Tuesday, September 15, 2009

Kuih raya kembali!!!!


NOTE:

Entry nih adalah sticky mode for few days. Sila scroll ke bawah kalau nak baca entry baru ok?


Disebabkan tahun lepas semua kuih raya yang aku promote kat sini mendapat sambutan yang hebat, tahun nih Makde (tokey kuih), bersemangat suruh aku promote lagi. Kuih raya Makde nih memang sangattt sedappp (home made ok). Kalau dah makan tu, confirm tak sempat nak simpan untuk raya (macam customer aku yang duk beli tahun lepas duk mengadu kuih dah habis dimakan sebelum raya.. pastu nak order lagi tapi aku dah stop delivery sebab nak balik beraya.. hihi kesian korang)


So, macam tahun lepas, aku akan deliver kuih nih personally pada korang yang mengorder. Dan seperti tahun lepas juga, aku suka la sesangat nak amik gambar pembeli untuk dibubuh dalam blog aku ni. Boleh kan, kan kan?

Ok, tanpa berlengah lagi, presenting.. kuih raya Rabitah Cookies. Harga kuih raya nih adalah murah sahajor, RM 22 (bagi setiap 50 pcs). Sangat berbaloi tau sebab bahan yang digunakan juga adalah sangat fresh, bersih & berkualiti!




Sakura
Ok, aku tataw kenapa nama cookies nih 'jelita' sangat. Yang aku tau, rasa dia memang besttt. Bak kata Mamoru, rasa macam 'ferrero rocher dengan rasa oren malay style'. Dibuat dari nestum dan diselaputi dengan almond & breadcrumbs.



Red Pearl
Nampak macam cookies biasa, tapi jangan memain. Kuih nih trade mark Makde tau. All time favourites. Peberet aku jugak!! Dalam dia ada badam, coklat cip, cornflakes & dihias dengan red cherry.




Nestum Delight
Melt in your mouth not in your hand gituu. Dalam dia ada badam hancur. Lembut & rangup!!!




Snow Cookies
Haa.. jangan confuse dengan gambar yang first tadi tau. Kalau yang atas tadi ada sedikit perisa oren, Snow Cookies nih berperisa original coklat yang diselaputi dengan badam hancur & breadcrumbs. Sedapppp!!!




Cashew Nut
Khas untuk peminat biskut gajus original. Dengan rasa biskut yang lembut & gajus yang rangup. Popular tau biskut nih!!




Chocolate Crispy
Sangat sesuai untuk penggemar coklat. Mengandungi rasa milo & milo cereal yang diselaputi dengan rasa coklat hebat!



Chocolate Cip
Sangat teruja dengan cookies nih. Mengandungi combination pelbagai jenis kacang (cashew, almond & ground nut) dengan coklat cip. Heaven!!




Havana Sparkle
Nih cookies bertaraf VVIP!!!! Jangan tersilap, ini bukan almond london tau. Tapi rasa dia lebih hebat dari almond london. Bahan-bahan nak buat Havana nih agak mahal. Dalam dia ada gajus & croquant. Sedap gilaaa!!




Milky Cookies
Biskut nestum berperisa coklat yang harum, rangup & lembut. Jangan memain, sedap uolss!!


Bagi korang yang berminat nak order, senang sahajor, fill in je form kat bawah nih ok.










































Name:




Email:




Handphone No:




Address:




Product Code & Quantity:




Payment Method:

Maybank

CIMB

Cash On Delivery (Klang Valley only)




Remark:









form creator




p/s: Ekceli ada banyakkkkk lagi kuih yang Makde buat. Tapi aritu aku tak sempat nak snap senua gambar sebab ada yang belum siap lagi. Tapi kalau nak tengok jenis yang lelain, sila klik sini nahh: kuih raya 1 dan kuih raya 2