Saturday, June 02, 2018

Dah boleh discharge

Day 9 kat hospital.

Alhamdullilah.

Sejak semalam demam Aleesya dah tak ada. Batuk pun hilang. Hari ni Aleesya dah sihat sepenuhnya. Alhamdullilah.

Aleesya sebenarnya kena virus HPIV (Human Parainfluenza Virus). Kalau H1N1 or H2N1 tu virus jangkitan dari binatang. Tapi HPIV ni jangkitan dari manusia.

HPIV ni bahaya kalau kena pada kanak2 atau orang tua2 sebab virus ni tak ada vaksin. So depends pada antibodi atau dayatahan badan seseorang tu. Dan virus ni susah nak detect dan kerap disalah dignose as virus demam biasa.

Aleesya kena virus ni dah lama. 5 hari sebelum hopitalised lagi dia dah ada tanda2 virus ni. Aku je lambat perasan coz masa tu Aleesya takde demam atau penyakit lain. Cuma muka dia makin lama makin sembab. Ingatkan Aleesya terlebih tidur atau alergic makanan atau dia makin tembam sebab berat badan naik. Thats why bawak pergi klinik & luckily dapat medical attention lebih awal. Syukur sangat.

Ok nak gerak balik rumah.

Pasni boleh resume semula aktiviti yang terbengkalai: nak cari baju raya, nak buat kuih raya, kemas rumah, training lari, haish macam2 lah.

#imahappymom

Yang Dilindungi dengan mommy

No comments: