Monday, June 02, 2014

Sweet little things II

Comel je bila member blogger contact semata nak cakap jangan stop lari.

Was thinking about it. Memang teringin nak stop. Seriously. 

Mostly sebab takde kawan. Ok tipu. Memang lah ramai kawan runners. Tapi semuanya jauh-jauh. Yang selalu join aku training malam-malam pun tak serious sangat dalam running. Bila dia orang tak turun lari, training aku pun kelautt. Nak lari sorang malam-malam, tak berani.

Second, sebab lelaki sekarang ramai yang gila. Budak dua tahun pun dia nak perkosa, perempuan dewasa apatah lagi kan. Banyak kali dah aku berdepan dengan lelaki tak cukup akal camni. Setakat kena sakat, kena jerit dari atas motor, etc, boleh terima lagi. Tapi bila dah kena tarik tangan macam aritu. Ngeri woo. Tak faham ok. Aku lari je kot. Bukan buat tarian bogel kat tepi jalan. Apa masalah lelaki camni hah?

Third sebab. Haih. Let me keep this one to myself.

Sejujurnya, orang tengok kita lari, nampak macam senang. Tapi dia orang tak tau, nak maintain lari tu susah. Nak build semangat untuk lari lagi susah.

Ingat senang ke nak lari selepas seharian berpenat kat ofis. Tu belum kira rutin mengemas rumah &  spend masa layan kiddos. Memang sangat penat.

Susah sebenarnya nak keep motivate diri untuk lari. Tapi bila aku letak lari tu sebagai salah satu distraction untuk elakkan aku dari terlalu banyak berfikir, semua jadi mudah.

Bila lari, aku happy. Sama macam bila aku climbing atau hiking. Tak tahu macam mana nak describe rasa bebas, rasa sangat powerful, rasa focus bila berlari.

Thats why when I think about it again. Kenapa aku nak stop sebab benda kecik camnih. Yes, benda ni buat aku stress, sakit hati, sedih. Tapi siapa mereka nak halang aku dari being happy. Mamoru sendiri tak pernah halang. Malah sangat supportive.

So, guess they have to try hard to make me stop. Coz I cant. Not now.

Untuk this blogger, thanks so much for being very very supportive since the first day I started my first full marathon mission lagik. Really appreciate it! xo! 


1 comment:

Anonymous said...

assalammualaikum.. can i be ur running friend.. tp saya sgt2 beginner.. mungkin akan bosan menunggu saya.. saya pn ada keinginan nak lari tp takde kawan.. i can be contacted @ tindakanmewah@yahoo.com.. anyway.. saya pempuan.. tqvm