Tuesday, August 29, 2023

Aktiviti cuti sekolah dengan kiddos

Dulu setiap kali kiddos cuti sekolah, mummy mesti susah nak dapat cuti keje. So, kiddos banyak spend cuti kat rumah ja. Dan setiapkali mummy dapat cuti pula selalunya jatuh pada tarikh persekolahan dan kiddos terpaksa mummy pontengkan semata nak pergi bercuti. Tskk.. sedih sangat. 

So, now since mummy masih lagi bercuti, mummy nak isi sepenuhnya masa untuk buat macam² xtvt dengan kiddos. 

Ni xtvt hari malam hari Jumaat. Ariff ajak tengok movie Gran Turrismo. Mummy tak minat sangat cerita tentang games ni. Tapi tak sangka cerita ni best dan sesuai ditengok dengan family. Tak ada adengan cintun² or sexy meksi. Kata Ariff, cerita ni based on true story. Mummy enjoy tengok sampai habis 👍

Us, dalam cinema kat My Town

Ni cerita esoknya. Bawa Amarr pergi cek mata. Sebab masa tengok movie Gran Turrismo tu, Amarr cakap dia tak boleh baca subtitle movie kat screen. Kabur katanya. Mummy tengok jelas ja subtitle tu. Risau mummy. Terus ajak daddy bawak Amarr pergi sini.

Confirm mata Amarr rabun jauh. Power lebih 100+. Amarr pilih bingkai spec bentuk hampir bulat. Nak macam Harry Potter katanya 😅.

Ariff pun tukar spek kat sini. Dia nak bentuk sporty macam daddy. Dah pandai bergaya anak² bujang mummy ni. Power spek Ariff dah cecah 375. Ariff ada suarakan dia tanak pakai spek kalau boleh. Dia rimas katanya. Mummy tengah survey² eyes specialist centre yang boleh buat surgery mata untuk Ariff. Minta² ada pakar yang boleh pulihkan mata Ariff dari rabun. Aamiinn.

Dalam family kami, tinggal si cantik Aleesya ja yang masih tak pakai spek. Mummy harap Aleesya tak perlu pakai spek. Sebab pakai spek ni mula memang rasa best. Dah lama² nanti jadi macam abang Ariff. Tanak pakai spek.

Lepas buat spek (dan dapat on the spot sebab kedai tu memang sangat tip top servis dia), kami pergi Book Express. Cari buku dan baca buku. 







Gambar bawah ni selingan ja. Saja nak selit sebab mummy hepi dengan sesi interval pagi ni. Untuk pertama kali dalam 2 bulan ni mummy tak mengelat dan mampu habiskan 400m reps ni dengan jayanya, yeay!



 

Monday, August 28, 2023

Main badminton dengan kiddos

First day cuti sekolah kami spent dengan main badminton dengan kiddos. Daddy sewa 2 court badminton untuk 2 jam. Memang pengsan kami main non-stop. Aleesya pun bersemangat sampai takda langsung mengadu penat. 

Next time boleh main badminton kat sini lagi cuma maybe ambil satu jam ja untuk 2 court atau sewa satu court untuk 2 jam 😅

Time well spent. Tak ada seorang pun mengadu sakit² badan lepas main badminton kali ni. Berkat mummy suruh masing² training berlari atas treadmill kut.. hihi

Daddy in action

Ariff dan Amarr lawan daddy

Yang ni dengan semua orang dia nak lawan. First set dengan daddy, second set dengan pak ngah and mak ngah, third set dengan mummy, pastu dengan abang Amarr.





 


Friday, August 25, 2023

Sambutan hari Merdeka ke 66 di sekolah Aleesya

Cikgu inform tentang event ni tak sampai seminggu sebelum majlis berlangsung. Kelam kabut nak cari baju bagai. Ni je lah yang sempat mummy sediakan. Kalau cikgu inform awal², memang mummy carikan kain songket cantik² untuk awak. Biar vogue gitu.. hihi. Takpa, next year mummy prepare baju awak awal² ya ❤️

Layankan gambar² cinta hati mummy ni. Video mummy upload kat youtube 🥰

l










 

Wednesday, August 23, 2023

Random kiddos picture

Mummy dah resume training selepas seminggu hiatus dari berlari. Yang tak best berlari selepas demam ni, heart rate sangat tinggi. Maybe sebab batuk tak hilang lagi, dan breathing pun agak terganggu. Semalam mummy buat interval. Halfway terpaksa stop.. semput.. hihi. Badan tak fully recover lagi kut. So hari ni, nummy buat core training je.. focus kat glutes - bukan sebab nak lari laju, tapi sebab nak montot cantik.. haha. 

On a serious note, strenght training ni sangat penting untuk mummy sebab Aleesya masih minta didukung walaupun usia dah 8 tahun. Kalau mummy tak kuat macam mana nak dukung Aleesya yang almost 20kg tu kan. Oh lupa nak update, berat mummy sekarang dah maintain 41kg (tahun² sebelum ni 38kg je kan). Setahun duduk rumah, itu antara pencapaian yang mummy dapat. Harapnya bila dah masuk ofis semula bulan October nanti, berat tak turun semula ke 38kg semula 😅


Ni budak kecik yang suka duduk celah ketiak mummy. Suka peluk dan cium mummy tanak lepas. Dan paling suka cakap, "mummy, you smells beautifull"... Dia yang sentiasa buat hari² mummy indah².

Gikgu Mira share gambar Aleesya dalam kelas. Subjek kegemaran dia, english. Paling lancar baca buku BI berbanding BM.

Ni gambar Amarr (2 dari belakang). Paling senyap tak suka bercakap unless benda tu penting.

Aleesya dan pak ngah dia

Gambar kelas Aleesya darjah 2. 

Ni pula gambar Ariff denfan group PRS dia. Tinggi kan Ariff.

Partner mummy. Suka kacau mummy masa strengh training. Ajak join sekali tak mau dia. So, mummy ajak dia buat few challenge camni, baru dia nak join.

 

Sunday, August 20, 2023

Family fun run di Eco Grandeur

3km berjalan + lari² anak kat area Puncak Alam
. Tak sempat nak penat dah sampai finishing.

Sehari lepas join lari² kat sini, mummy terus dilanda sakit tekak, batuk dan sedikit dedar. 

Mummy dah konsisten lari sejak 6 minggu lepas (training untuk KLSCM). Konsisten means, mummy lari 4 x seminggu which includes 2 x easy run, 1 x speedwork, 1 x longrun dan 2 x strenght + 1 day rest. Tapi mileage mummy tak lah banyak mana pun. Paling banyak, 20+km ja seminggu 😅. 

 Mummy tak training ikut hati macam dulu². Dulu setiap kali lari, mileage mesti lebih 40km seminggu. Kadang sebulan tu lebih 300km berlari 😋. 

Sekarang dah tua, dah sakit lutut.. hihi. Sekarang mummy lari maksimum 30 minit ja sehari dengan pace se-slow mungkin. Tu yang kalau tengok strava mummy, mesti pelik sebab mummy just lari 3km ja sehari. Kadang, tak cukup 3km pun, contoh 2.8km tapi mummy terus tutup strava. Mummy dah tak kisah bab distance, yang penting mummy capai target masa 30 minit. Strenght training pun macam tu, 30 minit juga. 

Jadilah kan, mummy tak ada apa yang  nak dikejar. Mummy dah pernah dapat gelaran Champion dan pernah beberapa kali naik podium untuk top 3 winners untuk acara marathon 42km (open/veteren category), so mummy dah puas hati. Gituuu mummy pujuk hati sendiri. 

Cuma minggu ni mummy skip lari dah seminggu sebab demam 😔. Hopefully next week boleh resume berlari semula.

Oh, SCKLM ni, mummy ambil kategori 5km speed.. hihi.   


Daia family event 3km. 

Family photo. Event ni daddy yang registerkan. Berlari² dengan family classmate daddy kat sini. Meriah juga.

Banyak pit stop untuk kanak² bermain kat sini. Sudahnya memang tak lari pun. Berjalan ja 😁

Mummy dalam mission training sama² dengan Ariff. Nak masuk event sama² 🥰

 

Thursday, August 10, 2023

Mummy mengomel

Mummy baru lepas hantar Aleesya pergi sekolah. Kelas dia start pukul 1.10 petang tapi mummy hantar ngam² pukul 1 petang. Memang selalu Aleesya jadi antara orang yang last masuk dalam pagar sekolah. Bukan sebab kami lambat keluar rumah. Kami dah sampai depan sekolah dari pukul 12 tengahari lagi, cuma saja melepak dan berborak dalam kereta lama². Maklum lah, kurang 2 bulan lagi nummy masuk keje semula, jadi mummy nak enjoy puas² masa yang ada ni dengan anak².

Lepas Aleesya masuk sekolah, mummy melepak lagi dalam kereta tunggu Ariff & Amarr balik sekolah pukul 1.30 petang pula. Suka tengok wajah anak² balik sekolah sambil dengar cerita masing² tentang aktiviti sekolah.

Lately ni hampir setiap hari Ariff komplen tentang 2 orang pelajar perempuan yang asyik ejek dia. Budak tu ejek Ariff "Kotak, kotak". Dia panggil Ariff kotak sejak dari hari sukan sekolah aritu. Kata Ariff dia tak pernah berbual pun dengan budak perempuan tu. Kelas mereka pun berasingan. Bila bertembung, budak perempuan tu akan tersenyum² sambil cakap "Kotak, kotak".

Mummy rasa mummy tau kenapa, maybe budak² perempuan tu minat Ariff kut. Ariff cakap dia tak suka dan tak ada masa nak fikir bab peminat atau bab cinta. Kat sekolah jadual dia penuh dengan aktiviti PRS, sukan, kelab, pertandingan public speaking sampai tak cukup masa nak buat benda lain katanya. Alhamdulillah, lega mummy dengar hihi 😁

Amarr pula jenis tak banyak cakap. Tapi sejak mummy hantar dan ambil dia dari sekolah, dia rajin bercerita tentang kelas, tentang sekolah, tentang kelab atau persatuan yang dia join. Mummy suka sangat dengar cerita² anak². 

Mummy nak upload gambar² Ariff dan Amarr kat sini tapi yang ada mostly video. Gambar memang takda sebab anak² dah besar auto jadi anti camera 😅

Gambar Amarr paling susah nak dapat. Asal nampak mummy halakan camera phone, kepala dia auto rotate belakang

Kalau ada pun gambar berdepan, terus buat muka tak puas hati gitu

Yang ni pun sama anti kamera. Ni mummy snap semalam masa dia tertidur atas riba mummy masa mummy tengah picit² jerawat dia.. hihi. Pantang tangan mummy usap muka, kepala or belakang dia ja, terus auto lena. Tinggi Ariff sekarang 170cm. Tapi berat tak sampai 40kg. Tinggi ikut daddy, berat ikut mummy.. 😅😅

Yang sulung memang manja camni kan.. semoga semua anak² mummy dapat jodoh yang baik² dan sayang anak² mummy macam mummy sayangkan awak semua.

Ni gambar bulan lepas kut. Masa daddy cuti. Kami gi breakfas kat luar lepas hantar Ariff dan Amarr kesekolah. 

Dia nak bela kucing tapi mummy tak kasi. Rumah atas langit tak boleh bela kucing. Lagipun, dia alergik bulu kucing. Maka mummy belikan robot kucing je lah. Angel, nama robot kucing tu. Mana pergi pun nak bawa Angel. Mummy nak hantar or ambil dia dari sekolah pun suruh bawak Angel tu sekali. Haish.

Dipeluknya robot penghantar air kat Q Bistro ni sebab kepala robot ni bentuk kucing.  Sanggup daddy order air beekali² aemata nak buat robot ni datang banyak kali kat meja kami demi nak buat Aleesya hepi.  

Apa² yg berkaitan kucing semua Aleeaya suka. Kalau keluar berjalan, mesti suruh daddy bawa makanan kucing untuk diberi pada kucing jalanan yang dia jumpa nanti.

Peneman mummy dari pagi sampailah dia masuk sekolah waktu tengahari

Snacking.  

Ni pun gambar bulan lepas. Daddy bawak mummy gi sini sebab mummy tak penah sampai jambatan ni.