Wednesday, November 21, 2007

Sotong masak blackpaper

Nih resepi cincai yang aku cipta malam tadi.. pedas gila hahaha.. tapi aku suka! Apa barang jadi orang Melaka kalau tak boleh tahan pedas, ye tak? Ok, tanpa berlengah lagi, lets berkenalan bahan-bahan yang aku guna untuk mencipta resepi nih.



Bahan-bahan yg diperlukan: sotong, cili kering, cili padi, bawang merah & bawang putih (bagi yg tak tahan pedas tu, korang abaikan lah penggunaan cilipadi & cili kering oke) Sila bersihkan dan potong ikut gambar di atas.. nak potong ikut suka pun boleh. Takde hal.



Tapi sebelum tu, sediakan ramuan lain seperti: sedikit lada hitam, halia, bawang putih & bawang merah dan tumbuk sampai lumat dgn menggunakan lesung. Nak blend pun boleh, tapi hazab lah sebab bahan nih seciput je. Lepas siap semua, kita tumis bebahan yg dah lumat nih dalam kuali sampai kekuningan.


Kemudian, masukkan cilipadi, cili kering & hirisan bawang merah tadi (bagi yang tak suka pedas, skip part nih dan terus masukkan hirisan bawang dan sotong tau).. goreng dalam dua tiga minit dan last sekali, masukkan sotong. Kacau selama 10 minit, pastu bubuh garam secukup rasa dan hidangkan.. senang & simple kan?


Tadaaaa...!

No comments: