Urusan pendaftaran sekolah dah selesai. Dalam orang berlumba² hantar anak² masuk sekolah berasrama, mummy lebih selesa anak² depan mata. Belum ready nak berpisah jauh². Bagi mummy, sekolah hanya batu loncatan, bukan penentu kita dapat kerja bagus² bila dah besar nanti. Yang penting niat, semangat yakin diri untuk berusaha capai apa yang dicita.
Mummy dulu sekolah biasa² juga. Lagi lah dulu hidup susah nak beli buku rujukan takda duit, tuisyen lagilah tak mampu. Balik sekolah pun kadang² jalan kali sebab takda duit. Nasib baik, sekolah hanya 5 km dari rumah. Cuma alhamdullilah, Allah swt bagi kesedaran dalam diri mummy untuk belajar bersungguh². Ayat yang mummy pegang sampai sekarang, "tiada orang mampu ubah diri kita selain kita sendiri".
Berbekalkan hanya buku² teks, mummy telaah dari kulit ke kulit. Mummy buat peta minta. Mummy bersengkang mata dari tengah malam sampai ke subuh untuk study. Sebab waktu siang tak selesa belajar. Siang busy dengan sekolah, uruskan adik² yang kecil², memasak, mengemas. Arwah ibu mummy (nenek) meninggal dunia 10 bulan sebelum mummy amik SPM. Atuk pula strunggling buat kerja kampung cari duit nak besarkan kami 10 beradik.
Tapi alhamdullilah, mummy berjaya dapat Gred 1 dalam SPM. Gred 1 ni paling tinggi tau dulu². So, anak², niat dan semangat nak belajar tu penting. Kalau mummy yang hidup serba kekurangan dulu boleh berjaya, anak² mummy yang semua serba cukup ni apatah lagi kan. Belajar rajin² ya.
Mummy sekarang ada masa lebih kurang 4 tahun ja lagi sebelum Ariff dan Amarr habis SPM dan melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi, insyaAllah.
4 tahun tu sekejap ja tau. Nanti bila masing² masuk universiti, dah jarang nampak muka. Silap² sebulan sekali ja dapat jumpa, itu pun sekejap sangat.
Maka, sebelum mummy ditinggal²kan, mummy nak gunakan sepenuhnya masa yang ada untuk spend dengan anak² mummy sepuasnya.
Dua hero remaja mummy yang besar tinggi dari mummy. Tahun ni Ariff pilih masuk persatuan kadet JPJ. Tahun lepas dia masuk Kadet Bomba tapi tak sesuai dengan diri katanya. Amarr pula ikut pilihan Ariff. Biasalah adik kan selalu ikut abang.
Semalam lupa nak ambil gambar kita berbuka. Mummy kelam kabut apa pun tak tau 😅 Menu 7 Ramadan ala chinese. Aleesya tolong setting table dan lipat napkin bentuk bow.
No comments:
Post a Comment