Tuesday, August 08, 2023

Hantar Ariff Amarr ke Sekolah

Rasa best sebagai seorang ibu adalah bila dapat hantar dan ambil anak² pergi sekolah. Rasa lebih selamat dan tenang ja bila dapat buat semua ni. 

Serba salah nak lepaskan semua ni untuk sambung kerja semula. Tapi, tak kerja nanti komitmen hutang rumah masih ada. Hutang rumah Melaka masih ada 9 tahun lagi. Hutang kereta Iriz ada lagi 1 tahun. Hutang rumah KL masih baru, hutang X70 ada 7 tahun lagi. Nak bergantung sepenuhnya pada Mamoru memang boleh tapi, orang kata, perempuan kena ada income sendiri. Nak bagi ayahanda dan adik² yang lain duit belanja or nak shopping sesuka hati or nak travel negara orang.

Orang kata duit tak boleh beli kebahagiaan tapi nak bahagia atau selesa perlu duit.

Semalam cek EPF online. Kat web tu ada retirement calculation untuk kira berapa anggaran simpanan EPF bila aku retire nanti. Just key in current salary, current age, retirement age yang dipilih, dan masukkan beberapa assumption lain (yearly bonus, yearly increement, monthly % potongan epf). Berdasarkan calculation tu, kalau nak jadi millionaire dan nak ada saving RM sejuta dalam EPF, aku kena bekerja sehingga umur 57 tahun katanya. 

Now umur aku 44.. means lagi 13 tahun kena keje. Lamanya. Sanggup kah? Demi nak bersara as millionaire? Nak berhenti keje buat bisness untung juta² aku tak pandai, keje makan gaji je lah jawabnya. 

Aku tunjuk calculation ni pada Mamoru. Dia pun try calculate retirement saving dia dalam EPF. Tak jauh beza pun result calculation dia dengan aku. 

Cuma tu lah, sanggup ke kami nak menghadap kerja sampai umur 60 tahun dan lepaskan momen² indah dengan anak² yang semakin membesar.

Tapi bila fikir yuran universiti kiddos at least kena ada kurang² 50k sorang, nak tanak, kena masuk juga masuk kerja semula. 

Masa aku masuk universiti 20 tahun dulu yuran belajar kat universiti baru 20k. Guna PTPTN. Sangap juga nak bayar semula.  Tu yang tak sampai hati nak biar anak tanggung hutang puluh² ribu bila baru start keje nanti. 

Tapi orang kata, anak² bila dah besar nanti, akan tinggalkan kita untuk bina life dan keluarga sendiri. Better kerja simpan duit untuk pelajaran anak dan simpan saving untuk hari tua.

Serba salah kan, asyik dengar kata orang. 😅

Pilihan mummy hari ni, buat masa ni, masih anak². Nak buat yang terbaik untuk anak². Nak spend masa sekerap dan sebanyak mungkin dengan semua anak². 

Ariff dan Amarr peegi sekolah

 

No comments: