Tuesday, March 07, 2023

Gambar² Amarr semasa darjah 6

Tamat sudah sesi persekolahan peringkat rendah untuk Amarr. Lagi 2 minggu Amarr akan memulakan sesi persekolahan diperingkat menengah pula. Sekejap je kan masa berlalu. Rasa baru semalam tinggi Amarr sama dengan paras pinggang pinggang mummy, habis ja tahun 6, nahhhh terus jadi lebih tinggi dari mummy.  MasyaAllah. Indahnya ciptaan Tuhan.

Tadi keluar berempat dengan Ariff, Amarr dan Aleesya (daddy kerja). Kami pergi sekolah Aleesya untuk beli buku, kemudia pergi sekolah Ariff & Amarr pula. Settle bab² buku² ni. Pastu gi beli kasut sekolah dengan baju² sekolah.. total perbelanjaan untuk sekolah mereka bertiga ja almost rm1000... hihi

Sekarang mummy buat kira² untuk semua belanja yang dikeluarkan sebab maklumlah, mummy kan cuti tak bergaji. Maka kenalah berjimat.. hihi. Masa kerja dulu memang tak heran pun bab² belanja ni. Duit sentiasa berkepuk dalam poket hihi. Now kena muhasabah diri sikit. Cuma alhamdullilah, walaupun takda gaji bulan², company tetap bagi bonus dan backdated salary adjustment. Meriah juga lah akaun mummy.. hihi

Pasni nak settel bab baju² raya pula. 

Terfikir juga macam mana lah pula golongan² yang kurang berkemampuan buat persiapan anak² bersekolah yang hampir serentak dengan persiapan raya tak lama lagi. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki² mereka. Aaminn.


Gambar last Amarr di tahun 6

Ni gambar masa mula² register masuk darjah 1.

Gambar grad darjah 6. Ariff jeles dia takda gambar grad camni masa dia habis darjah 6 tahun 2021 dulu. Yelah, taim tu covid kan. Manader cikgu nak amik² gambar camni 😅

Semoga Amarr dan semua anak² dalam gambar ni berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading, insyaAllah.

Ni gambar Amarr umur 6 tahun, masa grad dari Brainy Bunch





No comments: