Layan cerita bergambar jelah. Mami busy hari ni sebab nak sudahkan cat pintu grill kat entrance umah ni. Baru buat halfway. Susah juga ya cat grill pintu. Memerlukan kesabaran sungguh sebab nak kena balas balik lapisan² cat - kalau tak, nanti jadi bercapuk dan tak cantik. Taubat mami nak cat lagi. Kalau teringin nak cat, maybe mami upah orang ja pasni.
Weekend aritu kami spend di Melaka. Maklumlah, tahun ni giliran beraya di Kuala Selangor, jadi adik beradik mami semua pakat balik Melaka untuk sambut awal puasa di Melaka. Macam ni lah selalu, kalau turn balik raya di Melaka pula, semua adik² akan sambut awal ramadan di rumah mertua masing² pula.
Kami memang dah sepakat dari dulu, kalau turn raya di Melaka, semua 15 beradik akan beraya Melaka bersama. Yelah kan, nak berkumpul semua sekaligus selalu agak susah, taim raya je lah boleh berkumpul semua sekali.
Macam² aktiviti kami buat di kampung. Antaranya, masak lemang, berjalan² di pekan Masjid Tanah, pergi tarwih, etc.
Ha, plan melemang ni sebenarnya buat last minit. Malam sebelum bertolak ke Melaka tu adik beradik mami whataaps cakap nak masak lemang. Mami ingatkan diorang ni main². Yelah, dah tengahari hari Sabtu tu baru nak gi cari buluh tapi buluh takda stok. Dah almost giveup nak buat lemang petang tu. Sekali ayah amik parang ajak adik² lelaki gi turun kat baruh amik buluh. Haaa.. terus menjadi projek lemangnya. Ayah yang terpaling eksaited siap request buat lagi lemang dekat nak raya nanti.
Selebihnya, layan jela gambar yang tak tersusun urutannya kat bawah ni. Meriah walau tak cukup korum 15 beradik.
Ayah tebang 2 batang buluh. Dapatlah buat 13 batang lemang. Ada lemang yang kami buat guna daun lerek dan ada juga guna daun pisang.
Orang² kuat jaga api lemang: adik no.2 (sham), adik no.3 (as), adik no 7 (uj) & Mamoru.
Berbuka malam sabtu. Separuh lagi berbuka depan api lemang
Sahur
Berbuka malam ahad
Ni macam biasalah kan mami korang. Interpreme manjang
Ayah a.k.a atuk in action
Adik no.2 in action
Kiddos gi tarawikh
Yang Aleesya duk melekat dengan maksu dia (adik no.15 - sinar)
No comments:
Post a Comment