Friday, September 17, 2021

Renovation update : wall features

Site visit rumah baru semalam. Bawa adik no.3 & SIL Sue. Mereka saja nak ikut. Nak ambil idea katanya. Mana tahu nanti² dapat ilham nak renovate rumah mereka pula. 

Adik no.3 pun ada beli rumah di kawasan ni juga. Jarak rumah mereka dengan kami, tak sampai 500 meter. Kami beli rumah hampir serentak. Tapi adik no.3 lebih beruntung sebab proses beli rumah dengan owner terdahulu tak berdepan dengan masalah macam kami 😅

Features wall yang aku idamkan: stone ledge wall cladding. Batu ni buat rumah sejuk dan nampak cantik. Kalau ikut plan asal aku nak guna natural stone warna putih. Tapi kat Malaysia susah nak cari supplier untuk pure natural stone quartz warna putih. Yang ada kami jumpa pun, design, saiz, warna dan corak tak cantik pula. 

Other option, guna veneer stone macam dalam gambar ni. Cantik juga veneer stone ni sebenarnya. Cuma tak begitu menepati citarasa aku. Salah sendiri sebab dah tebagi kod batu yang salah kat vendor dan vendor pun dah purchased. Pasrah je lah 😅 Luckily Mamoru, adik no.3 & SIL Sue cakap cantik. 

Bawah ni gambar dry kitchen, wet kitchen & bilik air

Terkejut tengok semua pintu cabinet kitchen dah togel. Rasanya aritu Mamoru just suruh staff kak Z baiki² sikit² mana yang longgar atau handle yang tercabut. Lagipun kitchen cabinet ni masih kukuh dan cantik. Tak sangka dia pergi buka dan betulkan semua pintu. OMG. Harap semua ni dah termasuk dalam quotation. Jangan ada additional kos sudah. Pengsan aku nanti.



Lantai  dua² bilik air yang bewarna putih kat bahagian shower tu agak merimaskan pandangan mata. Sepatutnya bahagian tu ada frame. Tanpa frame, nampak agak pelik. Kak Z promised nak buka semula bahagian tiles bewarna putih dan buat satu warna sahaja untuk lantai tiles bilik mandi. 

Berlatarkelakangkan feature wall - my favourite wall dalam keseluruhan renovation ni. Wall ni dan wardrobe dalam master bedroom adalah syarat utama aku pilih interior designer. Kebanyakkan ID yang datang jumpa kami, aku reject sebab tak boleh provide feature wall yang aku nak dan tak boleh ikut design wardrobe yang aku impikan. Total ID yang kami jumpa ada 7 (face to face jumpa 5 IDs & online meeting secara zoom & whatapps ada 2 IDs - sebab PKP). Overall Luqkissa Furnishing under Kak Z is the best. Sebab dia dengar dan usahakan apa yang client nak. Bukan macam ID lain yang memaksa client ikut apa yang mereka design.


 

Monday, September 13, 2021

Tips nak renovate rumah

Im broke 😅😅

Next time kalau nak renovate rumah (kalau ada rezeki lagi), kena make sure semua detail waima sebiji suiz pun kena tanya dan make sure ada termasuk dalam quotation. Rekod semua persetujuan baik lisan atau tulisan. Kalau tak macam ni lah jadinya.. last minit itu ini tak termasuk. Dan sedikit demi sedikit kena keluar kos tambahan. 

Setakat ni, kos tambahan dah hampir 8k terlebih dari kos asal 😭. Ikutkan itu bajet extra yang aku reserve untuk kos nak pindah rumah nanti.. tapi terpaksa guna untuk untuk top up kos² tambahan ni lah 😭😭

Lesson learnt.

Kak z cakap 20hb ni insyaAllah start buat flooring. Last sekali baru buat wardrobe dalam master bedroom. 

Oh, dah settle salah faham bab ukuran wardrobe. Sabtu lepas dah discuss dengan kak z & abang carpenter. Mereka setuju ikut design yang aku nak. Itu pun maybe sebab Mamoru bertegas suruh ikut design asal. Aku siap suruh abang carpenter tambah additional feature kat wardrobe tu - "pull out" table untuk letak laptop / meja menulis. So, jimat ruang.

Oh yess satu lagi tips nak ambil interior design adalah, make sure diorang pandai jimat ruang dengan features² hiddin table/drawers etc. Sebab rumah kat KL ni sempit. Kalau ID pandai buat cabinet/wardrobe /table yang jimat space / wall mounted /hidden, sure lebih menarik.  




 

Friday, September 10, 2021

Rutin site visit rumah baru

Malam tadi pergi site visit rumah baru. Dah macam rutin bila setiap petang, lepas habis kerja pergi melawat rumah. 

Seronok tengok perkembangan rumah. Proses demi proses untuk jadikan rumah yang biasa-biasa nampak cantik dan luas. 

Rumah ni 100% semua idea aku sendiri. Mamoru memang tak campur. Dia serahkan bulat-bulat pada aku untuk design macam mana yang aku nak. Kecuali saiz tv diruang tamu je dia nak decide. Aku tak kisah pun bab saiz tv ni. Bukan selalu tengok tv 😅

Suka tengok perubahan bilik air yang dah diberi "baju" baru. Nampak cantik. Aku request pasang shower heads kat ceiling 😊. Tak sabar nak tengok outcome.

Harap sangat semua uruskan renovation rumah ni dipermudahkan Allah swt dan dapat siap pada masa yang ditetapkan. Aamiinn. 

Bilik air kiddos. Baru pasang tiles dnding. Corak tiles ni sama dengan bilik air dalam master bedroom cuma yang ni light grey

Dark grey untuk master bedroom. Amarr cakap nampak macam bilik air hotel. Suka mami 🥰

 

Thursday, September 09, 2021

Problem dengan vendor renovation

Hari ini sahaja vendor renovation rumah sudah dua kali maklumkan tak dapat ikut plan 3D yang diberikan pada awal-awal persetujuan dulu. 

Pertama tentang pemasangan hood, hob dan oven. Malas nak eloborate. Bila bagi lakaran dapur, vendor cakap tak muat nak buat pintu kabinet untuk masukkan gas. Bila aku bagi option tukar design pintu cabinet untuk bukaan pintu yang lebih luas (bukan setakat masukkan gas, nak masukkan orang pun boleh), tapi vendor tak nak terima. 

Kedua bahagian master bedroom. Sebelum PKP bulan April dulu, vendor sendiri yang datang ambil ukuran bilik dan setuju dengan design wardrobe yang aku nak. Vendor sendiri finalise layout 3D untuk wardrobe tu. Sekarang, bila bayaran deposit 60%  dah dibuat dan kerja-kerja dah 10% berjalan, vendor cakap tak boleh buat design wardrobe yang aku nak tu sebab nanti tingkap tak balance dan design tu tak sesuai untuk saiz tingkap bilik. 

Kat sini aku memang sangat-sangat frust. Kesal sebab dari awal tempoh hari vendor cakap semua okay, siap bagi guarantee yang apa yang ada pada final 3D layout itu lah kami akan dapat sebiji-sebiji. Sekarang, kerja baru 10% siap, tapi satu demi satu design tak boleh buat. 

Vendor ada ajak meeting tengahari tadi untuk bincang tentang semua disagreement. Tapi weekday aku fully occupied dengan kerja dan meeting. Tak sempat nak jenguk site rumah baru walaupun tak sampai 2 minit berjalan kaki ke sana. 

Sabtu ni, InsyaAllah boleh jumpa vendor dan bincang semula. Harap vendor boleh ikut plan asal. Kalau tak, semoga Allah swt kurniakan segunung kesabaran untuk aku berdepan dengan vendor nanti. Aamiinn.


 
Need a good run tomorrow morning. Help me thinks better.

 

Monday, September 06, 2021

Renovation update

Pening kepala hari ni.

Vendor mengadu management terlalu strict sampai melambatkan kerja renovation. Management pula mengadu vendor buat kerja bersepah dan tak pasang kanvas tutup seluruh dinding lift. 

Kami yang sedang struggle bekerja dari rumah ini pula nak kena tolong selesaikan masalah mereka.

Itu belum masuk part vendor tersalah pasang wall wainscotting. Tersalah pilih design toilet bowl. Vendor charge additional cost untuk additional work, etc.

Dan worst, aku pun dah tersalah pilih jenis batu untuk wall cladding. Oh No!! Tapi nak buat macam mana, yang ini memang salah aku sebab confident bagi kod jenis batu kat vendor tanpa pergi tengok bentuk/tekstur batu tu sendiri. Kalau salah vendor, boleh lah suruh ditukar. Bila dah sendiri yang salah, mampu terima seadanya lah kan.

Tak terfikir bab renovation ni akan tambah kerja kami. Double penat. Double kos. Banyak barang-barang nak kena beli macam lampu, suiz, kepala paip. Nak suruh vendor buat semua, boleh ja. Tapi bertambah-tambah lah pula kos nya 😭.. Tsk. 



