Tuesday, January 31, 2023

Camping di Kenaboi, Jelebu, N9

Throwback July 2022 - camping dengan adik beradik dan ipar duai di Kem Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan. Memori HP dah penuh. Nak clearkan gambar sebelum transfer ke laptop dan clearkan HP

Ni kali kedua kami camping di Kenaboi. First masa tahun 2020 dulu. Masa first time PKP lifted.

Gambar berterabur. Gambar² bawah ni semasa melawat muzium adat selepas habis camping 3H2M. Kami pergi camping dulu sebelum melawat ke muzium ni.







Kawasan kemsait ke Kenaboi. Luas dan cantik. Pondok buluh tempat kami tidur 5H4M semasa camping tahun 2020 dulu dah runtuh. Kata abang Nua (owner campsite), pondok tu runtuh sebab banjir besar masa tahun 2021. Pondok² kat sini dah diganti dengan flysheet yang dipasang di tapak² khemah. Pengunjung hanya perlu bawa groundsheet atau khemah kalau nak bermalam disini. Kalau takda khemah pun takpa, kat kem ni ada disediakan khemah² untuk disewa. Pilih ja nak saiz kecil atau saiz besar.

Tapak khemah kami 

Sempat pinjam jala abang Nua untuk menjala kat sini. Dapatlah udang galah dan beberapa ekor ikan

BBQ sambil bakar marshmellow




 

No comments: