Sabtu rituh kul 6.30 pagi aku dah keluar umah. Bersemangat sarung 'uniform' hutan. Siap dgn waterbag sumer. Plan nak buat day-pack dgn Mamoru~kun dari pejabat renjer kat hutan area Pangsun sampai ke Kem Lolo area Gunung Nuang. (aku punyer idea la nih). Kul 7.00 pagi kami sampai daerah Hulu Langat. Sebelum tu duk menyinggah 7E jap beli kudap-kudap, singgah Petrol stesen isi minyak & singgah kedai mamak tapau nasi lemak.
Monday, August 20, 2007
Nazry, selamat pengantin baru!
Sabtu rituh kul 6.30 pagi aku dah keluar umah. Bersemangat sarung 'uniform' hutan. Siap dgn waterbag sumer. Plan nak buat day-pack dgn Mamoru~kun dari pejabat renjer kat hutan area Pangsun sampai ke Kem Lolo area Gunung Nuang. (aku punyer idea la nih). Kul 7.00 pagi kami sampai daerah Hulu Langat. Sebelum tu duk menyinggah 7E jap beli kudap-kudap, singgah Petrol stesen isi minyak & singgah kedai mamak tapau nasi lemak.
Thursday, August 16, 2007
being fooled
Bukan semlm je, dua tiga hari sebelum nih lagi dia duk call aku. Bila dia notis aku tak jawab phone, mak dia pulak call aku - pun aku tak jawab.
Ada byk sebab untuk aku tak jawab call dia. First, sebab tulisan dia -one of the reason how Mamoru found out abt plu dulu (and recently my friend). Second, sebab setiapkali aku tolong dia, setiap kali tu lah aku akan berdepan dgn masalah (yg tak sepatutnya jadi kat aku). E.g, mcm cerita Princess ITBK dulu. Tak pepasal sbb nak tolong dia, orang lain pulak yg bermusuh dgn aku. Third, its all about 'liquidity' (merasa lah term ekonomi) - financial matter.
Bukan aku berkira cuma rasa terkilan sangat bila budi yg kita bagi dibalas tuba. Its not aku gatal sangat nak berbudi. Ikutkan hati tanak pun. Banyak lagi keje kebajikan lain yg aku boleh buat. Tapi bila orang merayu mintak tolong.. kalau korang pun takkan tak kesian? Fourth, sebab dia susah sangat nak pick up call aku lately. Sejak dia balik hometown ritu, byk kali gak la aku tried call nak tahu perkembangan kesihatan dia. Tapi haram satu pun dia tak jawab - sms pun tak balas. Nampak sangat dia cari aku bila dia ada problem (and diz is not the first time)
Wednesday, August 15, 2007
smile baby smile
Sepanjang minggu lepas mmg lngsung takder masa nak update (ekceli ada, tapi byk mender nak kena focus. blogging nih bebila pun boleh buat ye tak?). Plan jogging utk kurangkan kalori berlebihan yg aku amik masa kat hotel tu pun tak kesampaian (abes lah nak mendaki nnt). Malam-malam terakhir aku kat sana juz spent dgn melingkar kat dalam bilik sambil tekan-tekan remote tv. Dah takde xtvt baru nak dibuat. Dah abis ceruk rantau hotel tu aku jelajah. Bosan dah tengok entertainment yg sama setiap malam. Perasan tak kebanyakan 5 star hotel just provide layanan untuk weekend customer je - rotating menu, event / function, decoration, performance, entertainment almost totally sama. Meaning, kalau customer tu datang untuk dua tiga hari, maybe derang rasa hotel tu best, extraordinary, unexpected, memacam lagi lah. Tapi cuba stay kat situ untuk seminggu. Confirm jelak. That is one of the reason why kebanyakan hotel-hotel nih tak boleh nak boost. Derang kurang bagi perhatian kat customer yg stay kat hotel derang utk jangka panjang. Takder variety.
Weekend last aku kat sana, adik-adik aku datang. Aku yg suruh sebenarnya. Beberapa hari sebelum tu aku ada arrange family vacation utk derang. Luckily, aku manage dapatkan 10 tiket untuk 'All Park' (outdoor + indoor) games kat Genting. Costing untuk tiket tu jer lebih RM 700 (including 20 skyway tickets) tapi believe it or not sumernya foc. Tu tak termasuk accomodations & meals (which is also foc) Best kan bila kuasa untuk menentukan apa yg kita nak berada di hujung jari. All you have to do is 'petik' jer.. hik. But of course lah kuasa tu bukan untuk selamanya. Ada certain masa, kita boleh guna tapi kalau selalu tu dah dikira salah guna.
im back!
KL hujan sekarang nih ek? leceh laa nak bergerak. tp jangan merungut sangat - hujan tu rahmat.
for info, sekarang dah masuk 2 Sya'aban 1428 Hijrah.. sebulan lagi sebelum semua umat Islam start berpuasa.. *cant wait!*.. for all, ceria-ceriakan hari anda.. kikis-kikis sikit rasa hasad dengki yg menebal dalam hati tu :)
hari nih ada byk masa free. tenghari sikit la aku hapdet. kita minum dulu!
Tuesday, August 07, 2007
sabar separuh dari iman
Another five more days to go. Cant wait to go home. Masak lah aku nak membayar bill telefon hotel nih. Duk call adik-adik aku kat KL je. Tu lah. Kedekut sangat nak guna henpon. Padahal charge dia lebih kurang je. Apa lah aku nih.
Pagi tadi agak kelam kabut sikit. Nyaris aku ingat aku akan gagal completekan task utk hari nih. Nasib baik last minit semua settle. Guess I'm juz lucky ey?
Mood agak terganggu sikit hari nih. Tapi bila fikirkan balik buat apa nk fikir tentang orang yg tak ada kaitan dgn kita. I dont know why I bother. I think the right way to settle things is to confront dgn semua yg terlibat. Setakat kutip maklumat sini sana.. hey I can also create one.. so wut the hell kan (oh, i forgot. ini bukan mahkamah. sesiapa pun boleh jatuhkan hukuman. biarlah aku jadi pesalah tanpa dibicarakan - Abu Dhabi sungguh - haha)
My perception abt someone has changed - totally!
Theres a pool table at the lobby lounge. Thought wanna give it a try. Main sengsorang pun cara gak kan. Who knows there might be someone at the bar nak join sekali. I might get some friends.
Monday, August 06, 2007
Confused
Satu lagi, yang nih ada sikit complicated:
I’m an ex-plu (yep, aku tak penah nak berahsia kat blog nih dan kalau ada memember stret aku found out tentang nih then biarlah. Kenapa nak malu?) But I’ve changed - totally. Aku berubah bukan sebab sesiapa. Hampir setahun aku amik masa utk fikirkan apa yg terbaik utk masa depan aku dan alhamdullilah, aku bersyukur dgn penghijrahan ini. InsyaAllah, kalau boleh biar Tuhan sentiasa teguhkan hati aku dgn keputusan ini.
I met Mamoru. Honestly, mmg aku tak terfikir tentang cinta. Aku tahu dia suka aku. Tapi dats it. Aku takde lah nak bagi harapan kat dia. Pada aku, siapa lah yg dapat terima org mcm aku nih. Byk mender buat aku berfikir. Layak ke aku jalani hidup normal mcm org lain? Macam mana kalau orang yg aku sayang tu dapat tahu tentang plu. Apa perasaan dia? Marah? Terkejut? Jijik?
Takdir agaknya. Satu hari nih, masa tengah format laptop aku, Mamoru terjumpa gambar-gambar aku dgn H dulu. Bukan satu.. byk gila. Masa Mamoru tengok gambar tu aku berdiri tak jauh dari dia. Gugur jantung ni sekejap. Aku datang dekat. Mamoru cepat-cepat close folder gambar tu. Dia diam pastu terus sambung buat keje. Aku diam je lah. Tataw nak cakap apa. Dalam hati ntah berapa ratus kali aku maki diri sendiri sebab tak delete gambar-gambar tu dari awal.
Ok. Ada beberapa sebab aku tak delete semua gambar tu dari awal. First, sebab ada banyak gambar memember yg aku kenal. Second, walaupun kebanyakkannya memember dlm gambar tu dah buang aku, atau menjauhkan diri dari aku, tapi derang tetap kawan aku - orang yg penah rapat dgn aku dan kalau boleh, mcm apa yg aku tulis pada salah sorang pembaca plu kat blog aku nih, aku masih nak teruskan persahabatan sesama mereka though haluan hidup kami dah jauh berbeza.
