"Walaupun Madonna cantik
Meryln Monroe juga cantik
Tetapi bagiku lebih cantik nyai
Aku rela korban harta demi nyai
Aku rela korban nyawa demi nyai"
Meryln Monroe juga cantik
Tetapi bagiku lebih cantik nyai
Aku rela korban harta demi nyai
Aku rela korban nyawa demi nyai"
Hawau David. Dari semalam dia duk nyanyi lagu dangdut nih. Aku pun dah terikut-ikut sekali.. huwaa.
Lena betul tidur malam tadi. Tidur dalam pondok la katakan. Kalau atas tanah, confirm bergaduh dengan pacat.
Jenguk keluar sleeping bag, nampak Kak Syida sengsorang tengah goreng bihun. Ala syiannya. Jam baru pukul 5 pagi. Ramai yang still tido. Gagahkan jugak la keluar dari kepompong. Pegi tolong apa patut.
Pagi di Long Repun. Credit Fisol for this pic |
Bukti aD masuk dapur.. haha. Bukan senang nak tengok aD masak okeh. Credit Fisol for this pic |
Menu sarapan pagi ni, bihun goreng & nasi goreng. Lunch pack pulak sama macam semalam, nasi bario + sambal bilis.
Pukul 7 pagi, memasing dah ready untuk tinggalkan Long Repun.
Target hari ni, nak sampai ke Camp Church sebelum hari gelap. Perjalanan dianggar ambil masa 10 ke 11 jam. Bergantung pada stamina team xpdc. Walaupun memasing tak pasti apa yang bakal ditempuh, tapi macam dah boleh agak tahap kesukaran trek hari ni.
Group photo sebelum tinggalkan pondok di Long Repun |
Perjalanan menuju ke Pa'Belaban ambil masa 2 jam. Trek masih boleh diterima akal. Masih agak landai. Dan masih lagi berada dalam syurga pacat. Ada lebih 5 batang sungai besar yang kena cross nak menyampaikan ke sini.
Line up yang gagah dan tabah.. haha |
Salah satu sungai yang cantik |
With Maso. Tukang angkat beras Bario |
With Tolha. Pic credit to Somphob @ Bargading @ BG |
View sungai depan kemsait Pa'Belaban. Credit Fisol for this one. Love the view! |
Kemsait Pa'Belaban. Credit Fisol. |
View hutan yang cantik. Pic credit to Somphob @ Bargading @ BG |
Takde pondok kat Pa'Belaban. Just ada kawasan lapang ja. Kalau nak bermalam, kena bawak khemah or fly. Dalam hati aku bersyukur sangat tak tido kat sini malam tadi. Tayah bersusah payah nak pasang or bukak fly.. haha. Cuma advantage kat sini, kawasan sungai dia memang cun. Kalau berendam.. pehh. View sungai dan hutan kat sini, subahanallah, sangat-sangat cantik. Heaven.
Kat sini aku sempat rekod video Sham, David & Fisol buat party liar. Dia orang boleh berjoget lambak dalam hutan. Mental layan trek la tu.. haha. Tak pun mental layan pacat.
Trek lepas Pa'Belaban memang hazabbbb. Naik, naik dan naikkkkkk sesajor. Mental.
Aku follow belakang David. Jauh jugak lah aku tinggalkan orang kat belakang. Dan jauhhh jugak lah aku ditinggalkan David kat depan.. haha. Bagai nak gila aku kejar dia. Takut woo hike sengsorang. Dah la marking trek takde. Trail pun antara nampak dengan tak. Tak selalu kot orang panjat Murud dari Bario.
Sampai satu kawasan pokok besar, aku nampak David berhenti isap rokok. Kata David, kat situ kawasan orang buru Kijang atau dalam bahasa dia 'Talau'.
David tanya aku nak lunch kat sini tak? Lajuuu aku angguk. Gila tanak. Habis tenaga aku mengejar dia tadi. Kena refill balik.
So, makan berdua je la kat tepi pokok besar. David keluarkan cili padi campur garam. Tengok dia makan macam sedap. Aku belasah la satu. Sekali pedas nak mampus. Hampir mengalir air mata dibuatnya. Tahan beb tahannn. Cover macho.
Pastu David keluarkan daging kijang goreng yang dia buru. Pehhhhh. Bau sedap kot. Dia offer aku makan. Baru nak amik, dia sound, daging ni tak sembelih... tsk tsk tsk.. potonggggg betul la.. Terkulat-kulat la aku tengok dia makan daging kijang.
Tak lama lepas tu, Phob, Tolha, Kak Arie, Ustaz Azrin & Fisol sampai. Lepak lagi sementara tunggu team belakang (Fazi, Aisya, Kak Syida, Sham, Sanusi, Maso & Jwel).
Trek lepas tu masih lagi mencanak. Tapi banyak lalu atas permatang. Makin lama makin tinggi dan sampai kawasan mossy forest. Kalau berhenti lama sikit.. serjukkkk.
Kami sampai kat persimpangan antara Lepoh Bunga dan Camp Church pukul 2.30 petang. Lepak lagi sambil tunggu team belakang.
Kata David, kebanyakan orang kat sini prefer naik ke puncak ikut trek dari Ba'kalalan. Sebab dari sana ke Lepo Bunga amik masa 2 jam guna 4wd. Hiking start dari Lepo Bunga. Tu pun just amik masa dalam 4 jam ke Camp Church. So, kalau agak2 kejar masa, boleh naik ikut Ba'kalalan. Tapi cost tinggi sikit lah nak bayar 4wd. Guide pun mahal dari Ba'kalalan.
Perjalanan dari simpang trek ke Camp Church kena melalui tepi platform kayu yang dah runtuh dan reput. Kalau platform ni masih kukuh, sure kami cepat sampai. Panjang juga platform ni sampai ke persimpangan antara Batu Linanit & Camp Church. Kagum aku dengan tukang binanya. Hebat kot boleh bertukang tetengah hutan camtu.
Antara platform kayu yang masih kukuh. |
Rosak teruk |
Pewai lalu sini. Pic credit to Somphob @ Bargading @ BG |
3.40pm baru sampai di simpang Batu Linanit & Church Camp |
Kata David, kalau sampai awal ke Camp Church, dia nak bawak kami panjat Batu Linanit. Aku ok kan je. Walau kaki sebenarnya dah tak larat. Menangis dalam hati je lah.. uwaaa.. Patut lah Aisya come out dengan hashtag #kobunuhjelakaminibang hahahaha.
Dari simpang Batu Linanit ke Camp Church kena melalui denai yang lembab dan berselut. Mentallll bebbbb.
Aku sampai Church Camp pukul 4.15pm. Legaaa banyakkkk.
Dari jauh nampak perkampungan sunyi ni. Sunyi sebab semua rumah kat sini tak berpenghuni. Kosong. Camp church ni tempat beribadat sebenarnya. Setahun sekali, dalam bulan Julai baru lah tempat ni dipenuhi orang untuk upacara keagamaan, e.g, ceramah paderi, kenduri, etc. Upacara ni amik masa dalam 3 ke 4 hari ja.
Perkampungan sunyi di ketinggian lebih 2000 meter. |
Sungai kecil di tepi Camp Church |
Kat sini, kami akan bermalam kat satu rumah kosong dua tingkat (bekas gereja lama yang tak diguna lagi). Dalam rumah ni ada tiga bilik berasingan. Baru nak bukak kasut masuk dalam rumah, David suruh aku teruskan hiking ke puncak Batu Linanit. Phob & Tolha pulak bersemangat nak teruskan. Aku tengok je trek yang mencanak kat depan mata. Pastu aku tengok dia orang berdua. Kecik besar kecik besar je aku pandang depa ni.. Ntah jutsu apa depa pakai sampai takde rasa penat. Aku ni dah setengah nyawa kot.
Dalam berkira-kira naik naik ke tanak, cuaca mula berkabus. Sekejap tu hujan lebat tetiba. Fuhhhh.. selamatttt aku. Boleh skip pegi Batu Linanit. Lagipun dalam cuaca camni sure takde view .
Suhu kat sini adelah sangat sejuk (pada aku lah). Nak mandi pun berchenta oke. Tapi demi mendapatkan tidur yang sempurna, gigih jugak lah pi mandi. Kat sini bekalan air mostly dari air hujan yang ditadah dalam tong drum. Jangan risau, takde jentik2. Nyamuk tak mampu nak hidup pada ketinggian 2000 meter. Sejuk pulak tu. Choice lain, boleh guna air sungai kecil kat tepi Camp. Bersih airnya.
Oh kat sini, kami jumpa sorang hiker Cina (Lim) naik Murud secara solo. Dia just naik dengan 2 orang guide je. Sadis dengar cerita Lim ni. Sepatutnya dia naik Murud dengan team dia. Tapi last minit bila dia dah sampai Miri, team dia inform trip cancel. Meroyan lah member. Takkan nak balik semula ke KL. Tu yang dia nekad teruskan trip even secara solo. Dia naik dari Ba'kalalan. Memang kos tinggi gila.
Lebih sadis, esoknya masa dia dalam perjalanan ke Bario, guide dia hilang pedoman. Tak tau jalan. Gila kan. Guide tak tau jalan. Terkandas dia dalam hutan sehari. Tak jumpa jalan ke Long Repun (ni dia cerita masa kami jumpa dia kat airport Miri taim nak balik ke KL).
Menu dinner malam ni, daging salai masak gulai ciliapi & terung goreng campur kentang. Makan pulak dengan sambal hitam pahang.. pehhh.. lupa terus hazabbb trek siang tadi.
Main masak-masak. Aku tolong makan ja. Ikut arah jam; Fazi (in red), Kak Arie, Ustaz Azrin, Kak Syida & Sham) |
Anak dara masak. Sopan sungguh (Sham Castello) |
Daging salai masak lomak cili api |
Terung & kentang goreng |
my pinggan. Penuhhh.. tapi tak habis :( |
Lapar.. lapar.. |
From left, aD, Dazi, Sham, Tolha & Aisya |
Makan time. |
Aku tidur lewat malam ni. Layan berborak sampai tertidur kat luar. Nasib baik Tolha kejutkan suruh masuk dalam bilik. 7 orang tidur berhimpit dalam bilik. Aku menyelit baring sebelah Fazi.
Tapi tidur tak lena. Suhu terlalu sejuk. Even pakai sleeping bag Overland +5 pun still terasa sejuk. Weird oke sebab Phob kata suhu malam tu 14'c. Sepatutnya sleeping bag aku lebih dari cukup untuk tahan suhu camtu. Haih.. maybe sleeping bag ni dah lama kot. Dah almost 10 tahun aku guna. Dah uzur.. haha.
Others random pic on Day 3
Tikus gunung. Besar wehh.. lebih besar dari botol mineral 1.5 liter. Tikus ni guide hiker solo (Lim) yang tangkap. Depa pi panggang & makan. Maigawds!! |
Phob & tikus yang dipanggang. Sedap katanya.. ahkak senyum je lah :) |
No comments:
Post a Comment