Monday, June 11, 2018

25 Ramadhan 1439H

Tadi my ex schoolmate cum my buddy masa kat UUM hantar gambar tingkatan 6 (tahun 1998).

Aku boleh tak kenal yang masa satu diri sendiri.. hahaha. Amik masa beberapa minit jugak lah nak recognize diri sendiri (aku berdiri paling kanan).

Ni gambar kat Sekolah Menengah Sultan Alauddin.

Dan nope, tak rindu langsung pun zaman sekolah rendah / menengah atau even zaman universiti. Langsung tak rindu pun.

Rindu kawan2 zaman sekolah / universiti? Hmm.. kawan aku ada lah dua tiga kerat je. Sebelah jari pun tak penuh kalau kira.. haha.

Orang miskin kann. Semua serba tak ada. Mana ada orang nak kawan dengan aku. Lagipun, bukan aku tanak berkawan, cuma aku tak ada masa & tak ada duit.

Takde masa, sebab balik sekolah kena mengemas, masak & jaga adik2 aku yang super ramai berderet. Ayah keje. Ibu pulak dah meninggal dunia.

Kawan2 pulak, jenis kalau nak jumpa kena pergi pekan terdekat. Kena naik bas. Kalau dah lepak2 kat kedai makan, kena juga keluar seringit dua untuk beli minuman or makanan. Paling tak, duit tambang bas mesti ada.  Masalahnya, jangan kata seringgit dua, lima posen pun susah nak ada.

Pernah beberapa kali aku balik sekolah jalan kaki (6km jarak sekolah dari rumah). Dulu aku tak tau pasal marathon. Kalau tau, sure 6km tu sap-sap-sui je.. hihi.

So, memang takde masa nak berkawan. Bila masuk form 6 baru lah ada kawan. Itu pun sebab depa nak suruh aku ajar subjek yang depa tak faham.

Walaupun hakikatnya, aku tak perlukan study group coz aku lebih banyak mengajar dari belajar. Tapi aku happy share apa yang aku tau. Dan happy ada kawan. Dan itu je lah kawan2 aku. Tak sampai 5 kerat. Tiga lelaki (2 dalam gambar ni: Nazry & Khidir) Sorang perempuan (ada dalam gambar ni: Faridah) dan sorang lagi lelaki cina, Ronny dari sekolah sebelah (takde dalam gambar). Dia join group aku sebab nak aku ajar dia subjek Ekonomi. 

Teringat dulu, malam2 ayah hantar aku naik motor buruk pergi rumah salah seorang dari study group ni. Tukar2 giliran buat studygroup kat rumah depa. Rumah aku je aku tak ajak sebab takde space. Rumah dhaif. Meja pun takde. Adik2 aku ramai kang bising pulak. Tapi depa tak kisah. Bagus kawan2 camni. Kadang2 depa datang kebun ayah aku, study bawah pokok sama2.

Lepas habis STPM depa bawak aku gi jalan2 tepi laut. Tu lah kenangan yang paling best aku rasa. Depa semua ada motor. Dulu2 glamer motor suzuki RG. Faridah pun ada motor RG. Aku bonceng motor dia lah selalu. Depa semua family orang ada-ada. Aku beskal pun takde.. hihi

Dari kecik, aku tak sabar nak habiskan zaman sekolah. Nak keje, nak ubah nasib. Tu sebab lah aku tak rindu langsung zaman belajar dulu. Sikit pun tak.

Dan alhamdullillah. Tuhan makbulkan doa aku bila dah dewasa. Bila toleh kebelakang semula, aku tak regret zaman kanak2 aku tak macam orang lain. Malah lebih bersyukur sebab tempat aku dulu bermula disitu.

1 comment:

intan said...

nape rasa macam sedih ye bila baca post nih? huhuhu