Tuesday, August 29, 2023

Aktiviti cuti sekolah dengan kiddos

Dulu setiap kali kiddos cuti sekolah, mummy mesti susah nak dapat cuti keje. So, kiddos banyak spend cuti kat rumah ja. Dan setiapkali mummy dapat cuti pula selalunya jatuh pada tarikh persekolahan dan kiddos terpaksa mummy pontengkan semata nak pergi bercuti. Tskk.. sedih sangat. 

So, now since mummy masih lagi bercuti, mummy nak isi sepenuhnya masa untuk buat macam² xtvt dengan kiddos. 

Ni xtvt hari malam hari Jumaat. Ariff ajak tengok movie Gran Turrismo. Mummy tak minat sangat cerita tentang games ni. Tapi tak sangka cerita ni best dan sesuai ditengok dengan family. Tak ada adengan cintun² or sexy meksi. Kata Ariff, cerita ni based on true story. Mummy enjoy tengok sampai habis 👍

Us, dalam cinema kat My Town

Ni cerita esoknya. Bawa Amarr pergi cek mata. Sebab masa tengok movie Gran Turrismo tu, Amarr cakap dia tak boleh baca subtitle movie kat screen. Kabur katanya. Mummy tengok jelas ja subtitle tu. Risau mummy. Terus ajak daddy bawak Amarr pergi sini.

Confirm mata Amarr rabun jauh. Power lebih 100+. Amarr pilih bingkai spec bentuk hampir bulat. Nak macam Harry Potter katanya 😅.

Ariff pun tukar spek kat sini. Dia nak bentuk sporty macam daddy. Dah pandai bergaya anak² bujang mummy ni. Power spek Ariff dah cecah 375. Ariff ada suarakan dia tanak pakai spek kalau boleh. Dia rimas katanya. Mummy tengah survey² eyes specialist centre yang boleh buat surgery mata untuk Ariff. Minta² ada pakar yang boleh pulihkan mata Ariff dari rabun. Aamiinn.

Dalam family kami, tinggal si cantik Aleesya ja yang masih tak pakai spek. Mummy harap Aleesya tak perlu pakai spek. Sebab pakai spek ni mula memang rasa best. Dah lama² nanti jadi macam abang Ariff. Tanak pakai spek.

Lepas buat spek (dan dapat on the spot sebab kedai tu memang sangat tip top servis dia), kami pergi Book Express. Cari buku dan baca buku. 







Gambar bawah ni selingan ja. Saja nak selit sebab mummy hepi dengan sesi interval pagi ni. Untuk pertama kali dalam 2 bulan ni mummy tak mengelat dan mampu habiskan 400m reps ni dengan jayanya, yeay!



 

No comments: