Tuesday, March 20, 2007
rezeki yg belum pasti
tetiba je pagi nih dapat call dari satu kompeni nih. pompuan yg bercakap. chinese. katanya, ada org rekemen kan nama aku utk Manager position kat situ. terusss dia interview aku thru phone. memula tu aku curious gak. try tanya nama kompeni dia. tapi dia refused nak reveal.
lepas borak-borak dalam setengah jam, dia kata cam suka kat aku. ekceli cemacam lagilah katanya.. dan keje yg dia offer tu plak, sikit lebih kurang cam apa yg aku buat sekarang nih. lepas dia puas hati dgn aku barulah dia reveal nama kompeni dia. aku try seach nama kompeni tu kat internet. not bad gak la background kompeni nih. patron dia, Bank Negara (menarik ey?). sebelum abis phone interview tu, sempat gak dia tanya current salary dgn benefit yg aku dapat kat sini. seems like dia still interested nak jumpa aku utk formal interview. hm, we'll see camner nanti.
ikutkan, mmg laa aku eksaited dgn call tadi. tapi, tak buleh nak hepi-hepi. mender belum tentu. lain lah kalau dah dapat offer letter ke haper. camner pun, aku still nak cari peluang lain juga. kalau boleh biarlah ada dua tiga choice. sedap sikit nak buat pilihan.
satu mender yg aku confused. tentang org yg promote nama aku nih.. DA ke? setau aku, sorang pun tataw lagi pasal aku nak resign. pelik.
Monday, March 19, 2007
sekeras batu : forgive me Sc
alhamdulillah, majlis perkahwinan Sham dah selesai. time kaseh sesangat pada keluarga, sedara mara, orang kampung & memember yg datang menolong taim kenduri rituh. cuaca pun macam memahami. ekceli masa acara kemuncak sabtu lepas, cuaca gelap giler. awan mendung tetiba. sumer org jangka hujan sure turun lebat. siap petir lagi tuu. risau sey. dalam hati nih duk berdoa sangat - mintak Tuhan jauhkan hujan. at least utk tengahari tu. Tuhan Maha Kaya.. Dia tunaikan doa aku. Alhamdullilah, keadaan yg tadinya gelap tetiba jadi cerah. mcm cerita filem pulak. walhal, kat daerah Alor Gajah, hujan turun lebat giler. mmg menakjubkan! dan sampai keesokannya pun cuaca still cerah. aku bersyukur sangat! sujud pada kebesaran-Nya.
start dari rabu lepas, aku dah terpacak kat kampung. ada meeting tak rasmi dgn adik beradik ayah & nenek - bincang tentang lauk pauk & aturcara mejelis. pastu bincang ttg kos bagai. fuhh, pes taim aku berpeluang involve dlm hal-hal besar acamnih. itupun, Sham yg beriya sangat nak aku ada situ. even keputusan utk memender remeh pun, Sham akan suruh sumer org refer kat aku (terharu pulak). mebi sebab kami tader mak kut.. so, sebab tu byk keputusan, Sham depent kat aku as anak sulung.
start dari Rabu lepas jugak, aku juz kosentret 100% kat weeding nih. sampai sumer problem soal hati & perasaan org yg 'rapat' dgn aku.. aku tolak ketepi. lantak lah. keluarga lagi penting.
byk sgt cerita menarik ttg majlis kali nih.. antaranya, utk pertama kalinya dlm sejarah, aku bawak balik kawan lelaki kat umah. bukan sorang tapi 3 sekaligus (Fuzzy, Sc & Wan). ikutkan, aku mmg tak jemput sesaper pun. yelah, bukan kenduri kawen aku pun. daripada memember aku dtg terpinga-pinga, baik tayah. lagipun, adik aku buat kenduri Jumaat & Sabtu sebab pihak mertua dari Kedah kan public holiday nyer hari Jumaat. sure yg cuti hari Ahad tak sempat nak datang. yang 3 org tu pun, awal-awal aku dah sound - jgn expect aku akan layan mcm kat KL andddd make themself useful while staying at my grandma's hse (aku suruh derang lepak kat umah nenek je) yelah, derang tu lelaki. kang duk kat umah aku, beborak-lepak sesama kang apa plak kata org kampung.. kan tak manis tu.
insyaAllah, sok lusa aku bubuh gambar plak. arinih tadok masa. nak updet cv yg dah berkurun aku tak sentuh..
****************************************
tapi ada 2 sebab yg buat aku pilih keputusan nih. first, kami berlainan agama. dia Buddist. dan dia pun tak ada tunjukkan minat utk convert. second.. hm, rasanya tak payah lah aku state kat sini.. dia sendiri lebih tahu..
pada Somphob, aku minta maaf sangat-sangat. aku sayang dia. tapi aku lebih sayangkan Islam & keluarga aku. aku tanak kehilangan family aku untuk kali kedua... harap dia tau, aku hepi sangat sepanjang aku mengenali dia.
i will cherish our sweet memories forever. Thank you for for your love and everything.
trust me, Phob. its hurt me so bad to do this. but i have to stop it before it was too late.
(kita still kawan kan Phob? forever ok? promise..)
Tuesday, March 13, 2007
me..
mlm tadi, tidur awal. penat balik dari Kedah tak habis lagi.. penat fikir masalah yg baru dapat lagi. saat camnih aku rasa perlu sgt ada org yg boleh aku count on. nasib baik adik-adik aku memahami (sayang korang semua) sedih ada.. terharu pun ada..
...aku nak tukar keje. dlm masa terdekat nih, aku akan tender resignation letter. InsyaAllah.
sham & ida
in the mean time, enjoy pic nih. teruja sgt tgk Sham segak berbaju melayu. Ida pulak, nampak cantikkk sangat ptg tu (pic taken on sunday, 11 march 2007)
Thursday, March 08, 2007
Selamat Pengantin Baru
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari
Wednesday, March 07, 2007
Jibam
aku yg kepenatan
ekceli ada prob ngan brochure yg aku email pada Desmond. dia takder software yg aku guna. siap suruh aku convert brochure tu dari Publisher ke PDF file atau Ilustrator (
hm, mcm la aku reti sgt bab-bab acamnih). lepas try godek-godek, aku juz boleh tukar ke JPEG file. itu je la yg terbaik aku mampu buat. aku bukan artist or designer or pakar komputer hokey? hari nih, tengok lah camner come out brochere tuh. kalau dia tak boleh buat cam aper yg aku nak... cari orang lain lahh. apa guna dia kalau aku yg kena buat sumer keje kan??Friday, March 02, 2007
my first taim jadi guide
selasa, 27 feb
alhamdullilah, tader masalah nak uruskan permit masuk hutan. bayaran juz RM 5 sorang utk permit. darab dgn 60 peserta.. tambah guide lagi.. kira lah.
kul 8.00 pagi dah gerak ke Kuala Kubu baru. aku pegi dgn adik aku, Ain & Fuzzy. Wan & Ipat gerak asing. Team PTD plak, gerak dgn 2 buah bas dari INTAN.
sampai Kuala Kubu Baru, singgah balai polis jap, hantar report dgn senarai nama peserta pastu trus shoot ke Bukit Fraser. Kami sampai kat GAP house serentak dgn peserta dari INTAN. kat sini, Adi (program organizer) perkenalkan kami dgn Imran (pegawai pengiring dari INTAN) dan team abang Usop. lepas mintak kebenaran utk parking keta & simpan beg peserta, kami diminta utk brief serba sedikit tentang program utk hari tu. ikut schedule, plan utk hari tu juz mendaki gunung Ulu Semangkuk & proceed ke Sg. Chilling utk kemsait.
60 peserta dibahagi dlm 4 kumpulan (15 org satu team). setiap team ada satu guide. since Wan penah naik gunung nih, aku biar dia lead team first. aku lead team kedua. Ipat amik team ketiga & Fuzzy jadi sweeper utk team keempat. start trakking dalam kul 11 pagi.
Adi awal-awal dh inform yg kebanyakkan peserta tak pernah mendaki gunung (first timer). memula tu, aku rasa cam tader masalah sangat sebab gunung Ulu Semangkuk nih mmg trek utk beginner. tapi tak sangka pulak derang mmg slow giler. esp, peserta perempuan. bak kata Adi, trek Ulu Semangkuk nih bagi derang macam trek nak ke gunung Tahan. tapi, kira nasib baik jugak lah, team work antara group mmg kuat.
hampir 2 jam trekking baru semua peserta sampai ke puncak GAP (puncak first). berhenti lunch kat beirut. aku tak lunch la. tak lapar pun. berpeluh pun tidak (jalan slow sgt) taim makan, aku tengok makanan memasing guna bekas polystyrene. masakkk laaa derang nk angkut bawak turun nnt. kat puncak nih ramai peserta dh flat giler. ramai gak yg start buat pengakuan penyesalan yg tak terhingga ikut trip nih (maklumlah memasing pegi atas dasar terpaksa coz program nih salah satu silibus dlm latihan PTD derang). pening kepala aku nak menjawab bila derang tanya bila nak sampai?.. jauh lagi ke?.. kenapa gunung ulu semangkuk nih takde sungai? kalau yg tanya tu sorang dua takper la.. nih sampai 60 orang! haruuuuu..
45 minit pastu, perjalanan diteruskan lagi. turun naik puncak tipu plak. taim nih, memacam halangan yg jadi.. ada peserta yg sakit perut.. cirit birit.. pening kepala.. sakit lutut.. yang colapse beberapa kali pun ader! masyaAllah.. pendek kata memacam lah. nasib baik la aku tak bagi cadangan mendaki gunung Yong Belar & 3 Boundaries rituh. kalau tak, haruuuuu aku nak guide depa sumer nih. camnerpun alhamdullilah jugak lah. berkat semangat & team work, sampai jugak kami ke puncak gunung Ulu Semangkuk. taim tu, jam dah pukul 3 lebih.
tak lama kami lepak kat puncak gunung nih. lepas soru nasi lemak yg aku tapau pagi tadi, kami gerak turun. taim nak turun, ramai peserta kehabisan bekalan air. aku lak, juz bawak air 500ml. tu pun tak luak. bagi je lah kat derang. taim nak turun pun sama gak. slow sangat. dekat kul 6.30 baru team last sampai kat GAP house. lori utk angkut derang ke Sg. Chiling dah lama tunggu. loading barang pastu gerak ke Sg. Chilling. 2 kali gak arr berangkut dgn lori. kesian bebudak PTD tu. sure muntah-muntah naik lori. dah ler jalan kat situ bengkang-bengkok.. sebijik cam jalan gi Cameron.
hari dah gelap bila kami sampai kat jalan masuk ke Sg. Chilling. Fuzzy lead team yg dah sampai masuk ke dalam hutan & set up kemsait. since Wan & Ipat tak penah sampai situ, aku laa yg kena tunggu kat luar sampai sumer peserta sampai. dekat kul 9.00 mlm baru team last sampai kemsait. penattt sey. aku biarkan derang pasang khemah memasing. taim tu aku duk pikirkan Ain. kesian gak kat dia. dah la first time panjat gunung. pastu aku lak takde masa nak peratikan dia. tapi, boleh tahan gak adik aku nih. first taim pun, selamber je dia panjat gunung Ulu Semangkuk. syukur.. takder la aku risau sgt.
tak sangka lak team PTD tu dah sediakan rations utk team guide. banyakkkk giler. mcm nak suruh kami duduk seminggu kat situ plak. rations yg derang bagi.. u~la~la.. western sungguh. siap ada cornflakes, susu, etc.. yg tak tahan tu, kicap pekat sebotol besar! tu belum campur rations yg kami bawak. meriah fly kami dgn makanan. menu mlm tu, pucuk paku masak cilipadi, sambal tumis ikan selar, sayur campur & papedum. rations yg team team PTD bagi kami letak tepi dulu. masak bebanyak siapa nak makan kan??
rabu, 28 feb
kul 6.00 pagi aku dh bangun. masa nak goreng kuey teow, Adi datang kat fly kami. dia suruh kami gegar bebudak tu sumer kul 6.30 pagi. aku okeh kan je. lepas siap tapau utk lunch, aku packing barang utk day-pack. kali nih aku bawak 4 liter air. takut gak kalau jadi cam semlm.
masa briefing, kami tak inform peserta tentang air perigi yg ada kat puncak. takut kalau derang habiskan bekalan air memasing sebelum sampai puncak.. haru lak kang. lagipun, taim tu dh lama tak hujan. takut gak kalau air perigi atas tu kering. aku bajet masa, paling lama 6 jam trekking utk derang sampai puncak (kalau ikut tahap ke-pewai-an derang semlm lah).
Monday, February 26, 2007
mahal kita!
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Amboi, Seri Langkat
Friday, February 23, 2007
menggeletis nak ke hutan
Thursday, February 22, 2007
bukan rezeki
Friday, February 16, 2007
overseas trip
Thursday, February 15, 2007
lamaran yang tak disangka
tadi gi lunch dgn memember gunung. nampak gayanya, sumer hikers dalam Me'sia plan nak masuk utan sempena cuti CNY. cam klakar bila pepikir balik.. sumer sojar / renjer nak keluar utan taim cuti.. yang derang terbalik plak, asal cuti jer kelam kabut masuk utan. addicted katanya. ntah la.. aku sendiri pun heran camner aku buleh ada hobi pelik acamnih.
hari ni lunch dengan Mawi (aka kabusgunung), fazi & sorang kawan perempuan dia.
tengah syok makan, tetiba Mawi cakap nak masuk meminang aku. tergamam ok. aku bebuat cool. dia memain je kut. tapi sebelum ni memang dia pernah tanya aku kat forum gunungonline (public ok). siap sebut nama penuh aku tanya "hati aku milik siapa?".. aku tak balas pun. segan sangat.
tapi.. 2 kali lak tu dia mentioned mender yg sama. aku tak suka nak bercintan cintun ni. nak kontrol rasa awkward, aku cakap dalam nada gurau, 'kalau u serious, jumpa father I, ask for my hand'..
bunyi macam aku bergurau. tapi i mean it ok. aku tak tolak siapa jodoh aku. cuma aku taknak bercinta tanpa ada security. aku tak ready nak kecewa lagi. hope he gets the message.
eniwei, topik tu habis camtu je. aku potong topik lain.
mlm nih nk tgk movie.. Ghost Rider.. dgr citer cam best jer.
Wednesday, February 14, 2007
bekeje la kiter sekuatnya
semlm, ada sesi jejak kasih dgn "class of 96" (masa form 5 dulu). member aku nih lelaki. keje kat Karangkraf. tak sangka rupernya dia la yg akan jadi mak handam utk wedding adik lelaki aku nnt. menarik nih.. sure kecoh & kepoh mejelis kenduri tu.
hm, dah lambat nih. nak gi HQ sat. oh yer, passport dah renew baru. now, I'm ready to flyyyyy..
Tuesday, February 13, 2007
planning for backpack
Somphob (Sc) dah naik risau. takut sangat pasport aku tak sempat siap on taim (this is going to be my first backpakers trip with Somphob).
jangan risau ok. skrg zaman teknologi. kalau dulu amik masa berminggu or berbulan nak siapkan pasport, skrg 2 jam je dah cukup. canggih kan?
Monday, February 12, 2007
Luna
Friday, February 09, 2007
trip cancelled
Thursday, February 08, 2007
tido yang terganggu
call office Mlk. engaged.
call lagi.. dapat!
tanya naper tukar tarikh last minit tanpa inform apa per kat aku? skali dia cakap, "sori cik, pls ignore the letter. we will send a new letter to u".. cammm ampehhhh!! tak pepasal tido aku terganggu mlm tadi. huhhh rugi.. rugi.
semlm, masa exco meeting, ada cadangan nak tambah sorang lagi staff baru. mulanya aku cam nak bantah.. tp, bila pepikir balik, cam okeh plak. buleh la aku amik cuti sesuka ati aku.. buleh naik gunung selaluuuuu.. yiihaaa.. *tumbuh tanduk*.. hehehe
wiken nih, ingat nak lepakking kat umah. prepare stuff & renew pastport utk trip ke Manila next week. taapiiiii tak leh gakk.. kuat btul tarikan "keluar pintu" nih. so minggu nih aku kena gak mengejoinkan diri ke Pahang. ada xpdc gi Gua Senyum.. cam menarik gak port nih.
oh yer, tentang keje amal yg aku plan nak buat utk mangsa banjir kat Johor tu tak jadi. derang cakap wat masa nih jgn gi sana dulu sbb ada kes penyakit ler haperkebender lerrr.. syian org Jhr.. sabar je lah
found something interesting juz now.. got it from blogthings.com (a lil sumthing to release the tense while working y'know).. and the question is: Am I Hot?? ..well, here's the answer.. *nyeh nyeh*..| You Are Super Spicy |
Wednesday, February 07, 2007
kelip-kelip kuala selangor
memula tu, aku cam pandang rendah gak laa tempat nih. dalam kepala aku duk bayangkan dua tiga ekor kelip-kelip je. taaapppiiii, bila dah sampai kat kawasan jeti, pehhh.. tengok sampan yg tersusun kat tepi sungai tu pun dah buat aku eksaited terlebih.. best giler.. naik sampan tgk kelip-kelip sambil menyusur sungai kuala s
elangor!!sebelum naik sampan, sumer tourist, diwajibkan pakai life jacket. ye lahh, bapakk besor sungai tu. cuak seyy. sampan plak, jenis yg dayung sendiri. ala-ala dolu-dolu. feeling abisss! tambang utk sorang, RM 10 inggit. bunyik cam mahal kan? tapi bagi aku mmg berbaloi. haper ingat senang nak dayung sampan tu? masa Kapten Sampan (tukang dayung) bagi aku try dayung sampan tu, aku ingatkan senang cam berkayak.. terkial-kial aku nak angkat dedua pendayung yg beratnya 10kg satu pendayung... dayung punyer dayung, sampan tak bergerak-gerak gak. hanyut ikut arus ada ler. sib baik tak terlangkup aku kejekan. kalau tak sure Kapten Sampan hempuk aku dgn pendayung tu. oh yer, satu sampan boleh muat maksimum 4 org aje tau.
part yg paling best, bila tengok jutaan.. errr .. billion-an.. errr.. zillion-an kelip-kelip yg hinggap kat tetiap pokok kat kiri kanan tebing sungai.. subhanallah. pokok kismes pun tak se-lawa tuuu. kata Kapten Sampan, sepanjang 30 kilometer tebing sungai tu jadi tempat habitat kelip-kelip. kata omputih, port kelip-kelip nih dipanggil.. "where the fairies lives".. mmg lawaaa.. marbeles.
dulu.. aku slalu pikir kat area KL nih tader tempat menarik (esp port lifestyle yg gempakk dan tak kena dgn jiwa outdoor aku). slalu tu, kalau nak gi jenjalan ngan pemily, kekawan or buipren/gelpren, sure terpa
ksa gi jejauhh. tapi tu dulu arr. sejak dua tiga menjak nih, aku rajin explore tetempat baru. byk mender yg happening kat tetempat yg tak penah kita amik pedulik sebelum nih sebenarnya.kalau ada yg still tercarik-carik xtvt utk dibuat wiken nih, try arr pegi Kuala Selangor. bykk woo tempat menarik kat sini.. antaranya:
- Kelip-kelip (Fireflies) kat Kg. Kuantan Kuala Selangor - apa yg best?? kat sini ada kawasan rekreasi. kemudahan awam byk (public transport pun ada). ada muzium mini yg terangkan tentang habitat kelip-kelip. tapi kalau nak pi sini, taim malam je laa. tengok taim siang apa yg nampak?? tambang sampan juz RM 10 seorg.

- Bukit Melawati - naik bukit nih boleh guna kereta. tayah bayar. pree jer. kat atas tu ada meriam-meriam lama, rumah api, umah british dedolu, kedai kraftangan etc. ada port utk tgk view.. mmg menarikk.
- Kuala Selangor Nature Park - dapat tgk cemacam jenis burung dari. esp migrating birds. kat sini gak, bagi yg suka execise tu, buleh la trekking sesikit dlm kawasan rekreasi nih. mmg menarik arr. kat sini ada hotel & hostel yg berpatutan rega nya. murah & selesa.
- Pantai - ada beberapa kawasan pantai yg menarik kat sini. kalau nak mandi tu, tak digal
akkan la. kebanyakkan pantai kat sini a bit berlumpur. view mmg menarik. ada byk port nak makan seafood. rega pun murahhh.. syedapp. kalau gajin masak, pi la visit kampung nelayan kat sini. kompem buleh dapat cemacam jenis ikan, udang, sotong, ketam, kerang, siput, lala, remis, belangkas etc.. - Sawah padi - kalau nak tgk view sawah.. pon aderrrr.. cun sangat! tapi kena drive dalam 10-20 km dari Kuala Selangor ke Tg Karang. try arr.. mmg berbaloi. alaaa bukan jauh pong. view mmg marbelesss.
nih la sikit sebanyak info yg aku dapat hasil dari pemerhatian & pengalaman sendiri. sesaper yg nak short gateway luar dari KL dgn kos yg seminimum mungkin, port Kuala Selangor nih mmg charer. terpulang sama ada nak buat trip balik hari or nak spend semalaman kat sana.. slamat bercuti-cuti me'sia.
kalau ada port best yg lain, nanti aku "up" kat sini lagi..
Monday, February 05, 2007
fennnatttttt
jumaat malam rituh. kunun-kunun nak tido kat puncak gunung Nuang. janji ngan Syam & d'gang nak jumpa kat pejabat renjer kul 9.00 mlm. sekali terlambat la pulakkk. kul 11 lebih baru sampai Pangsun. kelam kabut pikul beg. tak bawak haper pun sebenarnya. rations pun juz snek jer. ground, fly, stove sumer tarakk. assumed Syam bawak memender tu.
sampai pejabat renjer, almost tengah malam. juz aku berdua je dgn Fazi. kami trekking laju giler masa kat jalan balak. serrraamm gak. dah lama tak naik Nuang tetengah malam buta camtuh. ikutkan, sejam je dah sampai kem Lolo. tapi byk sungguh halangannya.. dgn bunyik minatang aper ntah yg buat kami terkejut beruk sampai terpaksa benti agak lama kat tepi trek balak tu. pastu bila sampai kat pondok first, aku buleh lupa trek plak. berpusing-pusing la jugak mencari kesan trek dalam gelap gulita hutan rimba..
sampai kem Lolo dah dekat kul 2.00 pagi. lepak depan khemah team bebudak UPSI. kesian Ijan & kekawan dia yg terbangun disebabkan suara aku yg bising ngalahkan mak nenek nih. tanya Ijan, kut-kut dia ada perasan team yg shoot ke puncak. bila Ijan cakap tader, aku start was-was nak naik ke puncak. yelahhh, naik kang, kena trekking dalam 4 jam (kalau siang 2 jam dah oke). buatnya group Syam tader kat puncak??? tak ke beku aku kat atas gunung tuh.
last-last, pinjam ground Ijan, tido je kat kem Lolo. sempat gak la melayan bebudak tu tangkap ikan kat tepi sungai sampai kul 3.00 pagi.. gilerr ngantukkk. janji ngan Ijan nak naik puncak sesama ngan team dia kul 5.00 pagi tu. skali tido punyer tido, kul 7.00 pagi baru terjaga.. astaga.. team Ijan (10 pompuan & 6 lelaki) dah lama naik ke puncak. taim tu mula laaaa rasa malas je naik teruskan pendakian. for sure team UPSI dah sampai puncak. malasnya laaa nak trekking secara sunyi sepi nih. kalau gegamai meriah sikit.
penat aku bagi motibasi kat diri sendiri.. apa barang panjat gunung tak sampai puncak kan? dalam malas-malas tu aku kemas gak sleeping bag. kemas apa pe patut. gosok gigi pastu sarapan ala kadar, kul 9.00 baru start trekking. huhuhu.. dah sianggg.
trek kat Nuang dah lain macam jadinya. dah besar luas. mcm trek balak plak. tahap kebersihan.. hmm.. camtuh gak. sampah still berlonggok. bukan reti pikul bwk turun derang nih.
sejam trekking, kami sampai kat kem Pacat. tak rehat langsung.. terus shoot ke puncak pengasih. heran gak aku tgk trek yg tadinya kering tetiba jadi lembab & lecak kat area puncak pengasih sampai laa ke puncak Nuang. kabus tebal.. ingatkan hujan..
lagi 20 minit nak sampai puncak, terserempak dgn team UPSI. ada sorang awek injured. syian dia.. syian lagi tgk Ijan yg hampir mental jadi sweeper. 6 jam derang trekking tak sampai puncak! aku bagi awek tu air ribena ngan ubat. sempat gak laa saiko dia. sikit lagi nk sampai puncak.. rugi la kalau tanak teruskan. sib baik awek tu sanggup naik pelan-pelan.. semangat tu pentinggg.
dua jam 20 minit aku sampai puncak Nuang. tak leh pecah rekod lama.. tapi lambat pun sebab tolong awek tadi. kira ok la kan. masa kat puncak, aku perati gak, kut-kut Syam ada pasang fly kat atas tu. ampehhh. tadok pong. sib baik aku tak naik puncak mlm tadi. kalau tak mau bekuuuuu.
lepas lepakking & borakking, kami gerak turun. kat kem Pacat, terserempak dgn Syam & d'geng.. derang sampai lewat rupanya. tak lama kami borak. taim tu dah pukul 3.00 petang kut. rushing nak balik umah. malam sabtu tu plak ada Konsert Rentaq Serantau. lagi skali aku mengkelam-kabutkan diri turun gunung - balik umah - mandi - gerak gi Stadium Melawati Shah Alam.
hm.. tataw nak habaq camner. ada satu sebab je yg buat aku nak sangat pegi konsert nih - Search! kalau tak, toksah harap.. and special thanks buat Fazi coz sanggup bawak aku ke sini!
part yg spoil, silap beli tiket! ingatkan beli tiket mahal dapat tempat duduk.. rupanya tiket mahal utk berdiri depan pentas.. dah la kaki lenguh baru turun gunung.. hazabbbb!!!.. aku cukup tak gemor terkinja-kinja / berasak-asak acamtuh. dah laa ramai mat-mat hindon kat situ.. plak tu memasing rambut cam hantu.. panjang mengerbang sini sana.. lemasss.. rimasss.. eiyyyyyy nak pingsan!
masa Inul perform atas stage, aku layan tido sekejap. tersengguk-sengguk kepala nih. tak paham aku lagu yg dia nyanyi. yang aku tau, gelek dia mmg power. pastu turn Ella.. dia nih mmg versatile. aku suk
err. tader la over cam Inul. lemah lembut gituh. gedik dia pun gedik kiuttt. kendian. masa Search perform, pehh.. aku sukerr gilerr. suara Amy maintain power. cuma yg tak best tuh, choices of lagu dia.. byk lagu baru yg aku tak penah dengar. so tak dapat nak layan skali. part yg tak best bila sekumpulan mat-mat hindon depan stage duk pulaukan Search. memasing pepakat duduk gegamai. giler arr derang nih. cuba la korang bayangkan crowd depan stage yg sepatutnya berdiri tetiba duduk beramai-ramai. kalau aku jadi Search, mmg terhina rasanyaaa. rasa nak je aku sepuk kepala mat-mat hindon nih. tapi nk wat camner kan. aku pun hampir ngantuk dengar lagu favaurite band aku nih.
lasssssttttt, kumpulan Radja lak perform. mmg full of energy. suka aku tgk vokalis dia terlompat-lompat atas stage. giler bersemangat dia nih. tapi taim tu, mat-mat and minah-minah hindon dah teruja cam org gila. sampai aku & few others penonton depan stage terpaksa melarikan diri jauh dari stage. yang heran tu, bebudak metal / gothic pun layan lagu jiwang Radja nih.. teringat scene filem Rock.. cam hampehh. tak lama aku kat situ. bila tgk keadaan semakin tak terkawal, kami terus keluar dari situ. malas nak tunggu sampai abis konsert. kang tak pepasal jer. takut woo tgk org kat depan stage tu mcm hilang akal je kaedahnya. fanatikk sungguh!
Yap's Bachelor Party
almost kul doblas sampai rumah. packing barang sikit, pastu terus cabut pi Teluk Kemang. by dat time, aku dah mengantuk tahap dewata raya. kesian Fazi kena drive sengsorang. gerak kul 1.00 pagi. tak tahan nyer pasal, berenti R&R Seremban, pulun tido jap.. kul 5.00 pagi baru sampai Teluk Kemang.
kat sana, jumpa Adhazira, Fizi, Sha, Yap & Cik Khalil.. derang dah siapkan BBQ utk kitaorg. terharunyaaa... sempat gak belikan sarapan utk derang.
xtvt pepagi Ahad tu, lepakking kat ruang tamu guesthouse sambil tgk slide show gambar trip Trans Bintang. pastu, turun laut gegamai.. naik banana boat. tiga kali mender alah tu diterbalikkan.. means 3 kali gak kami sumer jatuh dlm air.. best!! pastu main kayak plak... sempat pusing pulau kecik kat Teluk Kemang tu.. pehh. kalau dah outdoor people tu, mmg tak buleh dipisahkan ngan xtvt lasak nih. keseluruhan trip mmg best.. esp, part main polo air kat swimming pool ptg tu. sakit perut tahan gelak.
lewat petang baru balik KL. sampai umah dalam kul 6.30 ptg. tu pun tak leh nak rehat. ada wedding nak kena attend. bla.. bla.. bla.. tengah malam gak baru sampai umah.. ngantuk tahap gaban bersepuluh daa. bateri flat abes.. zZzzz








.jpg)