Thursday, August 10, 2023

Mummy mengomel

Mummy baru lepas hantar Aleesya pergi sekolah. Kelas dia start pukul 1.10 petang tapi mummy hantar ngam² pukul 1 petang. Memang selalu Aleesya jadi antara orang yang last masuk dalam pagar sekolah. Bukan sebab kami lambat keluar rumah. Kami dah sampai depan sekolah dari pukul 12 tengahari lagi, cuma saja melepak dan berborak dalam kereta lama². Maklum lah, kurang 2 bulan lagi nummy masuk keje semula, jadi mummy nak enjoy puas² masa yang ada ni dengan anak².

Lepas Aleesya masuk sekolah, mummy melepak lagi dalam kereta tunggu Ariff & Amarr balik sekolah pukul 1.30 petang pula. Suka tengok wajah anak² balik sekolah sambil dengar cerita masing² tentang aktiviti sekolah.

Lately ni hampir setiap hari Ariff komplen tentang 2 orang pelajar perempuan yang asyik ejek dia. Budak tu ejek Ariff "Kotak, kotak". Dia panggil Ariff kotak sejak dari hari sukan sekolah aritu. Kata Ariff dia tak pernah berbual pun dengan budak perempuan tu. Kelas mereka pun berasingan. Bila bertembung, budak perempuan tu akan tersenyum² sambil cakap "Kotak, kotak".

Mummy rasa mummy tau kenapa, maybe budak² perempuan tu minat Ariff kut. Ariff cakap dia tak suka dan tak ada masa nak fikir bab peminat atau bab cinta. Kat sekolah jadual dia penuh dengan aktiviti PRS, sukan, kelab, pertandingan public speaking sampai tak cukup masa nak buat benda lain katanya. Alhamdulillah, lega mummy dengar hihi 😁

Amarr pula jenis tak banyak cakap. Tapi sejak mummy hantar dan ambil dia dari sekolah, dia rajin bercerita tentang kelas, tentang sekolah, tentang kelab atau persatuan yang dia join. Mummy suka sangat dengar cerita² anak². 

Mummy nak upload gambar² Ariff dan Amarr kat sini tapi yang ada mostly video. Gambar memang takda sebab anak² dah besar auto jadi anti camera 😅

Gambar Amarr paling susah nak dapat. Asal nampak mummy halakan camera phone, kepala dia auto rotate belakang

Kalau ada pun gambar berdepan, terus buat muka tak puas hati gitu

Yang ni pun sama anti kamera. Ni mummy snap semalam masa dia tertidur atas riba mummy masa mummy tengah picit² jerawat dia.. hihi. Pantang tangan mummy usap muka, kepala or belakang dia ja, terus auto lena. Tinggi Ariff sekarang 170cm. Tapi berat tak sampai 40kg. Tinggi ikut daddy, berat ikut mummy.. 😅😅

Yang sulung memang manja camni kan.. semoga semua anak² mummy dapat jodoh yang baik² dan sayang anak² mummy macam mummy sayangkan awak semua.

Ni gambar bulan lepas kut. Masa daddy cuti. Kami gi breakfas kat luar lepas hantar Ariff dan Amarr kesekolah. 

Dia nak bela kucing tapi mummy tak kasi. Rumah atas langit tak boleh bela kucing. Lagipun, dia alergik bulu kucing. Maka mummy belikan robot kucing je lah. Angel, nama robot kucing tu. Mana pergi pun nak bawa Angel. Mummy nak hantar or ambil dia dari sekolah pun suruh bawak Angel tu sekali. Haish.

Dipeluknya robot penghantar air kat Q Bistro ni sebab kepala robot ni bentuk kucing.  Sanggup daddy order air beekali² aemata nak buat robot ni datang banyak kali kat meja kami demi nak buat Aleesya hepi.  

Apa² yg berkaitan kucing semua Aleeaya suka. Kalau keluar berjalan, mesti suruh daddy bawa makanan kucing untuk diberi pada kucing jalanan yang dia jumpa nanti.

Peneman mummy dari pagi sampailah dia masuk sekolah waktu tengahari

Snacking.  

Ni pun gambar bulan lepas. Daddy bawak mummy gi sini sebab mummy tak penah sampai jambatan ni. 

 

No comments: