Dengan adik bongsu seibu seayah. Adik aku no.10. Jarak umur kami 17 tahun.
Dari dia kecik dia dibesarkan oleh Mak Teh & Pak Teh sebab arwah ibu meninggal 2 bulan lepas lahirkan adik no.10. Ayah tak dapat jaga adik no.10 sebab kena keluar bekerja. Aku? Umur 17 tahun. Nak berhenti sekolah, ayah tak kasi. Ayah nak anak2 dia berjaya walau dia kena bersusah dan terpaksa berpisah dengan anak sendiri.
Mak Teh & Pak Teh tak ada anak. Mereka duduk satu kampung dengan kami. Alhamdullilah dapat lah jumpa adik no.10 selalu.
Dulu masa kecik, aku tak faham sangat apa yang berlaku. Aku marah pada Pak Teh & Mak Teh sebab ambil adik no.10 masa arwah ibu terlantar sakit. Tapi bila fikir semula, itu lah jalan terbaik untuk pastikan adik no.10 terbela sebab arwah ibu memang dah start sakit sebaik sahaja adik no.10 lahir. Start dari tumpah darah sampai lah terlantar dua bulan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Tapi bila tengok adik no.10 disayang dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh, alhamdullilah. Syukur sangat. Setidaknya, hidup dia lebih bernasib baik dari adik2 yang lain yang hidup dalam keadaan dhaif. Terima kasih pada Pak Teh & Mak Teh sebab adik no.10 dah berjaya dalam pelajaran dan dah ada karier sendiri.
Baru2 pergi beraya rumah Mak Teh & Pak Teh. Pak Teh tak berapa sihat. Pak Teh cakap kalau dia dah tak ada, dia suruh tengok2 kan adik no.10. Haish, kalau dia tak suruh pun dah tentu kami akan buat. Adik kandung kami kan.
Pak Teh siap inform tentang tanah2 kebun & tanah rumah yang dia dah tukar nama kepada nama adik no.10. Dia tanak orang lain tuntut. Macam tu punya sayang dia pada adik no.10.
Semoga Pak Teh & Mak Teh dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Adik no.10 masih muda & masih memerlukan mereka.
Teringat masa saat2 terakhir arwah ibu sakit. Terlantar tak mampu bangun. Sedih tu Tuhan je yang tahu. Merasa jugalah berbakti pada arwah masa tu. Mandikan dia, suapkan makanan, bersihkan tempat tidur dia. Sebolehnya kami adik beradik nak buat arwah selesa dah hepi.
Kami sanggup ikat perut tak guna duit belanja sekolah semata untuk belikan makanan yang arwah suka (mostly gula2 & jajan. Yelah, bukan banyak pun duit poket kami masa tu).
Masa hari arwah meninggal dunia, adik no.4 keluarkan asam jeruk limau dari beg sekolah dia. Menangis kami sambil berpelukan sebab dia tak sempat nak bagi arwah makan asam jeruk tu (umur dia 13 tahun masa tu). Semoga urusan kau dipermudahkan dunia akhirat dik.
Teringat saat2 terakhir arwah, aku belek tangan dia, dalam hati aku tau masa dia dah tak lama. Arwah usap kepala masa akubbaring kat tepi dia. Arwah suruh belajar rajin2, suruh jaga diri, jaga adik2. Aku cium tangan arwah sepuasnya sebab aku tau aku takkan berpeluang cium lagi sebab tangan tu akan disemadikan di dalam tanah untuk selamanya.
Haish. Dah lah. Dah maghrib. Lain kali cerita lagi.
Alfatihah buat arwah ibu yang sentiasa dirindui ❤️
1 comment:
Al Fatihah untuk mereka2 yang sudah tiada. hanya doa mampu mengiring kesejahteraan mereka disana..
Post a Comment