Jadual hari ni sangat leisure coz tak perlu guna khidmat supir. Mamoru drive sendiri. Kami sewa Toyota Avanza hitam dengan harga rm70+ untuk 24jam. Murah sangat.
Lepas sarapan kat hotel, kami decided pergi jalan2 kat Tanah Lot.
The best part bila drive sendiri, kami boleh boleh berhenti kat mana2 je kami nak dan bila2 masa kami nak.. hihi. Kalau ada supir macam tak best sangat. Tak perlu terkejar masa. Lagipun kalau ada supir, dia akan bawa kau gi shopping kat kedai kawan2 dia juga. Ye lah nak up bisness member kan. So, kau takde can nak nego harga lebih2.
Sempat kami pi singgah kedai rotan. Murahh oii.. tikar rotan/blind kat sini. Kualiti terbaik. Macam2 design. Aku siap beli satu tikar 3m x 3m. Seratus inggit. Besar gila saiz. Orang berjalan gi bali beli souvenir comei2. Aku beli besar gedabak..ko mampu? Ahaha.. Mamoru geleng kepala je.
Rasa nak beli lagi banyak2 tapi tak muat nak masuk dalam kereta Avanza.. hihi. Takpe, amik no telefon kedai ni. Nanti boleh order pukal. Nak buat bisnes pun boleh.
Perjalanan ke Tanah Lot banyak lalu kat kawasan kedai ukiran, souvenir, kedai buah2an, pertukangan & sawah padi. Rasa macam semua tempat aku nak berenti. Haish.
Kami sampai kat entrance Tanah Lot dalam pukul 1 tengahari. Lepas bayar entrance fee, terus straight gi parking.
Kat sini berderet kedai souvenir & tempat makan. Bersih & cantik.
View kat sini, subahanallah. Cantik! A must to see and visit.
No comments:
Post a Comment