To run confidently, you must first dress gorgeously for it.
Gitu. Alasan nak beli running gear baru.
I want want one (or two) pairs of Hoka shoes please!
Hihihi..
To run confidently, you must first dress gorgeously for it.
Gitu. Alasan nak beli running gear baru.
I want want one (or two) pairs of Hoka shoes please!
Hihihi..
Bulan ke dua training.
Bulan ni punya training, lagi teruk dari bulan lepas. Bukan teruk sebab training gegila. Tapi teruk sebab banyak main2 & tak serious.
Reason mengelat training: Takda orang babysit kiddos and baby + keje ofis banyak + balik umah kena masak, kemas bagai + penat + takda helper + yada.. yada..
Ok. Alasan je semua tu. Ekceli, masa tu ada. Masalah yang sebenarnya adalah: Malas! Yerr.. itu lah dia. Sila pangggg diri sendiri.
Runners punya problem, lelebih lagi solo runner macam aku nia. Bila nak start training, malasnyaaaaa laaaaa. Tapi bila dah start lari, payah pulak nak berhenti. Haish. Ngader sungguh.
Mileage training untuk bulan ni (termasuk cultra aritu) just 146 km (tak termasuk cross & core training).
Minggu ni ada Compressport trail run 25km kat Semenyih. Nasib baik aku register 25km. Kalau aku amik 50km masa reg aritu, pengsan nak back to back dengan Putrajaya Night Marathon (PNM). Treneng kelaut pulak tu..
Sesungguhnya, aku tak ready nak buat keje gila macam dulu2. No more back to back long distance marathon macam dulu2. I want quality in my running/race. Not just buta2 je lari. Aku bukannya elite runner.. tapi elite runner-wannabe (ehh nakk jugakk tuu.. haha)
Ada kurang 2 minggu je lagi untuk PNM. InsyaAllah, this will be my first full complete marathon (FM) for this year (after DNF masa Sundown, Singapore masa bulan May aritu)
Ada misi kecik untuk PNM nanti. Misi nak pecahkan rekod PB (personal best) sendiri. Aku punya PB untuk FM, 5 jam 6 minit (dua tahun dulu). Kebetulan timing ni masa aku lari PNM tahun 2014. Now, dapat peluang repeat event yang sama. Hopefully ada improvement :)
May the force (of training) be with me.. haha.
Beli kat depan ofis. RM5.
Sedappppppp.
Dengar cerita nasi ni diaorang distribute daily dari Kelantan tetiap pagi melalui kapal terbang. Fresh dari Pantai Timur gitu. Tataw lah betul ke tak. Dengar cerita lah.
Malam ni Mamoru gerak ke utara. Masuk hutan naik gunung dengan geng2 gunung dia.
Aku pulak plan nak ke selatan bawak kiddos & Aleesya
:)
Semalam punya cerita.
Terlebih susu sampai tak cukup botol untuk storage. Takkan nak buang pulak kan.. banyak tu.. 4 oz. Boleh sekali kenyang kalau bagi Aleesya minum.
Fikir punya fikir, buh dalam botol mineral yang aku beli pagi tu je lah. Ikutkan memang tak hygienic. Tapi darurat daa..
Kan aritu aku ada share pasal running buat hasil EBM meningkat. Kata Angah (geng blogger cum ex boss Mamoru), susu meningkat maybe sebab aku happy. Bila aku happy, paras oxytocin meningkat, so thats why susu banyak. Glad to know that :)
Few days lagi genap setahun breastfeeding journey aku dengan Aleesya.
Kata orang, kalau berjaya fully breastfeed selama 6 bulan, dapat sijil Breastfeeding. Kalau setahun, dapat Diploma. Dan kalau teruskan sampai setahun setengah, dapat Degree. Bila berjaya teruskan sampai dua tahun, dapat PHD.. haha
So now, aku baru dapat Diploma la ni :)
Baik lah, aku akan make sure aku genggam PHD dalam journey breastfeeding nih.
Go teamwork! Go Mommy & Aleesya!
I found out that, running did not stop or reduce breastmilk production. In fact, by running, my EBM increases a lot that I can have extra 4 ounces (and more) everyday.
So mommies tak perlu tunggu habis menyusu badan sampai dua tahun. Now pun boleh atart lari dah.
Excuses will always be there for you, opportunity won't! *wink*
#longdistancerunner
#ultrarunner
#marathoner
#outdoorfreak
#runningmomma
#breastfeedingmom
#momofthree
#wokingmommma
Perasaan bila ngam2 kau habis lari, dah siap mandi kat rumah & ready nak tidur, tiba2 hujan turun ~oh la la. Heaven. Confirm lena sampai subuh.
Lari 16km je malam ni. Bajet nak proceed sampai 20km sebab masih awal. Belum pukul 10 malam pun. Tapi, malas.. haha.
Esok rest day.
Ekceli nak taip pasal hiking trip dengan kiddos. Tapi nantuknyaaa.
Tido lagi sedap. Hujan pulak kat luar tu.
Zzzzz..
Memang orang kita ni ada masalah eh kalau kita menyusukan anak guna susu badan.
"Anak dah besar pun pegi pump susu lagi?"
"Still bagi anak susu badan lagi ke?"
"Banyak lagi ke susu tu?"
Hm.. ni soalan kategori apa ya? Yang pelik tu soalan ni semua dari perempuan.
Dan lebih pelik, staff lelaki pulak yang lebih memberi ayat bina semangat dari soalan2 tak perlu staff perempuan.
Weird.
Here we are!
Mother-kiddos time.
Tenkiuu anak-anak coz tolong mommy pasang tent & fly.
Aleesya pun tolong sama.. tolong sepahkan barang.. dan suka sangat main rumput & pasir.. haha. Sikit pun tak meragam. Sah, semua anak2 mommy suka outdoor.
Semua enjoy. Semua
Malam ni kita buat campfire!
Spent my morning dengan 10km run. My leg performance at its best!
Next nak train untuk another 25km trail run. Hopefully, boleh improve timing.
Today is "Me-time". One whole day. Yay!
Nak buat apa eh? Tengok movie? Salon? Window shopping?
Lets breakfast dulu. Balik mandi pastu baru decide.
:)
... and I must go.
Planning for my solo daytrip hike to gunung Bunga Buah next weekend.
Ikutkan, nak naik this week. Tp this weekend Mamoru tak ada. Dia pergi teambuilding kat Perak.
Tak apa lah. At least ada masa nak amik permit mendaki. Nak naik gunung ni kena ada permit. Kalau tak, diaorang tanak buka lock kat entrance gunung ni.
So, next week kita test kaki kat GBB. Test courage juga
:)
#personalmission
#outdoorfreak
#solohiker
Double rainbow.
Double happiness.
Happy Thursday! Weekend is near. Lets train, runners. Live our dreams.
:)
Masa tengah race ke CP 6 (almost 30km lari) kat Cameron aritu, ada sorang runners ikut belakang. Memula ingatkan Zol (ultra-Jol) sebab muka & saiz badan macam sama.
Aku tengok race tag kat tangan dia - warna merah. Means dia runner category 100km. Aku perasan dia pun tunduk tengok warna race tag aku. Tetiba dengar dia cakap;
"You make this run looks effortless"
Aku toleh kat dia. Tak sure kenapa dia speaking kat aku. Ada kah dia ingat aku peserta luar negara?
"Effortless?", Aku tanya dia balik.
"You don't look struggle at all", Jawab dia.
Haha.. dia tak tau aku dah separuh nyawa layan trail kat ladang teh tu.
Sempatlah suai kenal kat situ. Borak sambil berlari. Lari naik bukit. Which is so not comfortable. Ramah betul pulak dia ni. Macam2 soalan dia sampai timing pun duk tanya aku (walhal dia pun pakai sports watch juga)
Dia cakap nama dia Sam or Sham (mana2 pun boleh katanya). Okay. Lepas tanya nama aku, dia sambung lari tinggalkan aku on trek. Actually, aku slow down lari. Kacau bilau breathing aku time lari bila berbual dengan dia. Dia boleh lah.. runner 100km kut.
Maybe dia nak cari pacer or geng lari. Seriously bila lari long distance macam tu, lari dengan partner memang sangat membantu. Especially untuk elak dari fikir pasal penat.
Anyway, bila teringat balik apa dia cakap, rasa macam compliment pula hihi.. Betul ke eh?