Bilik tidur utama. Serabut macam kepala aku juga 😅. Ni kami pegi spotcheck pukul 6.30 petang bila semua staff vendor dah balik. Nak cek takut² ada suprise yang tak diingini. Dan betul pun. Toilet bowl yang vendor bawa berbeza dengan design yang kami pilih. Kalau tak pergi cek, kan naya bila dah pasang nanti. 

Ruang tamu. Frame wainscotting lari sikit dari 3D design yang vendor confirmkan dulu. Urut dada sekejap.Dah inform suruh tukar. Tapi Mamoru cakap tak perlu buka semula wall tu sebab tak mencacatkan dinding pun. 

Lantai belum buat lagi. Takut calar agaknya kalau pasang awal².

View dari main entrance

Oven yang besar gedabak kat atas lantai. Iye, salahkan diri sendiri sebab beli besar bebenar. Mana nak sumbat pun tak tahu. Tunggu vendor ukur ruang atas table top tu. Tengok muat ke tidak.

Washing machine menggantikan mesin basuh lama yang dah nyawa-nyawa ikan sekarang ni. 

Hood ni pun satu masalah. Vendor tak boleh pasang kat bahagian tingkap macam yang kami nak. Takut tak kukuh katanya. Kena pasang kat solid wall. Uwaa.. ini semua menambahkan kos.

Fridge baru menggantikan fridge lama yang dah kojol dua bulan lepas. Saat-saat macam ni pula fridge lama tu pilih untuk mematikan diri. Mujur ada staff diskaun 50% untuk beli semua peralatan elektrik ni. Memang jimat banyak lepas diskaun. 

Dua² bilik air dah togel macam ni. Sekali tengok, seram pula rasanya. 


Wednesday, September 01, 2021

Membebel ditengah malam

Baru perasan ada banyakkkkk sangat benda yang perlu dibuat sebelum renovation siap /pindah rumah. Dari sebesar² benda sampai lah sekecil² benda. 

Now tengah cari lampu siling. Nak tukar semua lampu kalimantang ke lampu jenis bulat, nak beli curtain, nak beli katil / wardrobe bilik kiddos (since dah exclude bajet renovation bilik kiddos dari quotation vendor, so kena beli sendiri). Boleh je suruh kak Z carikan lampu tapi karang bertambah² pula kos renovation.

Semalam satu hari geram dengan Samsung online dan Ipay88 sebab ada sistem error. Beli petias dan mesin basuh online dari website samsung. Buat payment online. Ipay88 pun dah email confirmation yang item has been paid, tapi dekat dalam "cart" Samsung still tulis unpaid. Geram.

So, satu hari duk berutus email dengan samsung dan Ipay88. Duit dah tolak dalam akaun ni. Haish. Lewat petang, lepas Ipay88 email samsung instruct suruh proceed with item confirmation dan delivery, baru lah Samsung confirm akan proceed. 

Buang masa satu hari buat benda tak produktif ni. 

Oh, semalam juga staff kak z dah start hantar barang² untuk renovate (flooring, wainscotting). Dioarang akan stay di rumah tu sampai renovation siap. So that boleh buat kerja² yang soft (mengecat etc) time malam juga. 

Harap semuanya dipermudahkan dan renovation berjalan lancar coz dah lama sangat tergendala proses nak pindah ni. Dari bulan 3 tahun lepas lagi. Ni pun dah hampir hujung tahun.

Kes covid sekarang pun masih lebih 20k hari². KL & Selangor dah start menurun tapi negeri lain pula memcanak naik. 

Next week Mamoru dah start masuk ofis setelah bekerja dari rumah sejak March aritu. Buat masa ni, dia akan kerja diofis untuk 2 minggu pastu kerja kat rumah 2 minggu.

Yours truly masih kerja dirumah. Dunno lah bila HR akan decide untuk semua staff masuk ofis semula. Macam tak lama lagi je. Risau juga ni. Aleesya dah hampir 2 tahun tak masuk taska. Melekat 24 jam dengan aku. Next year nak masuk darjah 1 😅

Haish.. apa lah yang aku membebel tengah² malam ni



 

Saturday, August 28, 2021

First shopping barang rumah

Beli kitchen hob, hood & oven letak kat rumah baru. Senang vendor datang buat ukuran dan terus built in semua tu kat ruang memasak dapur. 

Lari budget sikit hari ni. Plan asal untuk tiga² item 4.5k. Itu masa survey kat internet. Tapi bila kedai home appliances dah buka, terus berkenan kat design lain pula. Sudahnya terlebih 1k dari bajet asal 😭. Bahaya lah bila kedai² dah start dibuka ni. Bukan bahaya Covid je, bahaya kat poket pun iye juga.

Yang buat lari bajet tu part oven. Duk pilih fully digital screen, besar bagak sampai 71 liter macam nak buka kedai bakery. Pasni kalau tak rajin baking memang kena ketuk kepala sendiri. Mengada sangat.

Dah oh ada good news. Syukur, syukur, alhamdulillah, company ada bagi 50% diskaun untuk staff purchase item premium dari Samsung. Tapi kena purchase online dari Samsung. Ada 2 item urgent nak kena beli : Fridge sebab petias kat rumah ni dah kojol 😅 & Washing machine (with dryer function). Alhamdullilah, jimat banyak duit untuk beli 2 item ni. Rezeki anak². 




 

Wednesday, August 25, 2021

JMB dah bagi kelulusan untuk renovation

Good news arini. Tadi management condo called, mereka inform vendor dah boleh masuk buat renovation dengan syarat staff vendor semua fully vaccinated. 

 Alhamdullillah. So esok maybe singgah ofis JMB bayar deposit RM1k untuk allow access pada vendor masuk kawasan condo untuk buat kerja. 

Esok pun nak kena bayar deposit 60% kat kak z from Luqkissa. Dia dah start beli barang. Harap semua berjalan lancar dan tak ada sekatan² ekonomi or PKP kuasa dua etc. 😅


Morning run area rumah. Pasti rindu rumah sekarang bila dah pindah nanti. 13 tahun duduk sini. Dari baru kahwin sampai anak 3. Anak sulung pun dah nak masuk sekolah menengah tahun depan 😊. Punya lah lama menyewa dengan tuan rumah ni. 

Tuan rumah pun baik sangat. Tak pernah datang ke rumah ganggu kami. Semua deal on the phone je. Sure tuan rumah terkejut bila tiba² kami nak pindah nanti. Ni pun belum bagi tahu lagi. Nak kemas² cantikkan rumah ni semula baru inform dia pasal nak pindah 😊

 

Tuesday, August 24, 2021

One month with braces

Genap satu bulan pakai braces. 

Lepas sebulan jumpa dentist untuk tukar getah braces. Masa mula² pakai braces bulan lepas, pilih getah warna silver. Lepas sebulan, tukar warna maroon pula. Obvious pula warna marron ni compared to silver. But, cantik! Warna ni buat gigi nampak lebih putih.

Tak sangka sakit juga masa nak pasang getah baru. Nyaris nak tepis tangan doktor tadi 😅. Nasib baik doktor baik dan lemah lembut je buat keje.

Tapi memang sakit. Rasa macam gigi nak patah kena tekan². Cuma yang best tu sekejap je lah sakit dia. Bila dah siap pasang, terus ok. Terus rasa malu sebab terjerit kecik tadi.. 😅😅

Doktor ada pasang powerchain kat bahagian gigi kanan bawah. Maybe sebab nak tarik gigi supaya tutup kawasan cabutan. Dia siap pesan suruh ambil panadol lepas rawatan. Beedebar pula. Confirm sehari dua ni menahan sakit sebab power chain ni. 

Tabah je lah

😷😷😷🥴


 

Sunday, August 22, 2021

Destress

Esok kerja tapi hari ni dah menghadap laptop siapkan report, report, report.

Bekerja dari rumah maknanya bekerja dari start buka mata sampai dalam tidur pun termimpi² buat keje. Sabtu Ahad pun masih kena buat kerja. Even ambil cuti annual leave dan cuti sakit pun masih kena buat keje. Alasannya sebab kemudahan semua dah ada dirumah. Laptop ofis, email pun accessible dari rumah. Even nak masuk sistem access customer detail pun boleh buat dari rumah, so apa alasan untuk mengelak?

Rasanya next penyakit yang dunia patut beri perhatian selepas covid adalah penyakit mental 😅

Ok done bebel. Luckily pagi tadi Mamoru kejut ajak berlari. Lari tak seberapa, berhenti bergambar je yang lebih. Terasa macam baru mula berlari pula sebab asyik nak bergambar.

Tapi takpa sebab berlari dan bergambar adalah destress yang sangat berkesan.


