Friday, March 31, 2023

8 Ramadan 1444H

Semalam pergi beli kasut sekolah baru untuk Ariff. Kasut yang Ariff pakai sekarang tak sesuai untuk sekolah sebab "macam kasut sport" kata cikgu dia. Uwaaa.. padahal tak sampai sebulan beli kasut tu. Mummy ingat boleh ja pakai kasut apa² janji warna hitam. 

Takpa lah, kita kena ikut peraturan. Maka balik sekolah semalam mummy terus bawak kiddos pergi Bata beli kasut baru untuk Ariff. Saiz kaki Ariff sama dengan kaki lelaki dewasa. Ariff pakai kasut saiz 10. Kaki daddy pun tak sebesar Ariff. Daddy pakai saiz 8 ja.

Hari Jumaat kiddos pakai uniform baju melayu pergi sekolah. Aleesya masih sekolah sesi petang. 

Menu berbuka 8 Ramadan. Simple ja. Sambal sardim dan kari telur. Mummy buat donat dan bomboloni. Kiddos suka donut. 

Semalam uncle Uj (adik mummy no.7) dan anak² dia Danish & Khalish join kita berbuka 

 

No comments: