Saturday, April 11, 2015

Resepi Kaeng Som

Supposed lauk ni aku masak kat gunung Rajah weekend ni. Tapi... tak dapat pergi. Sedih sangat-sangat. :(

So, masak kat rumah je lah.

Resepi ni aku dapat dari sorang member lelaki bangsa Siam. Nama dia Cham Run. Dia sangat pandai masak tau!

Kaeng som dalam bahasa melayu makna dia asam pedas. Cuma penyediaan dia agak berbeza dengan style aku biasa masak asam pedas Melaka.

Bahan2 yang diperlukan:

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Lengkuas
Serai
Bunga kantan
Cili kering
Cili padi dan belacan sikit

Semua bahan2 kat atas ni di-blend sampai halus tau.

Sayur2 yang diperlukan pula ikut suka. Lagi banyak sayur lagi best. Hari ni aku just buat guna:

Terung putih bulat (kalau dapat terung pipit yang buat main tembak2 tu lagi sedap)
Terung purple biasa
Kacang panjang
Cendawan
Tomato
Dan limau nipis (untuk ganti asam jawa/asam keping)

Cara buat dia pun senang. Just didihkan air dalam periuk. Masukkan bahan yang dah di-blend. Biarkan mendidih. Pastu masukkan semua sayur2. Buh garam, pak aji & gula ikut sedap rasa. Dan lasttt sekali perah limau nipis untuk lebih ummphhhh!!

Rasa dia sedddaappppp uols!

Selamat mencuba :)

2 comments:

lydia said...

wah.. nampak macam pedas-pedas masam..harus cuba ni! tq share resipi !!

Anonymous said...

Sila2 cik lydiarahayumahmod... makan dgn nasik panas memang layannnnnn!