 

Saturday, August 21, 2021

Tunggu approval JMB

See, this is why excitement untuk pindah rumah tu tak timbul. Bila goverment dah bagi kebenaran untuk vendor renovate rumah, JMB  Condo pula tak bagi approval 😭.

I can think of a few reason of why they hessitate to approve our renovation work: mostly sebab lotsa people are still working from home - takut complain dari penduduk situ sebab bising.

Next week, nak pergi nego dengan JMB lagi dan mungkin pergi jumpa jiran² sebelah rumah untuk inform tentang our renovation work & timeline. Well its time to introduce ourselves to our bakal neighbour juga kan. Kena prepare buah tangan untuk ambil hati 😅. Lets hope this could help to support our request to JMB

🙏🙏

Oh, siang tadi pergi showroom Luqkissa jumpa kak Z. Confirmkan code cat untuk wainscotting, corak flooring, wall cladding.

Tak sabar nak tengok rupa rumah bila dah siap. But then again, depends pada JMB approval. Kalau tak, memang tak jalan² lah renovation ni.
 



 

Friday, August 20, 2021

Destress dengan berlari

Penat sangat hari ni. Tak tahu lah penat sebab berlari pagi tadi atau penat sebab seharian mengadap kerja. 

Luckily hari ni tak lupa nak makan. Kalau tak, breakfast depan mata pukul 5 petamg baru sentuh sebab busy punya pasal. Walhal bekerja dari rumah je. Sepatutnya lebih relax. Tapi stress dia, gitu lah, breakfast pun tak termakan. Dinner tunggu pukul 10 atau 11 malam baru sentuh. Tidur pukul 2 pagi. Hazab.

Esok nak destress lagi dengan berlari 



 

Thursday, August 19, 2021

Update on renovation

Sabtu ni another step pergi site visit vendor untuk select material, warna cat, corak lantai, jenis tiles, etc untuk renovation. Once semua settle baru bayar 60% deposit pada Vendor.

 InsyaAllah, kerja² renovation start hujung bulan ni dan dijangka siap dalam tempoh 2 bulan. Kalau tak ada aral, hujung bulan October atau awal November nanti boleh lah pindah. 

Perasaan nak pindah dah hilang sikit excited sebab lama nau duk tunggu nak pindah sampai tinggal rasa pasrah je. Asyik tertangguh sebab pandemik covid. Maybe tunggu renovation siap depan mata baru feel tu datang. 

Ada changes untuk kiddos room coz total cost exceed our earlier agreement with vendor. So, terpaksa let go bilik kiddos dulu. 

Sorry kids, later ok? Mami promise akan makeover  sendiri both of your rooms cantik² 🙏

Renovation form

Show off braces. I survived the first 3rd weeks with braces. 


Doa ketika hujan

 Doa Ketika Hujan


عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ قَالَ: اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا. رواه البخاري والنسائي وإبن ماجه وأحمد.


التخريج: صحيح البخاري،  كِتَابُ الِاسْتِسْقَاءِ ،  بَابُ مَا يُقَالُ إِذَا أَمَطَرَتْ، حديث رقم 1032.

Terjemahan:

Daripada 'Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan, Baginda akan berdoa:

 اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

(Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat)”.

(Hadith riwayat al-Bukhari, no. 1032, an-Nasaie, no. 1532, Ibn Majah, no. 3890, Ahmad, no.23448)

Status Hadith: Sahih

Pengajaran:

Hujan merupakan kejadian alam yang menjadi proses kitaran kehidupan. Adakalanya hujan menjadi nikmat yang ditunggu-tunggu, terutamanya pada musim kemarau dan ketika kesulitan mendapatkan air. Allah SWT yang berkuasa menurunkannya, bukan manusia atau makhluk-makhluk lainnya. Ia merupakan nikmat dan juga bentruk kasih sayang  Allah kepada makhluk-makhluknya.

Justeru, Nabi SAW mengajarkan kepada umatnya apabila melihat hujan turun agar berdoa dengan doa ini. Bahkan berdoa ketika hujan adalah mustajab sebagaimana disebutkan daripada Sahl bin Sa’ad RA, Rasulullah SAW bersabda:

"إِثْتَتَانِ لَا تُرَدَّانِ: الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ، وَتَحْتَ الْمَطَرِ".

أخرجه الحاكم، كتاب الجهاد، حديث رقم 2534، عن سهل بن سعد رضي الله عنه، وقال: هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه.

