KENGKAWAN

Thursday, June 05, 2008

Minyak naik & aku?

Apa berita hot pagi nih? Minyak naik 78 sen? Ada effect tak kat aku or Mamoru? Takderrrr pongggg. Kenapa? Sebab Mamoru gi keje guna company punya shell card. Minyak semua kompeni tanggung. Jadi takder lah acara beratur pepanjang kat stesen minyak atau rombakkan bajet untuk malam tadi. Syukur alhamdullilah.

Kesian kat adik lelaki no.2. Sejam dia beratur kat stesen minyak kat AG, Melaka. Siap sms pepanjang kat kitaorg sambil melepaskan rasa tak puas hati. Dia baru berura-ura nak tukar keta. Terus kansel katanya.. (ala sham, ko tukor je.. tunggu lelama pung bukan jatuh harga minyak tu)

Pagi tadi dengar redio. Cemacam gak cara yg derang bagi untuk berjimat-cermat guna petrol. Antaranya:

1. Guna Motor

2. Share keta gi keje

3. Guna NGV (betul ke eja nih? Mender nih teksi selalu pakai)

Aku tertarik pada penggunaan NGV tu. Kata pemanggil stesen redio tu, NGV nih menjimatkan & langsung takder effect dari kenaikan harga minyak sekarang nih. Malah, menurut Mamoru pulak, pengguna NGV dapat pengurangan 25% untuk road tax (kalau tak silap lah).

Pasnih, pakat lah gegamai tukar guna NGV pulak untuk kenderaan korang. Cuma pastikan ruang bonet keta korang mencukupi untuk bubuh tong gas yg besar gedabak tu. Kalau keta besar selamat lah.. kut keta kecik macam Viva, Kelisa, Kancil.. konpem tak muat.

Apa pun, since kenaikan minyak tak beri apa-apa kesan pada pengguna NGV, jadi pada pemandu teksi semua, toksah lah nak gatei naikkan tambang nahh...

3 comments:

bebey said...

bestla takde kesan ape2 pade cik ye..
malam tadi membeli petrol mcm ape je..

angah said...

Ad, tong NGV tuh ada banyak saiz laaaa

aD said...

bey, kesan tu ada.. cuma bukan pada petrol la.. pada rega barang lain.. tsskkk tsskk

angah.. opsss.. sekali tersalah bagi info la pulakk.. minta maaf kengkawan sekalian.. hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...