KENGKAWAN

Friday, March 21, 2008

Tak sihat

Badan rasa tak sihat. Memula tu selsema je pagi tadi. Tapi sekarang ni makin melarat pulak jadinya.

Baru tipun Mamoru jap tadi. Mengadu tak larat lah.. pening lah.. demam sikit, ngengada je lebih. Rasa bersalah pulak buat dia risau. Haii.. aku ni semenjak dah kahwin, makin menjadi-jadi lak 'lemak' aku. Semua mender nak mengadu. Semua nak Mamoru tolong. Dulu masa sengsorang boleh je jaga diri sendiri.

Esok ada trip ke Gunung Datuk. Aku nih, kalau pasal trip gunung, demam ke tak sihat ke, semua tolak tepi. Kami janji nak bertolak pukul 3.00 petang esok (kalau sempat, nak sampai puncak gunung sebelum hari gelap). Harap kesihatan aku bertambah baik sebelum bertolak ke Rembau nanti. Bukan apa, kang kalau aku kansel trip nih, maknanya memember yang lain pun confirm tak pegi jugak. Korum tak cukup. Lagi pun aku dah macam tukang masak rasmi untuk setiap trip yg group kami buat. Kang kalau aku takde, confirm derang pulun megi mee je. Kesian. Rasa tak sampai hati pulak nak hampakan trip kawan-kawan nih (nih alasan separuh kukuh nak pujuk Mamoru izinkan aku join.. hehe)

Aku baru plan nak pasang Astro kat rumah. Nak tau kenapa? Sebab AF lah. Untuk lebih spesifik lagi, sebab nak tengok Saida akak kepada Datuk Siti tu.. hehe. Sejujurnya, aku tak penah ikuti perkembangan memana program realiti kat tibi. Tataw lah naper. Tak minat kut. Tapi kali nih, ntah kenapa aku macam terberkenan kat Puan Saida nih. Tapi.. betul ke konsert AF nih setiap malam minggu je? Alahhhaiii.. camner lah aku nak tengok kalau setiap wiken aku asyik dengan hutan.. dengan gunung.. Serupa tayah pasang Astro kan? Dalam hutan bukan boleh tengok AF..!!??

Taperlah, kita tunggu apa kata Mamoru.

9 comments:

ef said...

aD, konsert memang every sabtu malam.tapi don wori la, sebab astro mesti ulang punye.if u terlepas live show, u still leh nengok ulangan dia.

eid said...

aah.. betul tuh ef..
ahad kul 12 tengahari the latest show akan ulang... so dont worry.. langgan je..
tapi saida nyanyi konsert 1st tak best... huhu
*ecehh.. mcm laa aku yg dapat komisen kan??!! hehe

aD said...

ef, ada ulangan? oho hoo.. barguss barguss (orang tak penah tgk astro katakan hehe)

eid, tak best ke? alamak.. tak macam adik dia ek. camno nih? plan astro semata nak tengok dia nih.. iskk

ef said...

ala, saidah tu belom tentu la dpt ke konsert akhir kan.buatnye aD subscribe semata² nak tgk dia, pastu lps AF abes, takkan taknak tgk astro dah kot?subscribe je..byk lagi rancangan lain...hihihihi

aD said...

ef, saida tu kira cam appetizer hehehe.. tapi kalau dia terkeluor pun, idak lah ad nak potong astro tu.. kita tengok raja lawak, pastu apaker cite ntah pasal model-model.. etc.. kan?

ef said...

haa betol tu..komen komen jugak..dah subscribe ke belom nih?kang AF abes, aD tak pasang² lagi astro tuuu.hihihi

aD said...

udahhhh.. hehehe. tapi apek tukang pasang kuali astro tu lum pasang lagi. suruh pasang taim malam tak mboh katanya. opis hour kita keje. ahad nih dia pasang. awek astro tu cakap, lepas pasang, dalam sejam baru boleh tengok astro.. sempat kut kalau nak tengok ulangan.. hehehehe

ef said...

hihihi...dah tgk konsert?

aD said...

lummm. wiken aritu balik kg encik Mamoru :(
ulangan pun tak sempat tgk. malam tadi baru sampai rumah. melepass..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...