Maksudnya: “Dua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.” (Hadith riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 2534)

Imam Ibn Hajar (jilid 2, halaman 668-669) dalam mensyarahkan hadith ini mengatakan: "Bahawa doa ini adalah mustahab (sunat dan digalakkan) dibacakan selepas turunnya hujan bagi menambahkan lagi kebaikan dan keberkatan serta menjauhi musibah daripada sebarang kemudharatan. Menjadi amalan Nabi SAW apabila melihat awan atau pun hujan turun maka Baginda SAW akan berdoa kepada Allah SWT agar awan atau hujan tersebut membawa rahmat bukannya musibah sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadith:

عَنْ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَقُولُ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ الرِّيحِ وَالْغَيْمِ عُرِفَ ذَلِكَ فِي وَجْهِهِ وَأَقْبَلَ وَأَدْبَرَ فَإِذَا مَطَرَتْ سُرَّ بِهِ وَذَهَبَ عَنْهُ ذَلِكَ قَالَتْ عَائِشَةُ فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ إِنِّي خَشِيتُ أَنْ يَكُونَ عَذَابًا سُلِّطَ عَلَى أُمَّتِي وَيَقُولُ إِذَا رَأَى الْمَطَرَ رَحْمَةٌ. أخرجه مسلم في صحيحه كِتَابٌ : صَلَاةُ الِاسْتِسْقَاءِ،  بَابٌ : التَّعَوُّذُ عِنْدَ رُؤْيَةِ الرِّيحِ وَالْغَيْمِ وَالْفَرَحُ بِالْمَطَرِ، حديث رقم 899.

Maksudnya:

Daripada Aisyah RA, isteri Nabi SAW berkata: " Rasulullah SAW apabila melihat mendung di langit, Baginda berganjak ke depan, ke belakang atau beralih masuk atau keluar dan berubahlah raut wajahnya. Maka apabila hujan turun, Baginda mula menenangkan hatinya dan hilanglah kekhuatirannya. Lantas Aisyah berkata; “Maka saya pun menanyakan hal itu , lalu Baginda menjawab: "Saya khuatir, kemungkinan ini menjadi azab yang ditimpakan ke atas umatku." Dan ketika melihat hujan turun Baginda bersabda: "(Ini adalah) rahmat." (Hadith riwayat Muslim, no. 899).

Antara amalan yang dilakukan Nabi SAW apabila hujan yang turun itu sebagai rahmat daripada Allah SWT ialah Baginda akan membasahkan badannya dengan air hujan tersebut  sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan sebagaimana  disebut oleh Anas bin Malik RA:

عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ أَنَسٌ : ” أَصَابَنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطَرٌ ، قَالَ : فَحَسَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَوْبَهُ حَتَّى أَصَابَهُ مِنَ الْمَطَرِ ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا ؟ قَالَ : ” لِأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى “. أخرجه  مسلم في صحيحه،  كِتَابٌ : صَلَاةُ الِاسْتِسْقَاءِ، بَابٌ : الدُّعَاءُ فِي الِاسْتِسْقَاءِ، حديث رقم 898.

Maksudnya:

Daripada Anas RA, beliau berkata; “Kami bersama-sama Rasulullah SAW pernah ditimpa hujan, Anas melanjutkan: “Lalu Rasulullah SAW menyelak pakaiannya, sehingga hujan menimpa (tubuhnya)”. Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Kenapa engkau lakukan hal ini?” Baginda SAW menjawab:

 “Kerana ia adalah makhluk yang Allah baru diciptakan (Hadith riwayat Muslim, no. 898, Ahmad, no. 11917, 13318). Imam an-Nawawi dalam syarahnya menghuraikan hadith ini mengatakan: “Hadith ini bermaksud hujan adalah rahmat, ia merupakan ciptaan Allah yang baru sahaja diciptakan, maka Nabi SAW bertabarruk (mengambil berkat) dengannya. Hadith ini juga merupakan dalil kepada pendapat ulama mazhab Syafie bahawa digalakkan untuk membuka anggota (tubuh) yang bukan aurat pada awal turunnya hujan, agar air hujan terkena pada badannya”.

Hujan adalah nikmat dan rahmat yang perlu disyukuri serta menjadi muhasabah dan ujian atas seseorang hamba. Itulah bukti kekuasaan Allah SWT yang akan mendorong seorang hamba mengakui ke-Esaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan mengikhlaskan diri beribadah kepada Allah SWT. Oleh itu, setiap orang beriman dituntut untuk berdoa ketika turun hujan agar dijauhkan daripada segala bala bencana. Semoga Allah SWT menjadikan setiap hujan yang turun itu sebagai rahmat dan keberkatan daripada-Nya.


Credit: http://myhadith.islam.gov.my/index.php/bm/semua-mutiara-hadith/1023-doa-ketika-hujan

Tuesday, August 17, 2021

Hiking the Headhunter Trail in Mulu

Dari malam tadi belek trail ni. Check flight route, cost, camping site, etc. Boleh masuk list hiking. So next trip hiking: The Headhunters Trail. 

Dulu kami masuk trail ni dari Mulu HQ sampai Camp 5 je sebab tak cukup masa dan penat turun gunung Mulu & Pinnacles. 

Kali ni nak traverse The Headhunter Trail dari Limbang. Kena ambil local flight dari Sabah atau Sarawak untuk menuju ke sini. Limbang terletak di antara dua bahagian Brunei (Kena bawa passport kat sini coz dah sampai border Brunei). Kena overnight di Limbang sebelum masuk melalui Mentawai Ranger Station menuju ke Camp 5. 

Trail ni santai melalui hutan Borneo, cross banyak jambatan unik macam dalam gambar ni dan kena naik bot menyusur sungai juga. Boleh bawa kanak². Ive seen mat salleh bawa anak dan porter untuk bawak makanan. Pacat kat sini  garang² 😅

Jarak Headhunter Trail ke Camp 5 lebih kurang 11km. Sampai Camp 5 better overnight sebab kawasan ni cantik dan ada kemudahan tempat tidur, tandas & dapur memasak. 

Esoknya boleh sambung hike ke kuala Litut dalam 8km sebelum naik bot menuju Mulu HQ. 

Di Mulu HQ boleh overnight satu malam & layan caving sebelum naik flight balik ke KL dari Mulu airport.

Credit Pic: www.borneoethical.com

The Monkey Bridge in Headhunters Trail. There are many bridge like this along the trail from the trail to Camp 5 and Mulu HQ

Mulu map

 

Thursday, August 12, 2021

Dah boleh start renovation

Alhamdullilah, tadi kak Z dari Luqrissa text inform dah boleh start renovation. Dia dah dapat surat kebenaran dari MITI. Now my part pula untuk dapatkan surat kebenaran dari Condo managment pula.

Vendor untuk grill pun dah call nak pasang invisible grill kat balcony. Tapi rumah belum ada letrik lagi. Dah apply online kat website TNB. Tunggu technician buat pemasangan. Once ada letrik, barulah vendor boleh buat keje. 

Now dah bulan August. Harap² boleh lah pindah hujung tahun ni. 

Fridge kat rumah ni dah rosak. Tinggal bahagian freezer je yang masih function. Mamoru suruh beli fridge satu pintu dulu sementara tunggu pindah. Takpe lah, sanggup tunggu pindah rumah baru beli fridge-idaman-hati yang baru. Tanak bazir duit. Tanak bazir tenaga nak angkut sana sini. 😅

So buat masa ni no simpan² lauk frozen ke apa. Beli terus masak/makan je lah. Nak minum air sejuk, guna coway je 😁




 

Wednesday, August 11, 2021

Second week with braces

Hari ke 15 pakai braces.

Genap 2 minggu

Rasanya setiap hari akan ada rasa pelik (tapi tak sakit) kat gigi sebab gigi dah start berubah perlahan² dari kedudukan asal. 

Kadang² rasa pelik bahagian kanan. Esoknya rasa sebelah kiri pula.. bertukar². 

Dalam tempoh 2 minggu ni, perubahan yang sangat besar ialah, gigi taring yang belapis. Now dah tak berlapis lagi. Dah bergerak menutup kawasan gusi kosong yang dah dicabut sebelum pakai braces. Kedudukan gigi atas dah hampir selari. Cuma gigi bahagian bawah masih tak nampak perubahan. 

Diet makan masih yang soft². Kunyah no problem tapi gigit memang tak boleh sebab gigi depan tengah aktif bergerak. Sebarang gigitan akan terasa nyeri/ngilu. 

Kita tengok next week, apa pula yang berubah. 



 

Nak berhenti.. tapi nak kerja.. tapi

Buat kerja kena ikhlas. 
Tapi makin hari makin susah nak ikhlas.
Nak berhenti tapi tak berani sebab masih mahu terus menolong salurkan rezeki pada ayah, pada adik beradik atau mereka yang memerlukan.

Ikutkan komitment tak banyak. Hutang yang ada pun hanya hutang beli rumah dan kad kredit. Tapi hutang kad kredit pun tak banyak. Boleh je kalau nak tutup terus sebab tak pernah guna kad pun since tahun lepas. Dulu selalu guna sebab rajin berjalan dan booking hotel 😅

Cuma tu lah, takkan nak transfer beban hutang rumah pada Mamoru. Rumah bukan sebiji. 

Haish.

Hati, tenanglah. 
Hati, ikhlaslah.



 

Thursday, August 05, 2021

Rumah kampung idaman

I Have a dream, a song to sing
To help me cope, with anything
If you see the wonder, of a fairy tale
You can take the future, even if you fail


Semoga ada rezeki untuk bina rumah landed kecil dikawasan kampung. Tanah dah ada. Tinggal nak kumpul modal untuk pembinaannya sahaja. Buat masa ni, modal adalah yilek. Zero 😅. Duit dah perabih buat renovation kat rumah KL 😅

InsyaAllah, ada rezeki lain nanti. Yang penting usaha.

Buat masa sekarang, kita berangan dulu. Berangan tu free.

Kalau rumah sekarang ni sibuk design dapur style moden. Rumah kampung yang nak dibina satu hari nanti nak guna konsep gabungan moden dan kampung. Dapur basah, nak buat konsep terbuka macam dalam gambar atas ni. Boleh feeling² layan memasak kat dapur sambil jenguk kebun kecil kat luar tingkap. 

Konsep rumah kampung impian:

1. Nak buat rumah kecik² je, senang nak kemas
2. Tak ada tangga/bendul sebab dah tua nanti takut tak larat nak melangkah tangga/bendul
3. Konsep dapur basah yang terbuka.

Plan nak bina rumah ni sebelum umur 50 tahun. Now dah 42 tahun. 8 years to go. 

Aaminn. Aamiinn. Aamiiinnn ya Rabbal alamin.



 

Wednesday, August 04, 2021

Day 9 with braces

Hari ke 9 pakai braces.

Start dari hari ke 7 dah boleh mengunyah tanpa rasa ngilu/nyeri/sakit. Cuma nak gigit guna gigi depan masih takut². Sebab gigi bahagian depan sentiasa rasa pressure disebabkan braces (tapi tak sakit pun). Pressure sebab gigi dah start bergerak kut. 

Dan hari ni, nampak perubahan ketara kat gigi taring yang berlapis. Dah begerak ke tepi ke arah gusi yang berlubang (sebab cabutan aritu). 

Suprisingly, kawasan gusi yang berlubang pun dah hampir tak nampak sebab gigi taring dah tutup kawasan tu. Gigi bahagian atas dah tak berlapis lagi! Impressed sangat. Ingatkan bila usia dah 42, pergerakan gigi perlahan. No wonder dentist cakap even umur 60 tahun pun boleh pakai braces. 

Wow.. itu baru 9 hari. Wonder berapa lama pula akan ambil masa untuk semua gigi bergerak ke kedudukan baru mengikut acuan braces. Tak sabar nak tengok result!




 

Tuesday, August 03, 2021

Covid vaccine

Both Mamoru & me dah completed 2 dose covid vaccine. 

 Ayah & ibu pun dah completed awal² lagi. Lega sangat rasanya. Dalam 10 orang adik beradik sendiri pun hampir semua dah completed 2 dose. Ada juga yang baru 1st dose dan ada 2 orang yang belum dapat vaccine lagi.

Now tinggal turn anak². Cuma tak tahu bila. Risau juga kalau sekolah start tapi anak² masih tak vaccinated.






 

Monday, August 02, 2021

Result penempatan sekolah darjah 1

Result penempatan sekolah untuk murid darjah 1 tahun 2022 dah keluar. Aleeaya dapat sekolah yang sama dengan abang² dia. Satu sekolah tapi berbeza sesi persekolahan sebab Abang Amarr akan masuk darjah 6 sesi pagi. Aleesya sesi petang. Abang Ariff pula akan masuk tingkatan 1 (sebelah sekolah rendah mereka). 

Semoga ada rezeki anak² untuk mami hantar dan ambil mereka dari sekolah. Aaminn.

Bila anak bongsu masuk sekolah, hati mami risau terlebih. Maklum lah, anak perempuan nan seorang.




 

Me with braces

Tak boleh tidur. Kerja banyak tapi mood tak sampai lagi nak buat 😭


Sharing gambar first with braces😁