Few days lepas Mamoru tengok gambar tu, aku ajak dia jumpa. Aku rasa aku harus terangkan perkara sebenar. Masa tu aku value sangat persahabatan aku dgn kawan-kawan baru. Aku tak nak berahsia dan salah sangka.
Mamoru still mcm biasa. Cuma lebih byk diam. For the first time in my life, aku dgn perasaan yg bercampur-baur bercerita tentang semua. Di akhir cerita aku bagi tahu dia tentang keadaan aku yg ‘ke-kiri tidak ke-kanan pun tidak’. Aku nak cari keredhaan-Nya. Aku harap sangat dia memahami dan sudi untuk terus berkawan dgn aku.
Syukur sangat. Mamoru bukan jenis yg cepat melatah. Dia dapat terima aku seadanya. Katanya, bukan masa silam aku yg dia cari. Yang lepas biarkan lepas, jangan diulang. Tak sangka, semua tu tak pernah halang Mamoru dari terus simpan perasaan pada aku. Sedikit sebanyak, Mamoru byk buka hati aku. Dia senang di bawa berbincang. Dari hal-hal yang berkaitan gunung sampailah bab-bab agama. Rasa tenang, selamat & lebih terbuka bila berborak dgn dia. Aku suka.
Beberapa bulan lepas tu, aku terima cinta dia. Tiga kali aku buat istikharah. Tak ada petunjuk yg aku dapat cuma hati aku rasa lebih tenang. Aku tekad, untuk cinta ni, aku berserah pada ketentuan-Nya. Kalau ditakdirkan Mamoru jodoh aku, permudahkan lah.
Aku tak cakap life aku perfect dgn kehadiran Mamoru. Bukan ada apa yg nak dibanggakan kat sini. Mamoru orangnya sangat sederhana. Pun bukan berasal dari keluarga gahara - yatim piatu pulak tu. Rupa pun tak lah sehensem mana. Cuma tu lah.. aku bersyukur ditemukan dgn dia.
Aku tak faham dgn certain people. Penuh dengan hasad. Bukan sekali dua memember plu (esp orang yg aku pernah bersusah payah untuknya) cuba untuk bagi tahu Mamoru yang aku ni "ex-plu" (without knowing dat he already knew) Untuk apa dan kenapa, jawab lah sendiri.
Bila kita jahat, orang pandang kita jahat.
Bila kita berubah, jangan risau sebab orang TETAP pandang kita jahat.
...Hm, dah lewat. better go back to my room. Temperature screen kat lobby hotel dah turun ke 17.5 darjah celcius. Tak bawak jaket pulak tu. Sejuk - tak tahan.
Friday, August 03, 2007
sunyi bila jauh
Nih la yg jadi bila terpaksa berjauh dgn adik-adik aku kat KL nun. Serba tak kena dibuatnya. Nak makan pun tak lalu. Risau pikirkan derang kat KL tu dah makan ke belum? Masak ke tidak hari nih?
Kepala pening-pening lalat sikit. Dengan demam yg tak berapa nak ok tambah pulak dgn cuaca yg sejuk gila kat sini buat badan aku bertambah letih lentuk tak bermaya.
Hari nih seharian aku tak henti-henti buat keje. Last minit banyak pulak amendment yg kena buat. Sakit kepala, sakit hati, sakit jiwa. Nasib baik function start hari Ahad. Ada masa nak revise memana patut. Tadi sampai je sini tak sempat nak check in dah kena attend meeting. Bukan penting pun tapi DO beriya sangat. Ikut je lah. Aku tak kosentret sangat apa yg dibincangkan. Bukan sengaja tapi henpon nih tak benti-benti berbunyi. Ada je incoming call sampai aku rasa mesti orang dlm meeting bengang tgk aku. Banyak decision yg nak dibuat tertangguh sebab nak menjawab telepon. Meeting yg sepatutnya tak sampai sejam jadik dua jam!
Lepas habis jumpa orang itu ini, aku masuk bilik. Since aku ada masa setengah jam utk rehat (sebelum sambung meeting seterusnya), aku cadang nak lelapkan mata sekejap. Sekalikkk.. bilik aku belum berkemas lagi. Bertambah sakit kepala nih. Hangin jugak. Camner derang boleh bagi bilik yg belum berkemas kat aku? 6 star haper mcm nih? Called housekeeping. Suruh bersihkan jam-jam tu jugak. Aku penat sampai nak memarah pun tak larat. Terpaksa korbankan my precious half and hour duduk kat balkony sementara akak cleaner tu bersihkan bilik. Tak dapat nak rehat :(
Bilik aku menghadap kawasan gunung-ganang. Sayup je nampak puncak Gunung Nuang, Gunung Bunga Buah & gunung-gunung lain yg aku tak pasti namanya. Sebelum datang sini lagi aku dah requested nak duduk kat level yg paling tinggi sekali. Puas hati gak arr. Terubat rindu bila tengok view yg hijau camnih. Rasa tak sabar nak habiskan task nih cecepat. Cepat habis, cepat aku join outdoor, ye tak?
Ngantuk.
Nak call adik-adik aku jap.. pastu nak membuta.
Wednesday, August 01, 2007
On the run
Friday, July 27, 2007
take 5
Thursday, July 26, 2007
keje sana situ sini
Wednesday, July 18, 2007
evil people
Mari berkenalan dgn watak-watak purbakala nih..
Cik Dwi Talam plak ada lah seorg yg comel ala red riding hood gitu. beliau tinggal menyewa di sebuah pondok di hujung negara TKTK (Tolong Kawan Tipu Kawan) bersama Cik Insaf. mereka berkawan baik. mereka juga turut bekerja di satu kawasan ladang getah yg sama. Cik Dwi Talam bekerja sebagai pemungut getah sekerap manakala Cik Insaf sebagai penoreh getah sepenuh masa. Di dalam pondok kediaman mereka, ada 3 bilik in total. Cik Dwi Talam & Cik Insaf memasing tinggal dalam 2 bilik berasingan. manakala 1 bilik lagi didiami oleh pasangan tuan empunya pondok.
Nama asal Cik Insaf nih sebenarnya sangat fofular di negara TKTK. sebelum insaf, beliau mmg lah seorg yg agak nakal. suka buang sampah merata-rata sampai kena saman beberapa kali oleh AJK Kampung di negara TKTK. tapi sebenarnya Cik Insaf nih mmg seorg yg lurus dan baik hati. cuma tu lahh... attitude membuang sampah tu agak susah dipisahkan dari diri dia.
Arakian pada satu hari nih, dalam bulan Safar adanya, Princess ITBK jatuh cinta dgn Cik Insaf. memacam cara dibuat untuk mengambil hati Cik Insaf nih.. dari surat, sms, phone calls, kasi hadiah telefon 3G oke! (yes, jangan tataw, zaman tuk kadok dulu mmg dah ada alat elektronik yg canggih nih dik nonn). tanpa membuang masa, mereka pun bercinta. kelas kan? mampu jugak Princess ITBK bagi hadiah hendpon tu walaupun bekerja sebagai penjawab telefon sahajo
dah lah. jgn pikir banyak..
Tuesday, July 17, 2007
i'm 28 today
Monday, July 16, 2007
1 Rejab 1428 Hijrah
Friday, July 13, 2007
Masjid Tanah Melaka
arinih aku cam rindu sikit kat kampung halaman. maybe sebab bulan puasa dah semakin dekat kut maka feeling nak balik-balik kampung nih semakit kuat.. hehe.
ekceli, aku selalu terbaca tentang org-org yg nak cari short-gateway dgn kos seminimum boleh. yelah, selalunya kalau search kat internet nih, just tempat-tempat yg fofular je derang advertise. kos nak pegi tetempat camtu pulak mmg melemahkan jantung dan poket kita. atas dasar perihatin aku nak share seberapa info tentang port-port yg menarik & best yg penah aku pegi. so, hari nih meh aku kenalkan dgn tempat kelahiran aku..
