Friday, January 27, 2023

Kem Apak Kaw di Batang Kali

Throwback gambar camping di kem Apak Kaw di Batang Kali tahun lepas. Tak dan nak share. Banyak xtvt buat tahun lepas tapi asyik la lupa nak upload. Sama macam cerita² kenangan dulu kat blog ni yang maaih tergantung sampai terlupa nak sambung kesudahan cerita.. sampai kena tegur dengan rakan blogger.. haha hampun cik Aisha. InsyaAllah, kita cuba cari masa untuk upload kesinambungan cerita tu semua nanti.

Berbalik kat kem Apak Kaw, kat sini ada plug point dan kemudahan elektrik. Nak pasang lampu terang benderang pun takda masalah. Cuma kena bayar RM10 untuk gunakan bekalan elektrik. Kalau tanak pun takpa, boleh camping guna lantern macam biasa. Tapi bila dah ada kemudahan ni, rasa rugi pula tak guna, ye tak. Kemudahan lain pun banyak kat sini, macam; surau, bilik mandi dan kedai runcit mini. 

Kami camping satu malam ja kat kemsait ni. Gigih kan. Walhal, tak berbaloi sebenarnya mengangkut barang² camping yang banyak dan berat semata untuk tidur satu malam. Tapi dah minat, layankan je lah. Masa kami camping ni musim hujan. Tapak khemah kami jadi laluan air. Tembus jugak lah air masuk ke dalam khemah. Kami bernasib baik sebab tilam angin yang kami guna tinggi hampir 10 inci dan bahagian bawah tilam pula jenis pvc tak diresap air. Hujan macam mana pun, anak² tetap lena sampai pagi. Berbaloi beli tilam angin ni. 

Share gambar kat sini untuk tatapan kiddos.








 

1 comment:

aisha said...

ahahahhaha.. dah la citer ala2 saspens.. puas la hari2 dok refresh tau... banyak ok part tergantung.. macam nak tunggu novel bersiri...
sila silaaa... jangan lupa letak nombor skali...