Malam tadi pegi beraya ke rumah memember gunung. Sebenarnya dari hari sabtu aritu aku dgn Mamoru dapat byk invitation ke open house. Tapi kami tolak bebaik. Call memember yang mengajak tu, inform derang yang kami akan datang malam Isnin nanti (malam nih lah). Tapi bila member dah beria-ia sangat, rasa tak sampai hati pulak nak tolak. Bergegas lah kami dari Kuala Lipis balik semula ke KL.
Kami sampai umah Mat Wei dalam pukul 9.00 mlm (tu pun lepas sesat kemana ntah sebab aku silap bagi direction kat Mamoru). Meriah jugak lah. Orang gunung bila dah jumpa camtu, borak pasal gunung je lah kan. Seronok. Aku ingatkan aku sorang je yang dah lama tak pegi xpdc, rupanya derang pun sama. Mat Wei ada plan nak repeat Trans V2 hujung tahun nih. Kali nih lagi lama dari trip dulu. Dia nak buat 9 hari (start dari gunung Yong Yap, Bubu, Tok Nenek, Junction, Korbu, Gayong, Yong Belar, Charlie & last sekali gunung Three Boundaries).. Giler ah! Aku dah menggeletis nak join sebab route kali nih lebih panjang dari dulu.. tapi.. aisey tak boleh lah.. ada 2 perkara yg aku kena konsider sekarang nih:
- Cuti - Kang kalau aku pulun cuti untuk trip 9 hari nih, cuti kawen aku mcm mana pulak kan? Lagipun takkan tetiap bulan aku nak amik cuti panjang?
- Mamoru - Confirm dia tanak punyalah.. pujuk lah mcm mana pun takkan jalan nyer. Lain lah kalau hal wedding dah selesai.. taim tu nak pegi himalaya pun dia tader hal punya.
iklan
Dengan segala hormatnya aku membagi markah 4 dari 5 bintang untuk diri sendiri - dah boleh jaga baby baru lahir.. lulus!.. *tomey.. mucuk.. cayang.. Mak Long geremm*
Satu mender buat aku terharu malam tadi. Ramai memember gunung yang kansel trip masuk hutan masa cuti Tahun Baru Cina nanti semata-mata nak attend wedding aku (whoaa.. thanks a lot guys/gals!) . Susah woo nak halang climbers nih kansel xpdc esp bila ada cuti panjang mcm CNY nih. Maklum lah, taim-taim cuti panjang nih lah biasanya semua pendaki suka masuk hutan lelama. Jadi bila derang sanggup ketepikan xtvt hutan yg dah sebati dgn diri derang untuk datang Melaka, aku sangat berbesar hati (kengkawan, time kaseh sekali lagi!).
No comments:
Post a Comment