KENGKAWAN

Thursday, November 15, 2007

Access internet dari kg

Ada orang remind aku update blog.. hehe. Jgn risau, aku takkan lupa punya. Memang dah rutin maa.

Ingat tak rituh aku ada cerita pasal Maxis Broadband. Tak sangka berguna gak guna mender alah nih. Memula tu, aku ingat nak terminate servis nih lepas free trial selama tujuh hari. Tapi hari tu, masa balik Melaka, aku try pasang kat kampung.. walaweii.. ada connection lah! Serious tak sangka boleh surf internet dari umah kampung. Almaklum lah, kampung aku tu dah masuk kategori ceruk pedalaman. Macam tak percaya je!

Tapi connection agak slow lah sebab guna GPRS. Aku nih sebenarnya bukan faham pun jenis-jenis connection untuk internet nih. Nasib baik Mamoru tu expert IT. Dia lah yg explain hal-hal camnih kat aku. Kata Mamoru kat kampung aku nun cuma ada GPRS.. kalau ada EDGE atau 3G, sure laju sikit connectionnya. Err.. dah lah tayah cakap pasal memender teknikal nih, kang kalau tersilap explain, jadi ajaran sesat pulak. Macam aku cakap tadi, aku bukan reti pun, yang aku tau, janji ada internet connection untuk aku update blog nih. Bab yang lelain, biar Mamoru uruskan. Hik.

Point aku sebenarnya.. since aku dah ada portable internet access nih, boleh lah aku hapdet segala mender yang aku lalui setiap kali aku bercuti kat kampung. Esp, bulan february nanti. Fyi, taim tu nanti aku akan bercuti selama 10 hari. Merasalah aku duduk menghadap laptop sambil pakai inai kat jari.. hehehe.. habis lah laptopku berinai sekaliii..

Oh.. Mamoru called - dia ajak lunch. Ok lah, daaa..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...