Friday, March 31, 2023

8 Ramadan 1444H

Semalam pergi beli kasut sekolah baru untuk Ariff. Kasut yang Ariff pakai sekarang tak sesuai untuk sekolah sebab "macam kasut sport" kata cikgu dia. Uwaaa.. padahal tak sampai sebulan beli kasut tu. Mummy ingat boleh ja pakai kasut apa² janji warna hitam. 

Takpa lah, kita kena ikut peraturan. Maka balik sekolah semalam mummy terus bawak kiddos pergi Bata beli kasut baru untuk Ariff. Saiz kaki Ariff sama dengan kaki lelaki dewasa. Ariff pakai kasut saiz 10. Kaki daddy pun tak sebesar Ariff. Daddy pakai saiz 8 ja.

Hari Jumaat kiddos pakai uniform baju melayu pergi sekolah. Aleesya masih sekolah sesi petang. 

Menu berbuka 8 Ramadan. Simple ja. Sambal sardim dan kari telur. Mummy buat donat dan bomboloni. Kiddos suka donut. 

Semalam uncle Uj (adik mummy no.7) dan anak² dia Danish & Khalish join kita berbuka 

 

Thursday, March 30, 2023

7 Ramadan 1444H

Urusan pendaftaran sekolah dah selesai. Dalam orang berlumba² hantar anak² masuk sekolah berasrama, mummy lebih selesa anak² depan mata. Belum ready nak berpisah jauh². Bagi mummy, sekolah hanya batu loncatan, bukan penentu kita dapat kerja bagus² bila dah besar nanti. Yang penting niat, semangat yakin diri untuk berusaha capai apa yang dicita.

Mummy dulu sekolah biasa² juga. Lagi lah dulu hidup susah nak beli buku rujukan takda duit, tuisyen lagilah tak mampu. Balik sekolah pun kadang² jalan kali sebab takda duit. Nasib baik, sekolah hanya 5 km dari rumah. Cuma alhamdullilah, Allah swt bagi kesedaran dalam diri mummy untuk belajar bersungguh². Ayat yang mummy pegang sampai sekarang, "tiada orang mampu ubah diri kita selain kita sendiri". 

Berbekalkan hanya buku² teks, mummy telaah dari kulit ke kulit. Mummy buat peta minta. Mummy bersengkang mata dari tengah malam sampai ke subuh untuk study. Sebab waktu siang tak selesa belajar. Siang busy dengan sekolah, uruskan adik² yang kecil², memasak, mengemas. Arwah ibu mummy (nenek) meninggal dunia 10 bulan sebelum mummy amik SPM. Atuk pula strunggling buat kerja kampung cari duit nak besarkan kami 10 beradik.

Tapi alhamdullilah, mummy berjaya dapat Gred 1 dalam SPM. Gred 1 ni paling tinggi tau dulu². So, anak², niat dan semangat nak belajar tu penting. Kalau mummy yang hidup serba kekurangan dulu boleh berjaya, anak² mummy yang semua serba cukup ni apatah lagi kan. Belajar rajin² ya. 

 Mummy sekarang ada masa lebih kurang 4 tahun ja lagi sebelum Ariff dan Amarr habis SPM dan melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi, insyaAllah. 

4 tahun tu sekejap ja tau. Nanti bila masing² masuk universiti, dah jarang nampak muka. Silap² sebulan sekali ja dapat jumpa, itu pun sekejap sangat.

Maka, sebelum mummy ditinggal²kan, mummy nak gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk spend dengan anak² mummy sepuasnya.

Dua hero remaja mummy yang besar tinggi dari mummy.  Tahun ni Ariff pilih masuk persatuan kadet JPJ. Tahun lepas dia masuk Kadet Bomba tapi tak sesuai dengan diri katanya. Amarr pula ikut pilihan Ariff. Biasalah adik kan selalu ikut abang. 

Semalam lupa nak ambil gambar kita berbuka. Mummy kelam kabut apa pun tak tau 😅 Menu 7 Ramadan ala chinese. Aleesya tolong setting table dan lipat napkin bentuk bow. 

 

Wednesday, March 29, 2023

5 dan 6 Ramadan 144H

6 Ramadan


اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

Menu lauk kampung (cream puff ja beli kat Lotus Cheras)


5 Ramadan


اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

Masak nasi ayam dengan desert puteri mandi (Aleesya tolong gentel masuk dalam periuk) Yang lucunya, Aleesya tanya kenapa princess ni semua kena mandi dalam air panas. Pastu bila mami tanya dia kenapa doh yang digentel jatuh ke lantai, dia cakap maybe that princes tak nak mandi. Aduuuhh.. mengekek mami ketawa.


 

Monday, March 27, 2023

Gambar berpuasa di kampung di Melaka

Layan cerita bergambar jelah. Mami busy hari ni sebab nak sudahkan cat pintu grill kat entrance umah ni. Baru buat halfway. Susah juga ya cat grill pintu. Memerlukan kesabaran sungguh sebab nak kena balas balik lapisan² cat - kalau tak, nanti jadi bercapuk dan tak cantik. Taubat mami nak cat lagi. Kalau teringin nak cat, maybe mami upah orang ja pasni.

Weekend aritu kami spend di Melaka. Maklumlah, tahun ni giliran beraya di Kuala Selangor, jadi adik beradik mami semua pakat balik Melaka untuk sambut awal puasa di Melaka. Macam ni lah selalu, kalau turn balik raya di Melaka pula, semua adik² akan sambut awal ramadan di rumah mertua masing² pula. 

Kami memang dah sepakat dari dulu, kalau turn raya di Melaka, semua 15 beradik akan beraya Melaka bersama. Yelah kan, nak berkumpul semua sekaligus selalu agak susah, taim raya je lah boleh berkumpul semua sekali.

Macam² aktiviti kami buat di kampung. Antaranya, masak lemang, berjalan² di pekan Masjid Tanah, pergi tarwih, etc.

Ha, plan melemang ni sebenarnya buat last minit. Malam sebelum bertolak ke Melaka tu adik beradik mami whataaps cakap nak masak lemang. Mami ingatkan diorang ni main². Yelah, dah tengahari hari Sabtu tu baru nak gi cari buluh tapi buluh takda stok. Dah almost giveup nak buat lemang petang tu. Sekali ayah amik parang ajak adik² lelaki gi turun kat baruh amik buluh. Haaa.. terus menjadi projek lemangnya. Ayah yang terpaling eksaited siap request buat lagi lemang dekat nak raya nanti.

Selebihnya, layan jela gambar yang tak tersusun urutannya kat bawah ni. Meriah walau tak cukup korum 15 beradik.

Ayah tebang 2 batang buluh. Dapatlah buat 13 batang lemang. Ada lemang yang kami buat guna daun lerek dan ada juga guna daun pisang.

Orang² kuat  jaga api lemang: adik no.2 (sham), adik no.3 (as), adik no 7 (uj) & Mamoru.

Berbuka malam sabtu. Separuh lagi berbuka depan api lemang


Sahur

Berbuka malam ahad

Ni macam biasalah kan mami korang. Interpreme manjang


Ayah a.k.a atuk in action

Adik no.2 in action

Kiddos gi tarawikh


Yang Aleesya duk melekat dengan maksu dia (adik no.15 - sinar)



 

Friday, March 24, 2023

Iftar hari pertama dan kedua Ramadan

Masyaallah Tabarakallah

Allahuakbar.

Dapat rasa nikmat tenang. Untuk pertama kalinya tak perlu terkejar² pegi balik keje, tak busy atau stress dengan tugas² di ofis pada bula mulia ni.

Dah 2 hari  kita berpuasa. Semoga Ramadan kali ni diberi peluang untuk menimba sebanyak mungkin pahala, insyaallah.

Layan gambar² iftar je lah. Tak dan nak tulis panjang². Setiap saat masa adalah sangat berharga pada bulan ni.

Iftar 1 Ramadan

Dah lama teringin deco dinner kat umah style hotel gini. Satu kepuasan untuk diri sendiri yang memang suka memasak. Baru berselera nak makan 😁 Mamoru & anak² pun happy tengok dining table deco camni.

Bila boleh berbuka ni, kata Aleesya


Menu hari pertama nampak je banyak, sebenarnya campur dengan lauk² kelmarin yang tak habis. Bila dah susun semua auto nampak penuh meja.

Us with adik bongsu satu ayah no.11 (Sinar)


Iftar 2 Ramadan
Kalau semalam deco style omputeh, hari ni style melayu pula. Pasnih nk try style middle east pulak lah. Cuti² ni boleh try macam² style.

Selamat berbuka

Penuh sedulang.. pun sebab campur² lauk iftar 1st puasa.. hihi.

Tuesday, March 21, 2023

Kiddos first day at school sesi 2023/2024

Sebagai kenangan dan tatapan anak². Sekitar hari pertama persekolahan sesi 2023 dan gambar² masa Amarr orientasi.

Tahun ni Ariff tingkatan 2
Amarr tingkatan 1 
Dan Aleesya darjah 2










Gambar² hari orientas Amarr:






 

Saturday, March 18, 2023

Beautiful gift from Mecca

Hadiah yang sangat bermakna menjelang bulan Ramadan - sejadah embroidered with our names. 

MasyaAllah, tabarakallah


Thank you Farah. Semoga sentiasa berada didalam lindungan Allah swt

 

Friday, March 17, 2023

Mamoru dapat job offer




First, alhamdulillah alhamdullilah alhamdullilah.

Lepas dua kali intense inverview yang mana jaraknya months apart dan setiap sesi pula ambil lebih dari sejam, Mamoru dapat offer kerja di M*****k - satu tempat keja dengan aku, di Menara. Allahuakbar. Cantik perancangan Allah swt.

Teringat dulu masa tahun kedua selapas kami kahwin, masa tengah pregnantkan anak kedua (Amarr), kami start long distance relationship sampailah umurr Amarr 6 tahun. Lama kan. 6 tahun just jumpa time weekend. 

Lepas tu Mamoru dapat transfer KL, tapi agak lambat nak dapat promotion. Dan both of us lebih busy, busy busy dengan dunia yang sementara ni.

 Start hujung tahun 2021, Mamoru banyak focus pada aku dan kiddos, banyak perubahan dia yang menjurus kepada hambaNya yang soleh, suami dan daddy yang lebih penyayang. Malah, aku pun dah terikut² cara Mamoru sekarang yang suka dengar ceramah agama bila drive dalam kereta. 

Benarkan, kalau kita sentiasa ingat Tuhan, maka Tuhan akan  ingat kita. Dan kalau kita layan isteri dan anak lebih baik, Tuhan akan lipatgandakan rezeki mereka. 

Dannn.. pertengahan tahun 2022 Mamoru dapat promotion untuk managerial position di Honda hingga dapat offer kerja di company sekarang dengan gaji yang lebih tinggi dari aku. MasyaAllah. 

Dan belum genap setengah tahun Mamoru dicompany sekarang, dia dapat offer dari M*****k pula. Cantik kan perancangan Tuhan. Dulu Dia jarakkan kami bertahun², sekarang setelah kami berjaya atasi ujian dan dugaan, Tuhan rapatkan kami semula, malah sampai tak terfikir yang kami berpeluang untuk bekerja disatu tempat yang sama! Subhanallah. 

 Cuma Mamoru masih hessitate untuk terima offer dari M*****k. Sebab dia suka dengan kerja dia sekarang. 

Aku sebenarnya teruja Mamoru dapat offer baru ni. Dalam kepala dah imagine nak pergi kerja sama², pergi lunch sama², balik sama², yelah dah satu bangunan kan. Tapi keputusan ditangan Mamoru. Sebab both of us sedia maklum, kerja di M*****k memang sangat stress. Kalau tak, takkan lah aku ambil cuti sabbatical sampai setahun kan. Cuma bab payment, bonus and other perks tu memang other company susah nak challenge.

Aku tak push Mamoru untuk accept offer tu. Kami berdua dah sampai satu tahap yang kami lebih perlukan tenang dari wang. Bukan sebab  kami ada wang. Jauhhh sekali. Duit yang ada pun just cukup². Tak mewah. Tapi cukup. Yang penting tenang. Bila tenang, hati pun senang.  

Apa pun keputusan Mamoru, sama ada dia accept atau reject offer ni, aku akan support. Kata orang behind every successful man, is a strong woman who held it all together.. aa gituh. Semoga Mamoru sentiasa humble dengan rezeki yang diberikan Allah swt.

I have witnessed him struggling, tukar tempat kerja dari Pejabat Daerah Tanah Petaling > Selnet > Imatera > Honda > current company / new offer (M*****k). Jatuh bangun dia dari kami mula berkahwin sampai sekarang. Dari gaji dia rendah sampai lah lebih tinggi dari gaji aku sekarang hihi! I will always be his supporter and advisor untuk dia lebih berjaya dalam career.

Dan semoga company dia sekarang boleh counter offer gaji yang M*****k tawarkan, aamiinnn 🙏









 

Thursday, March 16, 2023

Selamat malam Aleesya, tisbah ala khair

Tadi dia nak tidur, mummy kiss dia banyak² cakap I love you sambil mengalir air mata mummy. Sebab teringat ustaz cakap, tidur adalah kematian sementara. Mummy ni kan jenis terlalu banyak berfikir, maka auto sedih bila Aleesya cakap dia mengantuk nak tidur. Aleesya pula bila nampak mummy cengeng, dia pun ikut cengeng sekali.. ahh sudahh.. 😅😅

Dah dah.. pi tidur.. merepek je mummy malam² buta ni kan.

Dia lah yang sudi jadi bantal peluk mummy. Masih nak melekat dengan mummy 24 jam. Abang² dia dah tak suka dipeluk tapi time nak tidur, masih nak digaru belakang masing².. 😁😁

Next week dah start sekolah semula. Haish tak puas lah spend masa dengan anak². Mummy nak jadi surirumah sepenuh masa boleh ke daddy?  😁😁😅😅

Balut buku, getting ready nak masuk darjah 2