Hari nih 2 Ramadhan 1428 Hijrah
Sepanjang bulan puasa nih, opis hour kat kompeni nih start dari 9.00 am - 4.00 am. Awal sejam dari biasa. Macam gomen pulak kan? Merasa..
Semlm, berbuka kat umah nenek Mamoru~kun. Pukul 4.45 ptg baru gerak dari KL. On the way tu gi singgah pasar jap. Beli ikan, ketam & sayur. Berlagak nih, konon nak prepare 3 jenis lauk. Tak sedar lagi masa dah tak cukup (we arrived Kuala Selangor at 6.00 pm).
Memang kelam kabut petang tu. Mamoru pun ikut sama sinsing lengan baju - mesin kelapa & siang ikan. Tak menang tangan aku dibuatnya. Mana nak potong sayur, tumbuk cili api, goreng ikan, etc, etc. Bayangkan lah jam dah pukul 7.00 pm, satu lauk pun belum ready lagi.. Lebih haru bila nenek dah siap jemput lagi 2 family join berbuka dgn kami. Berpeluh akak dik nonn!!
Tapi alhamdullilah, siap jugak lauk-pauk aku. Ada ketam masak lemak cili api, ikan kembung goreng pedas dgn sayur tumis. Thanks to kak Nor sbb tolong gorengkan sayur. Hik. Lauk aku tader lah sesedap mana. Tapi puas hati jugak lah bila semuanya habis licin. Tinggal semangkuk masak lemak ketam je. Tu pun, Kak Juli dah cop nak bawak balik umah dia untuk sahur.
Part yg kelakar tu masa aku suruh Mamoru amik kunyit hidup dari pokok kunyit kat belakang umah nenek. Aku tak tau lah sama ada dia kenal rupa kunyit tu cemana. Dia pegi cabut serumpun pokok kunyit dan tunjuk kat aku dari luar tingkap dapur.
Aku (dgn muka blur): mana kunyitnya?
Mamoru (dgn konpiden): nih kan kunyit nih (sambil tunjuk akar-akar pokok kunyit yg beselirat)
Tergelak besar aku dibuatnya. Taper lah. Aku bukan kisah pun kalau dia tak kenal rupa kunyit. Even adik lelaki aku pun kenkadang confused nak bezakan yg mana lengkuas, halia, kunyit.. apatah lagi my Mamoru kan? Yang penting, dia rajin menolong kat dapur :)
Subuh tadi aku bangun lebih awal dari bebudak kat umah tu. Pelik jugak bila lampu dapur still gelap gelita. Semalam memasing bukan main hebat bersemangat bangun sahur. Takkan baru hari kedua dah tak larat? Hmm nampak gayanya camtu lah. Harap jam je lah memekak-mekak kat tepi telinga. Aku mmg dah masak sangat perangai adik-adik aku. Tapi tader lah expect seawal nih semangat derang hilang.
Pukul 4.30 pagi, aku kejutkan adik pompuan no.6. Suruh dia tanak nasik & buat air sementara aku buat cendawan goreng & panaskan lauk semlm. Pastu baru lah sorang-sorang datang dapur buat muka pekat. Bila tengok jam dah pukul 5.00 pagi, mula lah buat buka terkejut terlompat-lompat.. siap memarah cakap aku tak kejut lah.. hamboiii kemain lagi, walhal lampu aku dah pasang terang-benderang, jam loceng, alarm henpon bunyik tak berenti. Even periuk belanga pun aku dah kompang kan, still tak bebangun. Tunggu nak siram air je lagi tau.
Alhamdullilah, setengah jam sebelum imsak, sumer dah duduk bersila depan makanan. Adik lelaki no.2 lead baca niat puasa. Overall, untuk hari kedua nih aku masih berpuas hati. Liat-liat derang pun bangun gak menghadap nasik.
Masa makan, sumer still buat muka pekat nih.. suap nasi pun mcm orang tader jari. Aku ajak adik pompuan no.6 berborak. Coz dia sorang yg nampak aktif sikit. Tanya dia semlm berbuka kat mana. Supposed dia join aku berbuka kat umah nenek Mamoru~kun. Tapi last minit kansel sbb dia stuck dlm jam (dia bertiga dgn bf & room-mate dia). So, dia gi berbuka kat umah family bf dia kat wangsa maju.
Adik pompuan aku nih jenis selamba & kelakar. Kalau dalam family, dia lah penglipur lara kami sekeluarga. Mulut becok tak hingat nih. Nak dijadikan cerita, semalam emak bf dia nih ajak family derang gi tarawikh. Sorang pun adik-bradik bf dia tanak ikut. Tapi adik aku lak offer diri. Taim nih aku dah gelak-gelak dah. Nak amik hati bakal mentua lah tu. Part yg paling kelakar masa rakaat terakhir tarawikh, dia pun bangun lah dgn konpiden nih (takbiratul ihram yang ke-8). Taim tu semua jemaah pun turut bangun. Tapi tetiba derang duduk balik & teruskan tahiyat akhir. Yang adik aku nih berdiri lah sengsorang. Lepas perasan sumer orang still duduk, dia cecepat duduk balik. Taim nih aku dah gelak besar. Aku dapat bayangkan cemana merah muka adik aku tahan malu.. of coz lah kan.. malu dgn jemaah lain & paling teruk, malu dgn bakal mertua.
Lepas habis tarawikh, emak bf dia tanya, naper dia berdiri lagi masa sembahyang tadi? Adik aku nih dah malu tahap dewata raya. Tapi mungkin sebab dia tahu dia tak silap, dia pertahan kan lah jugak pendapat dia. Adik aku cakap kat emak bf dia yg sebenarnya sepatutnya keseluruhan tarawikh tu ada 8 rakaat. Tapi derang sumer tahiyat masa rakaat ke-7. Emak bf dia pun bagitau lah perkara sebetulnya. Memang pun rakaat malam tu ada 7. Sebenarnya imam tu yg terlupa. Mungkin dia ingat dah rakaat ke-8. Patut lah jemaah lain pun serba salah nak bangun atau tak.
Adik pompuan aku tak puas hati. Kata dia, kalau mak bf dia tu dah tau sembahyang tu short satu rakaat, naper dia still steady je sembahyang ikut imam dan tak tersilap berdiri mcm adik aku. Masa nih gelak aku dah semakin besar. Nak tau apa kata mak bf dia?? Kata macik tu, dia pun almost terberdiri jugak tapi mata dia sempat tengok imam kat depan. Dia tengok imam tu duduk, tak jadi lah dia berrdiri. Taim nih sumer adik beradik aku tergelak! Tersembur nasik dibuatnya. Kata adik aku lagi, sempat mak bf dia bergurau suruh buat rakaat ke-8 kat umah nanti. Kelakar gila conversation antara dia dgn mak bf dia nih.
***************************
Hah nih nk inform pada sumer warga gunung. Invitation bersama dari KHK & GO. Mcm taun lepas jugak, satu gathering berbuka untuk penggiat outdoor akan diadakan di Dewan Orang Ramai, Kampung Paya, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Tarikh: Sabtu, 29 September 2007
Masa: 6.00 ptg (kemudahan surau disediakan)
Fee: RM 25 (bebudak bawak 12 tahun FOC)
Berminat sila call no nih:
Mat Saiko - 012-3875897
Sany - 0133406501
Lily - 017 3461740
Naza - 012 5631567
Bett - 012 2900494
5 comments:
reraser ader org nak ergaduh nie... cam tak nak buker sesamer jer... :-(
eh, saper nih? nak berbuka sama ai tak kisah.. moh la..
uik.. nie kebetulan ke ape ni? 3 ari lepas imam kat surau kite.. terlupe jugak baper rakaat. korang kurang 1 rakaat. kite terlebey 1 rakaat. so bayangkan la.. masuk rakaat ke-8, kite ponpuan yg dok sebalik tirai trus tahhiyat akhir. tetibe dgr imam bace al fatihah lagi skali. so ape lagi, bgn la balik. hoho. terawikh sampai 9 rakaat tuh. wahaha. dlm hal ni, kite kene ikut imam. walau die lupe pon. melainkan die bace surah salah, kene betulkan la.
kalo terkurang rakaat.. pas abih tu.. leh ingatkan imam, utk lengkapkan 1 rakaat tu.
adieha, setuju. mender mcm nih kengkadang mmg boleh jadi. kita pun selalu tersilap kan.. tanggungjawab saf yg depan untuk mengingatkan. kita yg jauh kat belakang nih ngikut je :)
selamat berpuasa geng!
Post a Comment