No, no, no, no, no. Aku takkan biarkan kebosanan melanda diri ini. I'm full of live, remember? Lepas kaki ni sembuh sepenuhnya, aku still nak gi mendaki gunung lagi hihihi..
Aku dah berjaya habiskan 3 malay novel yang baru aku beli kat MPH aritu:
1. Awak Suka Saya Tak by Melur Jelita
2. Adam & Hawa by Anis Ayuni
3. Bayangan Rindu by Aisya Sofea
Komen? Sory lah, aku rasa aku terpaksa reserve komen aku sebab semua buku ni banyak peminat fanatik. Kang kalau aku silap komen, confirm banyakkkkk anonymous maki kat blog ni.. huhuhu. Cukup lah kalau aku cakap, buku-buku ni belum sampai tahap macam koleksi buku aku yang lain, yang mampu buat aku ulang baca sampai berkali-kali.
Mana nak cari novel melayu yang bebtul best ek? Yang 'REAL'. Yang boleh meruntun hati dan perasaan. Yang boleh buat tangan aku tak lepas dari memegang dan mata aku tak lari dari membaca.
Novel yang ada, baik dari zaman aku kenal buku sampailah sekarang agak 'fairy-tales'. Macam cerita drama kat tv. Kalau bercerita tu, watak hero/heroin hensome atau jelita mengalahkan malaikat. Ok, part tu boleh dimaafkan lah. Kang kalau cerita pasal hero/heroin hodoh/tak cantik, siapa pulak nak baca kan?
Yang tak best tu, bila memasing dah hensem/cantik semua, perangai tak boleh blah. Pasal mender kecik nak merajuk bagai. Ok, fine, bab-bab jelous tu memang perlu. Tapi takkan lah dari page 1 sampai page 1000 nak berita pasal cemburu. Ohh please lah.
Itu tak termasuk pengarang yang suka tukar nama watak. Hero/heroin yang sama duk tukar-tukar nama lain. Kalau pertukaran tu ada bagi impak, takperlah. Ini.. nan hado. Buat aku pening ada lah. Adoyai.
Tapi, tak semua pengarang melayu syok sendiri macam tu. No offense ok.
Dulu masa kekecik, aku ada baca satu novel ni. Tajuk tak ingat, tapi sangatttttttt menyentuh hati & perasaan sampai aku boleh menangis sambil membaca.
Cerita dia tentang satu family yang miskin ada 5 orang anak. Dalam 5 orang tu ada 2 kembar lelaki. Mak kepada kembar ni jenis pilih kasih. Dia lebihkan kembar A dari kembar B. Kembar B memang dia layan teruk macam anak tiri sebab masa kembar ni baby, bidan cakap kembar B ni bawak sial. Ayah kepada kembar ni sayang semua anak-anak dia dan dia faham sangat perasaan kembar B.
Ada part yang aku nangis tu bila kembar B kena belasah dengan mak dia pastu ayah kembar ni pujuk bawak dia jenjalan kat pasar malam. Kembar B teringin nak makan buah epal. Ayah dia keluarkan duit dari poket just ada syiling seposen-seposen je. Dia kira-kira, cukup lah untuk beli sebiji epal. Kembar B cerita, memula dia tak faham situasi tu. Bila dia besar sikit baru dia tahu, ayah dia takde duit sebenarnya nak belikan dia epal. Sedih ok. Nangis aku. Memacam penderaan fizikal & mental yang kembar B terpaksa hadapi. Plus bapak dia meninggal masa dia sangat memerlukannya. Kesian dia.
Aku tak ingat sangat jalan cerita dia. Aku baca novel ni masa sekoleh rendah kot. Tebal buku novel ni. Yang aku ingat, ada peritiwa hitam yang buat mak dia halau kembar B keluar dari rumah. Bertahun-tahun derang hilang contact dengan kembar B. Masa kembar B hilang, pengarang fokus cerita ni pada adik beradik yang lain pula. Ada cerita cinta juga. Best jalan percintaan dia. Berkali-kali aku baca. Takdelah melalut dan terlebih over macam novel lain.
Satu hari tu, mak kembar ni insaf dengan apa yang dia buat pada kembar B dan teringin nak jumpa anak dia semula (banyak lah jalan cerita dia sebelum insaf ni). Part yang best, tang ending; derang adik beradik dan mak kembar tu tengok berita kat tv pastu derang terkejut tengok kembar B ditemuramah dalam tv. Rupanya kembar B dah jadi orang yang berjaya. lebih berjaya dari kembar A. Dia jadi arkitek, kalau tak silap aku.
Kalau ada sesiapa tahu tentang tajuk novel ni, sila lah inform aku. Dari dulu aku cari buku ni. One of the best! Serious ok. Aku sangat-sangat nak cari buku novel ni
5 comments:
same goes here.. if people ask u to buy I love you, Stupid wrote by Melur Jelita, rasa nye tak yah la kot..
for me, buku yg berjaya buat baca bnyk kali hasil karya Liyana Afiera Malik.. tp dia dah senyap jer..
why not you try Norhayati Ibrahim.. cuma karya dia you boleh guess apa ending dia..
dah pernah baca buku "Puteri Lindungan Bulan"?
Saya suka buku novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib. Ada banyak. Cuba baca Sultan Muhammad Al-Fateh dulu :)
apa kt cuba baca buku hlovate..keluaran jemari seni..
Cuba akak baca buku Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha.. Konfemmm, nangis ;)
Nama buku tu Korban Kasih, penulis tak sure. Saya baca buku tu masa sekolah rendah jugak, selongkar kabinet lama, tup2 jumpa novel best. Takleh blah parents jumpa and pegi buang sebab ingat tu novel cintan sebab tajuk dia camtu..hahaha.
Post a Comment