KENGKAWAN

Thursday, June 21, 2018

7 Syawal 1439H

Camni agaknya nenek aku rasa bila habis puasa enam. Dia akan masak rendang ketupat macam hari raya pertama. 

Petang tadi, balik ofis bersemangat masak rendang ayam cilipadi & serunding udang. Semangat dia sama macam semangat sehari sebelum raya. Gigih tau. Masak portion kecil je. Jadi lah.

Selamat hari raya!

Serunding udang dan rendang ayam in the making. Antara dua ni, serunding udang paling mencabar sebab nak kena sentiasa kacau sampai kering. Serunding udang ni resepi turun temurun dari keluarga Mamoru. Nenek Mamoru ajar masa aku baru kahwin dengan Mamoru. Serunding udang ni juga juadah favourite Mamoru. Tadi tengah masak pun dia boleh menyelit cedok serunding dari kuali dan makan dengan roti (sebab nasi impit tak masak lagi). Sedap sangat kot.. haha.

Nampak tak.. hihi. Kemain lagi deco hidangan. Padahal nak makan dengan Mamoru je. Daun pisang ni aku beli sebab nak buat nasi lemak.. hihi. Banyak lebih so gunakan sebaiknya dari terbiar kering 😊😊😊

Gendang gendut tali kecapi, 
Kenyang perut hai suka lah hati.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...