Monday, September 03, 2007

I'm engaged!

Now, dah ada tugas baru. Kena make sure dua bentuk cincin nih (yes, ada dua tau, people! merisik & bertunang) selalu ada kat jari jemari aku yg comel nih. Hik, no lah. Being engaged is not just about wearing a ring ok. Ia lebih pada tanggungjawab yg tersirat disebaliknya. Kalau masa mula-mula kenal & bercinta, responsible tu lebih pada nak menjaga hati si dia (which kadang-kadang kita boleh buat tak reti je). Tapi sekarang, bukan hati dia, malah hati dua keluarga harus dijaga. Besar tuu.

31 Ogos 1957. Its my late Mum birthday. She was borned on the Independant Day - yep, I'm proud of her - everytime.

31 Ogos 2007. My engagement day. Mamoru~kun purposely pilih hari ini utk kami. Sekarang, aku ada 3 sebab untuk sambut 31 Ogos setiap tahun (Merdeka itself, my late Mum birthday & my engagement day).. sama ada wedding aku jatuh pada tarikh yg sama atau tak.. dunno. But I wished it will. Actually they (my future-in-law-family) planned to do it in February (ya Allah cepatnya - ketar lutut aku).

Heres the stori mori:

31 Ogos, Jumaat, aku dah ada kat kampung. Bilik dah berkemas oleh dunno-who. Preparation bahan-bahan untuk masak-memasak sumer dah siap. Khemah pun complete tesergam depan umah. Tinggal nak letak barang-barang hantaran atas dulang je. Fyi, untuk hiasan hantaran dari sirih junjung sampailah bab alas dulang, aku yg buat sendiri ok. Bangga nih tau. Julung-julung kali aku mencemar duli buat gubahan nih. Tak sangka ramai yg memuji. Esp part rumah potpuri yg aku buat.. sumer sibuk bertanya berapa aku nak amik kalau derang nak tempah.. hik tak dapek lah dik nonnn.. penat aku perah otak nak buat mender alah tu. Lebih memenatkan bila nak menyiapkannya. Rumit dan leceh. Seriyes cakap lah, aku hampir give-up nak buat rumah potpuri nih. Tapi alhamdullilah, last minit siap jugak akhirnya. Itu pun atas bantuan adik lelaki aku yg no.8 (time kasih bebanyak kat adik aku nih sebab sanggup berjaga sampai kul 4 pagi) - For info, rumah potpuri nih dibuat dari segala macam rempah ratus. Nanti lah aku letak gambar. Cerita byk pun bukan korang boleh bayangkan.

Taim pagi hari bersejarah tu, aku still relax lagi. Sesekali bila perlu aku akan turun ke dapur tolong apa patut. Tapi biasanya tak lama aku kat dapur. Sebab akan ada je orang tetua yg halau aku masuk bilik. Katanya, pengantin tak elok duduk dapur. Pengantin katanya? hahaha. Taim nih aku dah cuak gila. Aku belum nak kawen lagi lah.

Tengahari, riuh rendah tetamu datang. Jumlah tetamu melebihi jangkaan. Tapi alhamdullilah, lauk-pauk sumer cukup. Nih lah kelebihan masak sendiri, kalau lauk tak cukup senang je nak tambah. Family aku tak buat catering. Almaklum, keluarga aku tinggal di kawasan kampung yg masih tebal nilai kekampungan persaudaraan. Jadi, style kenduri-ala-catering masih belum mendapat tempat dihati orang-orang kampung aku nih.

Ngam-ngam lepas zohor, Faizal (classmate aku masa form 3 dulu - 1994) mak andam yg di-booked khas untuk majlis nih sampai. Susah tau nak contact Faizal nih. Bz manjang. Dia keje kat Alaf 21 & buat keje part time make up artist. Sesaper nak merasa di-makeup ala ratu universe, email lah aku, nanti aku bagi contact detail Faizal a.k.a Gee nih.

Sepanjang sessi make up, aku tak boleh tahan diri dari tergelak. Tataw naper aku geli hati sangat bila Faizal nak touch up muka aku nih. Maybe duk teringat perangai kami zaman study dulu kut. Nakal ya amattt. Berkali aku ingatkan kat Faizal. Aku tanak make up terover. Biar nampak natural. Aku nak tengok muka sendiri bila tengok cermin tu nanti. Bukan muka topeng opera cina. Perhiasan pulak, aku tanak pakai tiara atau hiasan yg over bling-bling. Biar se-simple yg boleh. Aku nak orang tengok aku - me - the natural beauty on / in me. Bukan patung celup yg sarat aksesori. Huuu cerewet kan aku? Hik. Tapi biasalah, bila banyak tangan & mulut yg turut masuk campur, apa yg kita nak tu susah nak dapat. Hasilnya.. akak jadi patung petang tu dik nonn.. amikk.

Rombongan pihak lelaki dijadualkan tiba pukul 3.00 ptg. Tapi tak sangka pulak highway jammed taim tu (derang bertolak dari Kuala Selangor). Pukul 4.00 baru sampai. Jenuh laa Tok Sidang, Penghulu, Imam, sedara mara duk tunggu. Ramai.. lebih 30 orang! Penuh ruang tamu umah.

Faizal cakap, aku nampak gugup. Ina & Nin (my bestfriends - nazry tak dapat datang sbb kena pegi melawat saudara ksebelah isteri kat Perak) pun cakap camtu. Ok, aku admit mmg aku gugup. Mender nih sumer baru untuk aku, so what do you expect? Of coz lah kan. Lebih lagi bila bapak jengah bilik aku & serahkan satu borang untuk diisi. Mati-mati aku ingat borang nikah. Terbeliak mata nih membacanya. Nasib baik borang bertunang.. Eh, tak sangka ek, nak bertunang pun kena isi borang. Siap ada saksi kedua belah pihak nih tau.

Siap je sessi isi borang, aku dengar orang kat luar dah start berbincang gegamai. Riuh dengar suara derang. Sesekali kang terdengar gelak-tawa berdekah-dekah. Mender lah derang duk borak nih kan? Seram sejuk aku kat dalam bilik dibuatnya.

Dari apa yg Zu cerita, proses pertunangan kali nih mmg berbeza dari dulu. Kalau dulu, orang lelaki yg nak bertunang tu tak perlu kehadirannya. Tapi yg sekarang nih, orang lelaki kena ada sekali. Join sekali berbincang. Merasa laa Mamoru kena panggil masuk sama. Yang kelakarnya, Mamoru taim tu ada kat serambi umah. So, dia turun ke ruang tamu melalui serambi (instead of dari pintu masuk utama). Memang kena sakat la jawabnya.. kata Tok Sidang, belum apa-apa dah turun dari serambi? Bukan tu je. Part Mamoru salam tangan bapak pun jadi bahan usikan Tok Sidang. Belum sah dah siap salam bercium tangan katanya. Kesian my Mamoru~kun kena sakat.

Ikutkan takde apa yg nak dibincang sangat pun. Jumlah hantaran, aku sendiri yg tetapkan awal-awal. Karang kalau biar sedara mara letak hantaran, melampau pulak tingginya. Berapa aku letak? Tunggu je lah nanti. Jadinya rundingan petang Jumaat tu lebih kepada sesi suai kenal kedua belah keluarga.

Habis bacaan doa oleh Imam masjid, orang-orang perempuan semua serbu bilik aku. Keras aku jadinya bila semua mata tertumpu kat aku. Mak saudara Mamoru lead rombongan pihak lelaki. Dia sarungkan cincin merisik. Cincin pertunangan pulak, nenek Mamoru yg pakaikan (Mamoru dah kehilangan kedua ibu bapa sejak kecil lagi. Yang tinggal just nenek & dia, empat beradik). Lepas tu ada sorang makcik nih pimpin tangan aku keluar bilik. Dia duduk kan aku sengsorang kat tetengah rumah & susun semua hantaran keliling aku. Taim nih berpinar-pinar mata aku kena flash kamera. Rasa malu & segan toksah cerita lah.. sekejap tu derang suruh Mamoru duduk sebelah aku. Diikuti dengan nenek dari kedua belah keluarga. Habis bergambar, semua tetamu dibawak ke bawah khemah. Sesi makan-makan pulak.

Lewat petang tetamu beransur pulang. Mamoru tak ikut balik sama. Dia stay tunggu aku. Siap minta izin dari bapak nak bawak aku pegi berkayak esoknya. Malam lepas potong kek & kemas barang, aku gerak ke KL dgn Mamoru, Man & Zu. Sempat gak lah berenti kat Pedas, tolong tukar tayar keta orang yg pancit kat tepi jalan (Mamoru & Man yg tolong tukar tayar. Aku & Zu tolong layan borak). Sampai umah almost midnite.

Sabtu, spent masa dgn shopping & jenjalan. Mamoru~kun nampak hepi sangat. Aku suka tgk dia hepi.

Ahad, as promised, ada sesi penerangan & latihan kayak kat Batang Berjuntai untuk jurulatih yg jaga student xpdc kayak minggu depan. Ikut hati, aku mmg tanak join sesi membasahkan diri nih. Since Mamoru insisted, aku bawak lah jugak baju spare. Cuaca semlm mmg teruk. Hujan turun selebat-lebatnya dari pagi sampai tengahari. Bayangkan lah berkayak dalam hujan.. kayak belum terbalik, aku dah basan lencun. Serjukkkkk. Tengahari, rehat jap. Petang turun kayak lagi. Enjoy!

InsyaAllah, jumaat nih aku gi Kuala Selangor lagi. Kali nih xpdc yg real start - menyusur sungai Selangor. Tak sabar!

Oh ye, gambar akan diupload kemudian. Maklum, bukan kamera aku. Orang dah nervous manader masa nak amik gambar. Hik.

10 comments:

Anonymous said...

Kalau masa mula-mula kenal & bercinta, responsible tu lebih pada nak menjaga hati si dia (which kadang-kadang kita boleh buat tak reti je)
----------OOOOOOOOOOOO-----------
Mesti momoru awak sedihkan kalau dier baca mender nie...

Anonymous said...

Anony, hik, I dont think so :)

Anonymous said...

congratz aD!!!

Anonymous said...

aD, tahniah and semoga selamat, dipanjangkan jodoh dan bahagia hingga akhir hayat.. amin. :)

-ikhlas-

Anonymous said...

eid, thanks! *hugs*

yatt, terima kasih bebanyak. aD ada received msg awak. tunguu sat gi aD call nahh :)

Anonymous said...

bilerbaruadagambar? hehehehe

Anonymous said...

Anony, cd gambar tertinggal kat umah. tp in second thought.. cam malu arr pulak nk bubuh gambar (cheitt)

Anonymous said...

*smiles*

Anonymous said...

tahniah ek...

Anonymous said...

anony, tenkiu :)