Sunday, October 29, 2023

Older Faster Stronger Run 2023

Lack of training for the past 2 weeks coz too exhausted to run after work, plus demam sakit tekak since Jumaat, plussss period first day pagi ni. Pakej mengada tanak lari pagi tadi. Tapi sebab Mamoru pun register sama run ni, maka paksa diri hadir ke starting line di UPM pagi ni.

Serius tak target nak podium top 3. Bajet asal dapat top 10 pun dah ok. Tapi masa lari tiba² rasa best pula. Even bukit bukau belakang UPM tu pun syok ja layan. Sambil lari boleh pulak borak² dengan Farina yang tengah lari sambil tolak stroller (sebab memang tak expect nak podium kan). Tau² sampai finishing, dapat nombor 2 belakang Farina.. kikiki

Terkejut sebab podium nombor 2. Dan terkejut sebab sejak bila Farina dah join kategori veteran? Kalau tau dia rival aku, sure aku tinggalkan Farina kat belakang tadi kikikiki.

Tapi Farina lari sambil tolak stroller tadi. Kalau dia lari sorang², memang makan asap aku kat belakang.. 😅


Mamoru pun not bad timing tadi 🥰

2nd place 5km women veteran kategori


Demgan Farina

Us 🥰

 

Friday, October 27, 2023

I miss my babies so much

Hari ke 3 bekerja. Almost cry on the way pergi keje pagi tadi. Sebab tak dapat spend masa lama² dalam kereta bila hantar kiddos ke sekolah. Sebelum ni, kami akan borak² dalam kereta sebelum loceng berbunyi, baru kiddos keluar dari kereta dan masuk ke sekolah. Now sampai sekolah je kiddos kena terus masuk sekolah sebab mami nak kejar tren. 

Mami masih dalam withdrawal mood swing sebab terpaksa berjauh dengan kiddos. Its tough for mami. Malam tadi mami pi tertidur dalam selimut tebal tanpa pasang kipas atau aircond. Basah cadar tilam dengan peluh mami. Lepas tu dua kali mami terjaga masa tidur. Pukul 1 pagi dan pukul 3 pagi. Pastu dah tak boleh lena. 

 Ù„َّآ Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّآ Ø£َنتَ سُبْØ­َٰÙ†َÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙ‰ Ùƒُنتُ Ù…ِÙ†َ ٱلظَّٰÙ„ِÙ…ِينَ

Semoga Allah swt permudahkan urusan mami, daddy dan kiddos dan semoga kita semua sentiasa menjadi orang² yang sentiasa bersyukur. Aamiinnnnn.





Note: Mami dah 4 hari straight tak training lari. Strenght pun takda 😅

 

Wednesday, October 25, 2023

Habis sudah cuti selama 365 hari

Hari ni officially tamat sudah cuti aku selama 365 hari. Bercampur baur perasaan aku pagi tadi masa hantar Aleesya ke rumah adik ipar. Aleesya pun sedih, tapi dia cuba senyum. 

Kata Aleesya, "Im sad you are not going to be with me everyday like before. But its ok mummy,  Im just happy you got a new job at the new office"

Yes, I did informed her the day I found about the internal interview result. And she was sooo happy. Sebab dia tau macam mana aku stress setiap kali balik kerja dulu. Dalam umur semuda dia, dah pandai risaukan tentang aku punya mental well being. 

Alhamdullilah. Hari first di ofis baru, ofismate baru, boss baru, job scope baru. I love it.



 

Tuesday, October 24, 2023

Piknik kat Hulu Langat

Kali ni piknik kat tempat baru. Bukan kat area sungai congkak. Tapi kat kawasan Sungai Semungkis. Tempat ni ada 9 kemsait yang menarik sepanjang sungai Semungkis. Tak ramai orang yang tahu. Kata salah seorang owner kemsait jat situ, tempat ni baru dibuka 3 tahun lepas. Masih baru. InsyaAllah, ada masa nanti, kita pi camping pula kat sini. 

Masa kiddos and the siblings leka mandi sungai, mami gi hike melawat semua tapak kemsait kat sini. Semuanya cantik². Ada kemudahan elektrik, toilet. Dan ada satu kemsait tu siap ada kedai runcit. Best la kalau nak bawa budak². Air sungai cetek ja. Tak boleh tiruk.. hihi. 

Kat sini ada kawasan air terjun Lata Beringin. Air terjun ni terletak dalam kawasan kemsait persendirian. Nak masuk mandi² kena bayar. Owner kemsait tu pun ada sediakan khidmat guide untuk explore kawasan air terjun bertingkat² yang ambik masa 30 minit untuk hike. Kos explore air terjun per pax rm10.  Best ni. Boleh masukkan dalam next camping punya agenda.

Aleesya, Adelia & Aidan

Amarr dan Ashraf

Air terjun Lata Beringin. Nih level 1, level² seterusnya kena amik guide untuk explore.

Port piknik kami ni di Kemsait Dinar

Potluk sempena sambut birthday Ayuni



Map laluan mami hike sepanjang sungai Semungkis ni. Mami hike sorang² ja sebab daddy leka berborak dengan adik² mami. Ariff pula prefer nak tidur dalam hammock. Amarr dan Aleesya leka mandi. Kawasan ni selamat dan takda anjing hihi.. 



Nota kaki: Takziah pada June,  keluarga jiran sebelah rumah kami yang kehilangan suami kerana sakit jantung. Meninggal dalam tidur. Mami & daddy sedih dan terasa sangat kehilangan jiran berbangsa cina yang baik. Selalu juga kami bertegur sapa, borak² depan rumah. Kalau ada delivery, dia akan ambil dan letak dalam pagar rumah. June lagi sedih sebab sekarang tinggal dia berdua ja dalam rumah dengan anak lelaki yang sebaya Aleesya. June cakap, sampai hari ni dia tak sanggup nak tidur dalam master bedroom sebab terlalu sedih. Even sekarang pun, June dan anak dia akan pergi tidur dirumah mak dia dan hanya balik rumah setiap pagi. June tak pandai bawa kereta. Dia sama macam perangai aku dulu, tanak bawa kereta sebab ada husband boleh drive pergi mana². Now terpaksa start belajar bawa kereta. Semoga June kuat dan tabah. Kami sentiasa ada kat sini kalau dia perlukan kami. Just a knock away.

 

Friday, October 20, 2023

Mendaki Bukit Teresek di Taman Negara Pahang

Hari kedua di Danz Eco Resort. 

Aktiviti padat untuk Kiddos. Start dari hiking mendaki Bukit Teresek, canopy walk, rapid shooting dan melawat perkampungan orang asli. Kiddos sikit pun tak merungut penat. Malah excited lagi adalah. Ariff siap cakap Bukit Teresek ni senang nak daki, tak macam Kinabalu. Ahah, bagus sangat tu. Pasni bileh mummy bawa pergi mendaki gunung Datuk pula. Sure kiddos suka sebab view kat puncak cantik.

Mummy share semua gambar hari kedua kat sini. Hari ketiga takda gambar sebab lense kemera mummy berkabus kena air masa rapid shooting war dengan bot dari team lain. 

Kiddos terpaling happy siap nak repeat lagi. InsyaAllah, maybe few years lagi kita datang sini lagi. Mummy dengan daddy kalau boleh nak bawa kiddos pergi explore semua taman negara dalam Malaysia ni. 

Breakfast bawah pokok tualang. Aleesya paling suka menu roti bakar atas arang. 

Semoga tempat ni masih wujud bila kita datang sini lagi satu hari nanti


Yang ni tataw kenapa. Suka pose pelik²

Kita ada gambil gambar sebiji camni masa tahun 2020 dulu. Nanti mummy compare aide by side.

Ariff dan pokok tualang

Briefing sebelum hiking

Starting point untuk mendaki bukit Teresek

Daddy 🥰

Ariff ❤️

Take 5. Trail ke puncak bukit Tereaek ni halfway hiking atas pelantar kayu. Halfway lagi atas nature trail

Atas permatang bukit

Puncak bukit Teresek

Pose kat signboard

Mummy dan Aleesya

Family pic

Ni on the way nak naik canopy walk

Briefing lagi

Aleesya, Ariff dan Amarr atas titian canopy

Sekejap je canopy walk ni. Honestly, mummy suka lagi canopy walk kat Poring kundasang. 

Ariff dan akar pokok Liyana

Ni dah habis trip, nak naik bot keseberang beting pasir sana. Kat situ lah Danz Eco Resort

Kat perkampungan asli

Aleesya belajar sumpit

Daddy pula menyumpit

Ariff dan background perkampungan asli

Kami ❤️

Mummy dan Ariff

Ralit tengok demo nyalakan api tanpa mancis

Buat sumpit pula

Amarr turun dari bot

Tak gayat, bagus.

Yang kecik ni pun nak try juga

Ariff kat puncak viewpoint

Rest sekejap

Leka dengan guide explain tentang pukok² yang ada dalam taman negara

Trek ke bukit Teresek




Ni masa nak start rapid shooting sebelum hp mummy masuk air hihi

Aleesya nak duduk demgan ofismate daddy. Manja betul dia dengan kawan² daddy