Friday, January 27, 2023

Kem Apak Kaw di Batang Kali

Throwback gambar camping di kem Apak Kaw di Batang Kali tahun lepas. Tak dan nak share. Banyak xtvt buat tahun lepas tapi asyik la lupa nak upload. Sama macam cerita² kenangan dulu kat blog ni yang maaih tergantung sampai terlupa nak sambung kesudahan cerita.. sampai kena tegur dengan rakan blogger.. haha hampun cik Aisha. InsyaAllah, kita cuba cari masa untuk upload kesinambungan cerita tu semua nanti.

Berbalik kat kem Apak Kaw, kat sini ada plug point dan kemudahan elektrik. Nak pasang lampu terang benderang pun takda masalah. Cuma kena bayar RM10 untuk gunakan bekalan elektrik. Kalau tanak pun takpa, boleh camping guna lantern macam biasa. Tapi bila dah ada kemudahan ni, rasa rugi pula tak guna, ye tak. Kemudahan lain pun banyak kat sini, macam; surau, bilik mandi dan kedai runcit mini. 

Kami camping satu malam ja kat kemsait ni. Gigih kan. Walhal, tak berbaloi sebenarnya mengangkut barang² camping yang banyak dan berat semata untuk tidur satu malam. Tapi dah minat, layankan je lah. Masa kami camping ni musim hujan. Tapak khemah kami jadi laluan air. Tembus jugak lah air masuk ke dalam khemah. Kami bernasib baik sebab tilam angin yang kami guna tinggi hampir 10 inci dan bahagian bawah tilam pula jenis pvc tak diresap air. Hujan macam mana pun, anak² tetap lena sampai pagi. Berbaloi beli tilam angin ni. 

Share gambar kat sini untuk tatapan kiddos.








 

Camping di pantai Pengkalan Balak

Weekend project. Habis ja chess tournament, kami straight pergi Melaka. Dah janji dengan adik ipar nak camping di Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Kami sampai sana dah tengah malam. Gigih pacak khemah tepi pantai malam tu. Pukul 2 pagi khemah siap dipasang. Lepak² kejap pekena kopi pastu masuk tidur. Hujan turun malam tu, tapi tak risau pun sebab fly kami kukuh dan tegang. Lena sampai ke pagi masing².

Esoknya anak² berendam dari pagi sampai maghrib. Kat sini juga kami ada ambil satu chalet berdekatan. Tak tidur situ pun, booking in case of emergency ja.

Dan kebetulan, pada hari ketiga, pantai dilanda ribut. Angin kuat dan ombak tinggi. Kali pertama berkhemah tepi pantai dan melalui pengalaman berdepan demgan ribut. Agak cuak juga tapi kami tak lah panik. Kami suruh anak² berlari masuk chalet sementara kami kemas barang² untuk masukkan dalam kereta. Alhamdullilah tak ada apa pun kejadian tak diingini. Kami ja yang over reacted 😅. Walhal jiran lain yang berkhemah di sebelah kami relax ja masa ribut tu. Siap minum² kopi lagi.

Ada satu kejadian yang buat mommy cemas sangat - masa kiddos main banana boat. Aleesya pun naik juga. Dia duduk di bajagian depan sekali. Mommy dan daddy tak join naik banana boat. Kiddos dan cousin ja yang main.  

Bila driver boat jatuhkan kiddos dari banana boat ke dalam air berhampiran pantai, Aleesya tak perasan dan still berpaut pada pemegang banana boat. Bila dia perasan semua orang tak ada, dia tiba² terjun masa banana boat yang dah berada jauh dari pantai. 

Masa Aleesya terjun dalam air, mommy tak risau sangat sebab dia pakai life jacket dan Aleesya memang confident walau mandi dikawasan air yang dalam (kat rumah pun Aleesya suka mandi dalam pool orang dewasa). Cuma bila boat pusing untuk dapatkan Aleesya, hujung kepala boat terlanggar dahi Aleesya dan buat Aleesya tenggelam dan termasuk ke bawah boat. Rasa hilang nyawa mommy tengok semua ni jadi depan mata. Masa kejadian ni driver boat dah matikan enjin, jadi, perlanggaran tu perlahan. Aleesya kemudian berjaya naik ke permukaan air dari sebelah tepi boat. Kemudian driver boat cepat² angkat Aleesya naik ke dalam boat.

Alhamdullilah, Aleesya selamat tanpa apa² kecederaan. Sempat dia lambai² dari dalam boat ke arah mommy dan daddy. 
Alhamdulillah. Alhamdullilah. Alhamdullilah.




Aleesya, Adelia dan Aidan

BBQ kupang dan seafood








 

Sunday, January 22, 2023

Dr Chess Mini Tournament

Pengalaman pertama kiddos join chess tournament

Excited memasing 

Mamoru dan adik no 3 (As)

Aleesya & Adelia





Cousin kiddos pun join sekali 💪







 

Saturday, January 21, 2023

Aleesya tolong mummy masak

Tahun ni umur dia masuk 8 tahun. Its time mummy trust dia untuk pegang pisau. Banyak kali sebenarnya Aleesya minta izin nak tolong mummy memasak, hari ni baru mummy benarkan. 

Tadi Aleesya prepare dan potong semua bahan² untuk mummy masak. Mummy just tolong masukkan dalam kuali ja 🥰


 

Friday, January 20, 2023

Buat IC Amarr


Lambat tukar mykid Amarr kepada mykad. Kena denda RM10 😅. Lupa 😅😅. Walhal, JPN tak sampai setengah kilometer dari rumah.

First gambar untuk mykad Amarr. Kenangan belakang tabir untuk Amarr flashback satu hari nanti.

Ni cerita semalam, chess set yang Amarr idamkan dah sampai. Chess set yang lama dah hilang. Dia main chess guna henfon je sekarang. Minggu lepas dia request chess set, laju² mami order kat Lazada. Jarang dia nak minta games fizikal camni. Selalu tu duk main games online ja. Tu yang bersemangat mami belikan. Ahad ni kiddos ada chess tournament kat Kuala Selangor. 

Saja selit gambar sikecik ni. Comel pula tengok dia duduk atas meja menghadap abang² dia main chess

 

Sunday, January 15, 2023

Toyota Outrun 10km race

Happy with my improvement. 
From 1:06:00 in KLSCM last November to 00:55:36 today.

I was scared to give all effort to this run due to my osteoarthritis knee. Plus, I havent done any run at all this week except for today. My last run was on last Sunday - a week ago. I stopped drastically after that due to pain in the right knee.

Was almost DNS for today race. But decided to proceed since there was no more pain. So, I just did an easy run. The hilly route helped slowed my pace down, which Im glad. The fast paces recorded in my Garmin may due to the downhill which really make me nervous. Im scared if I ran too fast and my knee snapped. Fortunately none of it happen.

 I felt great and speed a bit toward the last 2km. Finished the race strong. No pain whatsoever.




 

Tuesday, January 03, 2023

Cuti sekolah dah habis

Cuti 3 minggu dah habis, maka kembali semula bersekolah. 

Dah masuk tahun baru. Tapi kiddos masih di kelas yang sama. Sepatutnya, Ariff dah masuk tingkatan 2, Amarr tingkatan 1 dan Aleesya darjah 2 tapi since goverment still nak ikut jadual sekolah masa covid tahun lepas, maka... beginilah. Mereka semua hanya akan tukar kelas pada bulan April nanti. Cuma pening nak explain pada Aleesya bila dia tanya kenapa umur dia dah masuk 8 tahun tapi masih kena attend kelas darjah 1 😅

Hari ni macam biasa, enjoy sangat dengan tugas menghantar dengan mengambil kiddos. Ada balance 10 bulam lagi sebelum aku start masuk kerja semula. InsyaAllah, akan pergunakan masa yang ada sebaiknya menjaga kiddos dan family ni 🥰

Ariff yang sangat sopan tapi dalam masa yang sama suka berterus terang. Setiap kali keluar atau nak masuk dalam kereta, dia sentiasa bagi salam kat aku.

Setiap kali hantar dan ambil kiddos, aku suka rekod video mereka turun dan naik kereta. Tapi blog ni tak video friendly. Tak macam IG or Tiktok. Susah nak share video. So, letak gambar je lah.

Amarr. Dulu masa aku kerja, Amarr kurang nak bergurau atau bercakap dengan aku. Bila aku tanya, sepatah² je dia jawab. Maybe sebab faktor masa dan aku pula selalu stress bila balik kerja. Now, lepas 2 bulan cuti duduk rumah focus kat kiddos, Amarr semakin suka bergurau dan berbual dengan aku. Syukur sangat. Teringin nak tukar kerjaya dan bekerja dari rumah sahaja. Sebab gaji yang banyak dengan workload yang stress belum tentu boleh jamin ketenangan jiwa dan keluarga yang bahagia. Bila fikir hanya berbaki 10 bulan cuti sebelum sambung bekerja ditempat yang sama, aku jadi risau. Risau aku akan jadi stress macam dulu sampai anak² pun takut nak berbual. Aku suka life sekarang yang lebih focus pada anak². Tapi kerjaya apa ja yang aku boleh buat  tanpa hilang masa aku dengan anak² & Mamoru kat rumah ni?

Aleesya yang sangat hepi dah menginjak usia 8 tahun. Tak sabar nak masuk kelas darjah 2 katanya. Semakin cantik pada mata aku. Semakin tinggi pun iya. Tapi masih manja. Masih mahu didukung kemana². Aku layankan aja. Anak bukan ramai pun. 3 orang ja. Semua dah besar, pandai bawa diri. Sangat memudahkan kerja aku. Setakat basuh periuk belanga, masak nasi, goreng telur, kemas satu rumah semua diorang yang buat. Aku tukang masak ja. 

Semoga awak bertiga sentiasa dibawah lindungan Allah swt. Aamiinn.

 

Sunday, January 01, 2023

How I start the first day of 2023

I think I did great this morning.

Starting my first 1km with slow pace as there is to many strollers and kids blocking me and I thought standing 20 meters behind the starting line is a good idea as it will avoid me from sprinting - well my bad - its the worst idea actually. Coz this is a 5km fun run. I should stand at the starting line - not 20 meters behind it. It take a lot of energy to zig-zag the crowd. And at 500 meters after the flag off, the 5km & 10km runnners converged  at the same road. And at one point, I was hit by a runner who carelessly cross my path and stumbled into me - I was shocked and stopped a bit. He didnt even say sorry. Uwaa... 

I only managed to move away from the crowd after 2km - at a junction which seperated the 10km and 5km runners. I lost lotsa time here. Tskk.

Overall, I did good. Followed my targeted decending pace. At the last km, I met coach Edan. He was pacing his student and I managed to keep up with them before I left them behind and sprinted 300 meters to finishing. 

I am so proud of myself. No PB but I felt great. I felt energetic even after the sprint. And yes, my timing improve 3 minutes from KLSCM.

Now, I wanted to do more 5km. Improved my timing and most inportant, to find a race which have timing chip for 5km (because this KL New Year Run doesnt provide chip for 5km category)


Thank you Mamoru for drove me here and support my self training and my run.


 

Saturday, December 31, 2022

How we spent the last day of 2022

We booked Villa Gemilang Homestay in Sungai Besar, near Sekincan, Selangor. Book 1 malam ja sebab tempat ni dekat dengan Masjid Jamek Makmuriah - starting point untuk Larian Bendang 5km.

Tak sangka cantik sangat tempat ni. Terletak di tengah² bendang. Kena pula time ni padi tengah menguning. MasyaAllah, cantik sangat.

Ada banyak aktiviti yang kiddos buat kat sini, memancing, mandi swimming pool, sewa basikal, main bola.. eh banyak lah lagi. Memang sangat puas hati. Next time, insyaAllah, nak repeat sini buat family day. 

Melepak kat beranda sambil makan buah

Pool dia besar dan cantik. Tapi lepas pukul 7 malam tak boleh mandi tau.

Ni antara aktiviti kiddos dan cousin dia masa kami kat sini

Larian benday 5km. Best. View cantik.

Teringin nak berumah tepi bendang.. 

Amarr dan Adam dah jauh berlari kedepan masa ni. Tinggal kami ja kat belakang

Gambar sebelum start lari

Homestay kami

Dari beranda pun boleh memancing. Kami dapat banyakkkkk ikan sepat dan ikan haruan besar. Sempat buat sepat goreng bercili. Sedappppp. Ikan haruan kami beri pada penjaga homestay sebab takut nak siang - besar sangat, sama saiz dengan lengan orang dewasa

 

Friday, December 30, 2022

Gementar


Tak sabar nak buat 5km time trial ahad ni walaupun baru sebulan training 😁 

Last event masa KLSCM bulan lepas, aku punya timing untuk 5km 00:31:31.

Aku punya personal best untuk 5km beberapa tahun lepas 00:24:52

Hopefully Ahad ni, boleh improve better. Nak break PB tu, tak berani lah nak berharap. Training baru sebulan kan.. itu pun strenght training banyak kali skip 😅😅

Wish me luck.







 

Thursday, December 29, 2022

Babysitter

Jadi babysitter untuk 3 hari. Adik lelaki no. 7 (Uj), minta tolong jagakan anak² dia (Khalish & Danish) sebab babysitter dia tak sihat. So, meriah rumah aku dengan kanak². Senang ja nak jaga mereka ni. Memasing pandai bawa diri 😊

Breakfast sambil layan cerita cinderella godzilla dengan kingkong

Ariff dan Amarr paling suka melayan Danish & Khalish. Diorang suka ada anak kecil kat rumah ni.