Masjid Tanah (MT) nih terletak dalam daerah Alor Gajah. kalau dari KL amik masa dalam 2 jam nak sampai sini. dari Melaka Sentral plak, amik masa dalam sejam laa. kalau dari tempat lain aku tataw.. hehe. ada byk public transport yg akan hantar korang direct ke perhentian bas MT nih. tambang plak murahhh & menjimatkan. kat sini aku juz state tambang dari KL & Melaka Sentral je lah ek. dari KL tambang RM 9.40 dan dari Melaka Sentral dalam RM 2.00 - 3.00. bila korang dah sampai perhentian bas MT, korang boleh amik bas ke mana-mana destinasi yg korang nak lawat. tak kira sama ada korang guna bas / teksi, tambang mmg murahh.. kalau nak datang naik keta sendiri pun lagik digalakkan. lagi convenient lah.
antara destinasi pelancongan yg cuNn kat sekitar MT..
Pantai Pengkalan Balak (PB): aku berani gerenti port nih mmg apa org ckp.. satisfying, superb. kawasan pantai nih terletak berdekatan dgn rumah org kampung. ada byk chalet yg comel (seriyes banyakkk) dan lengkap dgn dewan serbaguna, port BBQ & kawasan yg luas utk buat family day/gathering. sewa chalet start dari serendah RM 50.00 - RM 200.00. tapi kalau pegi on budget, korang amik chalet yg RM 50 inggit tu pun dah lebih dari memuaskan. port makan kat sini pun mmg bykkk la sesangat. dari gerai kraftangan, gerai makanan sampai lah restoran seafood. harga pun murahh & sedapppp. night life kat sini pun meriah dgn restoran yg dibuka sampai pagi. kawasan pantai pulak mmg cantik dan bersih. kalau jalan sepanjang pesisir pantai, korang akan jumpa pusat penetasan penyu dan pokok-pokok rendang hingga mencecah gigi air (pehh cam tak sangka aku karang ayat yg bombastik nih). bagi yg suka camping plak, dont be khuatir. anda boleh mendirikan khemah di sini. boleh buat BBQ. boleh pasang unggun. tp jgn buat sepah lerr. kang kena luku dek pacik nelayan kat situ.
Pantai Tanjung Bidara (TB): dulu port nih mmg mengancam tak hingatt. tapi sekarang dah kurang org datang sini. dunno why org lebih prefer gi PB dari TG. kat sini, pantai dia lebih luas dari PB. dikelilingi dgn pokok rhu dan batu-batu besar. view mmg cuNn lah. kalau duduk bersantai dalam hammock mmg layannn. kat sini takde chalet murah cam kat PB tapi ada resort yg siap dgn swimming pool. kalau rasa budget terlebih tu boleh la tido kat sini. takde lah mahal sgt pun. harga bilik start dari RM 80 ke atas. depend on what day you come lah kan. kalau peak day tu harus lah kopak. gerai makanan & kraftangan pun banyak kat sini.
Pantai Telok Gong (TG): korang musti tertanya naper byk sangat pantai kat MT nih.. toksah duk pikir lah. ekceli kawasan pantai ni sumer bersambung & dekat-dekat. kalau naik keta tu amik masa antara 15 - 20 minit nak pegi antara pantai nih. ok, back to de stori. pantai sepanjang TG nih pun comei. boleh nampak laut kalau drive sepanjang jalan. view mmg cantik lah dihiasi dgn pepokok nyiur melambai. ramai org pi sini utk mandi, lelepak, pancing ikan, camping etc. chalet utk disewa pun banykkk & murahh cik Ton.. kalau jalan depan sikit, korang akan jumpa 2 buah pulau kecik. biasanya kat sini, ramai org datang carik remis (remis tu apa? lebih kurang suku sakat lala jugak arr. err.. lala tu apa? isk yg mcm kepah tu lahh. hishh). kalau korang rajin & kena plak pada musimnya, korang boleh dapat sebaldi remis dalam masa sejam. cara carik dia? korek je pasir tu sure jumpa. cara memasak dia plak tak susah. bersihkan remis dan rebus dalam periuk. masukkan garam sikit dan serai yg dititik. remis nih akan terbukak kulit dia kalau dah masak. sedappp kauuu (aik jadi entry resipi plak). for info, pulau-pulau kecik kat sini takde penghuni. jarak dia dalam 100 meter dari pantai. kalau nai pi pusing pulau nih boleh. tapi kena tunggu air surut baru lah beting pasir yg menghala ke pulau nih kelihatan. kalau tak, berenang la korang ke sana..
ok tu bab pulau.. kalau nak buat xtvt lain pun boleh. antaranya, kalau korang minat tgk bangunan-bangunan lama, kat pekan MT nih ada bykkk. sumer bangunan dibina awal tahun 1900an. ada satu masjid tua berbumbung hijau yg penuh sejarah. masjid nih dibina menggunakan tanah liat dan dinamakan Masjid Tanah. yep, nama pekan nih diambil sempena pembinaan masjid nih. separuh dari struktur masjid nih pernah rosak masa di-bom oleh Jepun dulu. selain tu jugak, korang boleh lah buat lawatan dari kampung ke kampung kalau nak tengok rekabentuk rumah & tangga batu lambang kebanggan negeri Melaka (try Kampung Tanjung yg terletak dekat dgn perhentian bas MT). lawa beb. salah satu impian aku nak bina rumah tradisional camnih.
apa lagi ek? rasanya tu je lah setakat nih yg aku boleh cerita. nih just salah satu tempat yg menarik dlam negeri Melaka.. ikutkan ada banyakk lagi. tapi utk trip wiken.. diz is the best i can suggest.. tempat aku ni beb, aku gerenti korang kompem puas hati.
Thursday, July 12, 2007
tak sabar nih
tapi kan.. bagi aku lah. citer Harry Potter kali nih cam tak best la. takde suprise. banyak sangat kekurangannya. first half an hour tu aku rasa sungguh laaa boring. cam blur-blur gitu (maybe sebab aku masuk 10 minit lewat dlm cine kut). bab Harry kiss awek cina dia tu pun takde feel. konon lerr scene tu diulang sampai 30 kali masa shooting supaya bebtul berkesan. well, mungkin citer nih utk bebudak, jadi adegan kiss tu dibuat biasa-biasa je. tapi byk jugak lah scene yg suppose memberikan kesan langsung tak berkesan kat emosi aku nih. mcm part Harry meraung masa Sirius Black mati - emm tak sedih pon. pastu ending plak tak diceritakan langsung tentang kesudahan awek cina yg Harry pinggirkan sbb betray derang tho derang akhirnya tau awek cina tu tak salah sbb diberi ubat magik utk menceritakan xtvt sulit derang.. cam ampeh kan?
minggu lepas lagi best. aku gi tengok citer Transformer. bersemangat nihh. dah seminggu lebih dari citer nih keluar tiket asyik la fully booked. so bila dapat peluang, haper lagi bergegas aku dgn Mamoru pegi. kami beli tiket kul 9.00 malam rasanya. sebelum tu, kami gi lawat H kat HUKM. part yg tak best tu, aku tertido sampai sekerat citer tu ditayangkan.. haha. ngantuk sey. terjaga masa robot-robot tu dah start lawan-lawan. sedih gak aku mmg nak sangat tgk citer nih. tapi boleh tertido plak. Mamoru lagikkk best. macam amik turn pi tido setengah jam sebelum citer tu habis. padan lah sangat kami nih. sudahnya, dia kena citer kat aku starting movie tu aku plak citer part ending.. ntahapehape kan?
minggu-minggu yg berlalu nih mmg memenatkan dan dalam masa yg sama sangat memuaskan. aku balik awal lately nih. asal abis keje je trus cabut gi HUKM. rutin sementara selagi H ditahan kat dalam tu. Mamoru lah org yg paling rajin teman aku. suka sangat dia borak dgn Mak H. dia tu mmg peramah & kelakar. letak kat mana pun boleh survive. aku suka! hm, tentang H, aku pun tataw nk ckp camner. badan still lemah. dua hari kebelakangan nih dia tak boleh bercakap langsung coz dua hari berturut dia kena operate. kesan ubat pelali kuat sangat sampai dia mamai je bila org bercakap dgn dia. kekejap kang dia tertidur. tapi setakat nih alhamdullilah dia dah tak kena masuk darah lagi.
