Tuesday, January 31, 2023

Dapat hadiah gold coin

Hadiah dari SIL Ida. Comel sangat sebab dia ada pop out twin tower. Dan kat coin pun ada gambar klcc. 

Suka² ❤️ Tenkiuuuuu 😘


 

Update on my braces

 

Pejam celik dah 1 tahun 6 bulan aku pakai braces. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru je semalam buat keputusan nak pasang braces.

 Teringat lagi masa mula² nak pakai braces. Macam² perasaan negatif bercampur baur dalam fikiran, yelah, masa tu umur dah 42 tahun, rasa macam tak perlu kot pakai braces. Dah tua kan. Tapi atas nasihat dentist dan sebab nak selamatkan gigi² yang bertindih dari rosak, maka, beranikan diri pakai braces ni. Dannn bila dah pakai, rasa macam kenapa lah tak pakai benda ni dari muda² dulu kan.. 😅😅

Tadi pergi monthly appoinment jumpa dentist. Tukar dawai baru. Doktor cakap lagi 2 bulan dah boleh buka braces.. aku macam, wow, cepatnya! Yeay!! Suka sangat. 

Hari ni tukar getah warna dark maroon. Kali ni aku yang pilih warna sendiri. Selalu tu ikut pilihan warna Aleesya. Dia suruh pakai purple, pink, biru etc. Dia suka tengok gigi aku jadi warna warni 😁😁

Tak sabar tunggu 2 bulan lagi 🥰🥰




Camping di Kenaboi, Jelebu, N9

Throwback July 2022 - camping dengan adik beradik dan ipar duai di Kem Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan. Memori HP dah penuh. Nak clearkan gambar sebelum transfer ke laptop dan clearkan HP

Ni kali kedua kami camping di Kenaboi. First masa tahun 2020 dulu. Masa first time PKP lifted.

Gambar berterabur. Gambar² bawah ni semasa melawat muzium adat selepas habis camping 3H2M. Kami pergi camping dulu sebelum melawat ke muzium ni.







Kawasan kemsait ke Kenaboi. Luas dan cantik. Pondok buluh tempat kami tidur 5H4M semasa camping tahun 2020 dulu dah runtuh. Kata abang Nua (owner campsite), pondok tu runtuh sebab banjir besar masa tahun 2021. Pondok² kat sini dah diganti dengan flysheet yang dipasang di tapak² khemah. Pengunjung hanya perlu bawa groundsheet atau khemah kalau nak bermalam disini. Kalau takda khemah pun takpa, kat kem ni ada disediakan khemah² untuk disewa. Pilih ja nak saiz kecil atau saiz besar.

Tapak khemah kami 

Sempat pinjam jala abang Nua untuk menjala kat sini. Dapatlah udang galah dan beberapa ekor ikan

BBQ sambil bakar marshmellow




 

Monday, January 30, 2023

Camping @ Hulu Langat

Trowback September 2022. Camping 3H2M disini. Tahun lepas punya cerita baru nak upload sini.

Musim hujan masa ni. Almost hari² hujan renyai². Hari last camping pula hujan lebat 😅. Tapi tetap lah hepi dan enjoy masing². Nampak nau rutin keje setiap minggu di KL ni sangat stressful kan.. camping dalam hujan pun boleh healing gittew. 

Memori manis kat sini yang tak boleh nak dilupakan, masa aku nak buang air hujan yang bertakung atas fly dan air tu tersimbah ke atas adik no.3 (As) yang tengah lena dalam hammock. Taim tu pukul 6 pagi. Megelupur adik aku kesejukkan. Almost sebaldi jugak lah air yang bertakung atas fly tu. Macam cik ponti kami tergelak terkekeh² subuh tu. 

3 family join masa ni. Adik² yang lain tak dapat join sebab ada urusan lain. 

Kiddos bersihkan dan bakar sampah² yang ditinggalkan campers sebelum kami. Geram dengan camper² atau kaki piknik yang suka tinggalkan sampah kat tempat camping. Takda kesedaran sivik langsung. Kami kalau pegi camping, meti bawak plastik sampah sendiri dan angkut keluar sampah yang dibawa. 

Khemah kami selalu jadi port bermain kiddos dan cousins mereka sebab simple dan luas. 

Kiddos dan cousins

Sesi bbq. Kami masak pais patin tempoyak.. memang laku keras taim camping ni. 

Layan kiddos dan cousins main games teka². Syok tengok diaorang main sampai kami yang dewasa pun join sekali

Meriah tanpa gadjet

Dulu², hanya kami satu family ja yang minat camping² ni. Maklumlah kami dari zaman bujang suka masuk hutan. Tapi start tahun tahun 2021, kami berjaya buat adik² dan ipat duai semua terpengaruh dengan camping. Now diorang punya peralatan camping lagi canggih dari kami 😁




 

Saturday, January 28, 2023

Chess tournament @ Lotus Cheras

Chess tournament yang kedua buat kiddos dan cousins mereka. Dekat ja di Lotus Cheras. Tak sampai 5 minit dari rumah. Menariknya kali ni, ramai peserta yang hebat² masuk bertanding. State champion pun ada join sekali. Merasalah kiddos bertanding dengan player² hebat. Blogger super glamour Redmummy pun join sekali. Dia menang categori wanita terbaik pula tu. Terer.

Lebih menarik bila game ni disertai oleh ramai OKU yang terdiri dari remaja autism, celebral palsy dan ada juga yang cacat penglihatan. Mereka pun bukan kaleng² hebatnya.

Tournament ni ambil masa dari pukul 8.30 pagi sampai 5 petang. Memang lama nak menunggu 7 set game ni habis. Tapi kami siap daftarkan kiddos kat playground dalam Lotus ni. Jadi setiap kali habis satu set game, kiddos akan masuk ke kawasan playground dan main kat dalam tu sementara tunggu next games. Meriah lah.. main ramai² dengan cousins kan. 


Tournament ni diorang buat kat kawasan open space.

Opponent Ariff dalam set yang pertama. Uncle ni hebat tau. Mommy tengok pun dah rasa gerun, tapi Ariff relax ja 😅

Daddy bagi moral support

Aleesya kat playground. Orang lain ligat main, dia boleh nak baca buku pula.

Amarr in action

Haziq

 

Ariff in action

Amarr & Ashraff





 

Friday, January 27, 2023

Kem Apak Kaw di Batang Kali

Throwback gambar camping di kem Apak Kaw di Batang Kali tahun lepas. Tak dan nak share. Banyak xtvt buat tahun lepas tapi asyik la lupa nak upload. Sama macam cerita² kenangan dulu kat blog ni yang maaih tergantung sampai terlupa nak sambung kesudahan cerita.. sampai kena tegur dengan rakan blogger.. haha hampun cik Aisha. InsyaAllah, kita cuba cari masa untuk upload kesinambungan cerita tu semua nanti.

Berbalik kat kem Apak Kaw, kat sini ada plug point dan kemudahan elektrik. Nak pasang lampu terang benderang pun takda masalah. Cuma kena bayar RM10 untuk gunakan bekalan elektrik. Kalau tanak pun takpa, boleh camping guna lantern macam biasa. Tapi bila dah ada kemudahan ni, rasa rugi pula tak guna, ye tak. Kemudahan lain pun banyak kat sini, macam; surau, bilik mandi dan kedai runcit mini. 

Kami camping satu malam ja kat kemsait ni. Gigih kan. Walhal, tak berbaloi sebenarnya mengangkut barang² camping yang banyak dan berat semata untuk tidur satu malam. Tapi dah minat, layankan je lah. Masa kami camping ni musim hujan. Tapak khemah kami jadi laluan air. Tembus jugak lah air masuk ke dalam khemah. Kami bernasib baik sebab tilam angin yang kami guna tinggi hampir 10 inci dan bahagian bawah tilam pula jenis pvc tak diresap air. Hujan macam mana pun, anak² tetap lena sampai pagi. Berbaloi beli tilam angin ni. 

Share gambar kat sini untuk tatapan kiddos.








 

Camping di pantai Pengkalan Balak

Weekend project. Habis ja chess tournament, kami straight pergi Melaka. Dah janji dengan adik ipar nak camping di Pengkalan Balak, Masjid Tanah. Kami sampai sana dah tengah malam. Gigih pacak khemah tepi pantai malam tu. Pukul 2 pagi khemah siap dipasang. Lepak² kejap pekena kopi pastu masuk tidur. Hujan turun malam tu, tapi tak risau pun sebab fly kami kukuh dan tegang. Lena sampai ke pagi masing².

Esoknya anak² berendam dari pagi sampai maghrib. Kat sini juga kami ada ambil satu chalet berdekatan. Tak tidur situ pun, booking in case of emergency ja.

Dan kebetulan, pada hari ketiga, pantai dilanda ribut. Angin kuat dan ombak tinggi. Kali pertama berkhemah tepi pantai dan melalui pengalaman berdepan demgan ribut. Agak cuak juga tapi kami tak lah panik. Kami suruh anak² berlari masuk chalet sementara kami kemas barang² untuk masukkan dalam kereta. Alhamdullilah tak ada apa pun kejadian tak diingini. Kami ja yang over reacted 😅. Walhal jiran lain yang berkhemah di sebelah kami relax ja masa ribut tu. Siap minum² kopi lagi.

Ada satu kejadian yang buat mommy cemas sangat - masa kiddos main banana boat. Aleesya pun naik juga. Dia duduk di bajagian depan sekali. Mommy dan daddy tak join naik banana boat. Kiddos dan cousin ja yang main.  

Bila driver boat jatuhkan kiddos dari banana boat ke dalam air berhampiran pantai, Aleesya tak perasan dan still berpaut pada pemegang banana boat. Bila dia perasan semua orang tak ada, dia tiba² terjun masa banana boat yang dah berada jauh dari pantai. 

Masa Aleesya terjun dalam air, mommy tak risau sangat sebab dia pakai life jacket dan Aleesya memang confident walau mandi dikawasan air yang dalam (kat rumah pun Aleesya suka mandi dalam pool orang dewasa). Cuma bila boat pusing untuk dapatkan Aleesya, hujung kepala boat terlanggar dahi Aleesya dan buat Aleesya tenggelam dan termasuk ke bawah boat. Rasa hilang nyawa mommy tengok semua ni jadi depan mata. Masa kejadian ni driver boat dah matikan enjin, jadi, perlanggaran tu perlahan. Aleesya kemudian berjaya naik ke permukaan air dari sebelah tepi boat. Kemudian driver boat cepat² angkat Aleesya naik ke dalam boat.

Alhamdullilah, Aleesya selamat tanpa apa² kecederaan. Sempat dia lambai² dari dalam boat ke arah mommy dan daddy. 
Alhamdulillah. Alhamdullilah. Alhamdullilah.




Aleesya, Adelia dan Aidan

BBQ kupang dan seafood