MasyaAllah Tabarakallah Alhamdullilah
Pagi Jumaat ni dapat berita gembira dari ofis. Aku akan mulakan kerja ditempat baru (masih under bank yang sama - location dan department je berbeza) Syukur alhamdullilah.
Dalam tempoh setahun aku bercuti sabbatical ni, memang aku ada berharap untuk kerja di department lain bila tamat cuti setahun ni. Nak explore benda baru. Tapi aku tak apply mana² internal vacancy dalam company. Aku just percaya kepada Allah swt. Berserah bulat-bulat pada-Nya.
Minggu lepas HR call masa aku tengah mengait throws blanket dengan Aleesya kat rumah. Kata HR, mereka nak schedulekan career conversation (internal interview) untuk aku. Aku terkejut. Tapi happy. Laju aku jawab setuju.
Rabu kelmarin aku attended online interview. Agak tough juga sebab banyak kekurangan aku dari segi pengalaman untuk jawatan tu. Aku rasa tak buat sehabis baik masa interview sebab aku agak nervous. Lagi pula, waktu interview asal sepatutnya pukul 12.30, tapi pukul 10 pagi tu HR call suruh log in zoom on the spot sebab interview session diawalkan ke pukul 10.15 pagi. Bayangkan betapa kelam kabut aku capai baju proper dan bersiap dalam masa 5 minit! Mind you, aku just sempat pakai baju kurung kedah warna biru, kain tak sempat nak sarung. Pakai towel ja tau. Nasiblah interview online 😅
Rezeki tu rahsia Allah swt kan.
Alhamdullilah.
So minggu depan, sempena berakhirnya cuti sabbatical selama 365 hari, aku akan mula bekerja semula di department baru. Alhamdullilah juga untuk permulaan yang baik ini.
Terima kasih Mamoru, Ariff, Amarr, Aleesya, siblings, colleagues semua atas doa kalian.
No comments:
Post a Comment