Monday, July 09, 2007
we love you!
Friday, July 06, 2007
ganu trip versi gambo
lawatan sambil belajar ke reban kambing pak ngah. kambing kat sini besar-besar. kalau nak minum susu kambing fresh pi la sina. anak kambing pulak comei & manja.. gerem!
kat tasik kenyir banyak kawasan air terjun. kami sempat lawat satu je (Air Terjun Sauk). kos sewa satu boat berbeza utk ke setiap kawasan air terjun. utk ke Sauk je kami bayar RM 150 satu bot.
sekeping hati dibawa berlari
- Banjaran Titiwangsa (gunung Yong Belar, Yong Yap, Tok Nenek, etc)
- Banjaran Bintang (barisan 4 gunung Bintang, Ulu Jerneh, Bubu)
- Banjaran Crocker (gunung Kinabalu)
- Banjaran Kledang (gunung peninjau)
Banjaran Tahan (gunung Tahan)Yang nih belum sampai lagi.
tu je lah senarai banjaran yg aku tau. kalau ada yg aku terlupa nak list kan, inform lah nahh. maklum, aku nyer score geografi dari form 1 dulu mmg teruk. dan kalau boleh aku nak jejakkan kaki kat sumer banjaran yg ada dlm Me'sia nih, insyaAllah.
keje semakin banyak sekarang nih. eleh mcm la sebelum nih tak banyak kan? projek utk Ogos nih dah dekat. bagus lah. lagi cepat habis lagi baik. banyak mender lagi yg nak kena kosentret. show cause letter utk DA dah siap. sumer documentation pun dah ready. o did I mention abt our co. nk saman DA? yep, its a sad thing to do but w.t.h he deserve it. tiga kali dia susahkan aku plus sekali dia pertikaikan kredibiliti aku. so dats it.
bulan depan, outstation seminggu. tak pegi jauh pun tapi aku mmg look forward to it. sbb there might be a possibility that this will be the last project I handle for Harvard. nak tukar keje baru <<--- eleh, ntah berapa kali aku cakap camnih. tapi tak penahnya hantar cv kat kompeni lain kan. camner tu?.. *sigh*.. ok.. ok.. pasnih aku start hantar lah cv tu.
malam tadi, aku tak lena lagi. sesekejap kang terjaga. bila dah bangun tu, aku gi check adik-adik. tengok derang sumer still berjaga. yg tengok tibi nya.. yang surf internet nya..
semalam, tak sempat nak jenguk H. tried call dia. masuk voice mail pulak. call Mak H pun tak dapat. pagi nih nak tanak aku call jugak salah seorg dari mak saudara H. kata macik tu, condition H masih tak berubah. hm.. risau.
p/s: awak.. cepat sembuh. kuatkan semangat. semua org sayangkan awak!
Thursday, July 05, 2007
subhanallah
Tuesday, July 03, 2007
cupcakes family
besar gila kan family aku. jgn tanya camner kami live gegamai camtu. memang meriah. aku tempah kek nih dari one of blogger jugak. nama dia kak P-nut (http://ceritapnut.blogspot.com/). gegambar nih sumer aku curik dari blog dia lah. (hehe.. tenkiu akak). remember rituh aku mentioned pasal cupcakes nih. sedap & comel. sesuai dijadikan hadiah utk tersayang. baru tadi amik kek nih kat Putrajaya.
minggu lepas, minggu nih, minggu depan.. aku terlebih bz. byk mender baik jadi dlm hidup aku. tp, dalam bersuka tu ada pulak mender tak baik jadi dlm hidup org yg pernah rapat dgn aku. aku menolong sekadar termampu. selebihnya terpulang pada yg Maha kuasa. semoga dia cepat sembuh. aku tak sanggup tgk dia suffer lagi.
p/s: Mamoru, forgive me for breaking our promises for not seing her. she's so sick.. she need help.. she need me.. maaf Mamoru sbb susahkan awk sepanjang mlm tadi. tak pasal-pasal kita tidur kat wad kecemasan HUKM. teruk lah doktor kat situ. nak buat decision pun lembab.. and Mamoru, terima kasih sangat-sangat sbb memahami. aishiteru!









