Trip paling ramai yang aku pernah join. Sampai 36 peserta!
Trip ni anjuran Sham Castello dari Nature's Explorer. Kalau sesiapa berminat nak berjinak-jinak dengan hobi masuk hutan, mendaki gunung atau paling tak pun, nak merasa bestnya explore air terjun kat Malaysia ni, contact la Sham Castello dari Nature's Explorer. Sham & wife dia Syida, sangat friendly dan humble. Dan setiap trip yang dia organize, confirm best. Ni personal guarantee! Haha.
Sham Castello
+60142603741 - whatsapp only
+60126206087 - call/sms
Nature's Explorer
Our line up
1. Sham Castello
2. Dayah
3. Faila Illias
4. Jijet
5. Wan Katak
6. Amirah
7. Zaidi
8. Zulhilmi
9. Khairulmathani
10. Adlyana
11. Muhd Azham Kas
12. Syah Zan R
13. Zulhafizy
14. Mohd Farid
15. Zayd Ariff
16. Asrulnaim
17. Elsa Ng
18. Dennis Hii
19. Mohamad Farihi
20. Mohd Hafizuddin
21. Abdullah Sani Shaari
22. Kamarulazian
23. Ideris Ramli
24. Tumang Batak
25. Tauke Sayur
26. Nurul Shima
27. Shafarin Truefightermadec
28. Syimir Izaan
29. Roslan Salleh
30. Mohammad Hilmi
31. Muhammad Syazwan
32. Azairie
33. Othman Naim
34. Mohamad Zahirudin
35. Nur Mursyida Musa
36. Syamimi Rosli
Log:
Day 1
8.00 am Arrived Pejabat Hutan Sh Relau, Merapoh
10.00 am Took 4wd to starting point (Juram)
11.15 am Start hiking
11.30 am Crossed 1st sungai
11.36 am Crossed 2nd sungai
12.08 pm Cross 3rd sungai
12.30 pm Cross 4th sungai (Kuala. Luis) - Lunch
2.00 pm Lata Luis
3.05 pm Arrived Kem Kor - Overnight
Lama dah aku mengidam nak conquer Tahan. Lebih 10 tahun aku lepaskan peluang yang ada untuk ke sini. Tak sangka, kali ni baru berjaya.
Aku bertolak dari KL dengan menaiki bas. Sham Castello charter satu bas untuk semua peserta Tahan. Mulanya plan nak drive sahaja. Tapi, bila fikirkan perjalanan yang jauh dan ambil masa yang lama, terus ubah keputusan.
Kami sampai Merapoh dalam pukul 3 pagi. Sementara tunggu hari siang, peserta lelaki habiskan masa layan siaran langsung world cup di kedai makan berdekatan. Aku pulak layan membuta sorang2 dalam bas.
Lepas subuh bas bergerak menuju ke Pejabat Hutan Sg Relau. Di sini, semua peserta diminta untuk declare semua barang yang dibawa masuk he Taman Negara. Staff Pejabat Hutan mahu semua barang yang dibawa masuk wajib dibawa keluar bersama pada hari terakhir ekspidisi nanti.
Dua kali taklimat diberi pagi ni. Kali pertama, masa sessi perkenalan dengan guide di Pejabat Hutan. Kali kedua semasa di Kuala Juram sebelum memulakan xpdc. Kata Abang Mail (salah seorang guide kami), sekarang adalah musim lebah. Kami diminta tidak panik dan berhati2 dengan lebah yang suka mengerumun dan menghisap peluh di badan peserta.
Memang benar, sampainya kami di Kuala Juram, beribu ekor lebah menunggu kami. Terlalu banyak sampai ada lebah yang terbang masuk ke bawah cermin mata, dalam baju. Ada juga yang masuk ke dalam tudung peserta perempuan dan merayap2 antara tudung dan rambut. Menakutkan.
Ada beberapa orang disengat lebah pada hari pertama. Aku cuak juga. Takut kalau2 disengat. Seliang dua mungkin aku boleh terima. Lebih dari tu, hospital lah jawabnya. Seboleh mungkin, aku kena elak dari disengat serangga berbisa ni. Macam mana pun, aku dah bawa siap2 ubat alahan untuk persediaan. Tak mahu peristiwa kena sengat tebuan di gunung Nuang dulu, berulang semula.
Perjalanan kami dimulakan dengan melintas jambatan gantung merentasi sungai Juram. Trek agak landai. Cuaca kering dan panas. Pacat pun tak banyak. Awal2 lagi kasut kami dah basah sebab terpaksa mengharung beberapa batang sungai besar. Ada peserta yang memilih untuk membuka kasut dan berselipar semasa melintas sungai. Dulu masa mula2 berjinak2 dengan hiking, aku pun macam mereka. Cuma sekarang dah malas. Pada aku, apalah sangat kasut yang basah kalau nak dibanding dengan keselamatan kaki sendiri. Dalam air pun ada bahaya, contohnya, batu2 yang tajam dan licin, duri dan mungkin binatang berbisa yang lain.
Tiba di Kuala Luis, kami berehat seketika sambil makan tengahari. Aku pilih untuk tak makan. Sebab masih terlalu awal dan perut masih belum lapar.
Sungai2 sepanjang trek sangat cantik. Ikutkan hati nak je join peserta lelaki mandi manda. Tapi, sabar aD. Perjalanan masih jauh. Kata Sham, target perjalanan hari ni utuk sampai ke Kem Kubang. Kami kena bergerak cepat sebelum malam. Baju yang basah hanya akan menambah beban. Mereka lelaki, boleh mandi buka baju. Aku? Tahan je lah niat tu.
Perjalanan selepas tu disambung hingga ke Lata Luis. Di sini sekali lagi kami berhenti dan solat. Kawasan kemsait ni rata dan luas. Ada air dua air terjun mini yang cantik terletak kira2 satu minit dan lima minit dari kemsait.
Sekali lagi kesabaran aku tercabar bila tengok peserta lelaki terjun mandi di kawasan air terjun. Haih. Seronoknyà orang lelaki ni. Tak macam kita orang perempuan. Banyak benda nak consider sebelum masuk dalam air.. haha.
Malas menunggu mereka mandi, aku minta untuk teruskan perjalanan. Sham bagi kebenaran. Cuma dia minta aku berhenti bila sampai di Kem Kor dan tunggu team yang berada di belakang.
Sejam selepas tu aku sampai di Kem Kor. Jam dah menunjukkan pukul 3 petang. Aku bajet, kalau aku teruskan perjalanan, mungkin boleh sampai ke Kem Kubang sebelum pukul 6 petang. Tapi Sham arahkan kami bermalam di sini sebab peserta yang terakhir dijangka lewat tiba. Dan kalau perjalanan diteruskan, berkemungkinan mereka terpaksa berjalan malam. Sham memang sangat pentingkan keselamatan peserta di bawah jagaannya.
Aku sedikit kecewa. Kalau lah aku tahu seawal ni kami akan bermalam di Kem Kor, dah lama dah aku terjun tiruk mandi di setiap sungai dan air terjun yang kami lalui tadi... hahaha.
Sementara menunggu peserta terakhir sampai, kami mula pasang khemah masing2. Bersemangat aku keluarkan khemah solo yang aku baru beli dengan harga RM450. Eureka Spitfire 1. Dah lama aku mengidam nak beli khemah ni. Ringan, 1kg je. Senang nak pasang dan packing. Suka. Sayang sangat khemah ni sama macam aku sayangkan stove Kovea Spider dan haversack Deuter... haha.
Ration makanan dikumpul. Volunteer untuk memasak pantas melakukan tugas masing2 tanpa merungut penat. Kagum aku dengan mereka ni. Aku jarang menolong memasak melainkan diperlukan. Aku lebih suka diberi tugas membasuh periuk atau bawa turun sampah :)
Sedap menu kami malam ni. Ayam goreng masak sambal dan sayur goreng campur. Tapi aku tak makan. Perut masih kenyang dengan lunch pack yang aku baru makan petang tu.
Aku pilih untuk habiskan masa dengan keringkan stokin tepi unggun api berdepan dengan fly guide. Jujur aku tak tahu fly ni milik guide. Lucu pula bila teringatkan perbualan aku dengan guide malam tu.
Aku: "Korang asal dari mana?"
Abang Aki: "Kitaorang memang orang sini"
Aku: "Sini? Pahang"
Abang Aku: "Yelah, mana lagi"
Aku: "Pernah naik gunung Tahan?"
Abang Aki: "Selalu naik"
Aku: "Selalu? Berapa kali dah sampai puncak Tahan?"
Abang Aki: "Ko kenal tak kitaorang ni siapa?"
Aku: "Errr.. tak" (Memang hampir separuh peserta kat sini aku tak kenal pun)
Abang Aki: "Kitaorang guide team korang lah!"
Aduh, malunya. Tak tau mana nak letak muka ni.. haha.
Masa tengah berbual, Abang Mail baru je selesai memasak, dia ajak aku makan sekali. Mulanya aku tak nak, tapi bila dia tunjukkan sambal hitam, terus aku hulur pinggan tanpa rasa malu.
Sambal hitam dah jadi makanan favourite aku sejak Kak Syida bawa sambal ni masa di trip Trans Murud bulan lepas. Tapi untuk trip gunung Tahan ni Kak Syida tak bawa. Terlupa pula aku berada di negeri origin sambal hitam. Patutlah menu ni jadi makanan wajib guide kat sini. Hilang kempunan aku nak makan sambal hitam di gunung Tahan.
Malam tu aku rasmikan tidur di dalam Spitfire Solo. Sangat luas dan selesa untuk single-men tent. Berbaloi dengan nilai modal yang aku keluarkan. Puas hati.
Bersambung.
|
My stuff & haversack Deuter 40+10L |
|
Resit bayar fees kamera |
|
Briefing depan pejabat hutan Sg Relau Merapoh |
|
Naik 4WD |
|
me with half of the girls |
|
Otw to starting point Kuala Juram |
|
Jambu Bol yg banyak pokok dia kat sini |
|
32km to puncak Tahan |
|
Layan ikan kelah berenang2 |
|
Starting point |
|
Hiking bermula |
|
Lintas sungai.. |
|
Baru la dapat gamba penuh.. asyik selfie ja. |
|
Sungai Kuala Luis |
|
Sham in action |
|
Lunchie kat Kuala Luis |
|
Air terjun mini yang cantik |
|
Sesi setup khemah kat Kem Kor. Eureka Spifire 1. |
|
Sesi masak by makcik dapur |
|
The girls |
|
Salai stokin |
|
Fly guide |
|
Sambal hitam Pahang original. Sumbangan dari guide kat sini |