Kali ni piknik kat tempat baru. Bukan kat area sungai congkak. Tapi kat kawasan Sungai Semungkis. Tempat ni ada 9 kemsait yang menarik sepanjang sungai Semungkis. Tak ramai orang yang tahu. Kata salah seorang owner kemsait jat situ, tempat ni baru dibuka 3 tahun lepas. Masih baru. InsyaAllah, ada masa nanti, kita pi camping pula kat sini.
Masa kiddos and the siblings leka mandi sungai, mami gi hike melawat semua tapak kemsait kat sini. Semuanya cantik². Ada kemudahan elektrik, toilet. Dan ada satu kemsait tu siap ada kedai runcit. Best la kalau nak bawa budak². Air sungai cetek ja. Tak boleh tiruk.. hihi.
Kat sini ada kawasan air terjun Lata Beringin. Air terjun ni terletak dalam kawasan kemsait persendirian. Nak masuk mandi² kena bayar. Owner kemsait tu pun ada sediakan khidmat guide untuk explore kawasan air terjun bertingkat² yang ambik masa 30 minit untuk hike. Kos explore air terjun per pax rm10. Best ni. Boleh masukkan dalam next camping punya agenda.
Aleesya, Adelia & Aidan
Amarr dan Ashraf
Air terjun Lata Beringin. Nih level 1, level² seterusnya kena amik guide untuk explore.
Port piknik kami ni di Kemsait Dinar
Potluk sempena sambut birthday Ayuni
Map laluan mami hike sepanjang sungai Semungkis ni. Mami hike sorang² ja sebab daddy leka berborak dengan adik² mami. Ariff pula prefer nak tidur dalam hammock. Amarr dan Aleesya leka mandi. Kawasan ni selamat dan takda anjing hihi..
Nota kaki: Takziah pada June, keluarga jiran sebelah rumah kami yang kehilangan suami kerana sakit jantung. Meninggal dalam tidur. Mami & daddy sedih dan terasa sangat kehilangan jiran berbangsa cina yang baik. Selalu juga kami bertegur sapa, borak² depan rumah. Kalau ada delivery, dia akan ambil dan letak dalam pagar rumah. June lagi sedih sebab sekarang tinggal dia berdua ja dalam rumah dengan anak lelaki yang sebaya Aleesya. June cakap, sampai hari ni dia tak sanggup nak tidur dalam master bedroom sebab terlalu sedih. Even sekarang pun, June dan anak dia akan pergi tidur dirumah mak dia dan hanya balik rumah setiap pagi. June tak pandai bawa kereta. Dia sama macam perangai aku dulu, tanak bawa kereta sebab ada husband boleh drive pergi mana². Now terpaksa start belajar bawa kereta. Semoga June kuat dan tabah. Kami sentiasa ada kat sini kalau dia perlukan kami. Just a knock away.
No comments:
Post a Comment