Tuesday, January 03, 2023

Cuti sekolah dah habis

Cuti 3 minggu dah habis, maka kembali semula bersekolah. 

Dah masuk tahun baru. Tapi kiddos masih di kelas yang sama. Sepatutnya, Ariff dah masuk tingkatan 2, Amarr tingkatan 1 dan Aleesya darjah 2 tapi since goverment still nak ikut jadual sekolah masa covid tahun lepas, maka... beginilah. Mereka semua hanya akan tukar kelas pada bulan April nanti. Cuma pening nak explain pada Aleesya bila dia tanya kenapa umur dia dah masuk 8 tahun tapi masih kena attend kelas darjah 1 😅

Hari ni macam biasa, enjoy sangat dengan tugas menghantar dengan mengambil kiddos. Ada balance 10 bulam lagi sebelum aku start masuk kerja semula. InsyaAllah, akan pergunakan masa yang ada sebaiknya menjaga kiddos dan family ni 🥰

Ariff yang sangat sopan tapi dalam masa yang sama suka berterus terang. Setiap kali keluar atau nak masuk dalam kereta, dia sentiasa bagi salam kat aku.

Setiap kali hantar dan ambil kiddos, aku suka rekod video mereka turun dan naik kereta. Tapi blog ni tak video friendly. Tak macam IG or Tiktok. Susah nak share video. So, letak gambar je lah.

Amarr. Dulu masa aku kerja, Amarr kurang nak bergurau atau bercakap dengan aku. Bila aku tanya, sepatah² je dia jawab. Maybe sebab faktor masa dan aku pula selalu stress bila balik kerja. Now, lepas 2 bulan cuti duduk rumah focus kat kiddos, Amarr semakin suka bergurau dan berbual dengan aku. Syukur sangat. Teringin nak tukar kerjaya dan bekerja dari rumah sahaja. Sebab gaji yang banyak dengan workload yang stress belum tentu boleh jamin ketenangan jiwa dan keluarga yang bahagia. Bila fikir hanya berbaki 10 bulan cuti sebelum sambung bekerja ditempat yang sama, aku jadi risau. Risau aku akan jadi stress macam dulu sampai anak² pun takut nak berbual. Aku suka life sekarang yang lebih focus pada anak². Tapi kerjaya apa ja yang aku boleh buat  tanpa hilang masa aku dengan anak² & Mamoru kat rumah ni?

Aleesya yang sangat hepi dah menginjak usia 8 tahun. Tak sabar nak masuk kelas darjah 2 katanya. Semakin cantik pada mata aku. Semakin tinggi pun iya. Tapi masih manja. Masih mahu didukung kemana². Aku layankan aja. Anak bukan ramai pun. 3 orang ja. Semua dah besar, pandai bawa diri. Sangat memudahkan kerja aku. Setakat basuh periuk belanga, masak nasi, goreng telur, kemas satu rumah semua diorang yang buat. Aku tukang masak ja. 

Semoga awak bertiga sentiasa dibawah lindungan Allah swt. Aamiinn.

 

No comments: