Wednesday, March 08, 2023

Camping 3H2M di Port Dicson

Last camping trip sebelum masuk bulan puasa. Kali ni camping tepi laut. Kami sampai PD dah malam Jumaat lepas. Kami pasang khemah dalam hujan lebat malam tu. Lencun masing². Anak² kami biar duduk dalam kereta masa kami setting khemah. Siap ja khemah, hujan pun reda dan cuaca mula cantik sampai tengah laut nampak terang benderang walaupun masa tu dah tengah malam.

Dan alhamdullilah, cuaca lepas tu sampai hari terakhir kami disitu sangat cerah walhal satu Malaysia tengah berdepan dengan musim hujan dan banjir. Syukur sangat. 

Layan cerita bergambar je lah kat bawah ni 😊😊

Asal daddy naik hammock, semua askar kecik kerumun dia.. tengok muka daddy pretend macam stress. Padahal suka kena kerumun camni hihi

Setting fly kali ni terbaik memang hujan takkan tembus. Khemah pun siap pasang pancang yang berat dan pasak dalam kedalam tanah tanak fly tercabut kalau ribut. Dan fly kali ni besar dan tinggi. Kalau nak solat berjemaah ramai² pun boleh.

Suka setting fly macam ni. Senang nak lepak² bawah tu ramai²

BFF

Chess tak tinggal

View malam

Bbq time. 

Adik no. 6 (ain) berlatarbelakangkan khemah adik no.2 (sham)

Yours truly

Geng mak² 

Sesi melepak

Titanic 🥰


Layan sunset

Geng bapak² layan memancing

Geng anak²

Menu minum petang donut & bomboloni. Kali ni menu kudap² memang terlalu meriah, aku siap buat lepat pisang, jely kelapa, donut dan popia carbonara. 

Habis camping, kali gi melawat muzium tentera. Dulu pergi sini masa kiddos kecik² dan Aleesya belum ada lagi masa tu.







Alhamdullilah, selesai bab camping. Nanti lepas raya, kita sambung balik ya anak². 

No comments: