Penat jadi akak cam aku nih. Kekejap kang nak terlari-lari gi sana sini jumpa adik-adik aku yg bersepah kat KL nih. Minggu nih je tetiap malam adaaa je hal dgn adik-adik. Mana nak hantar ke klinik, mana nak lawat kat Wangsa Maju, Unisel lagi, mana nak belikan tiket pegi / balik Kelantan, Melaka, mana nak ke bank ngantor duit belanja / yuran derang.
Yang jadi mangsa meneman, Mamoru~kun lah. Kesian gak kat dia. Tapi nak wat camner, nih lah life aku. Penuh dgn tanggungjawab.
Aku ada bincang dgn Mamoru tentang nih. Tentang adik-adik yg masih berada dalam jagaan aku. Risau sebenarnya. Ialah kan, susah nak faham kan orang tentang betapa life aku terikat dengan adik-adik. Derang perlukan aku. Dan aku kalau boleh tanak adik-adik rasa terbuang bila aku berkahwin nanti. Paling penting, aku pun taknak Mamoru rasa terbeban dgn tanggungjawab yg aku pikul sekarang.
Dalam confuse memikirkan perkara nih, Mamoru sendiri yg tenangkan aku. Beriya dia convincekan aku betapa dia sedia utk go through sesama setiap apa yg aku lalui sekarang. Tak sangka kan? He's been very supportive. Sebenarnya dari mula dia kenal aku lagi dia dan tunjukan keperihatinan dia terhadap family aku. Adik aku yg mana tak rapat dgn dia. Baik lelaki mahupun perempuan semuanya senang bergaul dgn dia. Malah dia dah siap berkira-kira nak pindah kerumah yg lebih besar. Biar selesa duduk dgn adik-beradik aku.
Mula-mula masa baru kenal dulu, aku ingatkan dia buat semua tu sebab nak grab perhatian aku.. tapi NO.. tu lah diri dia yg sebenar. Mudah bergaul dgn orang. Satu perkara yg mungkin Mamoru tak tahu. Perkara yg buat hati aku terbuka untuk terima dia: cara dia dalam berkawan. Dia mmg seorang yg orang kata kita boleh rely on - seriously. Kalau orang minta tolong, laju je dia buat tanpa harapkan balasan. Sampai aku pelik, ada jugak org mcm dia dlm dunia nih.
Ingat lagi dulu masa member dia kematian abang. Dia sanggup amik emergency leave dan hantarkan member nih balik ke Ipoh. Malah siap stay sana untuk sehari semata-mata nak bagi moral support. Yang mana pada aku kalau orang lain maybe paling kuat pun ucap takziah & hantar sampai ke Pudu je.
The most interesting part, Mamoru bukan jenis suka bercakap tentang keburukan orang - Never. Penah sekali tu aku cam tak puas hati dgn one of our best friend nih. Membebel lah aku depan dia cakap betapa sakitnya hati aku terhadap member kami yg satu nih. Mamoru pulak just diam & dengar. Habis je aku bercakap, Mamoru akan buat aku berfikir balik tentang tanggapan dan keputusan aku sendiri terhadap member kami tu. Believe it or not, dia berjaya buat aku impressed dgn pemikiran logik dia - everytime. Tho mender tu mungkin belum settle antara aku & bestfriend kami, tapi deep down inside, aku dah boleh forgive & forget apa yg berlaku tanpa perlu bersemuka dgn bestfriend kami tu. End up dgn problem solved dgn sendirinya.
So, u see, nilai-nilai persahabatan yg ada dlm diri dia lah yg buat aku kagum. Buat aku nak kenal dia dgn lebih dekat. Buat aku teringin nak jadi seperti dia.
Eh, ni per sal pulak bercerita pasal Mamoru~kun? Bukan aku nak cerita pasal mender lain ke?
Meh bercerita pasal berita semasa, ada dua perkara yg tarik perhatian aku sekarang nih.. satu aku suka, satu lagi aku sakit jiwa:
1. Cuti bersalin untuk wanita yg bekerja disektor Kerajaan dari 90 hari hingga 5 tahun berkuatkuasa serta merta. Hahh amikk kau. Bertuahnya badan. Bunyik cam melampau pulak. Tapi maybe ini just untuk mereka yg ada alasan- kukuh yg tertentu je. Yelah, nak mati kalau semua pompuan yg keje ngan gomen amik cuti 5 tahun taim bersalin.. haruss semua wanita pakat ngandung beramai-ramai.. hehe. Frankly sebagai wanita, aku mmg setuju sesangat lah (yep, as always 'u' got my vote). Susah nak cari org jaga baby. Nak rely on pembantu rumah, cemacam cerita tak baik yg kita dengar lately. Molek bebenor lah tu. Nih yg buat aku berminat nak keje Gomen nih. Lantak lah kalau gaji rendah pong. Cuti panjangggg.. banyak mender boleh buat dlm tempoh cuti 5 tahun tuu.. kalau aku lah kan, aku nak sambung master.. sesilap buat PHD pun sempat (puhh berangan je aku nih). Err.. ada sesaper nak amik aku keje Gomen? Apa dia?? kena bubuh borang SPA? Aisehh..
2. Pasal kampung kesayangan aku nih. Cheittt wat malu je. Baru beberapa bulan rituh aku duk promot kat dalam nih betapa kampung aku nih chantek, menarik, tertarik, da-boomm sumer.. sekali keluar cerita tentang ba alif ba ya. Memalukan sungguh. Isunya tentang jumlah menatang yg sekor tu terlalu bykk sampai melebihi jumlah penduduk kat daerah aku. Serious aku pun tataw pasal nih kalau media tak buat liputan. Tak sangka yer? Malam tadi pulak keluar cerita kat tv pasal tertangguhnya proses untuk menembak mati jumlah menatang yg berlebihan ini untuk kesekian kali. Payah lah kalau pihak tertentu main tutup sebelah mata tanak turut sama selesaikan masalah. Memacam excuse derang bagi. Nak tunggu satu Melaka disimbah najis menatang nih or nak tunggu bala J.E. kembali menular baru nak terhegeh-hegeh bergerak. Nih la manusia.. asal kena 'suap' gelap mata jadinya.
Dah lah mari pegi eksesais tangan.. tader lah sengal nak kayuh pedal kayak. Eh, tak keje ke aku nih, free manjang. Yes, jangan tataw, akak rilex skrg nih dik nonn.. masuk opis goyang kaki je hehari. Projek rituh untung melebihi jangkaan. Mana boss tak sayang. Tunggu next projek coming Disember nih je lah. Lambat lagi.. in the meantime, kita enjoyyyyyy!!!.. *tiru cakap Puteri*.. ops, bukan Puteri ITBK yer dik nonn.. Puteri Sitcom kat TV3 tu ok!
5 comments:
aD...hopefully dat after u get married, u will not stopping to blog. seriously, ur blog has been my fav since last c99 era. without it...ape teman nak bace nanti?? huhuhuhuhu. kes ba alif ba ya tuh, wat malu teman jek jadik org melaka kan? tapi naseb baek kawasan lain. hehehe.
anony, since c99? wah, kira dh lama gak arr u follow citer aD ey? c99 tu aD nyer first blog (2003). blogspot nih yg ke-3 (after c99 & modblog korup). insyaAllah, aD pun harap dpt teruskan blog nih sampai bila-bila. thanks for the support! org melaka jugak? menarik nih.. salam.. salam..
heheheh...hak ah orang mlk. if u still remember....i pnah msg u kat fs kot, saying dat i m ur blog die-hard-fan. *wahhhh...kelessss ader die-hard-fan u!* hihihihi. upload lh gmbr engagement day! hihihihih.
oh, ok baru aD ingat. awat la tak bubuh nama. aperpun time kasih sekali lagi. die hard gitu.. bangga aii.. *hins*.. gambar insyaAllah isnin depan aD upload sini. dah ramai yg bertanya.. tungguuu nah :)
dah tgk dah. heheh...saje jek bubuh anony, low profile gituh! =P
Post a Comment