor. Try baca note untuk exam next week pun tak boleh masuk. Berpuluh kali baca paragraph yang sama pun tak boleh register. Haih. Layan mp3 je lah.
Soalan first yang Dr Dev tanya aku, "Are you wearing eyeliner? "
Aku yang tengah nervous ni dengan lurus menjawab "No, mascara only".. Pastu baru aku rasa bodoh..haha. Dr saja nak buat lawak. Maybe dia tengok aku stress sangat.
Ada sessi interview sikit tentang family cancer history (none), etc.
Bila tiba tang berat, dia marah aku (takde lah marah bebetul, more to advise). Dia cakap aku underweight. Dengan ketinggan aku 153cm, berat below 40kg is not normal katanya. Dia siap kirakan berat ideal untuk aku which is between 48-53kg.
Matey la kalau dia tau berat maximum aku masa first pregnant is 50kg dan masa second pregnant is 46kg maximum. Max ok! Kalau berat aku alone, ntah bila laa nak cecah idealnya tu.
Lepas interview, buat breast checkup.
Pasrah je lah half naked depan Dr & assistant dia. Sambil check, Dr sembang pasal aku keje kat mana, balik pukul berapa. Try to distract aku yang merah padam tahan malu..tsk.
Lepas check, Dr hantar aku pergi buat ultrasound. Lama betul nak tunggu turn buat ultrasound. Nasib baik ada kawan layan borak. Kalau tak, keras aku kat situ. Result kena tunggu Isnin ni.
Medical history:
July 2012 Bronchitasis. MRI & X tray
Dec 2012 Hairline fracture at feet. X tray & cast
May 2013 Lump in armpit. Breast Ultrasound & surgery
Nov 2013 Lump in left breast. Breast Ultrasound.
No comments:
Post a Comment