Haha.. tajuk tanak kalah.
Ok, ni semaian benih salad hijau dan merah yang kedua. Yang first aritu tak tumbuh². Maybe benih kosong. Semaian kedua ni aku bubuh banyak² benih dalam span semaian. Tapi banyak pula yang tumbuhnya. Terpaksa cabut dan buang dan tinggalkan 2 pokok ja dalam setiap span.
Yang ni usia dah genap 2 minggu. Dah keluarkan daun yang ketiga. Hari ni start alihkan ke kotak hyroponik.
Ada dua jenis benih lagi yang tengah semai kat dapur. Benih tomato dwarf dengan red russian kale. Tak tahu lah sesuai atau tak dengan cuaca kat balkoni nanti. Kalau ada rezeki, ada lah tu.
Nak semai benih kangkung juga, tapi nak kena cari bekas besar untuk tampung pokok kangkung nanti.
No comments:
Post a Comment