Thursday, October 19, 2023

Digital Library KL

Perpustakaan Digital Kuala Lumpur dah dibuka kat depan rumah kami 17hb Oktober aritu. Buka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 6.30 petang kecuali hari Isnin, Sabtu & Ahad minggu pertama.

Mula² tu skeptikal sikit nak pi sini sebab langsung takda buku fizikal kan. Semua konsep digital. Yelah, mummy kan oldschool. Tapi pergi lah juga sebab nak kiddos suka baca buku. 

Dann.. bila dah masuk sini, memang impress sangat dengan library moden ni. Sebab?

1. Keahlian percuma, just scan QR code je

2. Semua buku boleh access online dari hp kita. Buku rujukan pelajaran kiddos, buku budak² universiti, buku novel, ilmiah, majalah, suratkhabar, international book, segala bagai lah. Nak dengan tanak baca je. 

3. Boleh access semua buku dari rumah je kalau tanak  gi library. Jimat masa nak cari buku kat rak, jimat masa nak drive ke library dan tak perlu renew kad membership macam dolu².

4. Ada certain buku kena bayar untuk baca. Fees sangat minimal macam beberapa ringgit ja (worth it). Buku² camni ada tempoh utk dibaca e.g 7 hari. Kira macam konsep pinjaman la. Pastu dia auto log out. 

5. Ada banyak kawasan untuk kanak² bermain game. Ada PS5, VR, games dalam tab, dan macam² lagi lah games kat kids area ni. 

6. Library ni konsep terbuka. Tempat duduk lebih samtai dengan bean bag dan sofa yang bewarna warni.

7. Library ni boleh buat bising tau. Diaorg tak marah kalau budak² menjerit, berlari. Best kan, baru lah budak² suka gi library. Tapi kalau nk senyap² leh ja masuk bilik khas kat sini.

8. Library ni depan umah ja! Jalan kaki seminit dah sampai. Dari balkoni rumah leh lambai² anak kat libary.. gituh. Dah sejak dari hari library ni dibuka, hari² kiddos ajak pi sini. Balik sekolah ja singgah library. 

9. Ada cateria dalam library kalau nk makan or minum kopi

Buat masa ni kiddos pergi libarry untuk bermain, tapi, mana tau esok lusa pergi membaca buku or study group pula kan kan kan.


Depan library

Baca buku kat hp sambil santai baring atas bean bag

Ni masa nak reg membership

Aleesya main game kat ipad













 

No comments: