Wednesday, November 14, 2007

Nak masuk hutan

Ho yehh.. aku baru dapat tahu tentang trip ke Gunung Benum yg bebudak outdoor buat untuk penutup xpdc hujung tahun nih.

Tapiiii... tak boleh nak hepi lelebih sebab aku tataw lagi sama ada Mamoru dapat join atau tak. Maklum lah, dia baru je start keje kat tempat baru. Prestasi nak kena jaga beb. Kang kalau amik cuti awal sangat, apa pulak kata boss dia.

Kalau ikut aku, memang teringin nak pegi sesangat. Sangap dah nih.. lama sangat tak masuk hutan. Rindu betul nak pikul haversack berat-berat bawak panjat gunung. Rasanya, aku takde masalah kalau nak pegi sengsorang tanpa Mamoru.. dan Mamoru pun takde masalah nak lepaskan aku pegi. Lagipun tanak lah nanti orang kata aku nih manja sangat asyik nk berkepit je 24 jam. Tapi, tu lah kan.. macam tak best pulak nak pegi enjoy while Mamoru menghadap keje sengsorang.. Kecian dia..

Tengok lah camner. Apa pun.. kepala aku dah terbayang-bayang puncak Gunung Benum yang dah lama aku idam untuk di tawan!

Sesiapa yg berminat nak join xpdc nih sila contact person in charge kat bawah. Kalau 'tuah' ada kat aku, insyaAllah dapat lah kita trekking sesama dlm trip nih. Maju lah sukan untuk negaraaaaa!!

XPDC Gunung Benum
Location: Raub, Pahang
Date: 29 - 31 Disember 2007
Bayaran: RM 143 (termasuk transport dari KL-Raub-KL, rations, guide, 4wd & permit)
Contact person: Adik 012-7059747 (protege Muz SOS)

p/s: To my adik-beradik & adik ipar.. rahsiakan trip nih dari bapak & nenek tau.. kang tak lepas Along masuk hutan.. kang memacam dalil tentang 'darah manis' keluar.. hehe.

p/p/s: To Muz SOS, kata nak buat Trans.. nih naper gi Benum je?

No comments: