Thursday, December 29, 2022

Weekend di Melaka

Walau tak semua adik² dapat balik Melaka weekend lepas, aktiviti kami di Melaka tetap meriah.

Ni gambar supper di restoran nan cheese paling best di Malaysia (pada orang Melaka lah): Pak Putra Restaurant. Sebab nan cheese kat KL pun tak setanding dengan yang kat sini.

Restoran ni buka sampai pukul 1 pagi. Kami sampai restoran ni dekat pukul 11 malam sebab siang tu busy attend 4 wedding. Ayah lah duk mengajak pegi wedding² ni. Terpaksa pinjam baju adik no. 6 (Ain) sebab baju² yang aku bawa balik, semua tshirt dan jeans.

 Ayah dan ibu pun kami angkut sekali pegi supper kat sini. Ayah duk bising juga sebab dah makan banyak kat wedding pastu nak keluar gi makan ke Pak Putra lagi. Tapi, lepas dia rasa roti nan kat sini, terus ayah diam. Sedapppp. Lepas makan, ronda² pantai Klebang tengah² malam. Seronok dengar ayah bercerita masa ni.


Ni kat rumah Farah kat Pegoh, Alor Gajah. Bateri x70 kaput kat sini. Terpaksa call Bateriku.com suruh hantar bateri kereta. Cepat dan pantas staff Bateriku.com buat keje.

Baju kurung pinjam. Nasib baik saiz badan aku dengan adik no.6 sama 

Anak² dara pak Dollah. Yang dara just 2 orang ja.. haha. Dari belakang, adik no. 10 (Ira), adik no. 6 (Ain) & adik no 11 (Syina). Missing in pic, sorang lagi anak perempuan pak Dollah, adik no.4 (yanie). Adik beradik perempuan tiri pula, semua tak dapat join walaupun masing² duduk Melaka - sebab keje.

Jarak umur aku dan Ira, 17 tahun. Arwah ibu meninggal dunia 3 bulan lepas lahirkan Ira. Dah 26 tahun arwah pergi. Sayang kat Ira sebab lansung tak merasa kasih sayang arwah ibu. Ramai orang kata muka aku seiras Ira dari kecil sampai sekarang. Tapi aku rasa, Ira cantik lagi. Ira anak bongsu kan, mestilah cantik. Sebut tentang bongsu, aku ada 2 adik bongsu. Ira, bongsu seibu seayah. Manakala Syina, bongsu seayah. Jarak umur aku dengan Syinar, 25 tahun. Syina SPM tahun ni.

Ni la restoran nan cheese Pak Putra yang marvelous tu. Kalau try makan nan cheese kat sini, confirm nan cheese tempat lain jadi auto tak sedap.. haha

Ni pula gambar kuih² yang dijual waktu pagi di Pasar basah Masjid Tanah. Banyak kuih muih tradisional kat sini. Segala jenis mee, nasi lemak, roti canai pun ada. Kena datang awal dalam pukul 7.00 pagi ke 9.00 pagi ke pasar untuk beli kuih. Lambat habis. Pastu kena beratur panjang 😅

Tak sempat nak ambil gambar kuih² lain, mee, etc. Sebab ramai dah kerumun tempat ni. Tempat tak viral tapi sangat popular pada orang tempatan. Kuih² memang gerenti sedap.

Tengok tu orang yg beratur tepi pasar nak beli kuih² tepi pasar basah Masjid Tanah. Happening betul waktu pagi kat sini. Kalau balik kampung, memang ni port wajib singgah pagi² nak beli kuih² favourite!

 

Thursday, December 22, 2022

Boleh tidur sepuasnya

Mamoru baru habis final exam untuk his first semester. 3 subject, 3 hari exam. Setiap satu subject diberi masa 24 jam untuk jawab dan submit online. Soalan pula semua dalam bentuk karangan. Takda soalan objective pun. Tiga malam tak tidur. Memang sangat penat. Aku pun yang tengok pun terasa kepenatan menjawab soalan² tu. Penyudahnya, habis ja exam hari keempat terus dia demam. Luckily jawapan semua dah siap² hantar.

Nampak macam senang bila ambil Master ni. Maklum lah 2 tahun ja. Tapi yang merasa ja tahu keperitannya. 

Apa pun yang penting, Mamoru dah score 60% lulus setiap subject yang dia amik untuk semester pertama ni. Tinggal final exam result ja belum tahu lagi. InsyaAllah lulus cemerlang. Aamiinn.


Throwback gambar Mamoru sebelum pergi company dinner. 



 

Wednesday, December 21, 2022

Genap sebulan training


 Yeay, dah genap sebulan training berlari semula. Dua minggu pertama just easy run. Masuk minggu ketiga dan keempat dah incorporate speed work once or twice a week.

90% run mostly atas treadmill sebab time constrain. Even speedwork or interval pun guna treadmill. Cuma long run on weekend ja baru lari luar rumah. 

Best run atas treadmill ni sebab aku dapat berlari sambil tengok cermin - boleh betulkan running form, boleh monitor cadence, heart rate, boleh kurangkan impact pada lutut, boleh kontrol pace dan paling best save time. 

I think my running form have improved so much. Best bila dapat praktikkan all this masa long run once a week on road. Feels great too.

InsyaAllah, 1 January 2023 ni nak try buat 5km time trial. Cant wait! Really wish I could break my PB for 5km which is 24 minutes and 52 seconds few years ago. Tapi baru sebulan training kan.. boleh ke? 😅😅


Note: There is a few draft entry² lama which I published few days ago. Thought it would be published in the exact date it was drafted but tak sangka dia publish in recent date. So, lantak situ. Malas nak betulkan tarikh semula dan repost.


Sunday, December 18, 2022

Everything is awesome!

Its December already. Awesome year 2016! Everything starts to sparkles. Beautiful.

Boys will be boys

Isnin aritu, Ariff main lawan2 dengan kawan dia kat taska. Kawan dia tertumbuk kuat - berdarah hidung.

Arini, Amarr main baling2 batu dengan kawan2 dia kat sekolah. Kawan terbaling kat dia - benjol dan berdarah dahi.

Haish.

Nak

Ramadhan 2016





W10D5

Its Friday!

Going back to Melaka this week. Maybe after Im doing my long run tonight.

My Mamoru pulak will be going to Penang for his favourite PBIM. All the best tau. Enjoy the runcation and dont gorget to buy me jeruk cermai Pak Ali..nyumms 🤤😍

3 years old Aleesya selfie

Selfie di Murud, Sarawak

Breakfast sebelum pergi Brainy Bunch

Terlebih rajin pagi ni. Sempat buatkan pisang goreng untuk sarapan double A.

Mood steady.

Perisai semua dah siap polish. Come what may. I've prepared mentally & physically for the whole week.



Ariff 6 bulan

Ariff 2 bulan

Rashes.. maybe sebab cuaca panas..


Kacau dia


I love to hug him tak kira kat rumah atau kat luar. Tak kira depan orang ramai or takde orang. Tak kira dari belakang, depan atau side by side. 






Saturday, December 17, 2022

Amarr berkhatan

Alhamdullilah.

Hari Jumaat semalam, Amarr dah selamat berkhatan diusia 12 tahun. Senang dan cepat sangat prosedur khatan. Tak sampai 15 minit dah selesai siap pakai kain pelikat. Amarr pun tak menangis. Cuma mengadu sakit sikit masa prosess nak bius.

Ada 5 orang kanak² yang datang untuk berkhatan diklinik semalam. Doktor yang khatankan mereka pun sangat friendly dan suka buat lawak. Dia explain dengan jujur dekat semua parents dan anak² yang nak dikhatan tentang step by step prosedur, expectation, serta apa yang patut dibuat semasa dan selepas khatan.  

Berbeza dengan prosess khatan Ariff tahun lepas, doktor kali ni buat teknik potong dan jahit untuk Amarr. Masa turn Ariff tahun lepas kami pergi ke klinik lain. Doktor tu buat teknik clamp. Cuma masa tu time PKP, parents tak dibenarkan masuk, tambah pula Doktor yang buat prosedur tu agak kasar dan tak bother nak explain apa² tentang prosedur semasa atau selepas berkhatan. Jadi agak trauma pada Ariff dan pada aku serta Mamoru. Masih terngiang² dengar Ariff menjerit minta tolong dari dalam bilik Doktor yang buat naluri keibuan aku meronta macam nak gila. Sepatutnya Amarr pun berkhatan hari yang sama dengan Ariff. Tapi bila dengar abangnya menjerit macam tu, terus Amarr takut nak teruskan. Dan aku pun pilih untuk bersetuju dengan Amarr. Tak sanggup nak lepaskan seorang lagi anak pada Doktor tu.

Pilihan doktor sangat memainkan peranan mental yang penting dalam berkhatan ni. Sebab bila kanak² kurang takut dengan Doctor masa berkhatan, proses khatan akan jadi senang, tenang dan proses untuk pulih pun akan jadi singkat. Bukti dia? Ariff ambil masa hampir 2 minggu untuk pulihkan semangat dan luka dia lepas berkhatan sebab dia trauma. Trauma buat luka lambat sembuh. Dan Amarr pula hanya 24 jam semalam ja nak aku berkepit dengan dia. Pagi ni, dia dah tak heran dengan aku dan lebih selesa duduk dalam bilik main game dengan abang Ariff macam hari² biasa. 

Apapun alhamdullilah, selesai dah kedua² anak bujang kami berkhatan. Pengalaman pahit manis untuk mereka dan kami juga.

Semoga Amarr cepat sembuh dan aktif semula. Cuti sekolah ada seminggu lagi 😊

Oh, pagi tadi ada meeting dengan semua owner VA. Management buat ballot untuk owner yang mahukan extra parking lot. Dan alhamdullilah, lepas hampir setahun kami pindah sini, Mamoru berjaya dapat extra parking lot untuk aku. Lepas ni takdelah aku dapat tiket saman parking kat tepi jalan luar VA lagi 😅😅. Now both of our car boleh parking kat dalam macam kat Lestari dulu.

Syukur sangat.



Tuesday, December 13, 2022

New running shoes

After 2 years of not running from 2020 to 2021, almost all of my running shoes kinda given up on me. The rubber became brittles and disintergrated coz I didnt wear them. Nike, Brook & Asics.. gone now.

Semalam, Mamoru bought me another 2 pairs of shoes for my coming races next year. Im sooo excited. I choosed my trusted brand Brooks (Ghost) and a brand I never wear before, New Balance (Fuelcell). Cant wait to wear them! 

Now kena train harder lah 💪








Sunday, December 11, 2022

First time tengok live tournament dalam stadium bolasepak

Throwback Malaysia vs Cambodia.

First experience tengok bola live dalam stadium. It was fun. Lucky tak crowded. Maybe sebab hujan lebat kut.

Im not a football fan. Tapi best jugak lah datang sini. Ini pun Mamoru yang bawak sebab nak tunaikan wishlist aku yang nak merasa tengok bola live dalam stadium. 

Kiddos awal² lagi dah tidur (tak sampai first half lagi 😅). Bukan seban diorang tak suka bola, tapi sebab dah lepas bedtime diorang. Game habis lambat.. dekat nak pukul 11 baru habis.

Next, Mamoru cakap nak bawa kami pergi stadium KL yang dekat dengan rumah pula.

Note: Malaysia 4 : Cambodia 0




Amarr lena atas kerusi. Mamoru dapat 10 tiket. So kami tak ganggu seat orang pun bila Amarr tidur gini.



 

Friday, December 09, 2022

Hantar kiddos solat Jumaat

Selain dapat hantar dan ambil kiddos pergi sekolah hari², antara perkara yang paling best bila cuti sabbatical selama setahun ni adalah dapat hantar  Ariff dan Amarr pergi solat Jumaat. 


Satu kegembiraan yang tak dapat ditintakan dengan tulisan dan kata².


Alhamdullilah.


Bila dikenang semula dari kiddos lahir sampai sekarang, banyak perkara² penting yang aku missed dalam life kiddos. Contoh yang paling ketara masa both Ariff dan Amarr punya pre-school  graduation dekat Brainy Bunch Montessori. Dua tahun berturut² aku missed. Tahun 2014, Ariff grad dan tahun 2015 masa turn Amarr grad. Itu belum masuk part hari PIBG, hari sukan, hari kantin, pertandingan dan sebagainya. Semuanya sebab terlalu terikat dengan kerja. 


Haish. Kerja penting, family pun penting. 


Semoga dalam tempoh setahun cuti ni aku dapat manfaatkan untuk keluarga sepenuhnya. InsyaAllah


Note: Bulan depan dah masuk tahun baru 2023. Ariff akan masuk tingkatan 2 dan Amarr akan memulakan sesi tingkatan 1. Tinggal Aleesya ja yang masih bersekolah rendah. 


Perubahan Ariff dan Amarr bila dah masuk usia remaja adalah sangat ketara. Ariff dah lebih tinggi dari aku. Amarr pula sama tinggi dengan aku.  Saiz kaki masing² dah sama dengan saiz lelaki dewasa. Muka masing² dah mula naik jerawat 😅. Tapi masing² masih manja (ngada²). Dan masih nak aku garu belakang badan setiap malam sebelum tidur 😅😅. Layankan je lah.. sebenarnya aku yang suka nak garukan belakang masing², suka nak bacakan bed time story, suka nak pillow talk sebelum masing² tertidur. Semua sebab aku cuma ada masa dalam 4 atau 5 tahun sahaja untuk bermanja dengan Ariff dan Amarr. Lepas tu, insyAllah bila diberikan rezeki masing² untuk belajar ke menara gading, masa tu tamatlah era bermanja² ni. Sebab masa tu kiddos akan jarang balik rumah.. dan lepas mereka grad dan mula bekerja nanti lagi lah susah nak jumpa mereka


Dan aku akan jadi perindu setia mengharapkan kehadiran dN peluk cium dari mereka 🥰


Monday, December 05, 2022

Monday, November 28, 2022

How I met Pokyie & Sham


Was listening to Alleycats song 'Ditengah Kota' and suddenly it reminds me to both of them: Pokyie & Sham. Teringat masa kami duduk kedai makan lepas turun dari gunung Nuang. Ada set karaoke di kedai makan tepi jalan tu. Aku request Pokyie nyanyi lagu Alleycats "Ditengah Kota". Dan dia terus capai mic dan nyanyi sama² dengan Sham. It was a beautiful moment. The sang it wholeheartedly for me.

Zahari aka Pokyie & Roshamrizal aka Sham. Dua orang yang namanya sering disebut masa awal² aku start blogging di blogspot. Orang yang ada masa aku sunyi,  masa aku takda apa², masa aku 'lost' lepas putus cinta dengan Hata. Mereka ni lah yang ajar aku erti persahabatan, erti keberanian dan kehidupan yang penuh dengan pilihan² untuk aku pilih dan mengorak langkah lebih jauh kedepan.

Dua² ni aku start kenal dari hujung tahun 2005 melalui Atan. Masa tu aku attend dinner anjuran company Atan di Penang. I was a guest to Atan's colleague, Nasik (I came to the event with Nasik) and we sat next to Atan at the roundtable. Masa semua orang tengah join line dance (it was a Country (cowboy) theme event), tinggal aku berdua je kat table dengan Atan. I knew Atan staring at me from the moment I walked in to the ballroom entrance with Nasik. Im not wearing sexy clothes tho. Just white shirt with tight jeans and high cut brown leather boots.

 Atan is quite a chatter and at first I didnt pay attention to what he said as I was not comfortable when Nasik left me to the dance with her colleague.  But when Atan spoke about his next gunung trip, terus I cut him off. I told him I wanted to join. He was thrilled. He asked me if I know gunung Yong Belar? It was the second highest mountain after gunung Tahan in semenanjung Malaysia. I told him I dont care what the name of the gunung eventho I do not have any experience climbing one,  just take me there. Atan is so excited to have me in his xpdc team. Most of it because he's kinda "into" me. Well I dont care about his intention/attention at me. All I care is that gunung trip.

To be continue. 

Note: There is no pic of Atan in this entry.


2006 - dengan Pokyie di Mersilau Resort for our Kinabalu xpdc

2006 - dengan Pokyie dipuncak Kinabalu

This is the only latest pic of Pokyie in 2011 masa hiking bukit Tabur. Hes not active in climbing anymore. Hes now married and have 3 beautiful kids.

2006 - Kinabalu trek

2006 - puncak air terjun Berkelah, Pahang

2006 - orienteering, perak dengan Sham. 

2014 - trip Murud with Sham

2011 - puncak Korbu with Sham

Latest pic 2021 at trek gunung Chabang

2014 - puncak Tahan with Sham



 

Friday, November 25, 2022

Pilihanraya umum Malaysia dan perdana menteri kesepuluh

Gambar² minggu lepas masa balik kampung untuk pergi mengundi. Pertarungan sengit kali ni. 
Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia ke 10.
This one definately goes down big time in Malaysian history book. 

Mamoru was not around this tine. Kalau tahun² terdahulu, kami akan berkejar² balik kuala selangor untuk Mamoru vote kat sana lepas tu bertolak ke Melaka straightaway hari yang sama untuk my turn to vote pula. Kali ni Mamoru kena kira undi pula. So, yours truly balik dengan adik² sahajor


Ayah dah vote awal² pagi , tapi bila tau kami adik² sampai sebelah petang pi mengundi, dia terus datang teman kami yang beratur sekali.. aww ayahanda.. sayang sungguh kat kami.. semoga diberikan kesihatan yang baik, usia yang panjang dan berkat serta berkekalan.



Rambut curly macam mirabel madrigal kata Aleesya

Sayang adik² semua.. dah tua² naik motor bertiga camni terasa kembali kezaman kanak² semula 😅

 

Thursday, November 24, 2022

KLSCM 2022

Throwback lastweek - KLSCM 2022.
I ran 10km in 1:06 - not my best timing but still impressed considered I did it without training at all. I just did core strenght ja.

Thanks to few friends who was rooting for me using the apps to track my run during race day. Im glad as theres still people who curious on my running. I'll do my best next year, insyaAllah.


Lambai kat Mamoru who waited near the finishing line.

Finish it strong 💪

 

Wednesday, November 23, 2022

I love it!

Think my happiness meter have climbed to the max - now that I can run anytime I want using the treadmill. Tak perlu bazir masa nak tukar baju sports attire, keluar rumah pergi tempat untuk berlari - which take a lot of my time.


Sekarang nak lari tak perlu selongkar wardrobe cari tight or baju. Lari pakai spender pun boleh 😁😁😁. Tak payah nak pakai jam tengok pace bagai.. set kat treadmill ja. Paling best, boleh tengok tv sambil lari. 


Yeayy!


Ive been using the treadmill 2 kali already since yesterday. Easy run. Felt really good.


And yes, I know not good to use treadmill all the time if I aim to run a road race. But for now, I just want to enjoy it. Nanti weekend kita lari atas jalan lah kan.


My schedule now walaupun tak bekerja, nampak macam ada masa untuk berlari kat luar. Tapi hakikatnya, jadual sekolah kiddos berbeza: pagi, the boys sekolah sesi pagi, Aleesya sessi petang. So tak boleh nak run pagi sebab tak berani tinggalkan Aleesya sorang² kat rumah.


Petang pula fetch Aleesya dari sekolah dan sampai rumah masih tak boleh berlari waktu petang coz nak teman Aleesya main kat playground. 


Masa yang aku ada kat rumah ni totally for family. Spend time with kiddos as much as I can, cooking everyday for Mamoru. In between tu memang ada banyak sangat masa  lapang, which I havent decide what to do with it - still trying to figure out how can I make use of all the free time I have right now. 


I always scared I make the wrong decision when I choose to take one year leave from working. But Im glad I did it. This is really what I need to rejuvanate my mind - myself -  from office stress. 


Alhamdullilah.


Tuesday, November 22, 2022

My first treadmill


Told Mamoru I wanted to resume training for my marathon next year and lately it always raining..  and I dont have friend to train with as he's kinda busy with work + his post-graduate class + assingments.. so.. he bought me this.

Im a happy girl! 

Thank you so much Mamoru! 
❤️❤️❤️